ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, September 17, 2009

Syabas...teruskan perjuangan anda berdua!


Sudah pasti satu kepuasan bagi peserta Himpunan Anti ISA 1 Ogos yang lalu apabila 5 tahanan ISA lagi dibebaskan. Terutamanya pembebasan 2 orang yang dikurung hampir 8 tahun di Kem Kamunting. Mereka berdua adalah Mat Sah Satray dan Dr Abdullah Daud.


Kita kagum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Iron Lady GMI Norlaila Othman dan suaminya yang baru dibebaskan Mat Sah Satray. Tiada satu perkataanpun yang keluar dari mulut mereka berdua ucapan TERIMAKASIH kepada kerajaan atas pembebasan itu.


Jelas Norlaila berjuang bukan untuk suaminya sahaja bahkan untuk semua yang dizalimi. Beliau tetap menuntut pembebasan saki baki yang masih terkurung dalam Kem Kamunting. Begitu juga Mat Sah. Beliau tetap menentang ISA walaupun puluhan kali di dera dan di"brain wash".
Mungkin kerana letih bawa Mat Sah turun naik tangga Bukit Aman dan gagal "pulihkan akidah" Mat Sah, KDN bebaskan beliau.
Tentunya alasan sepupu Najib bahawa Mat Sah dibebaskan kerana telah insaf satu kenyataan "kepondanan" ! Susahnya jika sifat ini ada pada diri Menteri ISA.

1 comment:

The Clown said...

Tak dibebaskan dikatakan zalim, bila dibebaskan dikatakan takut dan pondan.

Apa boleh memuaskan hati manusia?

Bila dihapuskan ISA nanti dikatakan itu modal pilihanraya. Bila dinyatakan sedang dibuat kajian, dikatakan lembab. Semua yang dibuat tidak memuaskan hati manusia.

Mungkin akan puas bila kita sendiri yang memerintah?

Setahu saya, kita diajar untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita lalui. Ditimpa musibah, kita diajar bersyukur. Kita beroleh keuntungan juga disuruh bersyukur atas nikmat Tuhan.

Anda pula berbangga dengan rasa tidak bersyukur mereka. Berbangga dengan ego dan tidak berterima kasih mereka. Pelik juga 'Islam' yang ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...