ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, March 31, 2011

Beginikah kesudahan nasib Anwar?


Di ambang Rasulullah berhijrah ke Madinah, berlaku suatu mesyuarat antara Pimpinan Tertinggi Musyrikin Quraisy untuk bertindak terhadap Rasulullah.


Maka terdapat beberapa cadangan dari kalangan pimpinan Musyrikin. Antaranya :


i) Abu Al Aswad
- Usir Muhammad dari Mekah. Biarkan dia pergi ke mana tempat dia suka.

ii) Abu Al Bakhtari
- Penjarakan Muhammad. Penjara hingga mati.

iii) Abu Jahal
- Kita pilih seorang pemuda dari setiap Kabilah. Kemudian kesemua pemuda itu pergi membunuh Muhammad sekali gus.


Cadangan (i) dan (ii) bakal mengundang simpati dan menarik lebih ramai pengikut sepertimana label dan gelaran sebelum itu kepada Rasulullah seperti orang gila, pemecah belah masyarakat dan ahli sihir.


Akhirnya cadangan dari Abu Jahal dipersetujui oleh mesyuarat tertinggi Musyrikin.


Versi pertarungan antara Kebenaran dengan Kebatilan adalah sama dulu, kini dan selamanya.

Sunday, March 27, 2011

Utusan bakal jadi "Playboy" ?


Kini akhbar barua milik UMNO seperti Utusan, Kosmo, Berita Harian, NST dan Metro telah mengubah penampilan muka depannya.


Ini kerana pasarannya jatuh merundum akibat cara pelaporan dan pemberitaannya tidak telus dan menipu.


Taktik terkini untuk melariskan akhbar mereka ialah dengan cara meletakkan gambar "lucah" samada artis tempatan dan luar negara dan cerita sensasi tentang skandal seks.


Dengan pendekatan ini, barangkali pihak pengurusan media barua UMNO percaya ianya mampu menarik minat anak muda membelinya dan seterusnya percaya berita dalam akhbar berkenaan.


Barangkali selepas ini, akhbar-akhbar barua UMNO ini bakal mengisi tempat majalah Playboy.

Ribuan pelacur banjiri PWTC ?


Nampaknya sesiapa ingin buat filem, bolehlah ambil peruntukkan di Ibupejabat UMNO.


Syarat filem, mesti mengisahkan keburukkan pemimpin pembangkang. Jika mahu peruntukkan dan tender harga mahal, mesti masukkan "adengan lucah dan seks".


Tender menjadi lebih mahal lagi jika melibatkan mengisahkan Anwar Ibrahim. Khidmat nasihat secara percuma boleh dapati dari Rahim Tamby Chik dan Geng Tnya. Mereka pakar dalam bab ini.


Jangan hairan selepas ini, bangunan PWTC dibanjiri ribuan pelacur-pelacur untuk sesi uji bakat menjadi pelakon !


Itulah UMNO kita! UMNO serba boleh!

Selepas ini....keluarga Anwar pula jadi sasaran.


Menjelang PRU ke 13 ini, serangan UMNO/APCO terhadap Anwar Ibrahim dinaikkan ke tahap tertinggi.


Kita melihat betapa bersungguhnya UMNO untuk "memampuskan" karier politik Anwar. Dosa Anwar hanyalah kerana beliau hendak menjadi PM. Itu sahaja. Itupun jika dipanjangkan umur.


Sejarah politik Malaysia, inilah pertama kali UMNO mensasarkan secara khusus musuh utamanya iaitu Anwar.


Sejak Anwar dipecat tahun 1998 hinggalah kini, UMNO siang malam "bermesyuarat" untuk jahanamkan karier politik Anwar. Begitu benci sekali UMNO terhadap keliat Anwar.


Pelbagai label dan tuduhan dicipta untuk Anwar. Dari pengkhianat negara , "peliwat", ejen Yahudi, ejen Amerika, anti Melayu hinggalah terkini "pelakon" pula.


Semuanya tidak menjadi.

Barangkali selepas ini, sasaran ditujukan kepada keluarga Anwar pula seperti Dr.Azizah, anak-anaknya, menantu bahkan hingga ke cucunya pula.


Pelbagai "filem" bakal dicipta untuk malukan Anwar. Jika "filem" tidak menjadi, kamera CCTV bakal dipasang untuk rakamkan kehidupan peribadi keluarga Anwar dari bilik tidur hinggalah tandas!

Apa yang penting, malukan Anwar Ibrahim.


Apa yang UMNO tidak tahu tentang Anwar ialah setiap kali isu dicipta untuk burukkan Anwar, sebenarnya mencelikkan lagi rakyat tentang kejahatan UMNO.

Wednesday, March 23, 2011

Awas Anwar! Ada baki 98 orang lagi pelacur ...


Dua minggu selepas tsunami 9 richer melanda Jepun, tiba-tiba "tsunami" melanda bumi Malaysia. Jika tsunami melanda Jepun menimbulkan kesedihan, kehibaan dan kesayupan kepada penduduk Malaysia(kecuali Rosmah dan Berita Harian), kali ini "tsunami" ciptaan UMNO/APCO bakal menghasilkan "gelombang Dataran Tahrir" buat rakyat Malaysia!


Ketika skrip "liwat" Anwar bakal tidak menjadi dan memungkinkan Anwar bebas, tiba-tiba Rahim Tamby Chik dan Geng Tnya berjaya mencipta skrip barunya. Malangnya "perut buncit" mengagalkan lakonan itu.


Anwar Ibrahim ketika difitnah kali pertamanya tahun 1998, pernah berkata, puak UMNO mampu untuk bariskan 99 pelacur untuk menjahanamkan politik beliau.


Kini, baru seorang. Masih ada lagi baki seramai 98 orang pelacur ciptaan UMNO/APCO bakal beraksi.


Jika dalam kes Teoh Beng Hock, yang disiasat hanyalah bagaimana Teo meninggal dunia bukan siapa yang membunuhnya. Yang terlepas pegawai SPRM.


Jika dalam kes Altahtunya, yang disiasat hanyalah pembunuh Altahtunya bukan siapa yang arahkan untuk membunuhnya. Yang terlepas pemberi arahan.


Jika dalam kes rogol bawah 14 tahun oleh bekas KM Melaka, yang dihukum pembelanya dan yang terlepas perogolnya.


Maka dalam kes terbaru ini, anda semua sudah dapat meneka kesudahannya. Pembuat "filem" bakal menari sakan" bersama pelakon berperut buncit manakala Anwar bakal turun naik mahkamah berselang seli antara kes "liwat" dan "filem lucah".


Nampaknya Anwar bakal "disiksa dengan pelbagai Siksaan" sebelum dihumban dalam penjara.

Antara Geng T, siapakah paling berperut buncit? Jawab rakyat Malaysia jangan tak jawab!

Thursday, March 10, 2011

Setiap tempat adalah Dataran Tahrir !



Menjelang pilihanraya PRU 13 ini, UMNO sedang merancang pelbagai diayah, propaganda, ugutan, ancaman, gertakan, perang saraf, tawaran, umpanan dan tipudaya.

Antara taktik jahatnya ialah :

1) Melagakan antara Parti Kompenan Pakatan Rakyat. Samada antara PAS dengan DAP, PAS dengan PKR dan DAP dengan PAS.
Pelbagai tuduhan dibuat seperti :
a) PAS jadi tunggangan DAP. (kepada pengundi Melayu)
b) DAP jadi kuda tunggangan PAS. (kepada pengundi non Muslim terutama Cina)
c) PKR liabiliti kepada PAS.


2) Melagakan antara Pimpinan PR. Samada sesama pimpinan PAS, PKR dan DAP. Antaranya :
a) Antara TG Nik Aziz dengan TG Haji Hadi.
b) Antara TG Haji Hadi dengan Anwar Ibrahim.
c) Antara TG Nik Aziz dengan MB Kedah Ustaz Azizan.
d) Antara TG Nik Aziz dengan Karpal Singh.
e) Antara Anwar Ibrahim dengan Karpal Singh.
f) Antara MB Selangor dengan Dato Hasan Ali.
g) Antara Dato Mustafa Ali dengan Azmin Ali.


3) Menyerang peribadi dan mengaibkan Pimpinan PR.
Antaranya :
a) Kes Anwar Ibrahim.
Media barua UMNO mensensasikan istilah lucah untuk aibkan Anwar.

b) Menyerang peribadi TG Nik Aziz.
Media barua UMNO mula menyiarkan artikel-artikel memperlekehkan, menghina bahkan menyamakan beliau dengan pemimpin ajaran sesat.

c) Menyerang Lim Guan Eng.
Menuduh LGE sebagai rasis dan anti Melayu.

d) Menyerang TG Haji Hadi dengan dakwaan beliau tidak layak jadi Presiden PAS kerana PAS alami banyak kekalahan dalam PRK.


4) Memenjarakan Anwar Ibrahim.
Taktik ini nampaknya semakin sulit. Ini kerana semakin banyak rahsia terbongkar. Antaranya pegawai polis ambil keterangan dari Rosmah Mansor selepas peristiwa tersebut. Ini membayangkan andaian Rosmah terlibat mencipta konspirasi ini.
Apapun, skrip perlu ditukar. Yang pasti Anwar mesti jadi warga Sungai Buloh edisi ke 2.


5) Menggunakan ISA untuk menangkap pemimpin PR.
Sejak peristiwa demostrasi rakyat di Mesir, Libya dan Tunisia, beberapa pemimpin UMNO memberi ancaman agar jangan samakan suasana negara-negara tersebut dengan negara ini.


PMNajib mungkin mengulangi tindakan mentornya Dr Mahathir mencipta Operasi Lalang Edisi ke 2.


Jika zaman Dr Mahathir, isu perkauman dan agama dijadikan modal untuk ISAkan pemimpin pembangkang. Barangkali zaman PMNajib boleh ambil modal yang sama.


Apapun ciptaan isu oleh UMNO, semuanya umpama seperti "satu tiupan sangkala" untuk menyeru rakyat berhimpun di "Dataran Tahrir".


Tidak mustahil angkara jahat UMNO serta perkakasnya seperti SPR, SPRM, PDRM bakal menjadikan semua tempat di negara ini menjadi "Dataran Tahrir".

Tuesday, March 8, 2011

WAJIB TUKAR TAJUK : A Doctor In The Hell !


Tiada diketahui
adakah ianya kebetulan atau tidak. Tetapi itulah yang terjadi iaitu 2 buah buku diterbitkan dalam masa yang sama oleh dua bekas PM. Satu dari Malaysia dan satu lagi dari Singapura.


Tiada diketahui adakah ini untuk bersaing atau sebaliknya. Ketika kedua ini jadi PM dalam masa yang sama, mereka berdua sering bersaing, tuduh menuduh demi menegakkan fahaman chauvinisme dan rasis masing-masing. Satu rasis Melayu manakala satu lagi rasis Cina.


Apabila kedua bersara, masing-masing masih ingin tunjuk pengaruh keatas PM masing-masing. Bezanya anak Lee Kuan Yew(LKY) jadi PM, malangnya anak Dr. Mahathir sekadar jadi Timbalan Menteri itupun ehsan anak didiknya PMNajib walaupun tewas dalam perebutan Ketua Pemuda UMNO di tangan menantu bekas PM Pak Lah.


Bezanya antara LKY dengan Dr.M ialah LKY jarang keluarkan kenyataan yang membayangkan beliau seorang yang "nyanyuk" berbanding Dr.Mahathir.


Dr. Mahathir pernah keluarkan kenyataan yang membayangkan beliau telah dilanda sidrom "nyanyuk" seperti mendakwa beliau tidak arahkan tangkap ISA dalam Operasi Lalang 1987 dan mengaku hendak hapuskan ISA semasa pemerintahannya.


Terkini dalam bukunya terbaru, beliau mendakwa Anwar tidak menafikan tuduhan "liwat" dalam Mesyuarat Tetinggi UMNO. Bahkan beliau menyediakan 20 mukasurat dalam bukunya untuk menfitnah dan membuat tuduhan jahat terhadap Anwar Ibrahim.


Nampaknya dendam Dr.Mahathir terhadap Anwar tidak pudar lagi bahkan semakin mendalam dan menggila dalam situasi dirinya yang mencapai "kenyanyukkan melampau".


Kasihan Dr.Mahathir ! Dalam keadaan umur di ambang sore masih miliki jiwa dan hati yang busuk lagi kotor!


Manakala sikap LKY amat berbeza dengan Dr Mahathir. Bagai langit dengan bumi.


Pertamanya, beliau masih menjawat Menteri Mentor dan mempunyai kuasa keatas PM Singapura tetapi LKY berjiwa besar dan sanggup mengaku kesilapan dan merendahkan dirinya mohon maaf bahkan mengaku ketinggalan zaman dari segi pemikiran dan kefahaman beliau terhadap Umat Islam Singapura.


LKY merujuk kepada penulisan beliau dalam bukunya terkini,"Lee Kuan Yew:Hard Truths To Keep Singapre Going". Jiwa besarnya LKY mengakui kesilapan dirinya yang ketinggalan zaman apabila mendengar penjelasan dari Menteri dan Ahli Parlimen Melayu dan bukan Melayu tentang sikap orang Islam Melayu Singapura terhadap ingterasi terhadap masyarakat lain sejak peristiwa 9/11.


Nah! Lihat beraninya MP Singapura beri penjelasan sebenar kepada Menteri Mentor berbanding Menteri UMNO/BN yang amat penakut lagi kaki pengampu kepada PM dan mantan PM.

Elok tajuk buku Dr M tukar kepada " A Doctor in the Hell" !

Sunday, March 6, 2011

Terima kasih PAS atas jasa anda dalam PRK.


Terima kasih PAS. Penyertaan PAS dalam PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau mengundang banyak persepsi samada pro dan kontra.


Yang pro akan menyatakan penyertaannya adalah untuk dakwah. PRK adalah medan dakwah juga untuk menguji strategi dakwah dan politik.


Manakala yang kontra akan mengatakan ianya membazir wang, tenaga dan masa. Ini kerana perlawanan berlangsung dalam keadaan padang tidak rata dan UMNO mempunyai lebih 11 pemain iaitu PDRM, SPR dan Agensi Kerajaan yang lain. Lebih baik tumpu kepada PRU.


Mari kita ambil pandangan di luar kotak. Penyertaan PAS dalam "permainan padang tidak rata" sebenarnya adalah untuk menolong rakyat samada Melayu, Cina dan India. Lihatlah apabila berlaku PRK, yang paling beruntung adalah rakyat. Mereka mendapat "durian runtuh" dan kawasan mereka mendapat pembangunan pantas.


Rakyat tahu jika PAS menang dalam PRK pun, ianya tidak mengubah kerajaan berbanding dalam PRU. Oleh itu elok undi UMNO. Tetapi dalam PRU nanti, mereka akan mengundi PAS untuk tukarkan kerajaan.


Kalau selama ini, jika ada aduan maupun rungutan, semuanya dibuang dalam bakul sampah oleh UMNO. Tetapi jika ada PRK, inilah masanya rakyat berkuasa. Minta apa sahaja, pasti dimakbulkan.


Lihat bagaimana dalam satu perjumpaan di sebuah sekolah di Kerdau, PIBG minta bantuan, dengan pantas TPM luluskan bantuan jutaan RM.


Ini semua untuk mengatasi pengaruh PAS. Begitu berpengaruhnya PAS sehingga UMNO sanggup keluarkan duit jutaan RM untuk atasi pengaruh PAS dan agar rakyat tidak mengundi PAS.


Inilah antara jasa yang amat besar sumbangan PAS kepada rakyat. Tanpa penyertaan PAS dalam PRK, maka "malap"lah kawasan PRK itu dan berjoget sakanlah UMNO kerana tiada saingan.


Barangkali selepas ini, PAS perlu kemaskinikan strategi dan ubah pendekatan dalam PRK. Katakan kepada rakyat di kawasan PRK, mintalah apa sahaja kat UMNO. Inilah masanya rakyat jadi tuan.


Katakan juga kepada rakyat duit RM yang UMNO kasi adalah duit rakyat. Hak rakyat. Duit itu adalah hasil kutipan cukai dan hasil mausul rakyat. Tanamkan kefahaman itu hingga rakyat sedar dan faham.


PAS selamanya tidak dapat tandingi UMNO dari segi kewangan, tenaga dan kepakaran. Ini kerana UMNO yang menguasai kerajaan.

Wednesday, March 2, 2011

MARI LIHAT ! Filem lakonan Gaddafi dan Obama!


Krisis Libya semakin meruncing. Amerika mengambil peluang untuk menjadikan Libya menjadi "negerinya yang ke 53" selepas Iraq dan Afghanistan.



Benarkah Amerika ingin menolong rakyat Libya dari kejahatan Muammar Gaddafi? Atau benarkah Gaddafi begitu bencikan Amerika ?



Sejarah merekodkan bahawa mana-mana pemimpin Arab mempunyai "tuhan"nya sendiri samada Amerika ataupun USSR(sebelum kejatuhan komunis).



Selepas kejatuhan USSR, negara Arab yang pro USSR mula mengalih kiblat untuk "menyembah tuhan yang baru" iaitu Amerika. Ini kerana Amerika menjadi Kuasa Tunggal(world police).



Negara yang pro USSR seperti Iraq, Libya dan Syria mula berbaik dengan Amerika. Cumanya Saddam Husein(Iraq) yang menjadi khadam Amerika ketika Perang Iran-Iraq mula "lawan taukeh" yang menyebabkan Amerika berang dan menjajahnya hingga kini.



Syria dan Libya sudah mula secara "perlahan-lahan" menukar kiblat "menyembah" Amerika.



Lihatlah Syria mula berlembut dengan Israel. Manakala Gadaffi bukan saja asyik dengan wanita-wanita cantik Itali bahkan mula berkenyit mata dengan Israel.



Jika Amerika menyerang Libya ianya adalah mengikut "skrip" arahan bersama Libya dan Amerika. Percayalah.



Amerika belajar dari krisis Mesir. Betapa jatuhnya Mubarak tanpa pertempuran dahsyat dan "sedikit darah" mengalir di bumi Mesir satu "kerugian" bagi pihak Amerika kerana tentera Amerika tiada alasan untuk masuk campur.



Lebih-lebih lagi Amerika melihat penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam demostrasi Mesir yang begitu tertib, teratur dan damai. Mana ada pimpinan Ikhwan mengarah menyerang tentera atau jadikan tentera sebagai musuh.


Lihat reaksi Gaddafi ketika demostrasi mula berlaku. Beliau mengatakan Libya dalam bahaya kerana ancaman "pelampau Islam". Tetapi tuduhan beliautidak berkesan bahkan menaikkan lagi bilangan rakyat turun ke jalanraya.


Sebenarnya tuduhan Gaddafi itu adalah cara"menarik minat" Amerika untuk menjajah Libya. Mengambil pengalaman Mesir dan Tunisia, Gaddafi dan Amerika bersatu untuk mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin dari merebak ke Libya.


Jika ianya berlaku, satu lagi ancaman bahaya buat Israel. Jatuhnya Gaddafi setelah Ben Ali dan Mubarak melengkapkan geografi Afrika Utara menjadi Kuasa Baru buat umat Islam dan mendekatkan lagi jarak perjalanan menuju Masjidil Aqsa.


Bagi mencegah agar peristiwa di Tunisia dan Mesir tidak berulang, Amerika perlu menyerang Libya bagi mengalih tumpuan rakyat Libya daripada menentang Gaddafi kepada bersatu menentang Amerika.

Sebab itulah Obama dan Gaddafi perlu berlakon untuk menjayakan "filem habat" ini !



Tuesday, March 1, 2011

Agaknya RM888 bilion milik siapa ya?


Laporan Finacial Integrity (GFI) mendedahkan aliran wang haram yang keluar dari bumi Malaysia berjumlah RM888 bilion. Ianya dalam tempoh 9 tahun bermula tahun 2000.



Dahulu semasa belum meluas penggunaan internet, ramai rakyat bawahan tidak mengerti apa makna aliran wang haram yang keluar dari negara ini.



Adakah seperti Mat Taib pikul guni wang semasa di Australia ? Atau macamana?



Barangkali semakin ramai rakyat telah faham makna istilah itu apabila 2 regim di Afrika Utara digulingkan oleh rakyat.



Rakyat semakin memahami dan tahu bahawa istilah aliran keluar wang haram ke luar negara bermakna itulah pekerjaan "utama" pemimpin sesebuah negara apabila di usir oleh rakyat sendiri. Inilah "pekerjaan utama" Marcos, Shah Iran, Zainal Abidin, Hosni Mubarak dan bakal menyusul Gaddafi. Kerja jahat ini juga dibantu oleh Wanita Pertama negara tersebut.



Itu setelah mereka tidak berkuasa dan tidak jadi pemerintah.



Tetapi yang pelik dan uniknya, aliran wang haram di Malaysia berlaku dalam keadaan tiada pemberontakan, penggulingan dan peperangan. Begitu mudah.



Rakyat Mesir, Filipina, Iran dan Tunisia mengetahui tentang harta negara mereka yang dirompak setelah pemimpin diguling dan dihalau.



Agaknya bilakah rakyat negara ini tahu siapa pemilik-pemilik sebenar RM888 bilion itu ?


Adakah Dr Mahathir juga termasuk senarai itu?

Adakah Ikhwanul Muslimin tahu guna C4 ?


Sekonyong-konyong PMNajib di bumi Bapa Sekular Kamal Attaturk mengaitkan Ikhwanul Muslimin (IM) dengan imej keganasan dan pelampau.


PMNajib tidak menuduh secara langsung IM sebagai pengganas tetapi secara berlapik dan menyandar kepada pihak lain iaitu persepsi umum.


Mengapa PM Najib bersandarkan "persepsi umum" ? Mengapa tidak berani menuduh terus ?


Apabila PMNajib berkata demikian bersandarkan "persepsi umum", ini menunjukkan Najib juga termasuk dikalangan yang terpengaruh dengan dakyah Barat dan Yahudi kononnya IM sebagai pengganas.


Kita juga hairan kenyataan Najib ini dibuat selepas Hosni Mubarak tumbang dan Dr Yusof Qardawi menyeru agar pemimpin Libya Muammar Gaddafi dibunuh.


Adakah Najib bimbang kebangkitan rakyat Mesir berjangkit pula kepada rakyat Malaysia?


Barangkali Najib bimbang nasibnya dan UMNO akan sama seperti nasib Mubarak, Zainal Abidin Ben Ali dan Gaddafi.


Lebih-lebih lagi usia UMNO memerintah Malaysia melangkaui lebih 50 tahun berbanding Mubarak sekitar 30 tahun, Ben Ali 23 tahun dan Gaddafi 40 tahun.


Kita melihat pemahaman PMNajib terhadap IM sama seperti pandangan Barat dan Yahudi. Ini tidak menghairankan kerana penasihat UMNO adalah APCO.


Mengikut rekod IM adalah sebuah pertubuhan yang cintakan keamanan dan kedamaian. IM tidak seperti Al Qaedah dan Jamaah Islamiyyah yang memilih kekerasan untuk mencapai matlamat.


Sejarah IM membuktikan tiada aktiviti sepanjang kewujudannya di serata dunia bercorak keganasan dan pelampau. Bahkan IM lah yang sering ditindas, dijadikan "spacegoat" dan ramai anggota dan pemimpinnya dibunuh, disiksa dan dipenjarakan oleh regim pemerintah.


Lihatlah nasib Hassan Al Banna, Sayyid Qutb, Abdul Qader Audah dan puluhan lagi anggotanya yang hilang entah kemana tiada kubur.


Adakah PMNajib membaca sejarah IM atau buat-buat "buta" kerana ikut telunjuk APCO?


Sepatutnya PMNajib cermin dahulu diri sendiri sebelum menuduh pihak lain pengganas dan pelampau. Barangkali jika Najib "cermin dirinya" , beliau akan lihat wajah Altantuhya dan letupan c4.


Selepas itu tentulah Najib tahu bagaimana "persepsi umum" terutama rakyat Malaysia, Monggolia, Singapura dan Peranchis terhadap diri dan isterinya.


Apapun sehingga kini, masih timbul soalan "cepu emas" iaitu siapakah yang menyuruh 2 orang UTK mengebom gadis Monggolia itu menggunakan bahan letupan C4 ?


Anda tentu mampu menjawabnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...