Sekonyong-konyong Menteri Media UMNO Rais Yatim menebalkan mukanya membatalkan logo Hari Merdeka kepada penggunaan logo 1Malaysia sahaja.
Setelah logo paling lekeh dan hodoh dalam sejarah Malaysia di"bakar" oleh Rais yang terkenal dengan "Sang Pembakar Jambatan", kini tinggal dua lagi "perkakas" sambutan Kemerdekaan yang perlu di"bakar" lagi oleh Rais iaitu tema" Janji Ditepati" dan lagu temanya yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri.
Bermula teguran PAS sejak tahun lalu tentang Perayaan Kemerdekaan seolah-olah Hari UMNO, terkini dua minggu lepas, pemimpin DAP Lim Kit Siang juga menegur tentang tema kemerdekaan seperti kempen pilihanraya " Janji Ditepati".
Malangnya Menteri Media UMNO Rais Yatim buat-buat pekak badak untuk mendengarnya. Bahkan makin syok sendiri akibat dihinggapi "Sindrom Bodekisme" dengan perlancaran logo dan lagu tema.
Rais dengan angkuh dan bodoh sombong menolak teguran tersebut.
Hari ini dalam twitternya, Rais "membakar" logo hodoh untuk gantikan logo 1Malaysia sahaja.
Barangkali Rais mendapat mimpi ngeri dalam tidurnya malam tadi ! Mimpi Putrajaya menjadi hijau!
Melihat lagak Rais. sepatutnya PMNajib perlu gantikan segera Rais. Pemikiran Rais hanya sesuai untuk era 70an sahaja. Mengapa masih kekalkan dia menjadi Menteri Media dan Propaganda?
Adakah PMNajib tidak melihat logo kebanggaan Rais itu setaraf karya budak tadika KEMAS sahaja atau paling tinggi setaraf JKKK ?
Satu lagi, PMNajib tolong baca lirik lagu tema karya Rais. Tentunya PMNajib akan ketawa berdekah-dekah kerana "tolol"nya lirik itu.
Boleh PMNajib bayangkan siapa mahu nyanyi lagu tolol itu dalam Perayaan Hari Merdeka nanti? Najib sudah ada pengalaman dalam Sambutan Hari Koperasi dengan reaksi penonton yang majoritinya kanak-kanak sekolah.
Nah, pakat tunggulah kita nanti pada 31 Ogos ini. Barangkali Rais akan menyanyi seorang diri sambil pegang bendera macam "orang gila" !
No comments:
Post a Comment