ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, November 25, 2013

Takkan Rosmah ke Qatar naik heli Nuri.....



Jarang PMNajib mengulas sesuatu isu yang berkait dengannya.Lebih banyak isu seperti kes Altantuhya,beliau memilih untuk berdiam diri.

Tetapi isu bil elektrik Seri Perdana menjangkau RM2.2 juta, Najib memberanikan diri dari "menikus" untuk mengulas dan menjawab.

Lihat ulasannya,
“Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat bukan?"
 “Saya penghuni ketiga, masa kelak akan ada keempat, ini tidak boleh dielak. Saya tak tidur di (rumah utama). Kalau nak adakan seminar di sana juga percuma,”

Barangkali inilah jawapannya jika PMNajib mengulas tentang isu penggunaan pesawat khas oleh Rosmah.
" Bila Rosmah pergi ke Qatar dan UAE, takkan naik rakit atau heli Nuri.Itu miskin sangat bukan?

Sekarang baru kita tahu mengapa PMNajib lebih suka diamkan(barangkali atas nasihat penasihatnya). Lebih banyak PMNajib bersuara,lebih banyak terdedah kelemahannya.

2 comments:

Anonymous said...

Jangankan nuri, rakitpun dia tak layak jika dia sekadar nak pergi memboros duit rakyat bagi menerima undangan peribadi ke sana. Wajarnya kurung sahaja dia di Seri Perdana, suruh dia jaga Najib baik-baik. Itu lebih utama dari bermundar-mandir tanpa menutup aurat di Qatar atau di mana sahaja di dunia ini.

Anonymous said...

Kawan saya kat Air Force cakap, naik nuri pun mahal tu.. Satu jam kos dia berbelas-belas ribu RM. Yang betulnya, satu sen pun dia tak layak kalau setakat nak seronok-seronok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...