ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, December 17, 2015

SEDONDON SEPENTAS



Bila presiden PAS dan UMNO duduk sepentas,riuh seluruh Malaya.Ada berkata positif...ada yang teruja..ada yang negatif...ada yang gementar dan ada yang sekadar tersenyum.
Anda yang mana satu?
Saya di pihak sekadar tersenyum.
Yang teruja,barangkali PERKASA,ISMA,NGO pro UMNO,Mufti Perak dan sewaktu dengannya.
Yang negatif, tentunya PAN.Sebabnya,PAS bertambah kawan walaupun belum "bergabung".Tentunya ada undi Melayu UMNO sudah masuk poket PAS.PAN hanya harapkan undi Cina DAP dan G25 !
Yang gementar sudah pasti DAP.Parti Roket ini amat cerdik melihat perkembangan politik masa hadapan.DAP tentunya belajar dari sejarah PAS.Setiap kali UMNO bergaduh,undi Melayu mengalir menuju ke peti undi PAS.Inilah yang menggerunkan DAP.Ini bermakna undi PAS bermakna sokong HUDUD !
Perkembangan semasa menunjukkan orang Melayu bosan dengan karenah politik UMNO,percakaran sesama pembangkang.Asalnya orang Melayu bosan dengan "peperangan" PAS dengan "orang kalah pemilihan G18".Setelah tertubuh PAN dan kemesraan PAN dengan DAP menyebabkan orang Melayu atas pagar serta Melayu UMNO kagum dengan kesabaran,berjiwa besar,istiqamah dan tahan uji PAS menghadapi ujian tersebut.
Ini kelebihan PAS.
Hebatnya PAS masih boleh bersabar dengan Memali,Lubuk Merbau,ISA,pertukaran gurunya,pembuangan kerja dan diskriminasi minyak di Kelantan dan Terengganu dan terkini Unit Amal kena halau dari penempatan banjir di Selangor.
PAS boleh bersabar.Mengapa? Kerana PAS parti politik dan dakwah.Meramaikan kawan mengurangkan musuh.Senjatanya adalah kesabaran.
Ketika arwah Ustaz Fadhil Nor sepentas dengan Dr Mahathir atas isu Palestin,tiada seriuh kampung seperti hari ini TG Haji Hadi sedondon dengan PMNajib. Mengapa?
Ketika itu,UMNO kuat.Dr Mahathir berkuasa dengan ISAnya dan orang PAN masih dalam PAS.Tiadalah suara bising PAN.
Mengapa pula DAP tidak gementar lutut? Kerana UMNO kuat dan dengan sendirinya orang Melayu UMNO sekular menentang hudud.Tiada undi buat PAS.
DAP hanya takut sekiranya orang Melayu UMNO kembali kepada Islam.Itu sahaja.
Hari ini kita melihat di atas pentas dua wajah insan yang berlainan walaupun sedondon.Satu menagih simpati dikala orang-orangnya berpecah dua akibat bencana RM2.6bilion sambil menebuk kapal bernama UMNO.
Manakala seorang lagi melihat ummah perlu diselamatkan dengan Islam untuk selamat dunia juga akhirat.
Berbezakan? Sebab itu saya tersenyum.

2 comments:

Unknown said...

Ya betul. PAS dipelhara dan menjadi rebutan semua kerana istiqomahnya terhadap Islam. Biar fitnah melanda..biar badai datang menggunung..namun PAS tetap gagah berdiri, berkeyakinan atas perjuangan dakwah dan komitmen politik Islamnya. Tahniah PAS!...Parti 'langau @ nyamuk' yang kat 'sana' tu jangan cemburu haaa..! Kalau nak 'join' sekali anda semua dijemput..! Tapi asasnya bukan kerana 'sekular' dan asobiyyah yang 'membabibuta'!

Akim said...

Tunggu dan lihat sahajalah.. hmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...