ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, March 12, 2014

MH370 : Misteri seperti Maunah @ Lahad Datu?



Semakin hari semakin banyak spekulasi tentang kehilangan MH370.Macam-macam versi timbul.

Yang pasti ada 1001 versi lagi untuk "dihidangkan" kepada "peminat setia" MH370 selagi badan kapalterbang itu tidak dijumpai dan dilihat semua orang.

Apapun kebolosan di kaunter Imigresen begitu memalukan hingga Menteri Polis berang dengan peristiwa itu.

Itu tentang Imigresen di KLIA. Belum lagi kemurkaan Kerajaan China terhadap Kerajaan PMNajib atas lembabnya aksi Putrajaya bertindak.

Terkini pula isu ini pula timbul:

1) Pemegang passport curi dapat bolos masuk MH370.
2) Kokpit MAS mudah dimasuki.


Dua perkara ini membayangkan betapa keselamatan negara begitu mudah dibolosi. Sama seperti Peristiwa Lahad Datu.

Yang pasti peristiwa MH 370 mendedahkan banyak kelemahan dan kelalaian kita tentang keselamatan dan kedaulatan negara.

Lihatlah nanti jika MH370 masih tidak ditemui,bermakna ada 1001 kelemahan kita bakal "dilondehkan" oleh negara luar.

Jika Peristiwa Maunah dan Lahad Datu,bolehlah kita "goreng" sesama kita. Tetapi ini membabitkan rakyat asing yang menjadi warga Kuasa Besar Dunia seperti Amerika dan China.

Tiada peluang kita mahu "goreng" mereka kerana "kuali" mereka lebih besar !



3 comments:

Anonymous said...

salam boh..awak ni sakit..kn kuasa allah tu,bkn politik..grow up melayu

Anonymous said...

oiiii....macai..mu ni reti bahasa ke
ni bukan politik....paham elok elok

Anonymous said...

Kerajaan Najib termasuk semua barisan kepimpinannya amat lembap serta lemah dlm menangani isu ini. Tidak berwibawa langsung jika dikadarkan tempoh lamanya memerintah, bukan setahun jagung! Merosakkan reputasi dan jmej negara pula. Beli ayam RM1 seekor pula dicanang semasa situasi tidak menentu ini masih berlarutan, PM dan BN memang haprak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...