ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Saturday, March 29, 2014
MEMALI: Musa tidak mohon maaf....sungguh sombong dan angkuh!
Sekonyong-konyong Musa Hitam mendedahkan "kisah sebenar" tragedi hitam Memali khususnya tentang Dr Mahathir.
Setelah hampir 30 tahun, barulah anak Pak Hitam ini "berani" buka mulut bercakap benar tentang Memali.
Bermula dengan mantan Menteri ISA Radzi Sheikh Ahmad yang mohon maaf kemudian bekas OCPD Baling yang ceritakan kisah sebenar Memali dan terkini Musa pula.
Musa dedahkan kedudukan lokasi Mahathir semasa Memali berlaku.Hampir 30 tahun,rakyat percaya tragedi itu berlaku ketika Mahathir di China. Dan ini semua angkara Musa Hitam selaku Menteri KDN.
Barangkali Musa "terasa sumpahan yang amat sangat" untuk bongkarkan kisah sebenar Memali.
Bahkan Musa mengakui tragedi inilah bermula titik hitam dalam politiknya.Musa dedahkan kisah ini di bumi Serambi Mekah di kala Mahathir tidak lagi menjadi PM. Takut benar Musa terhadap Mahathir!
Cumanya,tiada sepatah habuk Musa memohon maaf kepada keluarga Memali. Musa masih ego dan bongkak!
Musa,anda cuma kehilangan cucu dan anak ketika bangunan runtuh tetapi anda masih kaya raya dan bahagia ke sana sini berbanding keluarga Memali yang dibunuh ketua keluarga,dikurung dalam ISA,disiksa dalam tahanan. Mereka semua orang kampung yang hidup kais pagi makan pagi.
Demi Allah! Anda perlu ke Memali cari setiap keluarga yang anda zalimi itu. Mohon maaf dan bayar gantirugi.
Respon Mahathir sekadar tidak ingat. Memanglah.
Mahathir hanya ingat tentang saham arak anaknya,tentang Vincent Tan,Ananda Krishnan.Kenchana,Petron,San Miguel.Itulah wirid dan zikir Mahathir diambang sore usianya.
Cuba tanya "pemuja" Mahathir iaitu Zainuddin Maidin(ZAM) atau Rais Yatim. Keduanya pasti ingat lokasi Mahathir ketika itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment