ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, April 29, 2010

Siapakah yang paling berkuasa di Malaysia?


Adakah polis kita sudah kehabisan tempat untuk berlatih menembak? Nampaknya akhir-akhir ini rakyat menjadi "sasaran latihan " menembak polis kita.



Tragedi Aminulrasyid amat memilukan. Ianya kemuncak dari episod-episod memilukan buat rakyat marhein bermula Aswadi, Kugan, Norizan Salleh dan Tawfiq Norzan.



Tuduhan jahat polis mengulangi semula tuduhan terhadap As Syahid Ibrahim Libya. Cumanya "senjata" dalam kereta Aminulrasyid sekadar sebilah parang. Berbanding puluhan senjata dalam kes Memali. Begitu juga Asyahid Ibrahim Libya dilabel penjenayah manakala Aminulrasyid sebagai Geng Penyamun.



Lebih menjelekkan lagi imej pasukan pimpinan IGP Musa ini ialah orang yang membunuh Aminulrasyid sekadar dipindahkan bahagian kerja dari kereta peronda ke dalam pejabat. Logikkah?



Percayalah kes ini bakal "disapu ke bawah lipatan karpet". Ianya "panas" hanya seketika. Mengapa ?


Kerana manusia yang paling "berkuasa" di Malaysia kini adalah IGP Musa.
Lihatlah pada masa Pak Lah berkuasa dahulu. Cadangan Pak Lah untuk tubuhkan IPCMC ditolak mentah-mentah oleh Musa. Kini zaman Najib pula. Lagilah "menggigil" Najib pada kekuasaan Musa. Lebih-lebih lagi kes Altahtunya dalam tangan Musa.



Pepatah Cina ada mengatakan apabila buruk kepala ikan, ianya akan meliputi semua bahagian ikan itu. Begitulah imej polis kita. Jika IGP Musa pernah disabitkan dengan pelbagai salahlaku seperti rasuah, kongsi gelap, pelacuran, perebutan kuasa dalam polis sendiri sudah tentu anak buahnya mengikuti contoh "kehebatan" ketuanya.



Kita tunggu lepas ini giliran kepala siapa pula "di hinggapi peluru" polis?


Keadilan buat semua mangsa kezaliman polis.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...