ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, May 27, 2014

MESIRKINI : Penyembelih menang 99.999%



Jika Penyembelih As Sisi boleh membunuh ribuan rakyat Mesir dengan sokongan Mufti Mesir Dr Ali Jumaah,tentunya "mencipta" angka-angka undian untuk begitu mudah.

Seperti Regim Mubarak sebelumnya,As Sisi tentunya bakal mengisytiharkan kemenangannya dalam Pilihanraya Presiden 26-27 Mei dengan 99.999 % undi yang "diraih" dari rakyat Mesir.


Monday, May 26, 2014

Bagaimana jika begini?



Adakah PDRM akan bertindak jika ada "samseng PKR-DAP-PAS" bertindak mengugut mahu bakar PWTC?
Ugutan itu bukannya secara "live" depan PWTC tetapi sekadar dalam alam maya FB sahaja.

Ini kerana ada pimpinan UMNO tuduh DS Anwar sebagai agen Yahudi,DAP agen Komunis dan PAS sebagai agen Al Qaeda contohnya.

Barangkali sepantas kilat Bukit Aman mengerahkan satu batalion FRU membuat kubu dikeliling PWTC.
Bukit Aman mengerahkan ribuan SBnya mencari maklumat dan menahan ahli PKR-DAP-PAS.
Bukit Aman sepantas kilat menangkap dan menghumban mereka yang ditangkap ke penjara atas SOSMA dan melabelkan mereka sebagai "mengancam keselamatan negara".

Dimana  PDRM dikala samseng celaka UMNO menggugut mahu bakar pejabat DAP?
Dimana PDRM dikala samseng celaka UMNO menyerang pejabat DAP di Kuantan?
Dimana PDRM dikala samseng celaka UMNO menceroboh Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang?

Adakah PDRM menjaga setiap harta dan ahli UMNO bermula hujung rambut hingga hujung kaki dan menganggap pembayar cukai yang lain sebagai sampah sahaja?

PDRM mesti adil dan dilihat adil oleh rakyat. Sudah tiba masanya buat PDRM untuk hentikan pemberian "lesen besar" kepada samseng UMNO!

Bilakah masanya Menteri Polis Zahid mengirim anggota bertopeng untuk menangkap samseng-samseng yang celaka ini?




DNA Babi : JAKIM tidur atau dikencing?






Jika dijumpai bangkai seekor lalat  atas nasi goreng di sebuah kedai makan,adakah kedai makan itu dilarang menjual nasi goreng tetapi dibenarkan jual makanan lain?

Tentunya kedai makan itu diarah tutup hingga terjamin kebersihan di dalam kedai itu.Bukan sekadar nasi goreng sahaja.

Malangnya ianya tidak berlaku dalam isu Cadbury. Peliknya hanya dua produknya yang ditarik balik.

Dalam isu ini timbul beberapa perkara untuk direnungi"
a) Adakah pihak Cadbury "kencing" JAKIM dalam soal logo halal?
b) Adakah pihak JAKIM terlibat dengan rasuah untuk benarkan penggunaan logo halal oleh Cadbury?
c) Adakah Cadbury menggunakan logo halal tanpa pengetahuan JAKIM?
d) Adakah JAKIM "tidur" hingga tidak sedar logonya digunakan sewenang-wenangnya?

Kalau sekadar hanya tarik balik 2 produk Cadbury, kita sudah boleh menilai "kehebatan" JAKIM menangani isu logo halal.

Pastinya,Cadbury menghina dan menipu jutaan umat Islam Malaysia dalam keadaan JAKIM tidur selena-lenanya !

Thursday, May 22, 2014

BERSABARLAH...jangan sumbat kain buruk!



Setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani, tiba-tiba Abu Jandal anak kepada Suhail bin Amru(wakil Musyrikin Quraisy) masuk berjumpa Rasulullah memohon suaka politik.

Abu Jandal memohon suaka atas dasar telah memeluk Islam.Permintaannya menimbulkan perasaan simpati dikalangan orang Islam terutama Saidina Umar.Bahkan Umar sengaja merapatkan badannya agar Abu Jandal mengambil pedang untuk bertindak ke atas ayahnya sendiri.

Akibat daripada peristiwa itu Umar melahirkan "tidak puas" hati atas "ketidakadilan" Perjanjian Hudaibiyah.

Apa sikap Rasulullah?
Rasulullah patuh kepada perjanjian itu.Rasulullah sabar dan tawakkal atas perjanjian tersebut walaupun nampak seolah ianya "berat sebelah".

Bahkan Suhai bin Amru telah memberi amaran Perjanjian itu bakal bubar jika Rasulullah menerima permohonan suaka anaknya Abu Jandal.

Demi,kepatuhan janji,berkat kesabaran dan tawakkal kepada Allah, akhirnya Perjanjian Hudaibiyyah memberi  kejayaan yang umat Islam Madinah. Iaitu :

a) Dakwah dapat dilaksanakan dan diperluaskan tanpa gangguan kepada Non Muslim.
b) Musuh dapat dikurangkan.
c) Musuh utama Yahudi di Khaibar dapat dikalahkan tanpa gangguan Musyrikin Mekah.

Kemuncaknya,Pembukaan Kota Mekah dapat dilaksanakan selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.

Semuanya dengan kesabaran dan tawakkal.

PAS hari ini diuji dengan pelbagai mehnah,tribulasi dan ujian.Kini dengan hudud.

Bayangkan PAS tetap berkempen untuk DAP di PRK Teluk Intan dan Bukit Gelugor walaupun DAP menolak hudud.

PAS sanggup berkempen untuk tempat mendiang Karpal Singh yang hingga akhir hayatnya menolak hudud atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.

PAS juga sanggup turun padang  berkempen untuk Teluk Intan yang mana DAP menurunkan seorang wanita Melayu Islam yang tidak menutup aurat.Bahkan calonnya dengan jelas menolak hudud atas alasan taat dan patuh kepada fahaman sekular DAP.

UMNO memperlekehkan PAS.NGO ISMA mengkritik PAS.Semuanya kerana berkawan dengan DAP. Itu sahaja.

Kini usaha dan strategi menghasilkan impak yang positif. Antaranya:
a) Non Muslim semakin faham dengan hudud dan Islam.
b) PAS dapat menubuhkan sayap non Muslimnya yang bertambah ahlinya.
c) DAP memahami Islam yang syumul melalui PAS.Kita lihat betapa berbezanya kefahaman Islam oleh DAP dengan MCA yang mendapatnya daripada UMNO.

Ini bermakna dakwah PAS mendapat tempat di hati non Muslim. Kita tidak mengharapkan 100% ahli DAP menyokong prinsip perjuangan kita.Sekurang-kurangnya dakwah kita tentang hudud telah sampai ke lubang telinga mereka berbanding UMNO masih menyumbat "kain buruk" ke telinga MCA dan GERAKAN.

Dan kita memahami bukan 100% non muslim menyokong prinsip sekular DAP,MCA dan GERAKAN. Sebab itulah lahirnya Dr Balasubramaniam dan rakan-rakannya dalam Badan Himpunan Penyokong PAS.

Jika UMNO masih menyumbat telinga MCA dan GERAKAN dengan harapan mereka tidak mendengar dakwah PAS,macamana dengan ISMA ?

Adakah dengan melabelkan "penceroboh", non Muslim semakin hampir dengan dakwah kita?

Atau Kita(ISMA) semakin hampir dengan UMNO? Yang sama-sama ambil kain buruk untuk sumbat di telinga non muslim agar tidak mendapat gambaran sebenar Islam ?

Alangkah buruknya kerja kita!






Monday, May 19, 2014

PRK TELUK INTAN : Apa yang tidak "KENA" dengan gadis ini?


Seorang wanita muda bertanding di PRK Teluk Intan:
a) Seorang Melayu Islam.
b) Umur 27 tahun dan bujang.
c) Graduan UiTM (UiTM terkenal dengan lubuk UMNO)
d) mewakili DAP ( DAP amat dibenci media UMNO terutama Utusan )
e) tidak bertudung walaupun ibunya bertudung.
f) Ibunya wanita UMNO Ipoh.(kaum kerabat ramai pengikut tegar UMNO)
g) tidak menentang Hudud tetapi menolak Hudud kerana taat setia kepada prinsip sekular DAP.

Gadis ini tidak pelik berada dalam DAP.Yang peliknya jika satu hari nanti ada gadis bertudung labuh berjuang dalam DAP bahkan menjadi calon PRK.

Jika berlaku,barulah pelik dan kita kena kaji mengapa beliau pilih DAP dan mengapa DAP boleh terima penyertaannya dalam DAP.

Thursday, May 15, 2014

GANU KITE : Agaknya berapa harga Mat Said sekarang?



Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum.Ianya bukang kangkung.

Mat Said ketika di puncak kekuasaannya,semua orang UMNO tabik.Beliau berani roboh Masjid Bujal.Berani ajak ADUN Wakaf Mempelam "bertumbuk".Berani lawan Pak Lah untuk tendang Derih Jusoh dari kerusi MB.

Hebat Mat Said. Itu cheritera dulu.

Kini,apa sahaja Mat Said cakap siapa mahu percaya. PAS jauh sekali. Orang UMNO sekarang baru kenal siapa Mat Said.

Egonya belum habis lagi.Dikatanya PMNajib silap.Dikatanya PAS Terengganu "menyembah" dia untuk MB.

Siapa mahu percaya cakapnya sekarang. Hatta JKKK yang kelek fail terbalikpun jelek dengan perangainya.Barangkali penghuni Zoo Bukit Takal sahaja yang masih percaya cakapnya!

Kini yang masih misteri ialah mengapa beliau buat pusingan ' U turn " ?

Mustahil PMNajib longgokkan pitih di hadapanya agar beliau tarik balik keputusan keluar UMNO. PMNajib tidak mahu bazirkan pitih untuk layan karenah spesis ini.

Barangkali PMNajib sekadar arahkan seorang JKKK kelek fail terbalik sambil tayangkan di depan Mat Said !

Kini harga seorang JKKK lebih tinggi daripada Mat Said walaupun Mat Said adalah bekas MB Terengganu. Itupun baru JKKK kelek fail terbalik.Apatah lagi yang kelek betul fail.Lagi tinggi harganya disisi PMNajib dan UMNO.


Monday, May 12, 2014

GANU KITE : Adakah Mat Said kenyang makan keropok lekor?






Hingga kini tidak diketahui mengapa ADUN Bota,Perak kembali semula masuk UMNO setelah 2 minggu menyokong Kerajaan Pakatan Perak sebelum kejatuhannya Feb 2009.

Ketika itu ADUN Bota sekadar masuk DUN sebagai pembangkang kepada Kerajaan Pakatan.Masuknya dalam Pakatan Rakyat sekadar menguatkan Kerajaan Pakatan.

Ini berbeza dengan Mat Said dan penyokongnya.Sudahlah "dilucutkan" gelaran MB,keluar pula dari UMNO dalam keadaan UMNO sekadar lebih 2 kerusi sahaja dari PAS.

Tentunya bakal menendang UMNO dari Wisma Darul Iman.

PMNajib tidak akan membiarkan ianya berlaku.Isu Mat Said senang sahaja untuk diselesaikan.

Macam keropok lekor.Getel-getel kemudian masukan dalam kuali untuk digoreng atau dalam periuk untuk direbus!

PMNajib bersama Kak Ros sedang mengumpul fail-fail "lapok yang ajaib" untuk dipersembahkan kepada SPRM.Dan SPRM bakal terjun tanpa guna tangga untuk siasat Mat Said.

Senang bukan? Macam buat keropok lekor!

GANU KITE : Dulu MENATANG...kini?





Semasa kejatuhan Deris Jusoh,pihak Istana digelar "menatang" oleh puak Deris Jusoh atas tindakan Istana memilih Ahmad Said.

Kini,apa pula makian bakal diterima pihak Istana?

Inilah perangai hodoh UMNO dulu,kini dan selamanya.

GANU KITE : Hangat-hangat tahi ayam?









Jika betul dakwaan Ketua Penerangan UMNO Terengganu yang mendakwa PMNajib memaklumkan dalam mesyuarat MT UMNO pada 25 April lepas bahawa tiada pertukaran MB di negeri UMNO kuasai, ini bermakna PMNajib memungkiri janjinya.

Seperti sedia maklum,PMNajib akan berdiam diri selama beberapa ketika untuk mengulas dakwaan Man Bakar ini.

Terkini sudah 3 ADUN keluar UMNO iaitu Kijal,Ajil dan terbaru Bukit Besi(setakat jam 10.55pagi)

Kita menunggu setakat mana Mat Said bersama rakan-rakannya sanggup duduk diluar UMNO.
Satu hari? Dua hari ? atau selama-lamanya?

Mampu bertahankah Mat Said dengan situasi ini?

Adakah beliau sudah lupa kisah Altatunya?
Adakah beliau sudah lupa kisah timbunan fail untuk disiasat SPRM?

Jangan main-main!(meminjam ayat keramat mendiang Karpal Singh)

PMNajib tidak lembik macam sepupunya.
PMNajib tiadalah berseorangan untuk atasi isu ini.Kak Ros senantiasa bersamanya.

Ini fakta dan situasi yang perlu Mat Said dan rakan-rakannya perlu tahu dan faham.

GANU KITE : IBU SEGALA KERUNTUHAN



Bermula keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan kemudian Pasar ,Masjid,Dewan Komputer,Jambatan,Sekolah dan kini pelengkap segala keruntuhan adalah "runtuhnya"pemerintahan Mat Said.

Mat Said bermula dengan aksi samsengnya di DUN dengan mengajak ADUN Wakaf Mempelam "bergocoh".

Selepas bergaduh dengan Deris Jusoh atas jawatan MB,Mat Said "berlembut" dengan PAS.Sanggup berikan dewan di Kemaman untuk program PAS. Sanggup ke kandang kambing arwah Ustaz Harun Taib.

Biasalah dalam "peperangan " dengan Deris Jusoh,Mat Said hulur tangan persahabatan buat PAS.

Selepas dipilih jadi MB bagi penggal keduanya walaupun tanpa kuasa majoriti 2/3, Mat Said mula kembali semula kepada aksi samsengnya.

Dalam program pasca PRU 13,Mat Said mula tunjukkan lagak samsengnya kepada PAS dengan menarik kemudahan di DUN yang dikuasai oleh PAS dan PKR.

Ucapannya mula mengkritik  dan menghina PAS. Menolak amalan demokrasi.

Kini Mat Said tiada jawatan MB.Barangkali beliau ke Kutub Utara awal tahun ini untuk cari kerja di sana.Beliau tahu tempoh MB beliau sudah di penghujung senja.Mampukan Mat Said duduk di benua sejuk itu untuk jaga Beruang Kutub?

Jika tidak mampu,Mat Said elok berbakti di bumi sendiri,Zoo Bukit Tangkal amat memerlukan khidmat beliau.Beruang di sana lebih jinak berbanding Beruang kutub!

Apapun, kita tabik kepada Mat Said kerana patuh perjanjian yang dibuat selepas PRU 13.

Kini MB Terengganu berpindah dari Daerah Kemaman ke Kuala Nerus.Moga Stadium Runtuh bakal dibaiki segera oleh MB baru.Ini kerana stadium itu terletak di kawasan MB baru.

Mat Said kurang peduli kerana beliau asyik dengan zoonya di Bukit Takal.



Thursday, May 8, 2014

Hudud gugur kerana Mat Sabu tanding Bukit Gelugor ?



Kini isu Hudud kembali mewarnai iklim Malaysia yang baru sahaja alami jerebu.Ianya bermula sebaik sahaja Menteri Agama UMNO Jamil Khir Baharom "tersasul" bercakap tentang hudud.

Ianya bertambah "cantik" apabila TPM Muhyidin menziarahi Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz.

Apabila hudud bakal dibawa ke Parlimen untuk diluluskan,maka bertambah suara bercakap tentangnya. Ada setuju,ada menentang dan ada yang meraguinya.

Jika semua MP UMNO,PAS dan MP PKR yang berugama Islam menyokong,hudud bakal terlaksana di Kelantan.

Isu Hudud bakal menerbitkan dan mewajahkan beberapa perkara.Antaranya :

1) Dalam PAS sendiri ada pelbagai pandangan. Yang pasti semuanya "beriman dengan hukum Allah".Cumanya dari segi cara dan masa perlaksanaan. Ada yang mengatakan tunggu dulu sehingga rakyat faham.Ada yang berhujah,kita selesai dahulu isu rasuah dan kemiskinan.

Dalam PAS ada 2 jalur kefahaman: 

Satu aliran yang yang mahu hudud dilaksanaan pada masa ini dengan hujah telah lama menunggu.22 tahun adalah satu tempoh yang begitu lama.Soal kehilangan undi adalah soal kedua.Yang pasti,hukum Allah tentang hudud mesti diutamakan.
Seperti kata Presiden PAS TG Haji Hadi,kita sanggup kalah dengan bermaruah.Dengan ertikata,tanggungjawab kita(PAS) telah selesai dengan Allah.Soal rakyat setuju atau tidak,bukan tanggungjawab kita.

Satu lagi aliran yang agak moderat iaitu yang berhujah bahawa kita perlu beri kefahaman dahulu kepada rakyat dan selesaikan masalah akar umbi rakyat seperti kemiskinan.Oleh itu hudud perlu "ditangguhkan" buat masa sekarang.Mereka sama hujah dengan Dr Asri (MAZA) yang mengatakan hudud umpama pintu cantik mahu diletakkan  di rumah yang buruk.

Rumah perlu dibaiki dahulu sebelum letak pintu cantik.Negara perlu diubah dari segi kemiskinan dan kebajikan dahulu sebelum hudud dilaksanakan.

Soalnya,bila rumah akan cantik untuk dipasang pintu yang cantik? 50 tahun lagi?

Persoalan sekarang,adakah hudud di Kelantan sama seperti di Saudi dan Brunei? Oleh kerana Brunei satu mazhab dengan kita iaitu mazhab Syafie,maka hudud di Kelantan sama versi dengan Brunei.

Satu lagi persoalan,antara roh kekuatan hudud ialah keadilan.Adakah Sultan Kelantan dan Istana dikecualikan dari hudud? Diberitakan di Brunei,hudud tidak boleh "masuk" Istana Nurul Iman? Hanya untuk rakyat marhein dan jelata?

Ini perlu kepada pencerahan agak ianya tidak "mencacatkan dan menghodohkan " hudud.

Bagi rakyat non muslim,mereka melihat hudud dengan persepsi yang berbeza.

Ada melihat hudud sebagai lambang kezaliman terhadap mangsa rogol.

Ada melihat hudud sebagai lambang kezaliman terhadap anak-anak kecil jika salah seorang ibubapa mereka masuk Islam.(berebut anak) walaupun hudud tidak liputi kes ini.

Ada melihat hudud sebagai lambang kezaliman terhadap mayat keluarga jika berlaku kematian (berebut jenazah) walaupun hudud tidak liputi kes ini.

Ada melihat hudud sebagai lambang ketidakadilan apabila melihat hudud hanya versi rakyat dan tiada versi untuk golongan Istana,bangsawan dan pimpinan.

Inilah cabaran buat pimpinan PAS untuk memberi pencerahan dan penerangan persoalan di atas.

Percayalah dan yakinlah jika kita ikhlas,Allah Taala akan menolong kita. Barangkali perjuangan PAS masuk marhalah kedua(Fasa 2).

Fasa 1 untuk jinakkan rakyat muslim dan non muslim tentang perjuangan PAS. Jika dahulu non muslim begitu takut dengan PAS,kini Dewan Penyokong PAS bukti mereka faham tentang PAS.

Fasa 2 adalah untuk fahamkan dan dedahkan tentang keadilan,kebaikan kemurniaan hukum hudud. Fasa ini agak mencabar dan perlukan kesabaran dan keteguhan.

Bagaimana jika DAP tawarkan Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor dengan syarat PAS "gugurkan" rang undang-undang hudud ke Parlimen?






GST : Kita sokong dan sayang kerajaan.....






Kita sokong GST jika selepas GST ,harga :
a) Tepung 1kg jadi RM1.59
b) Beras 10kg jadi RM26.99
c) Minyak masak 1kg jadi RM2.59
d) Gula 1kg jadi RM3.09

Monday, May 5, 2014

SELAMAT HARI IBU: Berbaktilah sementara dia masih hidup bersama kita.......


 

1.Ketika aku masih kecil aku memang tidak kenal erti kesusahan..yang aku tahu bila lapar makan..pernah satu hari nasi yang ku makan tidak cukup lalu ibu memberi sebahagian nasinya padaku..katanya," makanlah ibu tidak lapar ."

2.Sejak ayahku meninggal ibu sering pergi menangkap ikan untuk mencari lauk untuk dimakan..aku lihat ibu hanya memakan sisa-sisa daging yang melekat di tulang ikan..bila aku memberinya ikan ibu kata makanlah ibu tak makan ikan.

3.Ketika aku di sekolah rendah aku pernah mengajak ibu untuk menemani ku ketika peperiksaan..dari dalam dewan kekadang aku lihat ibu sapu peluh di dahi akibat cuaca panas di luar..ketika keluar dewan aku terus meluru ke arah ibu lalu ibu tuangkan air kopi yang dibawa dari rumah..aku bagi ibu air tetapi  ibu menolak dengan alasan ibu tak dahaga.

4.Ibu juga pernah berjaga malam untuk buat kuih jualan bagi menampung hidup kami.bila aku terjaga aku nampak ibu tersengguk-sengguk..aku menghampiri ibu..aku tanya kenapa ibu masih tak tidur..ibu cakap kamu tidurlah dulu,ibu belum mengantuk.

5.Pernah orang kampung mahu memberi bantuan kepada keluarga kami...tak kurang juga yang mahu ibu kahwin lagi untuk menemani ibu tapi ibu cakap ibu tidak sunyi.

6.Apabila aku dewasa setelah habis belajar aku mendapat pekerjaan yang baik..aku pernah mempelawa ibu untuk bercuti ke luar negara kerana bagiku pada waktu seperti ini ibu sepatutnya berehat tetapi ibu menolak,ibu tak biasa di tempat orang.

7.Abang,kakak dan aku pernah mengirim duit untuk ibu belanja tapi ibu bagi semula duit ,kata ibu,"Ibu tak susah,ibu ada duit."

8.Hari itu ibu sakit dan perlu membuat pembedahan,aku segera pulang menemui ibu.Ketika di hospital ibu senyum melihat aku.Aku tahu ibu sakit akibat dari pembedahan itu..tetapi ibu tetap senyum dan berkata," Jangan menangis sayang, ibu tak sakit.."

9.Kini akhirnya ibuku telah tiada.Aku memang menyayangi ibu tapi dalam tempoh aku bersama ibu belum pernah aku memberitahunya, "ibu aku sayang padamu".
 
Kisah ini barangkali benar.Barangkali luahan daripada seorang anak yang mengerti kasih sayang seorang ibu setelah pemergiannya.
Anda bagaimana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...