ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, July 31, 2013

ANJING RAYA : Noh Omar tak jadi gila!






Sup babi - angkara Cina. PERKASA naik angin

Makan di bilik persalinan - angkara Melayu . India ambil gambar.

Halau balik negeri - angkara Melayu. India report.

Raya dengan anjing................mesti kerja Cina...mesti kerja Cina....
tup...tup..tup...Melayu punya kerja!

Terduduk PEKIDA...terkedu PERKASA dan Noh Omar tak jadi gila!

selepas ini, apa lagi ?

Kita selamanya diperbodohkan oleh politik perkauman.

Tuesday, July 30, 2013

Sumpahan C4 semakin menjelma.......



Cuba fikir tentang hal-hal ini;
~  Musa Hasan benci dan anti IPCM
~  Sanjeevan (kawan Musa) dari Mywatch ditembak.
~  Khalid IGP kata jangan tuduh polis punya angkara.
~ Menteri Polis Zahid kata pembunuh ramai sekarang kerana EO sudah tiada.
~ Sirul dan Hare dakwa jadi “kambing hitam”.

Adakah ini permainan politik belaka? Macam di Thailand?
Rakyat jadi mangsa.Semakin ramai jadi mangsa maut di lokap polis.

Adakah malapetaka ini akibat sumpahan C4.Akibat si pembunuh jadi pemimpin negara?

Monday, July 29, 2013

Kentut pun...depa tepuk tangan!



Buat sekiannya Dr Mahathir "ejek dan sindir" lagi UMNO. Dulu, katanya UMNO busuk dan buruk sampai ke usus.

Kali ini,kata Mahathir jika pemimpin(tentunya Najib) bersin pun,ahli akan tepuk tangan.

Selepas ini, barangkali Mahathir akan berkata, "Jika pemimpin UMNO kentut pun,ahli akan tepuk tangan...."

 Bagi Mahathir,UMNO buruk dan busuk selepas beliau tidak jadi Presidennya lagi. Pak Lah dan Najib punca UMNO jatuh merundum.

Tetapi Mahathir lupa tentang dirinya. Biasalah orang yang pernah berkuasa 22 tahun.Baginya tiada yang bagus  dan sempurna melainkan dirinya.

Mahathir lupa,.......andai beliau mati, ahli UMNOlah paling bergembira.Bukan sahaja tepuk tangan bahkan "berpesta sakan".

Mengapa begitu? Kerana selagi Mahathir hidup, semua benda tidak betul dan salah.

Susahnya layan orang yang nyanyuk !

Friday, July 26, 2013

Apabila Kuasa Magik miliknya.......Malaysia selamat!



Setelah kalah PRU 13 dan tiada kerusi Menteri untuknya melainkan pemandu teksi
kini, beliau dianugerah satu kuasa magik
Ianya satu bonus untuk rakyat Malaysia.
Satu keringanan buat PM kita.
Tiada lagi rasis di sana
Tiada lagi perkauman di sini
Ini semua berkat anugerah yang didapatinya
Sekadar....pussh kanan...pussh kiri
Lima minit je....rasis dan perkauman menjadi
sifar di bumi Tanah Melayu
hebat kan?

Bukan itu sahaja....
selepas ini kita bakal menyaksikan
krisis rumahtangga sifar di Malaysia
harimau boleh duduk sekandang dengan lembu
anjing dan kucing menjadi sahabat dunia akhirat 

Tapi katak tetap katak...tidak boleh ubah walaupun
dengan magiknya........

Thursday, July 25, 2013

Melaka bakal kesunyiian......



Sekonyong-konyong Ketua Menteri  Melaka Idris Haron mengikut jejak langkah mantan KM Ali Rustam membuat tindakan yang primitif dan mundur.

Jika dahulu sebelum Ali Rustam tewas dalam PRU 13, beliau keluarkan larangan kepada kakitangan kerajaan negeri supaya tidak ada program kerajaan negeri melawat Kelantan. Larangan itu berkuatkuasa sebaik sahaja Ali menjawat jawatan Ketua Menteri.

Kini penggantinya Idris pula ikut langkahnya yang "bodoh dan jumud".

Setelah "menyerang" DAP melalui Jonker Walk kini Idris menghalakan pistol airnya kearah saudara seagamanya dari Syria,Palestin dan Mesir.

Alasan Idris bahawa imam-imam datang ke Malaysia sebulan untuk solat Tarawih kerana lari dari negara mereka adalah tidak munasabah.

Mereka datang kerana diundang dan dijemput. Kedatangan mereka juga atas jemputan rakyat Malaysia yang ingin mendengar dari mulut mereka sendiri tentang penderitaan rakyat di sana.

NGO Malaysia yang prihatin menjemput mereka untuk mengutip sumbangan .Bukan mereka datang untuk meminta-minta.

Mereka dijemput bukan mengada-ngada untuk datang.

Mengapa KM Idri begitu "benci dan juak" dengan mereka? Adakah kerana baru mendapat pingat dari Kelab Zionis, Lion Club tanda terima kasih hingga sanggup "menghalau" saudara seagama ?

Adakah Idris mahu "menghalau" mereka kerana imam dan penceramah ini tidak boleh memberikan undi sepertimana warga Nepal,Bangladesh dan Mynmar?

Elok tahun depan, Idris ke Palestin sampaikan ceramah tentang kebaikan UMNO dan menjadi imam tarawih di Masjid Gaza.

Tentulah Idris dengan bangganya berceramah kepada penduduk Gaza betapa Melaka sekarang maju dan makmur dengan bertambahnya pusat hiburan,kedai judi dan kedai arak berselerak di Melaka.

Melaka bakal kesunyian suara-suara Sang Imam Hafiz dari Palestin,Syria dan Mesir dan bakal riuh rendah suara nyanyian mabuk dari Kelab Malam dan Kelab Dangdut seluruh Melaka.

Barangkali ini impian Idris sepanjang jadi KM !

Tuesday, July 23, 2013

Terima kasih Wafa dan Sara kerana kejutkan Mufti yang sedang tidur!




Peranakan kacukan terutama Pan Asia memang cerdik tapi jahil!

Antara kejahilan mereka :

i) Mereka tahu ada peraturan melarang orang Islam masuk Pertandingan Ratu Cantik.
ii) Aurat bagi mereka hanyalah sekadar tutup tubuh badan sahaja tanpa tutup kepala.
iii) Mereka anggap fatwa mengenai haram masuk Ratu Cantik adalah lapuk zaman sekarang.

Bagaimanapun Sara dan Wafa juga cerdik. Mereka berdua persoal mengapa wanita Islam "dihalalkan" oleh sekalian mufti Malaysia(kerana tiada fatwa haram) untuk memasuki acara gimnastik dan renang.

Lihatlah nama-nama Islam seperti Hidayah Wahid dan Nurul Fatihah Hamid begitu "bebas dan riang" tanpa gangguan seluruh Mufti Malaysia untuk melakukan "aksi erotik" di atas gelangang dengan pakaian yang lebih seksi dari Ratu Cantik.

Mengapa berlaku "fatwa double standard" ? . Itulah maksud mereka berdua.

Sebenarnya hikmatnya isu ini di bulan Ramadhan memberi pencerahan tentang fungsi Fatwa dan fungsi Mufti.

Janganlah anggap apabila " dua budak mentah" yang jahil ini persoal tentang perkara ini, terus kita melenting dan tuding jari.

Bagi kita "budak mentah" ini tidak bersalah untuk persoalkan fatwa ini.Bukankah mereka berdua jahil?

Sekarang tugas Mufti Seluruh Malaysia untuk menjawab tentang "fatwa double standard" ini.

Jika kita anggap "budak mentah" ini kurang ajar kerana berani mengatakan fatwa ini lapuk, apakah Mufti  juga boleh kita anggap sebagai "dayus" kerana tidak berani membuat fatwa tentang pembabitan anak gadis kita dalam acara sukan seperti gimnastik dan renang?

Sudah puluhan tahun acara ini berada di persada sukan samada MSSM,SUKMA dan Olimpik . Tiada fatwa diwartakan.

Antara dayus dan kurang ajar, dayus lebih teruk di sisi Allah Taala.

Sunday, July 21, 2013

Sesuatu menarik untuk difikir dan direnung........



Fakta PRK Kuala Besut.

1) Besut dan Setiu stronghold UMNO. Dalam PRU 13, dua kawasan ini menyelamatkan UMNO dari tumbang.

2) Ketua Bahagian Besut adalah mantan MB. Idris Jusoh adalah orang yang bertanggungjawab merampas Terengganu dari PAS dalam PRU 2004. Dulu poketnya "kurang" berisi kerana sekadar Pengerusi MARA.Kini poketnya "kembung" kerana menjadi Menteri.

Dulu semasa Gelombang Biru, ramai sinis dengan beliau  dan anggap sekadar propaganda. Selepas Terengganu jatuh, ramai tergamam dan terlopong.

Kena akui, bila Deris kata mahu majoriti 4,000 bermakna dia ada perancangan yang rapi. Lihat bagaimana beliau menjaga Besut dan Setiu dalam keadaan satu persatu kubu UMNO tumbang dalam PRU 13.Hatta ibunegeri Mat Said,Chukai ditakluk oleh PAS.

Deris adalah orang penting dalam War Room UMNO.

Soal dia bergaduh dengan Mat Said, itu soal kedua. Percayalah UMNO bersatu apabila menghadapi PAS.Macam Yahudi dan Nasrani bersatu melawan Islam.

3) Sosial budaya Kuala Besut. Ramai nelayan. Tiada kesedaran politik ditahap menggalakkan.Nelayan dan peneroka antara pengundi tegar UMNO.

Dicampur dengan undi Tentera sebanyak 1,165 undi.Situasi sama seperti DUN Seberang Takir yang tidak pernah dimemenangi PAS sejak 1982. UMNO menang dengan talian hayat undi pos Tentera dan Polis.

4) Jika PRU 13 dengan fokus UMNO kepada seluruh negarapun, masih boleh menang(walaupun dengan penipuan) apatah lagi PRK ini. Lihat lambakan RM300 juta projek sedia menunggu.

5) Pengerusi dan timbalan  SPR masih orang yang sama.Walaupun 1001 putar belit, masih diberi kepercayaan untuk urus PRK.

6) Anggapan keputusan PRK ini beri kesan kepada kem Najib dan Muhyiddin jika kalah adalah meleset. UMNO tetap mahu menang.Menang bermakna kredit kepada Najib sebagai PM dan kredit kepada Muhyiddin sebagai Pengarah Pilihanraya PRK.

Persoalan :
i) Dapatkah PAS mengekalkan undinya seperti dalam PRU 13 iaitu 6,375?
ii) Berjayakan Deris Jusoh kotakan janjinya untuk dapatkan majoriti 4,000 berbanding majoriti 2,434 dalam PRU 13 ?



Tuesday, July 16, 2013

EKONOMI :Dua bisnes bakal lingkup di Malaysia .







MAKLUMAN PENTING :

Sesiapa yang berminat untuk buka syarikat TERNAKAN LEMBU dan Syarikat DAKWAT, sila berfikir 1001 kali.

Ini kerana Syarikat Lembu Sister Ijat dan Syarikat SPR ada pengalaman ngeri dalam perniagaan ini.

Atau jika "gila dan selok" juga mahu terjun dalam bidang ini, sila dapatkan nasihat dari  orang yang bercakap dibawah sebelum beliau melanjutkan "pelajaran" ke Universiti Sungai Buloh:









Monday, July 15, 2013

Tugas baru Bomba Malaysia.






Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat :
i) Padamkan kebakaran di seluruh negara.
ii) Tangkap ular dan bakar sarang lebah dan tebuan di seluruh negara.
iii) Mengendalikan kemalangan di seluruh negara.
iv) Mencari mangsa lemas air di seluruh negara.

 dan tugas tambahan terkini :

Bina semula rumah terbakar dalam masa 10 hari di Kuala Besut sahaja.

Mereka tetap suci dan "maksum" !



Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.
"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.

 Buat sekian halnya,SPR di bawah Aziz dan Wan Ahmad "tetap suci lagi murni" dari segala kesilapan dan kecuaian yang memungkinkan mereka berdua boleh pegang jawatan dalam SPR hingga ke penghabisan umur.

Selepas syarikat dakwat di"kambing hitamkan" SPR, kini tiba giliran POS Malaysia pula jadi mangsa SPR.

Walaupun dalam jumlah undi yang kecil menyebabkan undi tidak dapat dikira,ianya menunjukkan betapa "cekap dan hebat"nya SPR mengendalikan Pilihanraya Umum !

Dapat  bujet RM400 juta dari kerajaan untuk urus PRU 13, tetapi SPR mengendali PRU bertaraf dunia ketiga.

Elok selepas ini Kerajaan serah kepada JKKK untuk mengendalikan PRU .

Sunday, July 14, 2013

AWAS : Makhluk Asing turun di ............?






Jangan fikir Santa Claus wujud 25 Disember sahaja
Jangan fikir Santa Claus ada musim salji sahaja
Jangan fikir Santa Claus turun di New York,London,Born dan Seoul sahaja
Jangan fikir Santa Claus bawa hadiah untuk kanak-kanak sahaja

Segalanya Malaysia Boleh!!

Pelik tapi Ajaib
Kini Santa Claus
ada di bulan puasa
ada di musim hujan
ada di Kuala Besut
dan bawa hadiah besar-besar....
projek rumah,projek ayam dan "pitih bapok-bapok" sebesar bot-bot nelayan.

Sekali pandang macam Santa Claus
Dua kali pandang macam Dajal !!

Mahu selesai masalah? Ikut petua ini.




Jika kawasan anda
ada projek terbengkalai......

Jika kampung anda
ada masalah jalan dan longkang......

Jika rumah anda
hampir nak runtuh dan roboh........

Jika perumahan anda
api dan elektrik jadi masalah........

Jika mahu ternakan
kambing,ayam,itik,lembu........

Jika segalanya musibah dan kekurangan........

Jom, kita pakat-pakat doa 
agar YB-YB Dacing dan Keris Telanjang cepat-cepat
menjadi arwah dan mendiang....

agar segala yang terbengkalai,kekurangan dapat diatasi 
secepat kilat......sepantas Formula One

Apa lagi tunggu....doa lah cepat !

Saturday, July 13, 2013

Mesir Kini: Asap dapur bakal kalahkan Tentera terkuat di Afrika.....


Masuk seminggu kudeta Tentera Mesir,nampaknya “game”belum selesai lagi.Perangkap dan jangkaan Tentera dan intelijen jauh dari jangkaan.

Bahkan bertambah menyulitkan dan mencemaskan.Jangkaan tentera dan kuasa Barat tentulah pendokong Ikhwanul Muslimin(IM) akan mengangkat senjata,bergabung dengan Al Qaeda dan mengikut jejak FIS di Algeria tidak kesampaian.

IM memilih jalan damai.Jika IM memilih jalan seperti di Algeria 1991,tentulah simpati rakyat akan beralih daripada IM kepada tentera.IM mengambil jalan bijak dan belajar dari pengalaman FIS di Algeria.

Walaupun terpaksa bersabar dengan pembunuhan lebih 80 penyokongnya oleh tembakan tentera,simpati kini bertambah buat IM samada dari rakyat Mesir maupun dunia.

Apabila IM memilih jalan damai,tentera Mesir mula berlunak dengan IM dengan tawaran jawatan menteri dan penyertaan pilihanraya Presiden.

Walaubagaimanapun ianya sudah terlambat buat tentera.Bahkan " tuan besar" Tentera Mesir,Amerika sudah memberi arahan agar Presiden Mursi perlu dibebaskan segera oleh tentera sebelum imej tentera dan Amerika sendiri tercemar.

Kini,dataran di seluruh Mesir penuh dengan pendokong IM yang sanggup ditembak oleh tentera dalam keadaan tanpa senjata.Sanggupkah tentera bertindak kejam lagi setelah membunuh rakyatnya yang sedang solat Subuh tempoh hari?

IM juga menyeru penyokongnya agar bertarawih dan berhari raya di dataran.Bawa dapur untuk masak halwa raya.
Assyahid Hasan Albanna pernah berkata,“Kita umpama pohon,yang dilontarkan batu tetapi pohon tetap memberikan buah kepada pelontar batu....”

Dan kini rakyat bakal berikan halwa raya kepada tentera walaupin tentera telah membunuh
sanak saudara mereka sendiri.

Bayangkan jika satu juta dapur berasap serentak untuk masakan raya!



Jika Tongkat Musa boleh kalahkan Firaun Raja Sejuta Tentera dan tentunya tidak mustahil asap dapur bakal tewaskan Tentera terkuat di benua Afrika dan dunia Arab.

Dan asap itulah adalah “Tentera Allah”.Yakinlah tipudaya Allah lah yang terbaik!

Tuesday, July 9, 2013

MESIR KINI : Cukupkah peluru anda...wahai cucu cicit Firaun?




29 Syaaban
Kesejukan Subuh
peluru memamah dan menghambur 80 syuhada
tika sujud solat 

01 Ramadhan
keberkatan Tarawih
Satu juta......1,00000 
sedia rukuk,sujud dan berqunut nazilah

Masihkah dahaga darah anak bangsamu?
Ayuh! Wahai pewaris darah Firaun,Haman....muntahkan peluru kamu
ke arah pewaris perjuangan 
Musa dan Harun

Hebatnya pewaris darah Firaun......
kejam membunuh bangsanya sendiri 
sedang sujud solat

di kala Zionis amat santun terhadap
rakyatnya di synagogue

Wahai pewaris Firaun,Haman dan Qarun !
banjirkan maidan Tahrir, Rabaah  dan seluruh Mesir
dengan darah sejuta rakyatmu
moga menyamai
Mongol di Tigris dan Furat!!

Dan berhentilah apabila pelurumu kehabisan.......

tapi ingatlah....
nadi pewaris perjuangan
Musa dan Harun
tetap berdenyut 
selama mana Sungai Nil mengalir..........

Monday, July 8, 2013

MESIR : Masuk fasa penentuan.



Kesabaran Ikhwanul Muslimin sudah sampai kemuncaknya.Pembunuhan oleh Tentera ke atas 53 jemaah yang sedang solat Subuh bakal mencetuskan krisis yang amat berat menimpa Mesir.

Sesungguhnya Amerika sedang merancang krisis ini agar berlaku pertentangan antara rakyat dengan Tentera.Dan antara pro Mursi dengan anti Mursi.

Amerika seperti biasa mendanai penyokong anti Mursi dengan kewangan maupun senjata melalui talian Tentera Mesir.

Angkatan Tentera Mesir adalah penerima kedua terbesar bantuan dolar Amerika selepas Zionis Israel.

Perancangan Amerika memasuki fasa kedua selepas fasa pertama berjaya. Fasa pertama ialah mewujudkan suasana perhimpunan anti Mursi. Antaranya kutipan tandatangan 22 juta rakyat Mesir.

Fasa kedua pula,menggulingkan Kerajaan Mursi melalui kudeta tentera. Dan mewujudkan suasana huru hara dengan bantuan tentera dan penyokong anti Mursi.

Fasa ketiga dan terakhir ialah melantik Presiden dan kabinet boneka Amerika dan gunakan kekerasan peluru hidup untuk menghadapi bantahan rakyat Mesir.

Persoalannya, sampai bila tentera sanggup membunuh rakyat sendiri demi menurut arahan Amerika?

Adakah peluru mereka mencukupi untuk membunuh 7 juta rakyat sendiri ?

Besar sangatkah penjara Mesir untuk mengurung 7 juta rakyatnya?

Penyokong Ikhwanul Muslimin sudah kalih dengan tragedi menimpa pimpinan mereka.Bermula dengan pembunuhan Hasan Al Banna,penggantungan ke atas Syed Qutub, ribuan masuk penjara sudah menjadi rutin perjuangan mereka.

Mati lebih mulia daripada berpresidenkan cucu cicit Firaun dan barua Amerika!!

Saksikan peristiwa hitam Subuh di Mesir




Sunday, July 7, 2013

HIshamudin Rais : Berjuang untuk apa?


Hishamudin Rais (HR) anak kelahiran Jempol,Negeri Sembilan. Umur beliau seusia 62 tahun.Beliau bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCCK). Beliau sempat belajar di Universiti Malaya sebelum melarikan diri ke luar negeri semasa Kerajaan Tun Razak melakukan operasi ISA ke atas aktivis demo Baling 1974.

Anwar Ibrahim antara yang menjadi graduan Kamunting ketika itu.

Kepetahan HR bercakap serta ideanya cukup menarik.Ayatnya dalam penulisannya kadangkala lucu,santai, gila-gila dan juga adakalanya agak lucah.

Walaupun pemikiran ideologi beliau pro sosialis dan komunis tetapi beliau tidak menganggotai partai politik.

Beliau tidak mengikut jejak Dr Nasir Hashim,Arutchelvam menyertai Parti Sosialis(PSM).Juga tidak ikut sifu sosialis Dr Kasim Ahmad menyertai UMNO.

Sasaran seruan beliau adalah anak muda. Apa yang beliau mahu dari anak muda juga tidak diketahui. Tiada matlamat jelas.

Kalau sekadar ajak anak muda keluar ke jalanraya, adakah itu matlamat utama HR berjuang?

Jika beliau ingin "menggoda" anak muda dengan sosialis komunisnya, ideologi itu sudah lama tersimpan di muzium bersama USSR, Mo Tze Dong, Stalin dan Lenin.

Apabila ideologi kiri sudah ditalqinkan, perjuangan beliau menumpang "semangkuk" reformasi Anwar dan BERSIH.

Kini,pemikiran ideologi beliau semakin jelas dan terang dengan Kudeta Tentera ke atas Presiden Mesir.

Ulasan  beliau dalam bentuk "bait-bait syair" di blognya TUKAR TIUB tentang Mesir membuktikan beliau seorang anti demokrasi jauh sekali Islamist. Baca tulisan beliau :


                                                          TAHNIAH TAMAROD
APA SEKARANG DI MESIR
presiden morsi letak jawatan
kerajaan sementra ditubuh
perlembagaan lama digantung
perlembagaan baru  akan ditulis
pilihan raya bebas dan bersih ada di adakan kembali
kemenangan morsi dengan jalan tipu
dilupuskan

SIAPA ITU TAMAROD
terdiri dari:
GABUNGAN ANAK MUDA
Kesatuan Anak Muda Revolusiner
Barisan Anak Muda
Angakatan Anak Muda Masperi
Kesatuan Anak Muda Sosialis
Fron Anak Muda Liberal
Fron Democratic 6 April
Gerkan Mina Daniel
PARTI POLITIK PENYELMAT NAGARA
terdiri dari:
 Parti Demoktarik Front
Parti Wafd
Parti Perlembagaan
Parti Mesir Bebas
Parti Komunis Mesir
Parti Sosislis Mesir
Parti Gabungan Sosialis Popular
Parti Tagammu
Parti Nasserist
Parti Sosial Demokratik Mersir
Parti Karama
Parti Mesir Merdeka
Garis Popular Mesir
Kesatuan Kebangsaan Untuk Perubahan
Alangkah molek dan cantiknya dalam usia 62 tahun ,beliau buang jauh-jauh ideologi karutnya untuk kembali kepada Islam yang syumul.


MESIR : Keajaiban Kudeta Tentera!



Setelah 3 hari Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi digulingkan oleh kudeta Tentera, masih tiada khabar berita darinya.Samada hidup maupun mati.Samada dipenjara maupun ditahan dalam rumah.

Walaubagaimanapun, penyokongnya seramai 7juta orang masih bertahan di Dataran Tahrir,jalanraya dan pekarangan masjid seluruh Mesir.

Melihat kepada krisis ini,ianya satu perancangan yang tersusun rapi. Bermula dari pertemuan mantan Menteri Luar Mesir era Mubarak Amr Moussa dengan mantan Menteri Luar Israel Tzipi Livni.





Pertemuan ini menyamai pertemuan antara Mubarak dengan  Livni semasa mereka berdua masih dengan jawatan Presiden Mesir dan Menteri Luar israel pada Disember 2006.

Jika pertemuan Disember 2006 menghasilkan serangan Israel ke atas Gaza, maka pertemuan Disember 2012 menghasilkan penggulingan keatas Dr Morsi.

Kudeta kali ini mengejutkan Tentera Mesir sendiri,Amerika,Israel dan penyokong Mubarak. Ini kerana secara cepat dan drastik rakyat Mesir membanjiri dataran dan jalanraya Mesir dengan jumlah yang terlalu ramai sebagai bantahan kudeta tersebut.

Biasanya selepas kudeta tentera dimana-mana di dunia,tentera akan bertindak melaksanakan perintah berkurung(darurat) , tetapi di Mesir suasana berbeza dan diluar jangkaan.

Bukan sahaja jutaan rakyat keluar, bahkan dengan ketakutan Tentera mengizinkan demostrasi aman boleh dilaksanakan.Sesuatu yang pelik dalam sejarah kudeta tentera dunia!

Bukan itu sahaja. Presiden Mesir dengan berani berkata,"Langkah mayat saya dahulu...." . Rakyat juga dengan berani menyatakan akan kekal di Dataran Tahrir dan jalanraya hingga Dr Morsi dikembalikan jawatannya. Jutaan rakyat sanggup mati demi pertahankan hak mereka.

Ingat,Ramadhan semakin hampir. Peristiwa Badar dan Perang Ramadhan 1973 amat sinonim dengan gerak hati penyokong Morsi.

Kedua peristiwa ini bakal menyuntik semangat jihad mereka menentang pewaris-pewaris Firaun era moden ini!





Thursday, July 4, 2013

Pasca Morsi digulingkan : Ikhwanul Muslimin bakal diharamkan?



Beberapa perkara yang berkemungkinan bakal dialami oleh Mesir. Antaranya :
i) Ikhwanul Muslimin dan Partinya( Parti Kebebasan dan Keadilan) diharamkan.
ii) Morsi dipenjarakan.
iii) Penyokong IM dan Parti Salafi bergabung dengan Jamaah Islamiyyah mengangkat senjata menentang tentera Mesir.
iv) Suasana menjadi seperti Algeria.


Brahim, bersabarlah.....



Azeez dapat " tabung " Tabung Haji
hasil cium tangan Rosmah

Rais dapat UIA
boleh wujudkan fakulti pendidikan amah-amah

Uthaya dapat duduk Putrajaya
hasil senyum jeling wajah Najib

Brahim kita dapat apa....?
Brahim kita dapat apa.....?

Adakah bodekkan Brahim masih tidak cukup merit?
Adakah "ampus-ampus" Brahim masih gagal untuk buka hati Kak Ros?
atau lompatan Brahim tidak cukup tinggi?

Sabar Brahim...sabar!
Jangan ugut PM...akta hasutan masih hidup lagi!

Moga hati Najib lembut...moga hati Kak Ros lembut kembali
menerima Brahim....
selagi katak-katak masih berbunyi oonggggg, Brahim kena banyak bersabar




Bilakah awan mendung berarak lalu....?



1990
Langit mendung
Algeria dirampas
oleh junta tentera
setelah FIS menang
sampai kini 
bumi Jazair masih bermandi darah syuhada'

2004
Langit berduka
Bumi Batu Bersurat dirampas
oleh tipudaya demokrasi
tambah duka
Ahmad Yasin syahid 
akibat bedilan apache babi sumpahan

2013
Langit mendung dan berduka
Bumi Syuhada Memali 
terlepas hasil licik demokrasi
tambah duka
kini Tanah Kana'an
dirampas
cicit-cicit Firaun
suku sakat Qarun dan Hamam kembali bertakhta

bilakah lagi langit kembali cerah ?
awan mendung berarak lalu...........

Wednesday, July 3, 2013

MESIR : Hanya Jihad jalan penyelesaiannya.



Jihad bermula di Mesir
Mengulangi episod Algeria 1990
Firaun muncul semula di Bumi Kanaan
Tiada demokrasi
Tiada pilihanraya
Hanya Jihad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...