ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Bila Dr Mahathir melabel Pakar Undang-Undang Dr Aziz Bari sebagai "kurang ajar" kerana sikapnya menegur Sultan Selangor, ini sem...
-
PAS dalam Pakatan Rakyat umpama di hujung tanduk.Peliknya PAS masih cintakan PR walaupun rakannya memaki hamun PAS. PAS tidak akan kelua...
-
Apabila Dr Aziz Bari seorang pakar undang-undang "menegur" Sultan Selangor dalanm isu pemeriksaan gereja di Damansara, bangkit...
Saturday, March 2, 2013
Nyawa polis kita bukan murahan.
Tanpa dijangka, krisis Lahad Datu semakin memburuk. Setakat ini tujuh anggota polis kita telah terbunuh.
Awalnya, kita diberi optimis oleh PMNajib, Menteri KDN dan IGP Ismail Omar bahawa krisis ini akan ditangani dengan baik tanpa pertumpahan darah.
Setelah dipersoalkan tahap keselamatan perairan negara bagaimana berlaku pencerobohan, kini persoalan setelah kehilangan dua nyawal pada awalnya, mengapa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengambil alih sepenuhnya krisis ini?
Sepatutnya setelah kita kehilangan dua nyawa polis, pasukan PDRM hendaklah diundurkan untuk laluan ATM sepenuhnya. Mengapa kita masih "berdegil dan berkeras" untuk pertaruhkan nyawa anggota polis kita.
Adakah kita menganggap penceroboh itu sekadar berparang dan berkeris telanjang? Jika rekod PDRM menangani isu banduan yang terlepas di Pulau Pinang (masih ada dua lagi yang bebas), seharusnya krisis LD dari awal lagi dikerah sepenuhnya satu Batalion ATM menghadapi Tentera Sulu.
Kita seolah-olah memandang ringan isu ini. Barangkali kita asyik sibuk buat Jelajah Kempen PRU ! Nyawa anggota keselamatan dipertaruhkan.
Kita masih kebingungan untuk menentukan tindak aksi kita menghadapi pencerobohan luar. Kita masih tidak dapat bezakan antara pencerobohan PATI dengan pencerobohan tentera luar.
Kita masih ragu-ragu menentukan tugas sebenar PDRM dengan ATM.
KIta masih "buta sejarah" untuk mengetahui perangai kaum -kaum yang mendiami Kepuluan Sulu dan Mindanao. Jika sesama merekapun saling berperang apatah lagi dengan negara luar.
Kita hanya serius jika kecurian berlaku di Istana-Istana Menteri !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment