ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, January 2, 2012

Pukullah sepuas hatimu......!


Insiden ganas aksi polis terhadap anak-anak muda bergelar Mahasiswa amat memalukan. Beginikah cara polis kita melayani anak muda yang tidak beraliran parti pemerintah?

Cara polis menangani anak-anak muda ini seakan mencurahkan lagi minyak petrol ke atas unggun api. Cuba lihat apa yang terjadi di Mesir, Tunisia dan Syria. 90% rakyat yang menentang regim Arab tersebut adalah anak muda.

Jika Regim Mesir yang terkenal dengan kuku besi dan zalim boleh tumbang dengan hanya bersenjatakan suara dan demostrasi, apatah lagi Malaysia.

Sebenarnya layanan ganas polis keatas anak-anak muda di UPSI tempoh hari itulah gambaran sebenar PMNajib dan UMNO melayani anak muda. Najib ingin melihat anak-anak muda semuanya di"doktrinkan" dengan fahaman angguk dan patuh kepada semua dasar kerajaan macam Regim Komunis.

Kepada polis yang patuh kepada UMNO umpama anjing patuh kepada tuannya, pukullah, sepaklah sekpuast hatimu terhadap anak-anak muda ini sehingga puas. Bahkan jika mahu tembak, tembaklah. Semakin jahat dan ganas aksi anda terhadap anak muda maka bertambah bertambah tenaga, semangat untuk menumbangkan Regim UMNO.

Cukuplah anda menjadikan perompak dan penyamun sebagai musuh. Jangan tambah lagi senarai musuh anda ! Bukankah kerja anda satu kerja mulia....menjaga keamanan rakyat bukan menjaga periuk nasi pimpinan UMNO

2 comments:

Anonymous said...

dah tahu masih belajar buatlah cara orang menimba ilmu. habiskan dahulu study, cari kerja, banggakan ibu bapa..barulah buat perkara yang dirasakan betul.

Buasir Otak said...

Kaji insiden ni betul2 dulu bro... Jgn nak dok salahkan polis je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...