ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, September 20, 2012

Apabila Pistol Air tembak Kambing Hitam.......



Isu pembelian  Rapid Intervention Vehicle (RIV) dengan harga yang melampau bakal membuka mata rakyat untuk mengenali wajah sebenar juak-juak pimpinan UMNO.


Jika selama ini pembongkaran skandal demi skandal oleh pembangkang samada di Parlimen maupun pentas terbuka hanya dipandang sepi oleh masyarakat, kini tiba giliran Sultan Johor sendiri "geram dan meluat" dengan perangai Menteri UMNO.

Akibat teguran Sultan Johor,sekonyong-konyong Menteri Scorpene Zahid membuka mulut untuk menyiasat kes ini. Perbezaan harga begitu melampau. Harga Kementerian RM690,000 dan harga Sultan Johor RM150,000. Bezanya RM540,000 setengah juta ! Itu baru sebuah. Kementerian beli berapa buah?

Persoalannya, adakah pembelian ini tanpa pengetahuan Menteri ? Mustahil !

Mana mungkin pembelian menjangkau 1/2 juta ini dalam keadaan Menteri tidak tahu.Atau buat buat tidak tahu. Ini bukan beli pistol air kat Mydin !

Semua maklum, antara Kementerian yang menjadi "lubuk emas" ialah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran.

Semacam jenaka apabila Menteri Scorpene memberi amaran tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai Kementerian yang terlibat samada sedang bertugas atau sudah bersara. Biasalah, Kambing hitam akan dicari untuk ditembak dengan "pistol air" macam kehilangan enjin jet dahulu.

Untuk rekod, Kes dalam Kementerian Pertahananlah, nyawa Altahtunya melayang! Memang Kementerian ini adalah lubuk emas tetapi "berpuaka" . Tanyalah PMNajib. Barangkali dia ada banyak pengalaman untuk dikongsi!

Ingat wahai bakal-bakal kambing hitam! Menteri Scorpene sedang "memburu" anda. Tapi jangan bimbang. Kerana beliau hanya gunakan pistol air bukan C4 untuk "tembak" anda.


1 comment:

maryatul said...

kunjungan perdana...
kunjung balik yaa :)
http://duadua-juli.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...