ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun diken...
-
Setelah rugi berbilion dan tragedi MH370 dan MH17,Kerajaan melalui Khazanah menyuntik RM6 bilion kepada MAS untuk terus "terbang&qu...
Wednesday, November 24, 2010
Hey Karpal! Ini bukan Jepun....
Perbicaraan Anwar menghampiri penamatnya. Hasil penamatnya boleh dilihat kepada gesaan peguambela Anwar, Karpal Singh menyuruh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin menarik diri secara sukarela.
Jarang kedengaran peguambela begitu berani membuat gesaan tersebut di dalam sesuatu kes di Mahkamah Malaysia. Adakah Karpal sudah tidak tahan sabar melihat "hodoh"nya cara pengadilan ini?
Barangkali jika kita melihat perbicaraan kes Anwar ini, bukan sahaja Karpal Singh melihat hakim berat sebelah bahkan kanak-kanak tadika KEMAS pun boleh menilai perangai dan sikap hakim.
Kita boleh melihat hasil kesudahan kes ini berdasarkan hakim yang mengadilinya. Jika hakim "keras kepala mengikut skrip Sang Penguasa" tetap dengan kekal sebagai hakim bermakna Anwar perlu "berkemas baju" menuju Penjara Kajang.
Ini juga bermakna krisis ketelusan, integriti dan keadilan Malaysia merundum teruk, pelabur semakin kurang dan Hakim-hakim kita bakal diketawakan oleh" beruk-beruk di hutan".
Adakah hakim "gula-gula Hacks" kita sudah ada penggantinya?
Kita jauh sekali dengan Jepun. Baru-baru ini Menteri Kehakiman Jepun meletak jawatan kerana cuma tersalah memberi kenyataan. Apabila dikritik, terus letak jawatan kerana ada perasaan bersalah dan tanggungjawab.
Malangnya kita mempunyai budaya "pekak badak". Bermula dari kepala sampai ke ekor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam alaik....jemput follow blog ana..
Post a Comment