ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, April 25, 2010

Zaid, kami bangga dengan anda.....!




Utusan Malaysia melepaskan geram kemarahannya dengan tajuk besar,"PKR Tumbang", manakala media barua lain tajuknya biasa sahaja seperti " BN menang".




Manakala media massa barua seperti RTM dan TV3 terus menerus mengulangi ucapan-ucapan "penyedap" hati pimpinan UMNO. Pimpinan kompenen BN lain lebih banyak memberi ulasan yang biasa.




PRK Hulu Selangor lebih kepada pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan UMNO bukan MIC. Calon MIC sekadar mencukupkan syarat calon kerana UMNO tiada berkuasa menukar calon MIC kepada calonnya sendiri.




Menakjubkan! Dengan bermodalkan lebih RM50 juta, calon MIC(baca calon UMNO) sekadar menang sekitar 1,700 undi. Jauh dari angan-angan Muhyiddin yang mendakwa UMNO mampu menang sekitar 6,000 undi majoriti.




Muhyiddin menganggarkan kemenangan bakal dicapai dengan angka tersebut berdasarkan penguasaan UMNO dan MCA dalam DUN-DUN Hulu Selangor. Kesemua DUN Hulu Selangor adalah milik BN dengan majoriti keseluruhannya sekitar 6,000 undi.




Malangnya dalam PRK ini, UMNO gagal mencapai target tersebut. Lebih malang lagi majoriti kaum Cina menolak BN. Ramai mengundi PR.




Inilah yang merisaukan UMNO. Senario ini mengundang ulasan panas dari PERKASA (sayap kiri UMNO ala Klu Klux Klan) melalui Presidennya Ibrahim Ali yang menganggap orang Cina lupa daratan dan tidak mengenang jasa. Sama seperti ulasa Muhyiddin semasa UMNO tewas di PRK Bukit Gantang.




Melihat kepada keputusan PRK Hulu Selangor bagi pihak PKR, ianya tidak membimbangkan. Mengapa?




Anda boleh lihat PRK Hulu Selangor berlangsung dalam situasi "berekor-ekor katak" keluar dari PKR. Mungkin ramai menyangka keadaan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada PKR. Tentu undi untuk PKR dalam PRK ini menjunam teruk. Tetapi itu tidak berlaku.




Rakyat masih memberi kepercayaan kepada PRK, PAS dan DAP untuk mengubah lanskap politik Malaysia. Undi untuk PKR tidak banyak berubah bahkan bertambah hampir 100 undi. Sokongan orang Cina tetap "solid".




Apa yang penting PRK Hulu Selangor ini menonjolkan kepada kerjasama yang erat antara PKR, PAS dan DAP.
Kita perlukan lebih banyak PRK untuk merapatkan dan memperkukuhkan lagi ikatan persahabatan antara PKR, PAS dan DAP.




Yang lebih penting lagi, dalam PRK Hulu Selangor ini imej dan maruah Zaid Ibrahim dapat dipulihkan dengan pengakuan ikhlas beliau tentang "arak". Pengakuan inilah yang mengembirakan dan menghiburkan hati orang -orang beriman.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...