Menjadi kebiasaan bagi yang tidak lagi memegang kekuasaan untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan amalan mereka semasa berkuasa.
Bekas Presiden Amerika misalnya apabila tidak lagi mendiami White House, begitu berani berjumpa pemimpin HAMAS, memuji dan membela rakyat Palestin, mengutuk Israel dan menyeru Israel berundur dari Baitul Maqdis. Inilah sikap yang diambil oleh Jimmy Carter. Jika semasa jadi Presiden Amerika, Carter begitu menikus dengan Israel. Sentuh bulu roma Manahem Begin pun takut. Kini Carter begitu berani kutuk Netanyahu dan Rejim Yahudi itu.
Begitulah sikap yang kini diikuti Dr Mahathir. Sehari dua ini, Mahathir begitu lantang suruh PM Najib siasat dirinya berkaitan kehilangan RM100 juta semasa jadi PM dulu. Begitu juga Mahathir "begitu terkilan" kerana kes AK Lingam di"bakul sampah"kan oleh Najib.
Cita-cita beliau untuk membela diri di Mahkamah tidak kesampaian kerana kes ditutup.
WoW! Beraninya Che Det kita. Dulunya semasa kes Anwar, Mahathir sampai "terkencing menggigil ketakutan" kerana takut di panggil ke mahkamah. Sapina pun tidak laku. Beliau memagari dirinya dengan "kekebalan PM".
Peliknya Mahathir semasa menyeru PN Najib siasat dirinya dengan kehilangan RM100 juta dalam masa yang sama beliau "arah" juga kepada Najib siasat duit sumbangan Petronas RM230 juta kepada kerajaan semasa Pak Lah jadi PM. Nampaknya dendam Mahathir terhadap Pak Lah belum reda lagi.
Begitu juga dengan tulisan Barry Wain. Masih boleh Mahathir "pulas" buku Barry Wain ini untuk sindir Singapura. Beliau mengatakan Wain berani kutuknya kerana Wain berada di Singapura. Dan Wain tidak berani kutuk pimpinan Kerajaan Singapura kerana ramai wartawan terima nasib buruk jika kutuk pimpinan PAP.
Yang terbaru "bebelan" Mahathir terhadap MiG 29K. Tentunya sasarannya untuk Zahid Hamidi dan PM Najib. Apa maksud "orang tengah" yang diperkatakan oleh Mahathir.
Apabila sebut perkataan "orang tengah" secara automatik berkait dengan "komisen". Apabila sebut "komisen", secara automatik berkait dengan komisen Submarine KD Razak dan KD Rahman. Akhirnya timbul nama Altantuhya. Sebut nama gadis Mongolia ini, secara serentak rakyat Malaysia sebut nama PM Malaysia ke 6. Betul tak ?
Ingat! Setiap "bebelan" Mahathir itu "berbisa". Sebab apa ? Kerana di tangannya masih banyak "fail sulit" Menteri Kabinet tersimpan dan tunggu masa untuk di jadikan bahan "bebelan"nya.
Cumanya kini hanya Menteri Nazri Aziz sahaja yang berani derhaka kepada Mahathir. Bukan sahaja derhaka, digelarnya Mahathir "Bapa Segala Rasis Maalaysia".
Hebatkan Nazri ?