Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti Amanah Negara(PAN).
Walaupun IKRAM mensyaratkan ahlinya meletak jawatan dalam organisasinya kepada ahlinya yang di lantik sebagai pimpinan PAN tetapi ianya tetap meletakkan IKRAM di pentas kancah politik negara.
Bezanya dahulu pimpinan IKRAM(dulunya JIM) menumpang rumah PAS dan PKR sejak zaman reformasi kini sudah ada rumah sendiri yang bernama PAN.Walau bagaimanapun PAN tidak sepenuhnya milik IKRAM.Muhammad Sabu,Salehudin Al Ayubi,Anuar Tahir antara yang tidak berwajah IKRAM.Mat Sabu dengan pro Iran dan Anuar dengan wajah ABIMnya.
Paling tertinggi kedudukan ahli IKRAM di dalam PAN adalah Naib Presidennya iaitu Ustaz Hasanuddin Yunus.
Pimpinan IKRAM mesti membuat keputusan yang kolektif,tepat dan tegas dalam perkara ini.
Terkini dengan pembabitan Mat Sabu dengan pimpinan Regim Bashar "memusnahkan" program kemanusiaan IKRAM.
Barangkali pimpinan IKRAM boleh membuat "dalih" bahawa NGO itu non partisan.ABIM pernah mendakwa demikian.Tetapi bila DS Anwar masuk UMNO,tiada lagi non partisan buat ABIM hingga ABIM berpecah kepada ABIM PAS,ABIM UMNO dan ABIM Perlis.Kini ABIM Perlis sahaja yang menampakkan ABIM yang "original" non partisan dan bertukar nama kepada HALUAN.
Mengapa IKRAM bersungguh-sungguh untuk masuk politik?Sejak zaman IRC kemudian JIM,mereka "berfatwa" pilihanraya adalah tidak syarie.Bahkan ada ahli JIM mengundi calon UMNO menentang calon PAS.
Majoriti ahli JIM tidak mendaftar sebagai pengundi hinggalah zaman reformasi.Semasa era reformasi,berduyun-duyun dan berbondong-bondong ahli JIM mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi PRU 1999.Ketika itu tiada lagi istilah pilihanraya "tidak syarie".
Sejak itu ramailah pimpinan JIM masuk politik.Ada yang masuk PKR dan PAS.Antaranya Haji Shaari Sungib(Abu Urwah).Beliau menjadi calon Parlimen Paya Besar,Pahang 1999 tetapi gagal tetapi berjaya di DUN Hulu Kelang Selangor PRU 12 dan PRU 13.
Ramai juga calon JIM yang menjadi calon PKR dan PAS dalam PRU.Termasuk juga Ustaz Hasanuddin Yunus yang bertanding tiket PAS di Johor tetapi tewas.
PAS bersikap terbuka.Walaupun persepsi mengatakan IKRAM ingin meng"ikram"kan PAS seperti ABIM ingin meng"Abim"kan PKR,malah kalangan pimpinan PAS masih memberi ruang dan peluang kepada pimpinan IKRAM untuk menjadi calon PRU sejak PRU 1999.
Bermula pengasas JIM(YB Haji Saari Sungib) mengingkari arahan pimpinan,bermula dan terserlahkan wajah sebenar IKRAM terhadap PAS walaupun ada di kalangan mereka yang tetap bersama PAS seperti YB Meru Dr Abd Rani Othman.Yang lainnya mendekati PAN.
IKRAM mesti memahami menerjunkan ke alam politik tidak sama seperti menguruskan institusi kebajikan dan pendidikan.Lebih-lebih lagi politik Malaysia.Iklim politik di Malaysia tidak sama dengan Mesir,Turki,Tunisia dan Indonesia.
Politik Malaysia hanya membabitkan penentangan dua pihak sahaja.Satu pihak mahukan syariat Islam dan satu lagi menentangnya.Di Malaysia,politik Islam telah lama berakar umbi.Bermula Hizbul Muslimin era 30an hinggalah di haramkan oleh penjajah British.Kemudian PAS mengambil alih dan meneruskan perjuangan menegakkan hukum Tuhan di bumi Malaysia.
Sepatutnya melihat situasi politik Malaysia,IKRAM perlu menjauhi alam politik.Cukuplah mengendalikan 9 institusi kebajikan dan pendidikan untuk mendidik dan tarbiah ummah.Bidang politik serahkan kepada PAS kerana ianya satu organisasi tunggal politik sejak berzaman berteraskan Islam.Sepatutnya IKRAM membantu PAS dalam soal politik bukan memecahkan undi Muslim.IKRAM mempunyai ramai ahli yang elit yang boleh bersama menegakkan Islam melalui politik pilihanraya.
IKRAM sepatutnya melihat pengalaman Jamiat Islami di Pakistan.Mengapa rakyat Pakistan menolak Jamiat dalam pilihanraya walhal Jamiat mempunyai ramai ahli yang elit,intelektual,hospital,badan kebajikan..Antaranya sebabnya Jamiat terlalu elit tidak kuat sokongan dari rakyat marhein.
IKRAM kena sedar betapa calonnya yang berjaya menjadi YB adalah kerana sokongan dan kerja kuat dari rakyat marhein dari kalangan penyokong PAS.
Politik Malaysia semakin lama menampakkan wajah sebenar DAP.Sewajarnya IKRAM menjauhi DAP.PAS menolak DAP bukan kerana anti Cina kerana PAS sudah ada Dewan Perhimpunan Non Muslim.Ikatan persahabatan dengan DAP dirungkai kerana DAP tidak menghormati hak-hak orang Islam untuk mengamalkan hukum Allah di Kelantan.
Percayalah,jika IKRAM balik asal kepada landasan sebenar sebagai NGO Islam non partisan,kerja kebajikan mereka dapat dilipat gandakan dengan pandangan positif dan sokongan dari PAS.
Belajarlah dari pengalaman ISMA yang mencuba masuk politik baru-baru ini.Mereka dilihat sebagai kerabat UMNO dan tentunya golongan akar umbi tidak menyukainya.Apatah lagi apabila PAS putus hubungan dengan DAP dan lagak pimpinan DAP yang angkuh,sombong menolak syariat Islam dan dalam waktu yang sama pimpinan IKRAM masuk PAN dan mesra dengan DAP.Lagilah bertambah benci golongan akar umbi marhein terhadap PAN.Dan sudah tentu tempiasnya berjangkit kepada IKRAM.
Ingat,janganlah sampai majoriti Muslim di Malaysia menganggap IKRAM pula salah satu sayap baru ciptaan DAP selepas PAN !
IKRAM,anda mampu mengubahnya.
17 comments:
Saya Sangat merasakan perkara Yang sama. Amat juga berharap ijtihad Ikram ini dinilai semula.
Saya Sangat merasakan perkara Yang sama. Amat juga berharap ijtihad Ikram ini dinilai semula.
Ada sebab mengapa IKRAM bersama DAP. Moga Allah merahmati kamu. Terima kasih diatas penulisan anda tentang halatuju IKRAM. Moga kita semua diberi hidayah dan sentiasa dalam rahmat Allah. Assalam
Ada sebab mengapa IKRAM bersama DAP. Moga Allah merahmati kamu. Terima kasih diatas penulisan anda tentang halatuju IKRAM. Moga kita semua diberi hidayah dan sentiasa dalam rahmat Allah. Assalam
Jika berbilang jemaah boleh diterima dengan sihat, nescaya tidak ada masalah untuk PAS menerima pihak lain yang juga berusaha memperjuangkan Islam. Jika PAS kekal dengan pendekatan lama, tidak salah AMANAH membawa pendekatan baru. Tidak salah terus setia dengan kereta lama, namun siapa yang suka kereta baru dia boleh naik. Cuma sikap memburukkan kereta orang lain wajar dijauhi. Kritikan yang berlaku atas dasar ilmiah dan tanggungjawab kepimpinan wajar diambil peduli oleh kedua-dua belah parti.
Elok penulis @ mereka yang tak faham hala tuju IKRAM, merujuk visi & misi IKRAM atau terus rujuk mana2 pimpinan iIKRAM bagi memahami hala tuju IKRAM.
Itu lebih baik bagi elak salah faham dan kejahilan.
Sebenarnya lebih baik berasingan utk wujudkan persaingan..Biarkan rakyat & pengundi menilai siapa yg lebih ke hadapan, boleh bekerja menyelesaikan masalah rakyat, mampu membela rakyat yg tertindas, membangunkan sistem ekonomi & sosial @kebajikan utk kepentingan masyarakat termasuk yg bukan Islam, menyediakan barisan pemimpin yg berilmu, beramanah , profesional & akhirnya menjadi alterntif terbaik bagi mengambil alih pemerintahan negara...
Sebenarnya lebih baik berasingan utk wujudkan persaingan..Biarkan rakyat & pengundi menilai siapa yg lebih ke hadapan, boleh bekerja menyelesaikan masalah rakyat, mampu membela rakyat yg tertindas, membangunkan sistem ekonomi & sosial @kebajikan utk kepentingan masyarakat termasuk yg bukan Islam, menyediakan barisan pemimpin yg berilmu, beramanah , profesional & akhirnya menjadi alterntif terbaik bagi mengambil alih pemerintahan negara...
Kalau ahli IKRAM dok dlm PAS kamu kata depa nak ikramkan PAS,
Kalau ahli IKRAM masuk AMANAH, kamu kata kena kekal menyokong PAS..
Kamu dah mcm tuan punahsihat Najib tu. Org dok dlm dia halau keluar, dh keluar di kata pengkhianat.
Banyak fakta yang tidak tepat. Harap penulis boleh berlaku adil dengan hujah dan fakta. Sumber mana la penulis ni cedok..
Kalau sumber tak tepat, tak boleh pakai hujah tuan.
persoalan tepat ialah, ke mana arah tuju PAS.. apakah perjuangan PAS sekarang? saya tengok penyokong PAS, lepas PAS jadi macam ni, lepas arwah TGNA meninggal dunia, perasaan taksub, assobiyyah dan riak tu makin menjadi2.. siap yang terbaru keluarkan surat larangan pembabitan ahli PAS ke program anjuran PAN.. sampai macam tu sekali? Zaman TGNA dulu pernah dia keluarkan surat macam tu ke? untuk ban ahli PAS dari menghadiri program anjuran UMNO? apa sebenarnya hala tuju PAS, dan apa yg diperjuangkan sebenarnya? at least IKRAM dari Ikhwanul Muslimin, PAS?
Saya sokong... Org Melayu semakin berpecah, klu berpecah semakin kuat islam tidak mengapa, ini sampai senyap seribu bahasa bila kepimpinan DAP masuk campur urusan islam. Tolong jaga air muka umat islam di Malaysia
Jgn hanya menjadi jaguh di Palestin melalui ngo2, padahal di Malaysia sanggup berperang dgn saudara sendiri demi sesuap dedak dari DAP... Maaf saya kata, isma lebih berprinsip atas dasar islam... Berjasa tidak bertanding jika parti Melayu islam bertanding. Tpi PAN.....
Jgn hanya menjadi jaguh di Palestin melalui ngo2, padahal di Malaysia sanggup berperang dgn saudara sendiri demi sesuap dedak dari DAP... Maaf saya kata, isma lebih berprinsip atas dasar islam... Berjasa tidak bertanding jika parti Melayu islam bertanding. Tpi PAN.....
Saya sokong... Org Melayu semakin berpecah, klu berpecah semakin kuat islam tidak mengapa, ini sampai senyap seribu bahasa bila kepimpinan DAP masuk campur urusan islam. Tolong jaga air muka umat islam di Malaysia
Saya pun hairan, apakah DAP lebih baik dari PAS dari segi Islam? Walaupun apa alasan diberi, yg bekerjasama dgn DAP...adakah mereka memimpin DAP, atau terpimpin oleh DAP? Adakah terpaksa byk bertolak ansur dgn DAP, tapi tak boleh pula bertolak ansur dgn parti org islam?
So apa matlamat IKRAM? Bukan ke matlamat menghalalkan cara? Orang bawahan macam uolls mana tahu . Nampak ukhwah only, while the top leaders are being machievalism.
Post a Comment