ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun diken...
-
Setelah rugi berbilion dan tragedi MH370 dan MH17,Kerajaan melalui Khazanah menyuntik RM6 bilion kepada MAS untuk terus "terbang&qu...
Tuesday, September 6, 2011
Apabila ahli sejarah amalkani ilmu KEKANGKUNGAN !
Isu Mat Indera hampir ke penghujungnya. Akhirnya Mat Sabu memberikan "buah ghoribnya" kepada juak-juak UMNO yang menghentamnya. Hujah dan buktinya berdasarkan buku yang diterbitkan oleh agensi kerajaan Johor, sebuah negeri "totok" UMNO.
Buku sejarah yang dirasakan rasmi bagi negeri Johor, bertajuk Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor, disunting oleh Prof. Abu Bakar Hamid dari Universiti Malaysa dengan kata penghantar dari Menteri Besar Johor Dato Ghani Othman telah diterbitkan dalam tahun 2004.
Peliknya, selepas itu semacam cuba mengelak pula Editor buku bercakap tentang kesahihan pejuangan Mat Indera. Editor mengulas dengan bahasa berbelit-belit. Pihak Yayasan Warisan Johor juga berlepas diri. Lebih haru lagi suruh pembaca berfikir sendiri..."lu fikir sendiri laaa".
Kini kita hendak mendengar ulasan mantan MB Johor Dato Ghani Othman untuk mengulas buku yang diturunkan kata-kata pengantarnya sendiri.
Akhirnya cara berlepas diri juak-juak UMNO ialah mengeluarkan hujah, " Bukti Lemah". Ayat ini akan diulang-ulang hingga PRU 13.
Isu Mat Indera rupanya banyak mendedahkan benda yang tersorok dan tersembunyi.
Kita perhatikan antaranya mendedahkan lagi "kekangkungan" orang yang mendabik dada mendakwa pakar sejarah tanahair.
Kita tidak hairan jika Dr Ramlah Adam membela UMNO. Kerana hasil tangannya tertulis sejarah kemerdekaan negara dalam buku teks sekolah. Memang beliau seorang pemuja UMNO.
Yang kita hairan ialah sikap dan kenyataan ahli sejarah Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim. Antaranya :
a) Inggeris tidak amalkan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu.
b) Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu.
c) Datuk Onn dan Tuanku tidak berkhidmat kepada British sebagai pegawainya.
Ilmu apa Khoo Kay Kim pakai ? Ilmu mengampu UMNO atau ilmu KEKANGKUNGAN ? Terkini Khoo Kay Kim memperlekehkan penulisan Allahyarham Ismail Adnan.
Hebat benarkah ilmu sejarah Dr Khoo ? Dahulu tahun 80an, Dr Khoo pernah menulis tentang sukan negara. Kebanyakkan tulisannya memberi pelbagai teori-teori belaka. Beliau begitu ghairah mengkritik mutu bolasepak negara. Macamlah beliau seorang bekas jurulatih bolasepak. Beliau sekadar ahli sejarah sahaja tapi berlagak macam bekas bintang bola.
Dr Khoo umpama Professor Serba Tahu dalam Majalah Gila-Gila !
Hari ini, beliau "menelanjangi" diri sendiri lagi. Apakah patut seorang ahli sejarah tidak menganggap Inggeris bukan penjajah. Prof Dr Khoo layak digelar "Ahli sejarah Kangkung"
!
Apabila semua ahli sejarah tidak sepakat, memperlekehkan hasil penulisan rakan sendiri, bongkak dengan ilmu dan suruh fikir sendiri, itu menunjukkan kerendahan dan kekangkungan intelektual ahli sejarah negara kita. Memalukan !
Kesimpulannya 3 perkara boleh kita nilai ahli sejarah negara :
1) Mereka berani mengkritik/ menyerang penulis sejarah bila penulis itu telah meninggal dunia.
2) Generasi kini boleh menpertikaikan sejarah yang ditulis oleh sesiapa dengan bermottokan, " lu fikir sendiri" .
3) Bolehkah gambar Sultan Johor duduk sekali dengan "pengganas" ? Muka depan pulak tu. macam Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas pusara "penderhaka" Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya yang dibunuh polis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pergh... hebat la hujjah lu bro... tabik...!
Post a Comment