ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, February 24, 2011

Apabila "Kangkung" di celur di UPM !


Mahasiswa telah bangkit! Kebangkitan yang bermaruah .Suasana di UPM baru-baru ini "seolah-olah" di Dataran Tahrir Mesir!


Seperti orang Arab di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain, Maghribi dan Jordan, mahasiswa di negara ini telah melihat "wajah" mereka yang sebenar di "cermin".


Seperti Arab yang puluhan tahun diperbodohkan oleh regim pemerintah, mahasiswa tidak lagi rela dicucuk hidung dan diseret seperti lembu.


Perkembangan di UPM baru-baru ini membuktikan hakikat ini. Ini satu amaran kepada semua Professor "kangkung" di seluruh negara bahawa sudah tiba masanya "kangkung-kangkung " itu tidak lagi dibiarkan "hidup mewah dan selesa" di di dalam longkang ( air cor). Mereka perlu di "celur" untuk dimakan !


Mahasiswa UPM telah membuktikannya! Syabas! Celur jangan tak celur.


Barangkali TNC (HEP) UPM "seronok" mengalami pengalaman "dicelur" mahasiswa!

Tuesday, February 22, 2011

Tunisia, Mesir dan...kini Libya.


Kini giliran Libya pula selepas Mesir dan Tunisia. Seperti biasa pemimpinnya Muammar Gadaffi dengan sombong dan angkuh menyatakan sanggup mati "syahid" demi mempertahankan jawatannya.


Ucapannya sama seperti Hosni Mubarak dahulu. Menggunakan sentimen patriotik untuk mengumpan rakyat agar menyokongnya.


Libya adalah sebuah negara Arab dan Afrika. Saiz negaranya ke 4 terbesar di Benua Afrika. Walaupun saiz negaranya besar tetapi miliki rakyat cuma sekitar 6.4 juta.


Pernah menjadi sebahagian Empayar Kesultanan Usmaniyyah Turki selama 36o tahun. Dan dijajah Itali selama 32 tahun. Semasa penjajahan Itali, lahirnya kebangkitan rakyat pimpinan Omar Al Mukhtar. Beliau syahid dengan cara dihumban dari kapalterbang oleh Regim Mussolini.

Selepas kemerdekaan tahun 1951, Libya mengamalkan sistem beraja selama 18 tahun .


Muammar Gadaffi mula menduduki pemerintahan Libya melalui rampasan kuasa pada September 1969.


Gadaffi seorang pemuja pemikiran kiri seperti Gamal Abdul Nasser dan Tito. Mula memperkenalkan "ajaran baru" melalui Buku Hijaunya. Bahkan bendera Libya yang asalnya mempunyai bulan bintang ditukar sepenuhnya warna hijau.


Ajaran Gadaffi mencampuraduk fahaman sosialime, komunisme, nasionalisme, pan Arabisme dan Islam.menjadi ajaran "Green Book".


Ramai pendokong Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kezaliman Gadaffi. Seperti Saddam Hussien, Gamal Abdul Naseer dan Hafez Al Asad, pemimpn Libya ini mempunyai "hobi" yang sama iaitu menyiksa aktivis Islam dan menjalin hubungan mesra dengan Soviet Union( sebelum pepecahannya tahun 1990).


Berbanding pimpinanMesir, Gaddafi adalah seorang yang suka cakap besar apabila bercakap tentang Israel. Ucapannya berapi-api mengutuk Israel tetapi seorang penakut dan pengecutnya


Libya tidak pernah berperang dengan Israel. Bahkan dasarnya memburukkan imej Islam. Gadaffi dan Libya terlibat menaja keganasan seperti rampasan kapalterbang.


Lihatlah bagaimana tindakan Gadaffi membendung kebangkitan rakyat. Menggunakan kekerasan seperti jet pengebom dan penembak tepat. Sama seperti aksi Hafez Al Assad ketika membunuh rakyat Syria di Hamma dan Aleppo dengan menghantar jet pejuang dan kereta kebal membedil dan menjadikan Hamma seperti padang jarak padang terkukur.


Kini, Muammar Gadaffi diambang kemusnahan dan menunggu hukuman karma. Ramai duta, diplomat dan tenteranya mula belot.


Kita menunggu berita kematiannya dengan yang menghinakan. Barangkali tenteranya sendiri yang membunuhnya atau beliau "disiksa" sebelum kematiannya seperti Arial Sharon!

Monday, February 21, 2011

Kembalikah pelajar kita ke Mesir?


Setelah 2 minggu Hosni Mubarak jatuh dan ribuan pelajar Malaysia diangkut balik ke tanahair, pelbagai andaian dibuat mengenai masa depan pelajar Malaysia yang balik.


Kita melihat situasi Mesir dahulu sebelum melihat nasib pelajar kita, samada boleh pergi semula ke bumi Anbiya' itu atau tidak.


Situasi Mesir memberi pelbagai warna dan corak selepas kejatuhan Mubarak. Antaranya :

i) Mesir kekal di tangan tentera. Bahkan pemerintahannya sama seperti Regim Mubarak iaitu diktator. Segala penentangan rakyat akan dihapuskan secara kejam.


ii) Mesir bakal berdepan situasi Algeria. Bermula dengan tentera memberi keizinan pilihanraya untuk rakyat. Jika pihak pro Islamik menang, secara automatik tentera mencipta " peperangan dan huru hara".



iii) Mesir pulih sepenuhnya kepada demokrasi. Ikhwan Muslimin memegang tampuk pemerintahan.Ataupun berkongsi kuasa dengan parti lain. Suasana subur buat jemaah dan gerakan Islam.


Jika kita melihat situasi diatas, situasi (i) adalah situasi yang menyenangkan Kerajaan Malaysia untuk menghantar kembali pelajar ke sana. Ianya sama seperti sebelum ini dimana Kelab UMNO dan Gerakan Pelajar yang pro UMNO selesa bergerak dan lepasan Mesir samada jurusan Agama maupun Perubatan akan tetap bersama UMNO bila pulang ke tanahair.


Situasi (ii), Kerajaan Malaysia tidak akan menghantar kembali pelajar ke Mesir atas faktor keselamatan.


Manakala jika Mesir menjadi seperti situasi (iii), inilah yang amat menggusarkan pihak kerajaan. Pengaruh Ikhwanul Muslimin(IM) bakal merebak cepat disanubari pelajar. Jika zaman Mubarak yang begitu ketat mengawal pengaruh IM pun, masih ramai pelajar Malaysia terpikat dengan IM dengan membawa balik dakwah dan pengaruh IM ke tanahair, sudah tentu lagi ramai dan cepat pengaruh IM memikat hati-hati pelajar Malaysia tanpa gangguan SB-SB Mesir seperti sebelumnya.


Sebab itulah, situasi Mesir sedang diperhatikan dengan penuh langkah berhati-hati oleh kerajaan yang didominasikan UMNO itu agar sebarang langkah untuk menangani isu ini memberi keuntungan politik kepada UMNO.


Yang pasti, UMNO pasti menagih nasihat dari penasihatnya APCO.

Saturday, February 12, 2011

MAHATHIR: Menteri KDN @ Menteri Kacang Putih?


Doa arwah Ustaz Fadhil agar Tun Mahathir umur panjang dan menyaksikan kesan-kesan dan peninggalannya semasa menjadi PM dimakbulkan Allah Taala.


Hari ini Mahathir menafikan satu fakta sejarah. Operasi Lalang. Menafikan beliaulah bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang.


Adakah kita lupa atau Mahathir lupa ketika Operasi Lalang 1987 itu, siapakah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa mengeluarkan arahan menangkap mangsa?


Atau Mahathir sudah lupa. Barangkali Mahathir menganggap ketika itu beliau Menteri Kacang Putih?


Apa beza Menteri Kertas Putih(ISA) dengan Menteri Kacang Putih?


Kita masih tertunggu-tunggu apa alasan Mahathir tentang Peristiwa Memali. Siapakah memberi arahan kepada polis untuk membunuh 14 orang kampung di Memali?


Ketika itu Mahathir di China dan Musa Hitam menjadi Menteri KDN.


Adakah beliau? Atau Musa Hitam atau Hanif Omar?


Barangkali Allah Taala panjangkan umur Mahathir bukan sahaja untuk Mahathir menyaksikan kesan peninggalan pemerintahannya 22 tahun juga untuk rakyat Malaysia menyaksikan " aksi nyanyuk" nya satu demi satu!

Friday, February 11, 2011

Bersediakah Dr Yusof Qardawi memimpin Mesir?


Setelah 3 minggu berhimpun di Dataran Tahrir, akhirnya rakyat Mesir menang. "Firaun Moden" Hosni Mubarak meletak jawatan.


Beliau diberitakan lari menaiki pesawat tentera menuju ke Sharm el Sheikh bandar peranginan berhampiran sempadan Israel.


Fasa pertama perjuangan rakyat Mesir telah berjaya. Mubarak letak jawatan.


Fasa Kedua bermula. Fasa ini bakal menentukan segala-galanya. Samada Tentera ambilalih pemerintahan dan meneruskan cara diktaktor dengan mendapat sokongan Amerika dan Israel ataupun Tentera bakal berhadapan dengan jutaan rakyat.


Fasa ini bakal berkesudahan seperti Iran ataupun Algeria.


Jika menjadi seperti suasana di Iran 1979. Siapakah pemimpinnya ? Kita melihat ketika Revolusi Iran, Khomeini memainkan peranan. Ianya lebih kepada individu iaitu tubuh badan Khomeini. Iaitu rakyat secara totalnya mendengar arahan Khomeini dan mentaatinya. Jika Khomeini kata putih, putihlah bagi rakyat Iran. Begitulah sebaliknya. Khomeini sebagai pemimpin spritual.


Suasana ini berbeza dengan Mesir. Setakat ini peranan Ikhwanul Muslimin lebih kepada kumpulan. Tiada individu yang menonjol di Mesir untuk diangkat menjadi pemimpin menerajui Mesir selepas era Mubarak.


Ahmad Baradei umpamanya bukanlah pemimpin rakyat. Beliau hidup di Eropah. Bukan pemimpin akar umbi.


Setakat ini Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpinnya untuk memimpin Mesir.


Barangkali Dr Yusof Qardawi layak menjadi seperti Khomeini. Keduanya menjalani kehidupan yang sama iaitu hidup di dalam buangan dan bakal dihukum jika balik ke bumi mereka sendiri.


Tetapi adakah Dr Yusof Qardawi bersedia? Atau adakah rakyat Mesir bersedia menerima beliau sepertimana rakyat Iran menerima Khomeini?


Kita melihat mana-mana revolusi atau gerakan rakyat di serata dunia memerlukan seorang individu atau pemimpin untuk memandu dan menerajui rakyat.


Begitu juga jika Regim Diktaktor ingin menghapuskan gerakan rakyat, langkah pertamanya menangkap atau membunuh pemimpin gerakan ini. Inilah yang berlaku keatas Hasan Al Banna,Ahmad Yasin (Palestin), Abbas Madani(Algeria),Benigno Aqiuno(Filipina), Aun Saan (Myarmar) danAnwar Ibrahim(Malaysia).


Barangkali melihat pengalaman itulah Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpin mereka supaya tidak menjadi mangsa sasaran regim diktaktor.


Apapun, fasa kedua ini amat penting atau getir bagi rakyat Mesir. Samada bakal berlaku pertempuran antara rakyat dengan tentera ataupun tentera bertindak seperti Regim Algeria.


Kemungkinan Tentera akan mengizinkan pilihanraya. Tetapi jika keputusan pilihanraya berpihak kepada golongan Islamik maka "Algeria Kedua" bakal berulang.


Yang pasti, perancangan Allah Taala lah yang terbaik!

Sunday, February 6, 2011

MESIR : MOSSAD mula menjalankankan operasinya.


Seperti yang dijangka, Israel mula memainkan peranan untuk melindungi Regim Hosni Mubarak daripada jatuh ditangan rakyat. Operasi pertamanya, meletupkan saluran gas di utara Semenanjung Sinai.


Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.


Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.


Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.


Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.


Mesir mula membekalkan gas asli kepada Israel pada Februari 2008 menerusi perjanjian yang mana negara itu menjual gas asli kepada jirannya sebanyak 1.7 bilion meter padu setahun selama 15 tahun.


Perjanjian itu mendapat bantahan banyak pihak di Mesir dan ia dikatakan dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran selain membantah bekalan tenaga ke Israel.
(sama seperti murahnya Malaysia jual air kepada Singapura( Israel Timur Jauh) .


Selepas ini, seandainya operasi sabotaj ini tidak memberi kesan kepada tuntutan rakyat agar Mubarak berundur maka Kerajaan Mesir akan membuat tuduhan yang lain pula iaitu kononnya golongan yang menentang Regim Mubarak didalangi agen Israel. ( sama seperti Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai agen Yahudi, agen Amerika).


Skrip inilah juga yang dilabelkan kepada Ikhwanul Muslimin diambang ianya diharamkan oleh Regim Gamal Abdel Naser dahulu. Ikhwanul Muslimin dilabelkan sebagai agen British yang bertopengkan Islam. Dalam masa yang sama mereka membunuh Hasan Al Banna dan menggantung Syed Qutb dan puluhan pimpinan Ikhwanul Muslimin.


Nampak Regim Mubarak bakal mengulangi skrip yang sama. Skrip inilah juga digunakan oleh pemerintah yang penuh rasuah dan kezaliman untuk melindungi regim mereka termasuk Malaysia!

Friday, February 4, 2011

MESIR : Apabila Singa sudah melihat wajahnya sebenar.


Selepas Tunisia, rakyat Mesir pula bangun berdemostrasi. Begitu juga rakyat Yaman. Terkini angin perubahan mula bertiup di Jordan yang mengakibatkan Raja Abdullah bertindak pantas menukar PMnya.



Jika kita melihat iklim pemerintahan Negara-Negara Arab sekarang, kebanyakkannya berkiblat ke Amerika Syarikat. Ianya berlaku setelah tamatnya Perang Dingin antara USA-USSR.



Bermula Mauritania, sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, kemudian Morocco, Tunisia, Algeria, Libya, Mesir, Jordan, Syria, Iraq, Saudi, Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Oman, Yaman, Somalia, Djibouti dan Sudan.



Sejarah negara Arab sesudah kejatuhan Kerajaan Usmaniyyah amatlah menyedihkan. Geografi negara mereka dibahagi-bahagikan umpama kepingan kek. Masing-masing mempunyai ketaksuban terhadap negara masing-masing. Begitu juga ideologi. Ada yang berkiblat ke Amerika seperti Saudi, Jordan dan negara Teluk.



Mesir dahulunya berkiblatkan USSR sehinggalah Perjanjian Camp David, Mesir dibawah pimpinan Sadat menukar kiblat ke White House sehingga kini.



Antara negara Arab yang mempunyai kekuatan senjata dan tentera terkuat adalah Mesir. Malangnya setelah Perjanjian Camp David, kekuatan Mesir tidak lagi digeruni oleh Israel. Ini kerana Regim Sadat dan Mubarak dapat dijinakkan oleh Washington. Begitu juga tindakan keras keatas Ikhwanul Muslimin oleh Regim Mesir amat melegakan Israel.



Lebih-lebih lagi apabila Mubarak bersama Israel "sehati sejiwa" membuli rakyat Palestin di Gaza.



Sebab itulah apabila Mubarak digugat oleh demostrasi rakyatnya sendiri banyak menggusarkan Israel. Amerika menganggap Mesir, Saudi dan Jordan adalah "perisai" keselamatan bagi Israel.


Jatuhnya ketiga-tiga pemerintahan negara itu bermakna Israel dalam bahaya.



Lebih merbahaya lagi jika semua rakyat Negara Arab bangun serentak menggulingkan kerajaan masing-masing.



Amerika dan Israel melihat masalah Mesir mestilah diselesaikan segera agar tidak berjangkit cepat ke negara Arab yang lain. Jika Mesir sahaja bermasalah, Amerika dan Israel boleh menumpukan satu masalah sahaja. Tetapi bagaimana jika tiba-tiba seluruh rakyat Negara Arab bangun serentak berdemostrasi, tentulah menimbulkan kepanikkan kepada Amerika dan Israel untuk menghulurkan bantuan.



Oleh kerana itulah Amerika begitu beriya-iya untuk selesaikan masalah Mesir dengan kadar segera.



Kita melihat kebangkitan rakyat Arab adalah satu "kesedaran ummah" setelah berabad lama diperbodohkan dan ditipu oleh Amerika, USSR dan Eropah.



Bayangkan umat Arab yang majoritinya Islam seramai 300 juta orang gagal tewaskan Israel yang sekadar 5 juta orang.




Suatu nikmat yang besar, apabila umat Arab mula menyedari siapakah mereka yang sebenarnya. Mereka umpama seekor Singa yang baru tahu identiti mereka sebenar. Yang selama ini begitu "bodoh" ditipu oleh biri-biri (Amerika, Israel, USSR dan Eropah).




Thursday, February 3, 2011

MESIR : Tajamkan kuku dan besarkan penjara.


Akhirnya Presiden Mesir Hosni Mubarak "mengendur"sedikit keegoannya. Selepas berucap dengan takbur dan kesombongan persis Firaun untuk kekal jawatan, hari ini mengumumkan untuk bersara September ini.



Mengapa pilih September tidak serta merta?



Itulah taktik dan "wirid" diktaktor di seluruh dunia. Kononnya untuk keselamatan, teratur dan demi rakyat. Mubarak bersumpah untuk mati di bumi Mesir. Boleh dipercayai ? Sedangkan anaknya yang bakal diangkat menjadi Presiden Mesir telah memikul 100 beg melarikan diri ke Britain.



Mubarak dengan dikelilingi oleh Penasihat Zionis (macam UMNO dikelilingi APCO) sedang merancang sesuatu untuk terus berkuasa.



Langkah pertamanya, menyuruh seluruh penyokongnya untuk bertempur dengan rakyat. Senjata pisau, batu bahkan penyokongnya akan mendapat senjatapi untuk melakukan provokasi terhadap rakyat.



Apabila berlaku pertempuran hasil provokasi (macam aksi SB kita setiap demo di KL) , maka tentera akan digunakan untuk campurtangan dan seterusnya meneruskan penguasaan Mubarak keatas Mesir.



Kejayaan rakyat untuk jatuhkan Regim Mubarak bergantung sejauhmana mereka bertahan untuk berdemostrasi. Juga sejauhmana langkah proaktif dilakukan oleh pimpinan Ikhwan Muslimin.



Sebarang langkah berundur, bermakna memberi peluang Mubarak mengasah lebih tajam kukunya dan memperluaskan lagi saiz penjara buat penentangnya!
Bayangkan sehingga September, bagaimana ketajaman kuku Mubarak dapat diasah dan berapa kilometerkah penjara dapat disiapkan untuk dihuni oleh penentangnya?

Tuesday, February 1, 2011

Israel serang Mesir !


Kejatuhan Hosni Mubarak akan menyebabkan iklim dan cuaca politik Asia Barat bakal berubah. Sudah tentu Israel dan Amerika Syarikatlah negara yang paling takut dengan perubahan ini.


Tentunya Israel masih terkenangkan Ramadhan War 1973 (Yom Kippur). Yang mana ketika itu Negara Mesirlah yang mengepalai serangan keatas Regim Zionis itu dengan bantuan ribuan sukarelawan Ikhwanul Muslimin.


Israel tidak takut kepada Syria, Jordan dan Arab Saudi bahkan Iran. Semuanya penakut dan bacul.

Ingat! Fakta sejarah yang mencatatkan pengalaman Yahudi berperang selepas Khaibar(zaman Rasulullah) adalah dengan Mesir dalam Ramadhan War (Oktober 1973).


Israel amat takut dengan jatuhnya Mubarak dan diganti pemimpin yang berfikiran Islamik. Lebih-lebih lagi jika pemimpin itu dari Ikhwanul Muslimin.


Israel melihat jika Mesir dipimpin oleh golongan Islamik, sudah tentu berlaku penggabungan dengan Gaza yang diperintah HAMAS. Ianya amat merbahaya kepada regim Zionis tersebut.


Israel perlu melakukan sesuatu untuk hayat hidup negara haram itu.


Antara langkah yang berkemungkinan dilakukan Israel ialah :
1) Mengajak Amerika melakukan campurtangan terhadap Mesir secara ketenteraan sepertimana Afghanistan dan Iraq. Israel sediakan pengkalan untuk Tentera Amerika.


Amerika juga masih "fobia" dengan peristiwa rampasan Kedutaan mereka oleh belia-belia Iran dalam Revolusi Iran tahun 1979. Penahanan tebusan berlangsung lebih 300 hari.


2) Berpakat dengan Regim Mubarak untuk menyerang Mesir. Dengan ini rakyat Mesir akan lupakan isu jatuhkan Mubarak. Regim Hosni Mubarak kemudian akan tiupkan slogan "bersatu" untuk pertahankan kedaulatan Mesir. Dengan mengalihkan fokus isu dalaman negara kepada isu kedaulatan negara.


3) Barangkali ini langkah terakhir jika langkah (1) dan (2) tidak berkesan. Iaitu melakukan serangan besar-besaran keatas Mesir bersama Amerika, Britain, Perancis dan negara NATO yang lain. Atas alasan untuk mempertahankan keselamatan Israel dari ancaman Negara Arab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...