ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, May 15, 2012



MEMPERINGATI PERISTIWA NAKHBAH 15 MEI



Cuba bayangkan satu hari rumah anda di serang sekumpulan perompak yang zalim dan kejam. Mereka membunuh ibubapa anda. Mereka juga merogol kakak dan adik perempuan anda. Seterusnya menduduki rumah anda.



Anda ketika itu masih kecil ditangkap oleh perompak itu. Mereka arahkan anda tinggalkan rumah tempat kelahiran anda.



Setelah 64  tahun peristiwa hitam itu berlaku, anda kembali semula ke rumah anda dan menuntut hak kepada anak-anak perompak.



Anak-anak perompak bersetuju dengan tuntutan anda tetapi dengan bersyarat. Anda cuma boleh duduk di dalam sebuah bilik kecil yang terdapat dalam rumah itu. Anda juga mesti mendapat kebenaran dari mereka jika mahu keluar dari bilik tersebut.



Anda hanya dibenarkan memiliki senjata sekadar sepucuk pistol air dan sebilah pisau plastik. Manakala kenderaan yang dibenarkan untuk anda hanyalah seekor kuda kepang.



Ramai penduduk kampung itu termasuk ketua kampung mengiktiraf anak perompak itu adalah pemilik rumah itu dan anda sekadar penumpang atau penyewa sahaja.



Hinakah anda? Wajar dan patutkah begitu layanan untuk anda?



Petunjuk:
Anda - rakyat Palestin.
Rumah anda - Bumi Palestin.
Sekumpulan perompak - Pengganas Zionis Irgun, Stern dan Haganah.
63 tahun - Peristiwa Nakhbah.
Anak-anak perompak - Pemimpin Israel kini.
Sebuah bilik kecil - Gaza dan Tebing Barat.
Pistol Plastik - Kalashnikov AK 47.
Penduduk Kampung - Negara di dunia.
Ketua Kampung - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB

Wednesday, May 9, 2012

Apabila pencuri jadi hakim kes curi

 

Sekonyong-konyong mantan IGP zaman Memali dulu Hanif Omar dilantik mengetuai "panel  bebas" menyiasat kejahatan dan kekasaran pihak polis dalam BERSIH 3.0.


Orang yang melantiknya pula adalah Menteri Polis yang meneropong jauh dari Menara Bukit Aman peristiwa perhimpunan BERSIH 3.0.

Dua hari selepas BERSIH 3.0, Hanif Omar bersama "penumbuk mata" Rahim Nor dan "ketua samseng" Musa Hasan mengeluarkan kenyataan mengecam peserta BERSIH 3.0.

Jadi apa relevannya melantik Hanif Omar? Adakah Hishamuddin "mabuk" ketika melantik Hanif yang menjadi "ketua Judi" untuk mengetuai panel bebas?

Umpama pencuri menjadi hakim untuk kes curi atau pembunuh jadi hakim mengadili kes pembunuhan!

Daripada melantik Hanif lebih baik melantik Ariel Sharon yang sedang koma atau Netahyahu jadi ketua panel bebas.. Lagipun kerajaan kita ada penasihat Zionis APCO untuk menasihat kerajaan UMNO. Malu apa!

Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0 : Seronoknya Hisham makan besar dan ketawa besar !

 

Seminggu telah berlalu BERSIH 3.0. Yang pasti yangmasih  ketawa besar dan makan besar adalah Menteri Polis merangkap sepupu PMNajib Si Hishamuddin bersama pegawai atasan Bukit Aman.

 Apa tidaknya, rancangan dan strategi beliau bersama pegawai Bukit Aman mengena dan menepati sasaran. Barangkali semua pegawai Bukit Aman tahu tentang kerja jahat Hishamuddin kecuali IGP Ismail. Ismail tidak tahu kerana terdapat kenyataannya bercanggah dengan Hishamudin iaitu tentang rampasan kamera mengikut SOP. Hisham kata "boleh" manakala IGP Ismail kata "tidak boleh". Adakah IGP Ismail tidak dibawa mesyuarat untuk huru harakan BERSIH 3.0 ?

 Tiga startegi yang "amat tepat" mengena iaitu :

a) membawa 2,000 anggota polis menyamar menjadi peserta BERSIH 3.0. Mereka inilah yang melontar batu ke arah peronda polis yang dipandu Konstabel Kamil hingga melanggar peserta BERSIH.

b) membuka pagar dan kawat berduri untuk memberi laluan dan "lesen besar" polis bawahan bertindak ganas.

c) menyebarkan berita kematian polis untuk anggota polis bawahan "bersemangat" membantai rakyat.
( nota: taktik ini juga dilakukan dalam peristiwa Memali Nov 1985 , anggota polis bawahan ditipu oleh pegawai atasan yang menyatakan serangan bakal dilakukan keatas "pengganas komunis" )

Cuba anda lihat analogi yang berlaku semasa penahanan rakyat. Yang memukul,tendang,maki, tampar serta tumbuk adalah anggota bawahan. Pegawai atasan duduk jauh-jauh dan sekadar memerhati dari jauh.

Sebab apa ? Mereka inilah yang merancang dan sudah tentu tidak mahu mengambil risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini. Siapa mahu naik turun mahkamah ! Mangsanya adalah anggota bawahan.

Amat melucukan apabila "bakal" IGP Bakri dan Ketua Polis KL Mat Salleh mengugut rakyat menangkap serta siarkan gambar peserta BERSIH 3.0. Hebatnya juru foto polis yang mengambil gambar peserta dalam keadaan "marah" untuk menunjukkan betapa "ganas"nya peserta BERSIH 3.0


Taktik basi ini juga telah digunakan semasa BERSIH di Terengganu yang mengakibatkan seorang rakyat ditembak peluru hidup oleh anggota polis kaki arak ! Hingga bersemangat Si AG Gani untuk turun sama untuk pastikan rakyat marhein itu disumbat dalam penjara!

Nasihat untuk Si Bakri dan Mat Salleh , untuk mencepatkan Hishamuddin naik pangkat anda berdua, tampalkan 49 gambar di seluruh negara terutama di tiang lampu TNB. Rasanya bukan sekadar 49, orang. Ada baki 299,951 lagi baki orang yang bertindak "ganas" semasa BERSIH 3.0. Nak siar gambar biar adil !

Satu lagi, dalam 49 keping gambar yang di "WANTED"kan itu, takkan tiada satupun gambar anggota polis seramai 2,000 yang menyamar ?

Hey Hishamudin ! Hari ini anda boleh berjoget sakan, minum-minum sampai mabuk. Tetapi ingatlah langit tidak selalunya cerah. Hari ini anda bersama pegawai atasan polis boleh ketawa besar hingga pecah perut lihat anggota bawahan diperbodohkan dan dilagakan dengan rakyat.

Barangkali anda ketawa besar dan makan besar kerana ada ribuan anggota polis, puluhan trak Water cannon, puluhan ribu gas pemedih mata, puluhan ribu SB bersama anda.

Tetapi ingatlah! Kami ada ALLAH TAALA.




Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 : Polis guna Pekida dan Perkasa?


Kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 menimbulkan tandatanya. Adakah PDRM menggunakan tenaga samseng UMNO,Pekida dan Perkasa untuk menjayakan huru hara BERSIH 3.0 tempohari?

Selain menggunakan SB, kemungkinan polis dengan kerjasama samseng UMNO turut terlibat untuk membuat provokasi. Antara tanda-tandanya seperti tiada tanda nama dan nombor anggota pada pakaian seragam polis.

Antara perancangan Bukit Aman untuk menghuru harakan BERSIH 3.0 ialah :
a) Anggota polis tidak memakai tanda nama dan nombor siri polis.
b) Memukul peguam-peguam yang hadir.
c) Merampas,memusnahkan kamera wartawan serta memukul wartawan termasuk wartawan akhbar milik MCA. Yang paling selamat adalah wartawan Utusan dan Berita Harian.
d) Menyebarkan khabar angin tentang kematian anggota polis agar polis bawahan berang dan bertindak ganas terhadap rakyat.
e) Membuka kawat duri untuk memberi "lesen besar" anggota polis bawahan untuk bertindak ganas.
f) memukul rakyat tidak kira umur dan jantina sama wanita, orang tua dan kanak-kanak.
h) memusnahkan dan merosakkan harta awam agar gambar dapat dirakam oleh media barua untuk menunjukkan peserta BERSIH 3.0 ganas.

Kita merasakan segala yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah perancangan jahat Menteri Polis Hishamuddin bersama pegawai-pegawai atasan Bukit Aman. Yang jadi mangsa maki hamun rakyat adalah anggota polis bawahan.

Sepak terajang...minta maaf !


Dua minggu sebelum BERSIH 3.0   - Tiada banyak laporan provokasi, memburukkan BERSIH 3.0 di dada akhbar barua.berbanding BERSIH 2.0.


Sehari sebelum BERSIH 3.0   -  Menteri Polis Hishamudin panggil editor akhbar arahkan jangan siarkan keganasan polis dalam BERSIH 3.0

Hari BERSIH 3.0 -  Keganasan polis melampui batas.

Sehari selepas BERSIH 3.0  - PMNajib ziarah polis yang "diganasi" peserta demo BERSIH 3.0.

Lima hari selepas BERSIH 3.0  - Polis buat sidang akhbar minta maaf dengan keganasan polis terhadap media. PMNajib tumpang semangkuk minta maaf kepada media.

Apa motif polis mengganas terhadap media? Adakah mereka takut dengan gambar-gambar mereka sedang "bercanda, bermesra dan bersopan" dengan rakyat disiarkan di seluruh dunia?

Puas hempas , rampas kamera, sepak terajang wartawan...lepas itu buat sidang media kononnya bermesra dengan wartawan .

Kesimpulannya, segala kekecohan yang berlaku pada 28hb itu sememangnya dirancang secara teliti oleh Menteri Polis serta anak buahnya di Bukit Aman.

BERSIH 3.0 : Perhatikan betul-betul....

 

Seperti yang dijangkakan, penamat BERSIH 3.0 seperti BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 iaitu mesti ditamatkan dengan pancutan air "kencing" polis dan tembakan gas serta disusuli oleh sepak terajang polis.


Ini adalah lumrah bagi demostrasi yang dihadiri selain puak-puak UMNO.

Cuma kita perhati beberapa perkara dan perbandingan antara BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0.

Sebelum BERSIH 2.0, ribuan laopran polis dibuat oleh barua-barua UMNO. Siang malam TV barua menyiarkan pelbagai kencaman dan fitnah terhadap BERSIH 2.0. Polis tumpang semangkuk. Menangkap ahli Parti Sosialis dengan dakwaan komunis. Juga polis KL buat gempak kononnya jumpa parang,minyak petrol dan bom petrol dalam pasu !

Itu belum lagi dengan puluhan sekatan polis menuju KL.

Berbanding dengan menjelangnya BERSIH 3.0, Menteri Polis Hishamudin mulakan dengan "kebenaran" berhimpun. Selang 24 jam kemudian, polis KL membatalkan "kebenaran" itu. Akhirnya mahkamah kanggaru mengharamkan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Anehnya, tiada tangkapan ke atas pemakai baju kuning, tiada dakwaan komunis dan tiada penemuan senjata oleh polis menjelang BERSIH 3.0.

Rupa-rupanya, UMNO,media dan polis sedang merancang sesuatu...........

UMNO berjaya melagakan polis dengan rakyat. Contohnya tersebar berita anggota polis "terbunuh", hingga polis mengamuk sakan.

Barangkali si Kamil yang bawa kereta peronda menjadi mangsa kambing hitam UMNO. Barangkali anda boleh meneka, siapa yang memberi arahan kepada si Budak Kamil agar bawa kereta laju-laju dengan Sogo !

Sehari selepas itu, PMNajib dengan bibir merahnya menziarahi Kamil di hospital malangnya PM tidak dibenarkan menziarahi Ketua Muslimat PAS Selangor ! Barangkali si muslimat itu takut PMNajib membawa C4 !


Cerita kisah kereta polis yang diterbalikkan sama seperti kereta TV3 yang dikeronyok zaman reformasi 1998. Semuanya dilakukan oleh SB. Samada tukang tendang maupun tukang provokasi.

Segalanya ditolak oleh rakyat. Penipuan UMNO yang dibantu oleh SB tentang BERSIH 3.0 ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

UMNO juga tahu hakikat ini. SB juga tahu dan segala perkakas UMNO juga tahu. Buktinya, lihat selepas 5 hari BERSIH 3.0, timbul pula kes video "Azmin " dengan videonya. Ini tandanya UMNO gagal untuk mewajah hodohkan BERSIH 3.0.

Selepas video "Azmin" , apa pula modal UMNO ?

Apapun itu tidak penting bagi Rosmah Mansor. Kini beliau bersuka sakan menghabiskan duit rakyat di Pahang selama 5 hari dalam Karnival Bini-Bini Wakil Rakyat BN.

Mari kita pakat jeling-jeling beg tangan beliau.......jenis apa tu ? Berapa sen harganya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...