ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, September 3, 2012

Mat Indera dan Sang Saka


Menjelang detik jam 12 tengah malam di Dataran Merdeka, terdapat kumpulan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka. Keesokkannya riuh rendah, kecoh seluruh negara melalui media barua tentang isu bendera.


Pelbagai tohmahan dan kutukan terhadap pengibar bendera Sang Saka. Hatta sekonyong-kinyong sepupu Najib Si Menteri Polis arahkan anak buahnya cari dan siasat pemuda yang kibarkan bendera.

Dengan selambanya salah seorang anak muda mengaku bahkan menceritakan kisah sejarah bendera tersebut. Baru rakyat terutama generasi muda tahu hal sebenar sejarah negara.

Terduduk dan terkedu seketika sepupu Najib serta Bukit Aman !

Tahun lepas hal yang sama juga begitu. Isu Mat Indera. Haji Mat Sabu bawa kisah Mat Indera. Beribu laporan polis dibuat. Bahkan demo dan ugutan samseng terhadap Mat Sabu pun ada.

Akhirnya terbongkarlah kisah sebenar Mat Indera. Beliau disanjung sebagai wira kemerdekaan negara dalam buku terbitan kerajaan Johor. Berpeluh-peluh MB Johor cuba ubah balik kenyataannya  dalam buku tersebut. Rakyat baru tahu siapa sebenarnya Mat Indera dan keluarga Mat Indera mendapat maruahnya kembali.

Dua perkara dan isu tersebut berlaku menjelang Perayaan Kemerdekaan negara. Setiap kali menjelang 31 Ogos setiap tahun, mesti ada kisah sebenar negara terbongkar.

Bayangkan dalam masa 10 tahun mendatang, berapa pula kisah sebenar sejarah negara bakal diketahui oleh generasi muda kita ?

Kita tidak berhajat tukar tarikh kemerdekaan negara. Kita tidak berhajat menukar Bapa Kemerdekaan negara dan kita tidak berhajat menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka.

Biarlah yang lepas menjadi lipatan sejarah.

Tetapi kita berhasrat dan mengimpikan setiap rakyat terutama generasi muda tahu kisah sebenar negara kita. Dengan mengetahui kisah sebenar sejarah negara maka menimbulkan semangat patriotik sayangkan negara dan tahu hakikat siapa sebenarnya barua penjajah yang kini sedang memegang tampuk pemerintahan negara.


Sunday, September 2, 2012

Perayaan Merdeka penuh "bangkai busuk".


Menyedari Sambutan Kemerdekaan kali ke 55 penuh kontroversi, UMNO terpaksa mencari isu-isu untuk menutup "pelbagai bangkai busuk" tentang sambutan kemerdekaan.


Jika tahun lepas, isu Mat Indera dan komunis diketengahkan, kali ini isu pijak gambar Najib, bendera Sang Saka dan ketidakhadiran Sultan Selangor.

Kalau diperhatikan, isu Mat Indera berakhir dengan Mat Sabu dimohon maaf berkali kali oleh tukang fitnah dalam mahkamah walaupun ribuan laporan polis dibuat.

Tentang pijak gambar Najib pula, dengan "mulut besar" sepupu Najib menganggap kesalahan yang melampau. Tetapi dia lupa dengan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Anwar Ibrahim dan MP Shah Alam yang dipijak, dikoyak oleh ahli Parti Keris Telanjang ( kini dikenali Parti Syaitan Yang Dikenali).

Bendera Sang Saka pula, isunya bukan Jalur Gemilang dibakar atau dipijak. Sekadar dikibar oleh anak muda. Anak Muda mempunyai tafsiran tersendiri dengan sejarah Sang Saka.

Mengapa begitu "bodoh" Menteri Polis keluar arahan mahu cari dan siasat pengibarnya ? Sepatutnya sepupu Najib arahkan SB cari siapa arahkan kibar bendera Israel di atas bangunan PWTC milik UMNO /

UMNO memang tidak puas hati dan tidak lena tidur jika isu Sultan tidak diketengahkan. Sejak bila UMNO menjadi pembela Sultan? Adakah UMNO sudah puas "bogelkan,telanjangkan" Raja-Raja Melayu?
Kalakarnya UMNO, dalam satu masa mendakwa pembela Raja Melayu dan dalam masa yang sama masih pakai kata-kata dan nasihat "Tukang Bogel" Raja-Raja Melayu, Dr Mahathir
( mantan Presiden Parti Syaitan yang Dikenali).

Malaysia telah merdeka 55 tahun tapi pemikiran pemimpin UMNO masih di "level" JKKK .

Sunday, August 19, 2012


Semoga Segala Amalan kita
di bulan keberkatan Ramadhan diterima Allah Taala.
Semoga dipanjangkan umur bertemu Ramadhan di tahun hadapan.
SELAMAT HARI RAYA * MAAF ZAHIR BATIN

تقبّل الله منا ومنكم

Tuesday, August 14, 2012

Perompak yang baik hati tapi celaka !

 

Kisah yang berlaku ini benar-benar berlaku. Satu keluarga dirompak .Hampir RM2 bilion duit kepunyaan keluarga yang malang itu dilarikan sekumpulan perompak. Peristiwa ini berlaku hampir 2 tahun yang lalu.


Tiba-tiba sempena bulan Ramadhan kumpulan perompak menghantar sepucuk surat kepada keluarga yang dirompak RM2 bilion itu minta keluarga itu menghantar wakil mereka untuk berunding tentang pemulangan semula hasil rompakan itu.

Ketua perompak menentukan terma-terma syarat wakil keluarga itu. Tidak boleh dari kalangan ahli kelurga itu. Mesti orang luar.

Ketua perompak itu juga menziarahi keluarga yang dirompak sambil berucap, " Kami tidak pernah menzalimi anda ! ", jerit ketua perompak itu di hadapan ahli-ahli keluarga yang dirompak.
Inilah rekod kedua "PENCAPAIAN TERBAIK" kumpulan perompak selepas rompakan pertama dahulu pada tahun 2000 iaitu mereka merompak jiran sebelah rumah yang dirompak itu.

Ketua perompak : PMNajib.
Kumpulan perompak : UMNO-BN
Keluarga yang dirompak - Kelantan.
Jiran Sebelah rumah - Terengganu

Monday, August 6, 2012

Serangan yang dirancang ?

 

Serangan ke atas tentera Mesir di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan 15 askar Mesir terbunuh menimbulkan persoalan. Antaranya :


1) Begitu ramai tentera Mesir terbunuh. Rekod terburuk sejak 20 tahun.
2) Diserang dikala tentera Mesir sedang berbuka puasa.
3) Israel terlebih dahulu tahu rancangan serangan itu melalui sumber risikan.
4) Kesemua penyerang dibunuh oleh Tentera Israeldalam kawasan Israel.
5) Begitu mudah penyerang menggunakan 2 kenderaan.
6) PM Israel memuji perisikan mereka dan bersyukur kerana tiada orang awam(Israel) jadi mangsa penyerang.
7) Peristiwa ini berlaku dikala  Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslim dan hubungan dengan HAMAS  begitu erat.

KEBARANGKALIAN TEORI :

1)  Seperti serangan keatas WTC September 2001, Israel terlebih dahulu tahu serangan sebelum berlaku.

2)  Cubaan Israel mengadu domba Presiden Mesir dengan Tentera Mesir.


3)  Cubaan Israel mengadu domba Mesir dengan HAMAS.

4)  Hujah Israel untuk mendesak Mesir menutup kembali pintu sempadan Gaza untuk rakyat Palestin.

5)  Israel cuba "mencipta perang" dengan Mesir untuk alihkan perhatian Mesir terhadap isu Palestin dan Syria.

6)  Israel akan mendesak melalui Amerika agar Amerika mendesak Mesir putuskan hubungan dengan HAMAS.

7) Penyerang adalah Tentera Elit Israel atau Tentera Upahan Israel. Bagi menghapuskan segala bukti, maka penyerang itu mesti dibunuh kesemuanya. Benar, kesemua penyerang di bunuh oleh Israel semasa memasuki sempadan Zionis.

Mesir tidak dapat menyiasat kenderaan dan identiti penyerang kerana ianya "berakhir" dalam kawasan Zionis.

GEMPAK! Surat Cinta Najib......



Bulan Ramadhan tahun ini adalah satu bulan yang amat getir bagi PMNajib. Dua perkara besar terpaksa diselesaikan oleh Najib. Semuanya gara-gara soal petrolium.


Yang pertamanya, Najib terpaksa melintasi Laut China Selatan menuju pulau Borneo bagi menghalang penghijrahan MP Sabah dan Sarawak ke Pakatan Rakyat.

Kemasukan dua MP Sabah menyeberang ke PR amat dibimbangi Najib. Yang lainnya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk berbuat demikian. Semuanya kerana janji PR untuk memberikan royalti minyak sebanyak 20% berbanding 5% oleh BN kepada Sabah dan Sarawak.

Belum habis penat Najib, tiba-tiba anak Tun Razak ini "gatal tangan" menulis surat kepada MB Kelantan suruh MB hantar wakil untuk bincang soal royalti.

Padahal "mati-mampus" dua pembesar Kelantan menafikan hak rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Soalnya, mengapa PMNajib minta wakil Kelantan ke Putrajaya bincang royalti? Selang beberapa hari kemudian Najib melawat Kelantan dan menwar-warkan tentang "baiknya" UMNO dan BN terhadap Kelantan. Tidak lupa beliau mengaitkan sekali dengan keberkatan bulan Ramadhan.

Ada dua sebab mengapa PM Najib bertindak demikan:

a) Desakan rakyat Kelantan terhadap royalti semakin kuat mendapat sokongan rakyat termasuk Sultan Kelantan sendiri. Oleh itu dengan menulis sekeping surat kepada Tok Guru sekurang-kurangnya "meredakan" sedikit kemarahan rakyat.

Lebih-lebih lagi Najib bakal melawat Kelantan. Sudah ada berita bahawa rakyat Kelantan akan menyambut Najib dengan sepanduk-sepanduk desakan royalti. Najib tidak mahu suasana tersebut menganggu lawatan beliau.

 Maka bermodalkan "surat cinta" tersebut, ucapan Najib ada modal untuk "digoreng-goreng" kepada rakyat Kelantan

Nah! Surat ":cinta" terpaksa ditulis. Jika ISA pun, Najib boleh berdolak dalih, apatah lagi royalti!

Cumanya, Najib lupa bahawa bumi Kelantan adalah Universiti Politik Malaysia.

b) PMNajib melihat cara kenyataan Tok Pa dan Awang Adek melayani tuntutan royalti seperti cara pemikiran JKKK sedangkan Tok Pa lulusan Australia dan Awang Adek lulusan UM. Cara jawapan mereka berdua mencerminkan UMNO Kelantan mempunyai dua kapten. Itu belum campur lagi Anuar Musa !
Masing-masing tunjuk ego tetapi bertindak bodoh sombong. Tok Pa mengaku halang royalti manakala Awang Adek dakwa royalti telah diberi dalam bentuk wang ehsan.

Melihat keadaan demikianlah, PM Najib bertindak jalan tengah.Tulis surat kepada Tok Guru. Disini, kita nampak tindakan PMNajib untuk menunjukkan betapa bodohnya Tok Pa dan Awang Adek. Beginikah untuk rampas Kelantan dengan cara kamu berdua?

Jika beginilah cara Tok Pa dan Awang Adek berpolitik,bermakna UMNO kena tunggu satu lagi Generasi KEMAS membesar  untuk mereka rampas Kelantan!

Saturday, August 4, 2012

Kebodohan yang tidak terperi



Dengan angkuhnya Sang Pembakar Jambatan  Rais Yatim tetap menggunakan tema merdeka" Janji Di tepati" untuk perayaan kemerdekaan negara ke 55. Kini tinggal lagu tema lagi belum dimuktamadkan setelah logonya yang hodoh ditarik balik.


Melihat kepada reaksi terbaru Rais, barangkali lagu tema tetap akan digunakan. Lebih-lebih lagi liriknya ditulis oleh Rais sendiri.

Tahun ini dalam sejarah negara, dua perayaan serentak diadakan untuk sambut kemerdekaan. Satu berversikan parti pemerintah dan satu lagi berversikan Pakatan Rakyat. Serentak bertembung.

Kita bakal melihat persaingan tarikan menghadiri kedua perayaan tersebut. Mana satu yang bakal dihadiri ramai penonton. Samada versi kerajaan atau  versi PR.

Perayaan versi kerajaan tentunya dihadiri oleh kakitangan kerajaan dan kanak-kanak sekolah. Mereka semuanya dibayar elaun dan disediakan pengangkutan,makan minum.

 Manakala versi PR tentunya secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran.

Rais tentunya ingin melihat suasana tersebut. Cumanya Rais lupa satu perkara iaitu jika ceramah yang dianjurkan oleh kerajaanpun kurang sambutan walaupun ada upah,kenderaan dan makan minum. Bagaimana dengan kehadiran perayaan merdeka yang dianjurkan oleh kerajaan ?

Rais hanya bagus dari segi kata-katanya dan kamera yang tergantung dilehernya sahaja tetapi dalam isu ini, rasanya JKKK atau kanak-kanak KEMAS lebih cerdik lagi dari dia.

Kebodohan yang tidak terperi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...