ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, May 16, 2010

Guru menyemai dan membaja...UMNO musnahkannya!


Hari ini 16 Mei adalah Hari Guru. Ianya disambut di seluruh negara. Kerajaan merayambutnya dengan mengadakan majlis besar-besar sebagai menghargai jasa guru. Anugerah Guru Mithali juga dianugerahkan kepada guru yang banyak berjasa.




Begitulah hebatnya sambutan Hari Guru di negara kita.




Peranan guru amatlah besar di dalam pembinaan sesebuah tamadun dan negara. Tanpa guru, tiadalah pemimpin negara, tiadalah hakim, doktor dan perbagai lagi.




Guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajar bahkan sebagai pendidik(murabbi) dan penunjuk arah kebaikan.




Puluhan ribu guru di seluruh negara yang mengajar ratusan ribu pelajar di ribuan buah sekolah di negara ini mengajar ilmu kebaikan kepada anak murid mereka.




Tiada guru mengatakan rasuah itu halal. Tiada guru mengatakan judi itu halal dan memberi kebaikan. Tiada guru mengatakan arak itu minuman yang berfaedah. Dan tiada guru mengata amalan zina itu suatu yang halal dan perbuatan mulia !




Tiada, tiada dan tiada!



Guru senantiasa mengajar muridnya dengan akhlak, moral dan amalan yang mulia. Guru membimbing muridnya kearah kehidupan yang terpuji.



Malangnya mengapa kadar jenayah juvana kian meningkat? Mengapa ramai remaja terbabit dengan arak, rempit, perzinaan, pergaduhan, pukul ibubapa dan judi?
Lihatlah sekeliling kita. Semasa ribuan "mulut guru berbuih" mengajar tentang jalan kebaikan, dalam masa yang sama UMNO memberi puluhan lesen arak, judi dan disko. Belum lagi dengan puluhan konsert maksiat oleh artis tempatan dan barat. Belum lagi puluhan program TV untuk meruntuhkan akhlak yang dibina oleh guru.
Satu lagi nilai "murni" yang diajar oleh UMNO ialah sesiapa yang berjuang untuk keadilan dn Islam bakal akan di"sembur" dengan gas pemedih mata atau lokap. Manakala sesiapa yang cuba menyanggah UMNO dan bercita jadi PM bakal di"aibkan" di mahkamah seperti Anwar Ibrahim.
Itulah ajaran UMNO untuk anak-anak Malaysia.
Inilah cabaran terhebat guru untuk dihadapi. Guru bagai menyemai benih baik dan membajanya tiba-tiba UMNO musnahkannya!
SELAMAT HARI GURU BUAT GURU DI SELURUH MALAYSIA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...