ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, September 3, 2012

Mat Indera dan Sang Saka


Menjelang detik jam 12 tengah malam di Dataran Merdeka, terdapat kumpulan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka. Keesokkannya riuh rendah, kecoh seluruh negara melalui media barua tentang isu bendera.


Pelbagai tohmahan dan kutukan terhadap pengibar bendera Sang Saka. Hatta sekonyong-kinyong sepupu Najib Si Menteri Polis arahkan anak buahnya cari dan siasat pemuda yang kibarkan bendera.

Dengan selambanya salah seorang anak muda mengaku bahkan menceritakan kisah sejarah bendera tersebut. Baru rakyat terutama generasi muda tahu hal sebenar sejarah negara.

Terduduk dan terkedu seketika sepupu Najib serta Bukit Aman !

Tahun lepas hal yang sama juga begitu. Isu Mat Indera. Haji Mat Sabu bawa kisah Mat Indera. Beribu laporan polis dibuat. Bahkan demo dan ugutan samseng terhadap Mat Sabu pun ada.

Akhirnya terbongkarlah kisah sebenar Mat Indera. Beliau disanjung sebagai wira kemerdekaan negara dalam buku terbitan kerajaan Johor. Berpeluh-peluh MB Johor cuba ubah balik kenyataannya  dalam buku tersebut. Rakyat baru tahu siapa sebenarnya Mat Indera dan keluarga Mat Indera mendapat maruahnya kembali.

Dua perkara dan isu tersebut berlaku menjelang Perayaan Kemerdekaan negara. Setiap kali menjelang 31 Ogos setiap tahun, mesti ada kisah sebenar negara terbongkar.

Bayangkan dalam masa 10 tahun mendatang, berapa pula kisah sebenar sejarah negara bakal diketahui oleh generasi muda kita ?

Kita tidak berhajat tukar tarikh kemerdekaan negara. Kita tidak berhajat menukar Bapa Kemerdekaan negara dan kita tidak berhajat menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka.

Biarlah yang lepas menjadi lipatan sejarah.

Tetapi kita berhasrat dan mengimpikan setiap rakyat terutama generasi muda tahu kisah sebenar negara kita. Dengan mengetahui kisah sebenar sejarah negara maka menimbulkan semangat patriotik sayangkan negara dan tahu hakikat siapa sebenarnya barua penjajah yang kini sedang memegang tampuk pemerintahan negara.


1 comment:

Anonymous said...

Mengetahui sejarah sebenar sapa plak kata salah..semua orang tahu pasal asal-usul bendera Sang Saka..tapi ada tak mereka jelaskan bagaimana warnanya menyemai bendera Indonesia yang mempunyai kaitan dengan impian Sukarno menubuhkan Gugusan Indonesia Raya (yang berselindung disebalik Melayu Raya) manakala kepala pemerintahannya ialah Indonesia..ada kita cerita pasal itu...

Keduanya ..kalau ya sekalipun nak memperingati bagaimana dari Sang Saka berganti kepada Jalur Gemilang kenapa harus terkinja-kinja menunjukkan seolah-olah ghairah memegang bendera tersebut dan seolah-olah Jalur Gemilang sudah tiada makna.

Belajar sejarah tu bagus tapi harus diperhalusi intipatinya, dibuat analisa yang bijak dan memahami implikasi yang bakal diharungi seandainya insiden yang sama berulang..itu fungsi sejarah.

Bagi yang lahir selepas era konfrantasi anda tidak tahu akan perit getir mereka yang berjuang mempertahankan kesejahteraan negara. Walaupun anda tergolong di dalam kelompok yang kecewa, janganlah jadikan kekecewaan tersebut sebagai agen untuk anda menkritik mereka yang berjaya dalam hidup...

Tiada gunanya mengaku sebagai rakyat Malaysia dan diam di Malaysia seandainya bendera resmi negara sendiri pun tidak dihormati...the best option pergilah ke mana-mana negara yang anda rasa akan aman dan terbaik..dipersilakan

Kebencian bukannya dilunaskan dengan membakar bendera, memijak gambar mahupun membuat rusuhan...itu hanyalah sifat manusia yang tidak berakal...anda pun tahu bahawa keputusan di tangan anda maka gunakanlah ianya apabila tiba waktunya untuk memangkah mana-mana individu ataupun parti yang anda suka...

Janganlah disebabkan ada individu yang tidak sabar untuk memegang takhta disebabkan takut terbongkar rahsia baru tak lama lagi...maka kita menjadi boneka murahannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...