ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, October 23, 2011

Gaddafi sudah selesai...bila pula giliran Bashar?


Setelah berada di tampuk kekuasaan lebih 40 tahun, akhirnya Kolonel Muamar Gaddafi mati dalam keadaan hina di tangan rakyatnya sendiri.

Gaddafi mengikuti nasib rakan-rakan Arabnya yang lain. Bermula Saddam Husien(Iraq), Zainal Abidin Ben Ali(Tunisia), Hosni Mubarak(Mesir) dan Ali Soleh(Yaman). Bakal menuruti nasibnya ialah Bashar Assad( Syria).

Kesemua diktator Arab ini mempunyai banyak persamaan. Antaranya :
i) Anutan ideologi yang sesat seperti sekular, Baath, sosialis,nasionalis, Buku Hijau dan anti Hadis.
ii) Menggunakan Islam sebagai perisai untuk lindungi sesesatan mereka.
iii) Mengambil Russia(Soviet) dan Amerika sebagai rakan taulan.
iv) Membunuh ramai aktivis Islamis seperti Ikhwanul Muslimin.
v) Menganggap Israel sebagai musuh di depan mata rakyat tetapi secara diam dan rahsia menjalinkan hubungan akrab dengan Israel.
vi) Mengumpulkan harta hasil mausul negara yang jumlahnya menjangkau bilion dollar Amerika.

Gaddafi semasa hayatnya berkuasa mempunyai perangai yang memalukan nama Islam. Walaupun atas nama pemimpin Arab, Gaddafi berlagak seolah-olah anti Israel dan Amerika tetapi hakikatnya beliaulah yang memuja Knesset dan White House.

Sudah menjadi lumrah Sang Diktator Arab bahawa mereka kononnya bersatu menentang Israel tetapi hakikatnya yang sebenar mereka bersatu " membunuh aktivis pejuang Islam".

Ribuan Mujahideen Libya yang kembali ke Libya setelah jihad di Afghanistan di bunuh, dipenjara dan disiksa di penjara-penjara Libya.

Walaupun Gaddafi ada membiayai " Universiti Islam" di seluruh dunia dan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Islam di seluruh dunia untuk belajar di Libya, itu sekadar "lipstik" untuk lindungi kejahatan, kesesatan dan kezaliman beliau.

Bukti "kehebatan Islam " Sang Diktator Arab apabila ditumbangkan ialah tinggalan longgokan botol-botol arak dan skandal-skandal di Istana mereka!

Kita menunggu kehancuran Bashar Assad pula. Anak kepada Hafiz Assad yang membunuh 25,000 umat Islam di Hamma tahun 1981.

1 comment:

arizWanmerahs said...

Assalam, walau apa pun tanggapan orang terhadap beliau, selagi tidak pernah kedengaran istihar ,kafir, atas diri beliau, haruslah kita umat islam doakan beliau mendapat Rahmat Allah SWT, semoga diampunkan segala dosa-dosanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...