ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, May 18, 2010

Aziz Yusof bakal calon UMNO DUN Pulau Batu Putih?


Lawak!Khadam UMNO Aziz Yusof selaku Pengerusi SPR cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.


Patutkah beliau menyalahkan orang DAP atas kelewatan pengumuman keputusan PRK Sibu.


Kita lihat 4 benda "jahat" yang dilakukan Aziz dan barua SPR pada hari pengundian. Iaitu :


1) Bertukar-tukar peratus keluar mengundi. Beliau menaikkan peratus keluar undi.
2) Memberi undi pos sekadar 70 undi untuk DAP sedangkan BN dapat 2300 undi.
3) Melewatkan pengumuman keputusan PRK Sibu kerana DAP menang.
4) Menyalahkan agen DAP.
Yang paling menariknya adalah no (3). Ini paling lucu! Mengapa?
Sebenarnya mengapa Aziz sengaja melewatkan pengumuman keputusan PRK Sibu adalah kerana memberi laluan kepada Muhyiddin meninggalkan bumi Sarawak dalam keadaan tergesa-gesa agar kapalterbangnya sampai ke Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diumumkan keputusan.
Jika tidak malu besarlah Muhyiddin. Kerana beliau masih berada di Sarawak dalam keadaan BN tewas di Sibu.
Barangkali inilah "sumbangan" Aziz yang menyelamatkan dirinya dari "kemurkaan" Muhyiddin.
Mungkinkah sebagai balasan jasa Aziz ini, Muhyiddin menawarkan bertanding di DUN Pulau Batu Putih?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...