ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, November 15, 2010

Baru 2 tahun....Tok Guru dah 20 tahun!


Kini giliran MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak pula diserang habis-habisan oleh UMNO. Sebelum itu KM Pulau Pinang Lim Guan Eng dan MB Selangor Datuk Khalid Ibrahim.


MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz sudah "lali dan kalih" di serang UMNO. Bayangkan selama 20 tahun "diserang, ditembak, dibom , dibedil " habis-habisan. Pemimpin UMNO Kelantan silih berganti bermula Mahathir, Anuar Musa, Mustafa Mohammed, Awang Adek. Semuanya rebah dan bergelupur macam ayam kena sembelih.


Akhirnya UMNO Kelantan kehabisan peluru dan terpaksa gunakan penghuni "kaki lima" UMNO Mat Nor Idris memaki hamun MB Kelantan.


Barangkali semua MB dan KM Pakatan Rakyat perlu "menadah kitab" mendengar petua bagaimana MB Kelantan menghadapi serangan UMNO bukan setakat 2 tahun tetapi sudah 20 tahun. Satu pencapaian yang hebat!


Melihat kepada reaksi MB Kedah Ustaz Azizan melayan RTM dan TV3 baru-baru ini, kemungkinan besar beliau mula mengubah taktik. Dari bertahan kepada menyerang. Seperti strategi Rasulullah mengubah dari bertahan seperti Ghazwah Ahzab kepada menyerang musuh. Hasilnya sungguh berkesan.


Melihat 2 tahun pertama pemerintahan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, taktik menyerang digunakan sehingga UMNO terpaksa bertukar ganti pemimpinnya. Jika asyik bertahan, memberi peluang musuh menyerang dari segenap penjuru.

Mulai tahun 2011, Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Kedah mesti ubah taktik. Masa bertahan sudah tamat. Ubah kepada menyerang pula. Buat serangan serentak. Biar UMNO/BN tiada fokus menghadapi serangan serentak timur, barat dan utara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...