ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, June 26, 2012

Pasca Pilihanraya Presiden Mesir : Antara Mesir dan Turki


Kemenangan Mohammad Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir adalah satu kemenangan kepada semua Gerakan Islam di seluruh dunia. Ini adalah kerana boleh dikatakan semua Gerakan Islam mengambil model dan acuan Ikhwanul Muslimin sebagai ikon dan ikutan.


Berbanding dengan kemenangan AKP pimpinan Recep Erdagon di Turki tentunya ada perbezaan yang besar lagi ketara.

Kemenangan AKP di Turki dalam suasana yang amat berbeza berbanding Mesir. AKP menang dalam situasi Tentera yang fanatik dengan "ugama Sekular Artatuk" dan rakyat Turki berada di bawah pengaruh tegar sekular selama 70 tahun setelah jatuhnya Empayar Uthmaniyyah.

Di Turki, Tentera adalah pelindung "agama sekular ciptaan Artatuk".
Erdagon pernah dipenjarakan gara-gara sekadar baca puisi yang didakwa menghina "agana sekular" ketika menjadi Datuk Bandar Istanbul.

Tentunya Erdagon serta rakannya melakarkan corak pemerintahan AKP di Turki dalam keadaan "amat berhati-hati" agar tidak mendatangkan kemurkaan Tentera. Misalnya dalam soal hubungan dengan Israel. Tentera Turki amat rakan dan akrab dengan Israel sebelum tragedi serangan komando Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Setelah menang, AKP tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun di hati AKP begitu membenci terhadap Israel. Ini adalah kerana faktor Tentera. Jadinya, Erdagon menzahirkan kebencian terhadap Israel dengan mengecam secara terbuka dalam forum yang turut dihadiri oleh PM Israel Shimon Peres ketika itu.

Begitu juga Erdagon begitu berani ingin mengheret Regim Zionis itu ke Mahkamah Dunia atas pembunuhan 9 rakyat Turki atas kapal Mavi Marmara..

Kemenangan AKP di Turki melalui pilihanraya yang normal tanpa didahului oleh demostrasi di mana-mana dataran Turki dan tiada pimpinan Turki yang di jatuhkan. Erdagon memimpin Turki dalam keadaan umpama "menarik benang dalam tepung" atau berhati-hati berjalan diatas hamparan yang penuh duri" dek dengan kekuasaan Tentera yang terkenal dengan rampasan kuasa.

Berbeza dengan Mesir. Sejarah Gerakan Islam di Mesir begitu panjang dan unik. Bermula dengan penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh As Syahid Hasan Al Banna hinggalah kini, tentunya penuh dengan tribulasi dan ujian umpama kisah Nabi Yusuf.

Boleh dikatakan semua pimpinan Ikhwan pernah menjadi warga penjara.

Pembunuhan ,penculikan, penyiksaan dan hukuman gantung adalah "warna warni  kehidupan" yang dilalui oleh semua pimpinan dan ahli Ikhwan selama 80 tahun bermula dengan pembunuhan As Syahid Hasan Al Banna tahun 1948.

 Bagaimana sejarah dan hubungan Ikhwan dengan Tentera? Berbanding dengan Turki, pengaruh tentera ke atas politik Mesir tidaklah terlalu ketat.
 Tentera Mesir pernah bersama sukarelawan Ikhwan bersama-sama memikul senjata berperang dengan Israel. Bahkan Presiden Sadat diberitakan pernah mendapat asuhan dari Ikhwan sebelum menjadi Presiden.
Dan beliau dibunuh oleh anggota tentera atas perbuatannya berdamai dengan Israel dalam Pendamaian Kem David tahun 1978.

Cuba lihat bagaimana reaksi Tentera Mesir menghadapi demostrasi di Dataran Tahrir. Tiada tindakan ganas bahkan menjadi sahabat rakyat. Barangkali inilah yang telah difikirkan oleh pimpinan tertinggi Tentera Mesir. Pimpinan tertinggi tentera tahu akibatnya jika mereka bertindak ganas terhadap rakyat. Kesannya, tentera akan berpecah dua dan Mesir bakal menjadi Algeria Kedua ataupun Syria.

Pengaruh Ikhwan keatas anggota tentera tidak boleh dinafikan.Inilah yang disedari oleh pimpinan tertinggi Tentera Mesir.

Sejarah membuktikan jika tentera bersama pemerintah bertindak ganas terhadap rakyat sendiri maka risikonya peperangan saudara seperti Algeria,Syria dan Libya.

Pengaruh Ikhwan dan Al Azhar kepada politik Mesir banyak membantu proses peralihan kuasa berjalan secara aman.

Bagaimana dasar luar Mesir terhadap hubungan dengan Israel dan Perjanjian Kem David ? Inilah yang sedang ditunggu-tunggu oleh Gerakan Islam Sedunia. Amerika dan Israel melihat dengan penuh berhati-hati.

Adakah Morsi akan meneruskan atas alasan seperti Perjanjian Hudaibiyyah? Atau mengenakan terma yang baru keatas Israel?Ini memerlukan pemerhatian kesan jangka pendek dan panjang tanpa menafikan pengaruh Tentera sekutu kuat Amerika.

Apapun, sama-sama kita doakan segalanya berjalan lancar dan Ikhwan membuktikan hasil kesabaran mereka mendidik umat Mesir khasnya dan dunianya akhirnya menghasilkan kemenangan dari Allah Taala.

Kemenangan Ikhwan terhasil setelah ramai rakyat Mesir "terbina Negara Islam" didalam jiwa mereka!






Sunday, June 3, 2012

Doa untuk Hamba yang Faqir dan Daif di sisi Allah


Blog ini bakal terhenti seketika untuk memberi laluan kepada pemilik blog ini menuju Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Umrah bermula 5hb Jun.

Mohon doa dari pengunjung blog ini dan mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa selama kewujudan blog ini.

 Barang diizinkan Allah Taala, kita ketemu lagi di lain masa. InsyaAllah

 Jazakallah.

PRU 13 bakal tertangguh dengan MAGERAN ?

 

Nampaknya hingga kini tarikh pilihanraya masih menjadi teka teki. Berbanding negara lain yang bertaraf Dunia Ketiga seperti India,Thailand, Indonesia , Filipina dan terkini Mynmar nampaknya kita mempunyai prasarana bertaraf dunia tetapi politik kita bertaraf JKKK !


Berdesing, bergegar, riuh sekampung bila pemimpin Malaysia berucap di pentas dunia membela sana sana , tunding sana tunding sini ,mendabik dada sebagai jaguh Dunia Ketiga tetapi cara pemikiran pemimpin UMNO yang terajui negara ini "baik sikit" daripada budak KEMAS.

Tentang tarikh pilihanraya di Malaysia nampaknya masih bermain teka teki. Melihat kepada beberapa isu menimpa pimpinan UMNO, nampaknya PMNajib bersama Menteri UMNO semacam ingin "bermain api" dengan rakyat. Silakan !

Kemungkinan besar UMNO sedang merangka perancangan jahat untuk menjahanamkan negara. Antara isu yang memungkinkan PMNajib pakai "cara lain" untuk terus menapak di Putrajaya selain pilihanraya ialah :

a) Skandal kapalselam Scorpene bakal diadili di Mahkamah Perancis.
b) Skandal lembu NFC.
c) Lynas.
d) BERSIH 3.0
e) Skandal Shafie Afdal.
f) Bayaran RM2 juta kepada kumpulan pop Korea.
g) Terdedahnya Pengerusi dan Timbalan SPR adalah ahli UMNO.
h) Berduyun-duyun bekas pegawai tertinggi kerajaan sertai atau sokong PR.
i) Pakatan menjatuhkan Najib oleh gabungan Mahathir-Muhyiddin.

Cara terbaik UMNO untuk kekalkan kuasa tanpa PRU 13 ialah wujudkan suasana panas dengan perkauman, sentimen agama dan kekecohan di ceramah parti pembangkang.

Apabila ini terjadi, api besar bakal "menyala" dan dari situlah dikuatkuasa MAGERAN.

Sebab itu dari awal lagi tanda-tandanya ada. Bermula dari :
a) Provokasi BERSIH 3.0.
b) Penangkapan demotran BERSIH 3.0.
c) Pertunjukkan senaman punggung oleh Veteran Askar "Melayu".
d) Jualan burger depan rumah  Ambiga.
e) Kenyataan Timbalan IGP Khalid membenarkan provokasi depan rumah Ambiga.
f) Serangan keatas ceramah PR tanpa tindakan serius dari polis.
g) Beria benar dan bersungguh-sungguh 3 mantan IGP hentam BERSIH 3.0.

Dan terkini, kenyataan jahat dari butir mulut Mahathir dan disokong oleh Muhyiddin kononnya PR akan buat huru hara apabila kalah PRU nanti.

Sebenarnya kenyataan Mahathir dan budaknya itu membayangkan tindakan dan anologi bakal terjadi apabila UMNO tewas nanti.

Bagaimana kekecohan dan keganasan bakal terjadi semasa PRU 13 nanti ? Bayangkan ribuan pengundi warga asing yang diberikan kad pengenalan menuju ke pusat pengundian dengan kawalan ketat polis.

Sudah tentu rakyat yang cintakan keadilan dan tanahair tidak akan membenarkan ianya berlaku. Maka berlakulah apa yang Mahathir dan budaknya bayangkan. Dan seterusnya PRU 13 dibatalkan dan dihentikan untuk laluan MAGERAN.

Berputih mata semua pembangkang melihat "filem" terbitan UMNO ini.

Tugas Pakatan Rakyat sekarang adalah untuk menghalang "filem jahat" ciptaan UMNO itu dapat di"shooting"kan ! Tunggu dan lihat.


PRU 13 : Adakah hidup Mahathir tenang,aman dan menyeronokkan?


Kuasa menentukan PRU 13 adalah di tangan PMNajib. Barangkali hanya Najib dan isterinya Rosmah sahaja tahu tarikh itu.


Muhyiddin dan sekalian Menteri tidak tahu. Mahathir lagilah amat tidak tahu. Mengapa?
Sekarang gabungan 2M timbul semula selepas Team 2M Mahathir-Musa 30 tahun lampau.. Team Mahathir-Muhyiddin sedang bersiap jatuhkan PMNajib.

Cuba lihat setiap kali Mahathir "berkokok", Muhyiddin menyahut kokokan Mahathir. Team 2M tidak sabar-sabar lagi menunggu PRU 13. Mengapa ? Kerana keputusan PRU 13 akan menjadikan UMNO "bangkai" dan atas alasan itulah Najib diminta ucap "sayonara" kepada jawatan Presiden UMNO.Sama seperti Gabungan Mahathir - Najib minta Pak Lah berambus dari jawatan Presiden UMNO selepas PRU 12.

Peranan Mahathir masih berpengaruh keatas jawatan PM Malaysia sama seperti Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Cumanya kita tiada potfolio Menteri Mentor.

Mengapa Mahathir "beria-ria" memainkan peranan "menentukan" jawatan PM ? Ini kerana itulah tali hayat beliau untuk selamat dari turun naik ke Mahkamah.

Mahathir sekarang semacam bermain chess. Perlu "checkmate" secepat mungkin.Matlamat utamanya ialah menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi PM dan mempercepatkan anaknya Mukhriz menjawat jawatan PM. Jika kedua perkara ini menjadi kenyataan bermakna tidur Mahathir akan lena dan tenteram.

Sebab itu kita lihat Mahathir begitu licik dalam soal jawatan PM.Kemurkaan terbesar Mahathir kepada Pak Lah bukan kerana Budak tingkat 4 tetapi kerana Pak Lah lepaskan Anwar.

Mahathir kemudian bergabung dengan Najib untuk singkirkan Pak Lah. Kini Mahathir melihat Najib begitu lemah untuk sekat kemaraan Anwar untuk menjadi PM. Maka Mahathir sepantas kilat bergabung dengan Muhyiddin.

Tengoklah nanti jika Muhyiddin juga gagal menyekat Anwar, Mahathir akan mencari orang lain pula. Proses ini berlanjutan hingga Mahathir dikunjungi Malaikat Maut !

Maknanya kehidupan Mahathir selepas jadi PM amatlah menggerunkan, menyeramkan dan keluh kesah.Walaupun anda lihat pada wajahnya seakan "gembira dan tenang" tetapi dalam hatinya, Tuhan sahaja yang Maha Tahu.

 Lebih-lebih lagi selepas Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup.

 Bagai dikejar bayang-bayang sendiri. Adakah ini balasan karma atas setiap dosanya semasa menjadi PM 22 tahun ?

Apakah kesudahan akhir kehidupan Mahathir? Adakah beliau menjadi nyanyuk sebelum kematian ?
Atau seperti doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor agar Mahathir dapat hidup lama untuk lihat sepuas-puasnya hasil kerosakkan yang dilakukan semasa jadi PM.

Ya lah...kadangkala kita cara Mahathir bertutur macamlah dia tidak akan mati dan hidup 100 tahun lagi!







Denyut jantung Mahathir semakin kencang......





Cakap 1
Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.
"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.

Cakap 2
 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong teori yang dikemukakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.

 Kesimpulan cakap-cakap Muhyiddin di atas adalah :
1) Riwayat UMNO akan tamat selepas PRU 13.
2) Keganasan dan huru hara bakal terjadi di negara ini.

Apabila UMNO tumbang maka Menteri-Menteri UMNO,MCA dan MIC yang ada skandal rasuah akan kepanasan. Mahathir turut panas bagai cacing dalam lubang di padang pasir!

Cara atasinya ialah cipta " keganasan dan huru hara" agar rakyat menyalahkan PR dan UMNO kembali berkuasa.

Di sinilah peranan Polis " baik dan beriman" serta Tentera untuk bertindak.

Cara Muhyiddin bercakap semacam memberi analogi bakal berlaku.

Adakah Menteri-Menteri UMNO gerun dan gementar dengan berita kesudahan Hosni Mubarak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...