ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Wednesday, January 29, 2014
PRK KAJANG : Mana satu nak makan?
Semenjak PRK Kajang,pelbagai kenyataan yang keluar. Bermula Dr MAZA,Dr Mazlee Malik,pimpinan DAP dan paling banyak tentunya dari PAS.
Daripada PAS,pelbagai versi dan "mazhab".
Jika PKR ada team Khalid dan team Azmi, kini PAS pula ada "lujnah anti PRK Kajang ", "lujnah mahu MB Selangor", dan "lujnah sokong PRK Kajang".
Sepatutnya,apa jua isu PAS mesti selaraskan kenyataan.Kenyataan rasmi hanyalah dari Presiden atau Ketua Penerangan.
Suara dari pelbagai Dewan bakal merumitkan keadaan. Lihat kenyataan SU Agung,SU Dewan Ulamak,PAS Selangor semuanya berbeza.Ada pro,neutral dan kontra.
Ada kata PKR mengkhianati PR,ada kata ini kenyataan peribadi bukan parti,ada kata tunggu mesyuarat parti.
Adakah dalam PAS sudah tiada kesatuan dan pemuafakatan dalam menghadapi sesuatu isu?
Dalam isu PRK Kajang ini,tergambar dalam PAS ada yang terlalu anti Anwar dan ada yang terlalu taksub Anwar?
Benarkah begitu?
PRK KAJANG : Jika kencing manis,jangan makan sate Kajang!
Sampai kini tiada alasan terperinci mengapa Kajang perlukan PRK. Barangkalian ini antara sebabnya :
Dikosongkan untuk laluan Anwar menjadi ADUN bagi mengatasi kemelut "perang besar" antara MBKhalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Jika Anwar tiada dalam DUN Selangor, "perang nuklear" bakal meletus !
Jadinya Anwar menjadi "pengimbang dan pendamai PBB" dalam kemelut ini. Walaupun kedudukan Anwar seperti "turun pangkat " dari peringkat nasional kepada peringkat negeri,tetapi itulah risiko dan "pengorbanan" demi kelangsungan PKR dapat terus menjadi MB.
Soal rugi,membazir duit rakyat kerana PRK Kajang hanyalah "sedikit" berbanding dengan musibah besar. Umpama terpaksa potong kaki untuk elakkan jangkitan kuman ke bahagian lain akibat kencing manis.Memanglah sakit dan kekurangan anggota,tetapi demi menyelamatkan musibah lebih besar.
Yang pasti,PKR mengalami penyakit "kencing manis".Perlu dibuang anggota yang membawa "penyakit".
Caranya perlu pembedahan untuk membuang anggota yang berpenyakit. Pembedahan itu adalah PRK Kajang manakala anggota berpenyakit adalah kem Khalid dan kem Azmin.
Jika "pembedahan" ini gagal untuk mencegah kuman yang merebak ini bermakna Selangor bakal di MAGERANkan atau diadakan pilihanraya semula untuk pilih kerajaan baru.
Satu Malaysia sedang memerhatikan siapa yang bakal ikut jejak Hasan Ali.Samada kem Khalid atau kem Azmin!
Kepada sekutu PKR samada PAS atau DAP,elok diam dan jangan bising. Ini urusan dalaman PKR. Jika kita banyak mengomel dan keluar kenyataan maka terserlah lah kebodohan,keegoan,kegopohan yang menguris hati sahabat sekutu kita. Hari ini orang lain "sakit",kita mengata-ngata itu dan ini.
Siap mahu "tempah" kerusi MB pula. Hamba Allah itu baru "nazak",dah siap mahu rebut "harta".Patut ke?
Bagaimana jika giliran kita "sakit" pula, perasaan kita bila di itu dan di inikan. Sakit hati kan?
Sunday, January 26, 2014
Tak sabar tunggu jawapannya....!
Setiap berlaku isu,maka jawapan dari Menteri-Menteri Malaysia biasanya dikategorikan :
i) jenis CAP AYAM
ii) berlepas diri.
iii) memperbodohkan rakyat.
Sekarang ini rakyat Malaysia terutamanya rakyat Terengganu ternanti-nanti jawapan MB Mat Said tentang lawatan ke Antartika.
Adakah jawapannya jenis CAP AYAM serama atau Cap Ayam kampung atau Cap ayam Daging?
Dijangkakan Mat Said akan membawa balik peguin dan beruang kutub untuk diternak dalam Zoo Bukit Takal.
Saturday, January 25, 2014
Kenangan mewangi bersama Arwah Ustaz Harun Taib
Saya secara peribadi mengenali Arwah sejak 1981. Ketika itu saya baru seusia 14 tahun. Mengenali dari jauh.Tidak secara berguru.Cumanya sekadar mendengar ceramah dan kuliah.Zaman itu nama TG Haji Hadi tengah "panas" dan menjadi fenomena.
Barangkali tidak salah jika disamakan arwah dengan Arwah Ustaz Fadhil Noor dari segi penyampaian ceramahnya.Ceramahnya tidaklah bersemangat seperti TG Haji Hadi tetapi bermula secara perlahan,bersahaja tetapi penuh ilmiah dan sesekali dengan sindiran dan jenaka.
Saya pertama kali berjumpa secara berdepan ketika arwah singgah di Karachi untuk ke Kaherah tahun 1991. Di Airport Hotel Karachi,saya dengan beberapa sahabat bertemu beliau selaku anak-anak Terengganu yang menuntut di sana.
Dalam pertemuan itu,kami berbicara tentang "ketaksuban" pelajar Malaysia yang belajar di sebuah Jamiah yang "keras" dengan Salafinya.
Hujahnya mudah,arwah mengatakan beliau belajar di Madinah yang tentunya dekat dengan fahaman demikian tetapi tiada pula terikut-ikut secara taksub.Pertemuan di bilik hotel berakhir dengan ajakan arwah untuk makan bersama di kafe Airport Hotel.
Pertemuan kedua secara bersemuka penulis dengan arwah semasa Pertemuan Perantau sempena Aidilfitri 2010 di Markaz PAS Kuala Terengganu,Kuala Ibai. Arwah semasa itu memegang jawatan PJ Terengganu.
Dalam dialog soal jawab itu,penulis memberi cadangan agar PAS Terengganu memberi "sedikit ganjaran" seperti tanah kepada anak Terengganu yang merantau tetapi balik ke Terengganu untuk membuang undi semasa PRU seandainya Terengganu di tawan PAS dalam PRU 13.
Di akhir majlis tersebut semasa bersalaman dengan beliau,arwah memberi respon kepada saya.Ini amat mengejutkan saya.Maklumlah penulis bukan seorang aktivis sekadar rakyat marhein.
Di sini,penulis melihat arwah sebagai seorang yang prihatin kerana mengingati cadangan penulis dan mengingati wajah penulis dalam majlis yang dihadiri hampir seribu anak perantau.
Rujuk sini:
http://tokpepijat.blogspot.com/2010/09/majlis-perantau-terimakasih-dato-pj.html
Semoga Allah Taala mengampuni dosa arwah dan menempatkan bersama para syuhada yang berjuang demi agama.Amin .Al Fatihah.
Thursday, January 23, 2014
MESTI BACA :Malunya......apabila mereka ajar kita.
Dua isu panas minggu ini.Pertama kes sumbat kangkung dalam "mulut" PMNajib. Yang kedua arahan berhenti menyanyi artis bertudung oleh penganjur.
Samanya isu ini adalah yang jadi "mangsa" adalah Melayu. PMNajib dan Marinatasha.
Dengan kelajuan setaraf F1,UMNO,Perkasa dan Pekida turun buat demostrasi. Ini kerana Melayu jadi "mangsa".
Lihat bagaimana isu ini begitu mudah dimanipulasikan oleh juak-juak UMNO.
Sebabnya satu sahaja iaitu UMNO begitu "bengang lagi berdendam" dengan kaum Cina yang menolak BN dalam PRU 13 lalu.
PR perlu membaiki strategi dalam membuat bantahan agar tidak dimanipulasikan oleh UMNO. Sepatutnya isu "sumbat kangkung" diketuai oleh orang Melayu sendiri. Bayangkan jika pimpinan PAS yang melakukan aksi ini,tentunya mesej (kenaikan harga barang) dapat disebar seluas-luasnya ke seluruh kampung dan Felda.
UMNO gunakan isu ini untuk menunjukkan betapa "biadapnya" orang Cina terhadap orang Melayu. Hinggakan provokasi 13 Mei .
PAS sepatutnya lebih ke depan dalam isu ini. Bukankah PAS mahu gantikan UMNO?
Tentang artis yang dilarang menyanyi, kita melihat isu ini beberapa aspek.
Pertama, menyanyi di depan khalayak lelaki tentunya haram.
Kedua, menyanyi tentunya perlukan pergerakan yang rancak dan menari.Hukumnya haram.
Ketiga, majlis itu ada hidangan arak.Lagi besar dosanya.
Mengapa artis itu "gatal" untuk hebohkan di sidang media? Memalukan diri sendiri dan umat Islam.
Langkah penganjur walaupun nampak macam berbaur perkauman tetapi sebenarnya menunjukkan betapa non Muslim "lebih tahu" hukum agama berbanding artis itu sendiri.
Artis yang berugama Islam dan bertudung tidak tahu hukum menghadirkan diri dalam majlis ada hidangan arak kemudian menyanyi pula tentulah memalukan kita semua.
Memang patut di "halau" dari majlis itu.
Lebih memalukan lagi jika ada NGO Islam yang membuat bantahan terhadap "diskriminasi" ini.
Monday, January 20, 2014
Sweden, tunggu panggilan Wonder Pet !
Perhimpunan Agung UMNO 2013,PMNajib mendedahkan bagaimana peranan isterinya Rosmah untuk bebaskan pelajar Malaysia yang ditahan Kerajaan Mesir.
PMNajib mendedahkan "kisah sebenar" setelah "menyimpannya" buat beberapa tahun untuk menerangkan jasa bakti yang dicurahkan oleh isterinya.
Pendedahan "sensasi lagi dramatik" itu dibuat setelah Rosmah diserang begitu "menggila" oleh rakyat atas keborosan gunakan duit rakyat untuk keluar negeri.
Apa "pendedahan dan kisah sebenar" oleh PMNajib bagi Perhimpunan Agung UMNO tahun ini?
Tentunya rakyat ternanti-nanti "penuh debaran dan teruja " terutama oleh Hishamudin Rais,SAMM dan Chergu Bard?
Barangkali PMNajib dedahkan "kisah sebenar" penahanan sepasang suami isteri di Sweden kerana pukul anak sendiri kerana tidak solat?
Modus operandisnya sama. Rosmah telefon Raja dan Ratu Sweden dan mohon jasa mereka berdua untuk bebaskan rakyat kita.
Melopong lagi mulut Menteri Luar,Duta dan Menteri Wanita atas "kehebatan" Rosmah menanggani isu antarabangsa yang tidak mampu mereka atasi.
Monday, January 13, 2014
Dulu Nonaku Azizah,.kini giliran...?
Dulu zaman reformasi, lagu Nonaku Azizah nyanyian P.Ramlee dalam Filem Penarik Beca "di haramkan" RTM. Ini kerana rakyat akan mengingati nama Wan Azizah yang sedang kesedihan kerana suaminya Anwar Ibrahim dizalimi oleh UMNO. Ini akan menarik simpati rakyat buat Wan Azizah ketika itu.
Kini, satu lagi lagu bakal "digamkan dan diharamkan" oleh RTM. Lagunya,"Lenggang-lenggang kangkung" nyanyian Saloma.
Ini kerana RTM "takut" rakyat akan mengingati semula ucaptama keramat oleh PMNajib di Kemaman sempena pemberian bantuan mangsa banjir.
Nanti bila rakyat dengar lagu "Lenggang-lenggang kangkung, bakal berlaku beberapa "keajaiban".Antaranya :
a) Rakyat asyik gelak ketawa kalahkan Maharaja Lawak.
b) Harga kangkung turun lagi mengakibatkan saudagar-saudagar kangkung mogok dan mahu buat bantahan di Dataran Merdeka.
klik ini ucaptama keramat PMNAJIB
KRONI : Aku mahu hidup....!
Pemberian bantuan berupa TV,peti sejuk dan barangan lain untuk mangsa banjir sesuatu yang tidak pratikal.
Setelah sebulan lebih banjir berlaku,barulah bantuan barangan terutama TV,peti sejuk dan tilam diberikan.Bahkan ada yang baru dapat dalam masa dua bulan.
Persoalannya, masa dan cara pembahagian. Setelah sebulan lebih,tentunya ramai mangsa banjir telah membeli TV ,tilam dan peti sejuk. Ini keperluan asas.
Sepatutnya kerajaan memberikan wang tunai dengan nilai barangan tersebut.Bolehkan mereka membeli barangan yang lain pula atau wang bantuan digunakan untuk pembelanjaan sekolah anak-anak dengan nilai RM5,000 tersebut.
Mengapa tidak berikan wang tunai terus kepada mangsa banjir? Barangkali jika memberikan wang tunai,maka tiadalah peluang kroni-kroni UMNO untuk meraih keuntungan.
Cuba tengok dan siasat siapa yang dapat tender untuk bekalkan TV,tilam dan peti sejuk.
Satu hal lagi,jika harga TV RM800 di pasaran,kroni letak harga berapa pula untuk tender ini?
Kita tunggu pula Laporan Audit tentang ketirisan ini.
Antara kangkung dan beg tangan.
Rakyat berdebar-debar apabila PMNajib mula memperkataan tentang penurunan harga barang semasa berucap di Kemaman sempena pemberian bantuan banjir.
Berdenyut jantung sambil menaruh harapan agar PMNajib mengumumkan penurunan harga minyak.Lega dan syukur.Pasti PRU 14,rakyat kembali mengundi BN.
Malangnya,sekonyong-konyong PMNajib umumkan "harga kangkung" turun dan mahu rakyat ucapkan terima kasih pada UMNO dan BN.
Ingat Professor sahaja yang dijangkiti sidrom kangkung.Nampaknya sidrom ini sudah menjangkiti PMNajib.
Kita sudah ada Menteri Cap Ayam yang seru rakyat hijrah dari Malaysia jika tidak setuju dengan BN,yang suruh rakyat jangan makan ayam,yang suruh rakyat jangan lalu jalan yang ada tol.
Nampaknya PMNajib juga tidak mahu ketinggalan.Jika menterinya semua Cap Ayam,beliau mahu kecapi gelaran PM Cap Kangkung.
PMNajib biasa hidup dengan suasana bangsawan dan kemewahan. Mana dia tahu tentang beza harga kangkung dengan harga minyak.
Barangkali dia hanya tahu beza harga beg tangan dan cincin sahaja. Mujur di Kemaman beliau tidak umumkan penurunan harga beg tangan dan cincin.Jika dia umumkan tentu orang di "sebelahnya" melompat sakan ! Dapat shopping satu treler beg tangan Birkin kat Dubai sambil menginap Hotel Buruj.
Monday, January 6, 2014
Sampai hati tuduh kami penderhaka......halal darah.
Saat barang naik,rakyat menderita
Bini PM naik jet sana sini shopping
Menteri suruh jangan makan ayam
Menteri suruh jangan makan gula
Menteri suruh jangan lalu jalan ada tol
Menteri sambut harijadi di hotel mewah
Menteri gelak ketawa tengok Maharaja Lawak
dan Tok Peti halalkan darah rakyat yang bantah barang naik
dan Tok Peti gelarkan rakyat sebagai penderhaka yang halal darahnya
apa ni?
apa ni?
Inilah bahana Kerajaan 47%
apakah kita sudah tiada nilai kemanusiawi.
tonton ini : http://www.youtube.com/watch?v=JeaClSiRtH0#t=265
Saturday, January 4, 2014
MESIRKINI: As Sisi belum mati tetapi.....bakal ganti tempat Sharon?
Kelibat Pembunuh kejam rakyat Mesir As Sisi sudah lama tidak kelihatan.Ada sumber mengatakan beliau sudah mati dan menunggu masa untuk diletupkan mayatnya bagi mencipta "bukti baru kejahatan" Ikhwanul Muslimin.
Adapun ada satu lagi versi mengatakan As Sisi sekarang menderita sakit seperti Pembunuh Rakyat Sabra dan Shatila iaitu Ariel Sharon yang menjadi Perdana Menteri Israel dari 2001-2006
Sharon kini berusia 85 tahun.Beliau telah mengalami stroke selama 7 tahun yang silam.Kini masih terlantar dalam keadaan koma di katil Hospital Hadassa Tel Aviv.
Pada Februari 2006, para doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang bedah khusus. Ia memiliki luka yang membusuk dan tidak sadarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.
Penderitaan Sharon menyamai penderitaan Abrahah dan Abu Lahab.Bermula dengan luka yang membusuk.
Setelah diserang burung Ababil,Abrahah sempat melarikan diri dalam keadaan semua tenteranya terbunuh umpama daun-daun yang kering.Abrahah lari ke Yaman dan meninggal dalam keadaan jantungnya gugur ke bumi.
Abu Lahab juga mengalami penghinaan yang dahsyat.Selepas terkejut dengan kekalahan Musyrikin Mekah dalam Ghazwah Badar,Abu Lahab jatuh sakit. Ditimpa penyakit yang pelik.Satu penyakit yang tidak pernah dialami oleh orang Mekah ketika itu.
Sejarah membuktikan sesiapa yang kejam terhadap manusia samada Islam atau Kafir sudah pasti kesudahan hidupnya penuh penghinaan.
Kini adakah As Sisi pula bakal mengambil tempat Sharon ? Bezanya Sharon membunuh manusia yang tidak sebangsa,senegara dan seugama dengannya berbanding As Sisi sebaliknya.
Wednesday, January 1, 2014
Kerajaan terguling jika pisau dan parang dalam.......
Menjelang Himpunan TURUN,Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan media barua UMNO katakan ini Himpunan Gulingkan Kerajaan.
Selepas itu PDRM melalui lidah Timbalan Polis KL membuat tuduhan akan ada peserta membawa bom minyak petrol dan bom tangan ke himpunan tersebut.
Akhirnya,selepas himpunan tiada bom, tiada rusuhan ,tiada orang mati,tiada bangunan dibakar dan dirompak dan tiada kerajaan digulingkan oleh cuma 10,000 hadirin.
Apa ceritanya?
Jika BERSIH 3.0 terpaksa terbalik kereta sendiri dan potong dawai,akhirnya terjumpanya "senjata hebat" untuk gulingkan kerajaan iaitu :
a) 4 bilah parang.
b) 3 bilah pisau.
Inilah senjata yang amat ditakuti oleh NGO UMNO hingga buat ratusan laporan polis.Polis pun turut diresapi sidrom ini.
Hatta diberitakan PMNajib dan Rosmah turut "lari" ke LA,Amerika kerana takutkan pisau dan parang.
Sepatutnya,kerajaan yang berdaulat takut kepada senjata nuklear.
Sepatutnya,Najib dan Rosmah takutkan C4.
Kerajaan tidak dapat digulingkan jika parang dan pisau sekadar terjumpa dalam longkang. Tetapi barangkali kerajaan UMNO terguling jika parang dan pisau dijumpai dalam beg tangan Rosmah!
Dan akhirnya oleh kerana "terlalu takut" PDRM tersalah masuk foto anggotanya yang cedera.Memang manusia ada lakukan kesilapan. Tetapi dalam isu ini, nampak sangat betapa teruknya PDRM kerana terpaksa mengikut telunjuk UMNO,JKKK dan orang politik hinggakan ikut skrip UMNO "menipu atas darat" !
Bagaimana Datuk Amar dah kenyang makan kuih bom dari Rafizi?
Subscribe to:
Posts (Atom)