ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Saturday, January 25, 2014
Kenangan mewangi bersama Arwah Ustaz Harun Taib
Saya secara peribadi mengenali Arwah sejak 1981. Ketika itu saya baru seusia 14 tahun. Mengenali dari jauh.Tidak secara berguru.Cumanya sekadar mendengar ceramah dan kuliah.Zaman itu nama TG Haji Hadi tengah "panas" dan menjadi fenomena.
Barangkali tidak salah jika disamakan arwah dengan Arwah Ustaz Fadhil Noor dari segi penyampaian ceramahnya.Ceramahnya tidaklah bersemangat seperti TG Haji Hadi tetapi bermula secara perlahan,bersahaja tetapi penuh ilmiah dan sesekali dengan sindiran dan jenaka.
Saya pertama kali berjumpa secara berdepan ketika arwah singgah di Karachi untuk ke Kaherah tahun 1991. Di Airport Hotel Karachi,saya dengan beberapa sahabat bertemu beliau selaku anak-anak Terengganu yang menuntut di sana.
Dalam pertemuan itu,kami berbicara tentang "ketaksuban" pelajar Malaysia yang belajar di sebuah Jamiah yang "keras" dengan Salafinya.
Hujahnya mudah,arwah mengatakan beliau belajar di Madinah yang tentunya dekat dengan fahaman demikian tetapi tiada pula terikut-ikut secara taksub.Pertemuan di bilik hotel berakhir dengan ajakan arwah untuk makan bersama di kafe Airport Hotel.
Pertemuan kedua secara bersemuka penulis dengan arwah semasa Pertemuan Perantau sempena Aidilfitri 2010 di Markaz PAS Kuala Terengganu,Kuala Ibai. Arwah semasa itu memegang jawatan PJ Terengganu.
Dalam dialog soal jawab itu,penulis memberi cadangan agar PAS Terengganu memberi "sedikit ganjaran" seperti tanah kepada anak Terengganu yang merantau tetapi balik ke Terengganu untuk membuang undi semasa PRU seandainya Terengganu di tawan PAS dalam PRU 13.
Di akhir majlis tersebut semasa bersalaman dengan beliau,arwah memberi respon kepada saya.Ini amat mengejutkan saya.Maklumlah penulis bukan seorang aktivis sekadar rakyat marhein.
Di sini,penulis melihat arwah sebagai seorang yang prihatin kerana mengingati cadangan penulis dan mengingati wajah penulis dalam majlis yang dihadiri hampir seribu anak perantau.
Rujuk sini:
http://tokpepijat.blogspot.com/2010/09/majlis-perantau-terimakasih-dato-pj.html
Semoga Allah Taala mengampuni dosa arwah dan menempatkan bersama para syuhada yang berjuang demi agama.Amin .Al Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment