ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, June 3, 2012

PRU 13 : Adakah hidup Mahathir tenang,aman dan menyeronokkan?


Kuasa menentukan PRU 13 adalah di tangan PMNajib. Barangkali hanya Najib dan isterinya Rosmah sahaja tahu tarikh itu.


Muhyiddin dan sekalian Menteri tidak tahu. Mahathir lagilah amat tidak tahu. Mengapa?
Sekarang gabungan 2M timbul semula selepas Team 2M Mahathir-Musa 30 tahun lampau.. Team Mahathir-Muhyiddin sedang bersiap jatuhkan PMNajib.

Cuba lihat setiap kali Mahathir "berkokok", Muhyiddin menyahut kokokan Mahathir. Team 2M tidak sabar-sabar lagi menunggu PRU 13. Mengapa ? Kerana keputusan PRU 13 akan menjadikan UMNO "bangkai" dan atas alasan itulah Najib diminta ucap "sayonara" kepada jawatan Presiden UMNO.Sama seperti Gabungan Mahathir - Najib minta Pak Lah berambus dari jawatan Presiden UMNO selepas PRU 12.

Peranan Mahathir masih berpengaruh keatas jawatan PM Malaysia sama seperti Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Cumanya kita tiada potfolio Menteri Mentor.

Mengapa Mahathir "beria-ria" memainkan peranan "menentukan" jawatan PM ? Ini kerana itulah tali hayat beliau untuk selamat dari turun naik ke Mahkamah.

Mahathir sekarang semacam bermain chess. Perlu "checkmate" secepat mungkin.Matlamat utamanya ialah menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi PM dan mempercepatkan anaknya Mukhriz menjawat jawatan PM. Jika kedua perkara ini menjadi kenyataan bermakna tidur Mahathir akan lena dan tenteram.

Sebab itu kita lihat Mahathir begitu licik dalam soal jawatan PM.Kemurkaan terbesar Mahathir kepada Pak Lah bukan kerana Budak tingkat 4 tetapi kerana Pak Lah lepaskan Anwar.

Mahathir kemudian bergabung dengan Najib untuk singkirkan Pak Lah. Kini Mahathir melihat Najib begitu lemah untuk sekat kemaraan Anwar untuk menjadi PM. Maka Mahathir sepantas kilat bergabung dengan Muhyiddin.

Tengoklah nanti jika Muhyiddin juga gagal menyekat Anwar, Mahathir akan mencari orang lain pula. Proses ini berlanjutan hingga Mahathir dikunjungi Malaikat Maut !

Maknanya kehidupan Mahathir selepas jadi PM amatlah menggerunkan, menyeramkan dan keluh kesah.Walaupun anda lihat pada wajahnya seakan "gembira dan tenang" tetapi dalam hatinya, Tuhan sahaja yang Maha Tahu.

 Lebih-lebih lagi selepas Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup.

 Bagai dikejar bayang-bayang sendiri. Adakah ini balasan karma atas setiap dosanya semasa menjadi PM 22 tahun ?

Apakah kesudahan akhir kehidupan Mahathir? Adakah beliau menjadi nyanyuk sebelum kematian ?
Atau seperti doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor agar Mahathir dapat hidup lama untuk lihat sepuas-puasnya hasil kerosakkan yang dilakukan semasa jadi PM.

Ya lah...kadangkala kita cara Mahathir bertutur macamlah dia tidak akan mati dan hidup 100 tahun lagi!







3 comments:

Anonymous said...

tu sbb orang tua ni susah hati, selepas Pakatan ambil alih putrajaya...siaple..kena jawab selama 22tahun ada kuasa sikalang.....banyak kes boleh dibongkar...biar panjang umur kita doakan utk mahathir...

maie1958 said...

ya, aku setuju kesalahan pak lah yang paling besar pada mahathir ialah melepaskan dsai????lepas ni mari kita sama2 lihat sapa yang kena!!!!

Anonymous said...

mati siot keyboard2 worrior pkr ni,kawan..jasa mahathir ni bnyk pd bangsa kite..dalam kite tak sedar,melayu mudah lupe..dah latu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...