ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Thursday, May 8, 2014
Hudud gugur kerana Mat Sabu tanding Bukit Gelugor ?
Kini isu Hudud kembali mewarnai iklim Malaysia yang baru sahaja alami jerebu.Ianya bermula sebaik sahaja Menteri Agama UMNO Jamil Khir Baharom "tersasul" bercakap tentang hudud.
Ianya bertambah "cantik" apabila TPM Muhyidin menziarahi Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz.
Apabila hudud bakal dibawa ke Parlimen untuk diluluskan,maka bertambah suara bercakap tentangnya. Ada setuju,ada menentang dan ada yang meraguinya.
Jika semua MP UMNO,PAS dan MP PKR yang berugama Islam menyokong,hudud bakal terlaksana di Kelantan.
Isu Hudud bakal menerbitkan dan mewajahkan beberapa perkara.Antaranya :
1) Dalam PAS sendiri ada pelbagai pandangan. Yang pasti semuanya "beriman dengan hukum Allah".Cumanya dari segi cara dan masa perlaksanaan. Ada yang mengatakan tunggu dulu sehingga rakyat faham.Ada yang berhujah,kita selesai dahulu isu rasuah dan kemiskinan.
Dalam PAS ada 2 jalur kefahaman:
Satu aliran yang yang mahu hudud dilaksanaan pada masa ini dengan hujah telah lama menunggu.22 tahun adalah satu tempoh yang begitu lama.Soal kehilangan undi adalah soal kedua.Yang pasti,hukum Allah tentang hudud mesti diutamakan.
Seperti kata Presiden PAS TG Haji Hadi,kita sanggup kalah dengan bermaruah.Dengan ertikata,tanggungjawab kita(PAS) telah selesai dengan Allah.Soal rakyat setuju atau tidak,bukan tanggungjawab kita.
Satu lagi aliran yang agak moderat iaitu yang berhujah bahawa kita perlu beri kefahaman dahulu kepada rakyat dan selesaikan masalah akar umbi rakyat seperti kemiskinan.Oleh itu hudud perlu "ditangguhkan" buat masa sekarang.Mereka sama hujah dengan Dr Asri (MAZA) yang mengatakan hudud umpama pintu cantik mahu diletakkan di rumah yang buruk.
Rumah perlu dibaiki dahulu sebelum letak pintu cantik.Negara perlu diubah dari segi kemiskinan dan kebajikan dahulu sebelum hudud dilaksanakan.
Soalnya,bila rumah akan cantik untuk dipasang pintu yang cantik? 50 tahun lagi?
Persoalan sekarang,adakah hudud di Kelantan sama seperti di Saudi dan Brunei? Oleh kerana Brunei satu mazhab dengan kita iaitu mazhab Syafie,maka hudud di Kelantan sama versi dengan Brunei.
Satu lagi persoalan,antara roh kekuatan hudud ialah keadilan.Adakah Sultan Kelantan dan Istana dikecualikan dari hudud? Diberitakan di Brunei,hudud tidak boleh "masuk" Istana Nurul Iman? Hanya untuk rakyat marhein dan jelata?
Ini perlu kepada pencerahan agak ianya tidak "mencacatkan dan menghodohkan " hudud.
Bagi rakyat non muslim,mereka melihat hudud dengan persepsi yang berbeza.
Ada melihat hudud sebagai lambang kezaliman terhadap mangsa rogol.
Ada melihat hudud sebagai lambang kezaliman terhadap anak-anak kecil jika salah seorang ibubapa mereka masuk Islam.(berebut anak) walaupun hudud tidak liputi kes ini.
Ada melihat hudud sebagai lambang kezaliman terhadap mayat keluarga jika berlaku kematian (berebut jenazah) walaupun hudud tidak liputi kes ini.
Ada melihat hudud sebagai lambang ketidakadilan apabila melihat hudud hanya versi rakyat dan tiada versi untuk golongan Istana,bangsawan dan pimpinan.
Inilah cabaran buat pimpinan PAS untuk memberi pencerahan dan penerangan persoalan di atas.
Percayalah dan yakinlah jika kita ikhlas,Allah Taala akan menolong kita. Barangkali perjuangan PAS masuk marhalah kedua(Fasa 2).
Fasa 1 untuk jinakkan rakyat muslim dan non muslim tentang perjuangan PAS. Jika dahulu non muslim begitu takut dengan PAS,kini Dewan Penyokong PAS bukti mereka faham tentang PAS.
Fasa 2 adalah untuk fahamkan dan dedahkan tentang keadilan,kebaikan kemurniaan hukum hudud. Fasa ini agak mencabar dan perlukan kesabaran dan keteguhan.
Bagaimana jika DAP tawarkan Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor dengan syarat PAS "gugurkan" rang undang-undang hudud ke Parlimen?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mmang hudud wajib. Tapi sbelum dilaksanakan ambillah masa sebulan dua untuk:
1. Fahamkan kepada umat islam sendiri kerana slama ini kita cuma mengikut undang2 barat. Akuilah bukan smua islam faham terutamanya yang tak prnah mndekati surau masjid dan berpendidikan skular.
2. Fahamkan kepada orang bukan islam. Jika GST boleh sdiakan 500 orang pemudahcara, kenapa tidak sanggup sediakan 500 org juga utk fahamkan merka dalam hal hudud
3. Banyakkan brousr dan banner supaya mereka faham.
Akuilah, berundur dua tiga bulan sbelum laksanakan hudud, adalah lbih baik.
Apa gunanya jika dilaksanakan jika nanti mndapat tntangan khususnya dari umat islam sendiri yang tak faham.
Jangan kelemahan kita menjadi sebab prlaksanaan hudud menjadi gagal. Janganlah terlalu gah hingga pendapat orang lain semua hndak disanggah.
Bukan lama pun nak beri penerangan. Soalnya:
Dah buat penerangan ker belum? Kalau belum, eloklah buat penerangan dulu. Kita bukan kurang ahli pas yang berwibawa utk menrangkan pasal hukum hudud.
Hadkan masa maksimum 1 tahun. Insyaallah....
Post a Comment