ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, July 4, 2015

PAKAT MASUK DAP...Selamat Dunia Akhirat !



Gambaran terkini selepas Muktamar PAS ke 61,team yang kalah iaitu G18 mempunyai beberapa pilihan.Antaranya :
1) Tubuh partai baru.
2) Masuk DAP.
3) Aktif dengan PasMa tetapi tidak berpartai.
4) Menyepi dari politik.Bersaralah.
5) Kembali kepada PAS dan "bina hidup baru".Taubat dan taat kepada pimpinan.
6) Masuk PKR.

Melihat reaksi Mat Sabu dan beberapa tokoh PAS yang hadir majlis ceramah dan terkini berbuka puasa dengan KM Lim Guan Eng,partai baru bakal tertubuh.Ahli barunya yang lain mungkin  terdiri NGO Islam seperti ABIM,IKRAM manakala NGO lain seperti SIS dijangkakan turut serta.

Siapa pemimpinnya? Mat Sabu atau Dr Mujahid Rawa? Atau anak arwah Fadhil Nor, seorang peguam Faiz?

Ramai beranggapan menubuh partai baru penuh risiko.Ianya tidak sama dengan penubuhan PKR.PKR masih "bernyawa" kerana masih ada Anwar,gabungan PKN dengan PSRM dan penubuhannya bertitik tolak dengan kebangkitan rakyat lawan kezaliman Dr Mahathir.

Bagaimana dengan partai G18 ini?Tentunya berbeza.Ditubuhkan kerana kekalahan G18 dalam Muktamar PAS.Sama seperti penubuhan HAMIM oleh Geng 13 kerana "pengusiran" Dato Asri bersama gengnya dari PAS.Penubuhan partai baru G18 ini lebih kepada isu tidak puas hati dan ianya berskala kecil.Tidak mampu menggegarkan pentas politik Malaysia.Tidak seperti penubuhan partai Keadilan yang juga kerana tidak puas hati.Tetapi nya berskala besar,melibatkan rakyat bawahan.

Melihat kepada kenyataan pimpinan G18,ada juga kegusaran mereka tentang sambutan rakyat terhadap partai ini.Ada kata seumpama "buih Pepsi" sahaja.Sekejap sahaja buihnya(sambutan).

Sepatutnya pimpinan G18 memilih DAP.Mengapa ?
1) Partai yang lama berpengalaman walaupun usia muda dari PAS.
2) Sudah ada prasarana kemudahan.Lebih-lebih lagi dengan adanya kerajaan di Pulau Pinang.
3) Menambahkan bilangan keahlian orang Melayu dalam DAP terutama dari segi bilangan tokoh Melayu.Ikut contoh Pak Samad Said.
4) Dapat menolong DAP keluar dari kepompong keCINAan.
5) Mengubah persepsi anggapan orang Melayu bahawa DAP anak kepada PAP Singapura.
6) Dapat mendakwahkan dan mengenalkan Islam Syumul kepada pimpinan DAP.
7) Akhir sekali dapat "menguasai" DAP.

Barangkali no 6 dan no 7 amat membimbangkan DAP.Sebab itu kita hairan bin ajaib mengapa pimpinan Lim Kit Siang maupun Lim Guan Eng tidah membuat tawaran untuk Abu Iman,Abu Urwah,Mujahid,Ustaz Ahmad Awang agar masuk DAP.Sekurang-kurang dalam perhimpunan tahunan DAP ada permandangan orang berkopiah,baju Melayu,berjubah bercampur suasana sedia ada Melayu berskirt pendek sperti Dyana Sopia,berpurdah,bertudung.Semuanya kemudian bergabung dengan amoi-amoi berskirt atas lutut.Tentunya satu situasi Malaysia yang harmoni lagi mengancam jiwa raga dan menggoda!

Abu Iman serta Dr Hatta boleh merangka gerakerja jangka panjang untuk menguasai DAP pula setelah gagal menakluk PAS!Biar Kit Siang,Eng Guan dan Gobind pula tidak lena tidur pula memikirkan perancangan team G18.

Lepas raya - tubuh partai baru atau masuk DAP.Tepuk dada tanya Kit Siang ! Boleh tak join lu?




4 comments:

cikmatgelap said...

bulan posa otak kosong,g 18 bukan kalah tapi di belit2kan mcm putaran serban,lebih baik keluar dari pas agar dpt mengelakkan berketuakan munafikun yg berjubah dan berserban

Anti ulama su' said...

Korang semua yang bawa nama dan label islam la yang patut bijak menarik non-muslim ke arah islam. Bukannya marah dengan mereka. Punca kat pemimpin2 kamu yang mendatangkan fitnah terhadap agama.

Mesyuarat ponteng. Parlimen ponteng. Maki sana maki sini. Tuduh orang ambil pil kuda. Cara menilai kesalahan orang ambil pil kuda tu pun semberono.

Saya ramai kawan non-muslim yang kamu gelar macam2 tu. Sikap mereka lebih Islam daripada pemimpin kamu tu

Anonymous said...

Saya sokong Mat Sabu tubuh parti lain... Dulu sy penyokong Haji Hadi tapi makin lama beliau dah makin nyanyuk , dah patut kena tinggal dgn kaum nya. Kita seharus mya ada satu parti yang di sukai oleh semua kaum di masia ni, baru mampu tumbangkan umnuu.... Jngan nnti kena bodek sikit dgn BRIM dah lupa... Stanby tahun depan BRIM maik RM2000 pun tetap ambik... tapi pangkah sendiri mau paham... Wasalam

abuamir said...

Bagus G18 tubuh parti sendiri dari sertai DAP atau PKR sebab nanti mereka pula tak lena tidur. Masing2 ada kelebihan masing2 gunakanlah kelebihan tu utk membela nasib rakyat bukan mcm puak tu bila dah ada jawatan & kuasa dlm parti dok sokong pemimpin umno yg zalim pulak kan ke banggang tu namanya. Bila masa pula nabi suruh sokong pemimpin yg zalim?

Teruskan agenda berjuang demi rakyat utk rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...