ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, February 4, 2011

MESIR : Apabila Singa sudah melihat wajahnya sebenar.


Selepas Tunisia, rakyat Mesir pula bangun berdemostrasi. Begitu juga rakyat Yaman. Terkini angin perubahan mula bertiup di Jordan yang mengakibatkan Raja Abdullah bertindak pantas menukar PMnya.



Jika kita melihat iklim pemerintahan Negara-Negara Arab sekarang, kebanyakkannya berkiblat ke Amerika Syarikat. Ianya berlaku setelah tamatnya Perang Dingin antara USA-USSR.



Bermula Mauritania, sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, kemudian Morocco, Tunisia, Algeria, Libya, Mesir, Jordan, Syria, Iraq, Saudi, Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Oman, Yaman, Somalia, Djibouti dan Sudan.



Sejarah negara Arab sesudah kejatuhan Kerajaan Usmaniyyah amatlah menyedihkan. Geografi negara mereka dibahagi-bahagikan umpama kepingan kek. Masing-masing mempunyai ketaksuban terhadap negara masing-masing. Begitu juga ideologi. Ada yang berkiblat ke Amerika seperti Saudi, Jordan dan negara Teluk.



Mesir dahulunya berkiblatkan USSR sehinggalah Perjanjian Camp David, Mesir dibawah pimpinan Sadat menukar kiblat ke White House sehingga kini.



Antara negara Arab yang mempunyai kekuatan senjata dan tentera terkuat adalah Mesir. Malangnya setelah Perjanjian Camp David, kekuatan Mesir tidak lagi digeruni oleh Israel. Ini kerana Regim Sadat dan Mubarak dapat dijinakkan oleh Washington. Begitu juga tindakan keras keatas Ikhwanul Muslimin oleh Regim Mesir amat melegakan Israel.



Lebih-lebih lagi apabila Mubarak bersama Israel "sehati sejiwa" membuli rakyat Palestin di Gaza.



Sebab itulah apabila Mubarak digugat oleh demostrasi rakyatnya sendiri banyak menggusarkan Israel. Amerika menganggap Mesir, Saudi dan Jordan adalah "perisai" keselamatan bagi Israel.


Jatuhnya ketiga-tiga pemerintahan negara itu bermakna Israel dalam bahaya.



Lebih merbahaya lagi jika semua rakyat Negara Arab bangun serentak menggulingkan kerajaan masing-masing.



Amerika dan Israel melihat masalah Mesir mestilah diselesaikan segera agar tidak berjangkit cepat ke negara Arab yang lain. Jika Mesir sahaja bermasalah, Amerika dan Israel boleh menumpukan satu masalah sahaja. Tetapi bagaimana jika tiba-tiba seluruh rakyat Negara Arab bangun serentak berdemostrasi, tentulah menimbulkan kepanikkan kepada Amerika dan Israel untuk menghulurkan bantuan.



Oleh kerana itulah Amerika begitu beriya-iya untuk selesaikan masalah Mesir dengan kadar segera.



Kita melihat kebangkitan rakyat Arab adalah satu "kesedaran ummah" setelah berabad lama diperbodohkan dan ditipu oleh Amerika, USSR dan Eropah.



Bayangkan umat Arab yang majoritinya Islam seramai 300 juta orang gagal tewaskan Israel yang sekadar 5 juta orang.




Suatu nikmat yang besar, apabila umat Arab mula menyedari siapakah mereka yang sebenarnya. Mereka umpama seekor Singa yang baru tahu identiti mereka sebenar. Yang selama ini begitu "bodoh" ditipu oleh biri-biri (Amerika, Israel, USSR dan Eropah).




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...