ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, April 25, 2011

Siapakah Ibu Segala Perkauman ?





Menjelang Operasi Lalang 1987, Pemuda UMNO yang diketuai oleh PMNajib berhimpun di Stadium TPCA Kuala Lumpur.

Mereka membuat perhimpunan sebagai protes kepada Timbalan MCA ketika itu Lee Kim Sai. Terdapat laporan bahawa Najib memegang keris dalam perhimpunan itu.

Tidak lama selepas peristiwa itu berlakulah Operasi Lalang. Ramai pemimpin UMNO dan MCA terlepas dari ISA sebaliknya pemimpin PAS dan DAP yang kena ISA.

UMNO kini ketandusan idea untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.

Pelbagai cara gagal. Kes fitnah Anwar seperti liwat dan video lucah tidak menjadi. Semakin tersasar. Keputusan pilihanraya Sarawak menunjukkan pengaruh PR semakin meningkat terutama orang Cina.

UMNO hanya hidup dengan isu perkauman. Itulah talihayat mereka.

Perhimpunan perkauman PERKASA yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah seperti mengulangi balik versi Operasi Lalang 1987. Walaupun bukan UMNO yang menganjurkannya tetapi semua orang kampung tahu PERKASA adalah "anak emas" UMNO sepertimana Amerika anggap Israel anak emas mereka.

Kita mengharapkan pihak kerajaan negeri tidak membenarkan perhimpunan itu berlaku di premis kepunyaan negeri. Segala jenis makhlik yang bernama UMNO adalah jenis kurang ajar.

Lihatlah bagaimana barua mereka di UUM menghina MB Kedah sebagai pemimpin yang layak tadbir pondok.

Bersihkan bumi Malaysia dari anasir-anasir Ibu Segala Perkauman !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...