ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, September 30, 2009

Hasan Ali dan Khalid Samad perlu direhatkan?


Nampaknya PJ Selangor Dato Hasan Ali menimbulkan polemik baru politik Selangor selepas isu arak. Kali ini tentang SELCAT. Beliau memberi ulasan yang berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat tentang SELCAT kepada media perdana yang sememangnya menjadi barua kepada IMNO.


Kelakuan PJ Selangor ini mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku di Kelantan diambang pembubaran Semangat 46 dan penarikkan diri S46 dari Angkatan Perpaduan Ummah(APU) tahun 90an dulu. Exco Kelantan dari S46 Dato Rozali Ishak ketika itu berwatak 2 muka. Ketika siang hadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh MB manakala waktu malamnya naik pentas ceramah menghentam Kerajaan Kelantan.


Walaupun kelakuan Hasan Ali tidaklah sampai setaraf Rozali Ishak tetapi hampir-hampir menyamainya.


Pakar Undang-Undang, Dr Aziz Bari menegur cara Hasan Ali bertindak diluar batasan semangat Pakatan Rakyat. Baginya cara Hasan Ali bertentangan dengan dasar-dasar perlembagaan berparlimen yang menyatakan setiap exco mesti memberi sokongan kepada apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN dan Kerajaan yang memerintah. Sama seperti setiap Menteri mesti sokong apa yang diputuskan oleh Kabinet di peringkat Pusat.

Peliknya adakah Hasan Ali tidak memahami prinsip ini? Beliau seorang yang amat berpengalaman dalam kerajaan dan bekas pegawai PTD ?

Timbul persoalan mengapa beliau tidak bawa isu SELCAT ke mesyuarat Exco sedangkan beliau seorang Exco? Atau paling kurang jumpa ahli SELCAT dari PAS YB Saari Sungib untuk nyatakan cadangan maupun kritikan ? Adakah beliau ada masalah komunikasi dengan YB Hulu Kelang ?

Manakala kenyataan Khalid Samad juga kepada media perdana sepatutnya tidak berlaku. YB Shah Alam sepatutnya tidak gunakan media barua UMNO untuk menjawab kenyataan Hasan Ali tentang SELCAT.

Beliau patut diamkan diri dan bawa perkara ini kepada PAS Pusat. Bukankah beliau adalah seorang AJK Biro Politik ? Perlu rasional dan professional. Apabila mengeluarkan kenyataan berbalas-balas dengan PJ seolah-olah kita punya perangai kebudakan dan ada masalah peribadi keduanya.

Contohilah sikap YB Hulu Kelang Saari Sungib juga ahli SELCAT. Beliau ambil sikap yang bijak iaitu diamkan diri.

Kita juga hairan mengapa PAS Pusat begitu "lembab" bertindak untuk "plaster mulut" Hassan Ali dan Khalid Samad ? Sepatutnya dari awal bertindak menutup lubang fitnah !


Mungkin PAS Pusat selepas ini perlu "rehatkan" Hasan dan Khalid sementara waktu untuk mereka berdua selesaikan masalah peribadi mereka. Lantik pimpinan lain untuk tugasan seterusnya. Elok Hasan dan Khalid dihantar ke Mekah buat umrah sambil bermuhasabah diri dan berdoa banyak-banyak depan Kaabah. InsyaAllah selesai masalah !


1 comment:

Reformis Jalanan said...

yang lembab itu presiden dan puak2 yang sekapal dengan dia! dah pemikiran pun sama. yang presiden ni pun satu, dah la lembab, boroi pula. orang dari dulu tak suka Hasan Ali, dikekalkan juga sebagai pesuruhjaya. orang tak suka Mustafa Ali, diangkatnya jadi setiausaha agung! tak ke bodoh tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...