ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, January 29, 2011

Bersama berdoa kejatuhan FIRAUN ABAD INI !


Seminggu selepas Presiden Tunisia Zainal Abidin Ben Ali digulingkan melalui Revolusi Jalanan kini tiba giliran Mesir pula.


Mesir, sebuah negara Islam, Arab dan Afrika mempunyai 80 juta penduduk. Uniknya Mesir kerana terkenal dengan gelaran Bumi Anbiya, Bumi Firaun dan mempunyai Tamaddun yang berusia ribuan tahun.


Presiden Hosni Mubarak mula mengambil alih pimpinan Mesir selepas kematian Anwar Sadat. Sadat dibunuh pada Hari Ulangtahun Perang Oktober(Ramadhan War) 6hb Oktober 1981.


Ketika Khaled Islambouli menembak Sadat, beliau menjerit, " Kematian buat Firaun Zaman Ini!".


Sadat digelar pengkhianat kerana menjadi pemimpin Arab pertama berdamai dengan Regim Zionis dalam Perjanjian Camp David 1978.


Seperti Jamal Abdul Naseer dan Anwar Sadat, Hosni Mubarak meneruskan tradisi pimpinannya menekan, menyiksa, membunuh aktivis Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin.


Kemuncak kejahatan Mubarak ialah berkomplot dengan Israel untuk "membuli" Gaza dibawah pemerintahan HAMAS.


Serangan besar-besaran Israel keatas Gaza adalah perancangan bersepadu antara Mubarak dan Rejim Zionis yang bertujuan menghapuskan HAMAS. Serangan yang dilakukan keatas Gaza selepas kunjungan Menteri Luar Zionis Tzipni Livni ke Kaherah berjumpa Mubarak.



Saat kejatuhan "Firaun Abad Ini" bakal tiba. Rakyat Mesir mula memenuhi jalanraya untuk menuntut Mubarak meletak jawatan. Anak Mubarak telah melarikan diri ke Britain.



Kita yakin ini adalah hasil doa rakyat Palestin di Gaza yang dizalimi oleh Regim Mubarak.



Moga Allah Taala memberi kekuatan kepada rakyat Mesir untuk berjuang menggulingkan Firaun Abad Ini!

Friday, January 28, 2011

PRK Tenang : Awas Polis dan JPN berlari sepantas kilat !


Apabila isu Anwar dikaitkan dengan bantuan dana dari keluarga Diraja Saudi, sepantas kilat sepupu PMNajib arahkan polis buat siasatan.

"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini. "Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Manakala tentang isu cuti sakit suami calon PAS di PRK Tenang, TPMMuhyiddin arahkan Pengarah JPN sendiri siasat.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas. "Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.


Yang pasti, jika kes membabitkan pembangkang, PDRM dan JPN akan berlari sepantas kilat menyiasat.


Tetapi "berjalan kura-kura" jika babitkan UMNO.

PRK Tenang : Kemenangan Sebenar.


Antara intipati ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa kempen PRK Tenang ialah :

1) Calon PAS adalah seorang yang bertakwa kerana patuh ajaran Islam (tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram)

2) Mengundi PAS mendapat pahala.

Mengapa LGE bercakap demikian ?

Kerana beliau berkawan dengan orang PAS dan mendapat gambaran yang sebenar tentang Islam dari PAS.


Kalau seorang non muslim dapat pengetahuan tentang makna TAKWA dan PAHALA, bagaimana dengan golongan UMNO yang dilahirkan dalam keadaan berugama Islam tetapi tidak patuh kepada ajaran Islam sendiri?


Pandangan LGE adalah mewakili golongan besar masyarakat non muslim generasi muda dan berpelajaran terutama kaum Cina. Ini juga menunjukkan DAP kini lebih memahami Islam dari kacamata sebenar.


Berbeza dengan MCA. Masih di takuk lama. MCA menganggap isu salam itu seperti UMNO menganggap berpegang kepada Islam yang syumul seperti satu kemunduran dan anti pembangunan!

Kemenangan PAS sebenar di PRK Tenang adalah penyebaran dakwah dan Islam di sebarkan dan seterusnya difahami oleh non muslim. Antara kejayaannya ialah non muslim tahu tentang pahala, aurat, salam dan takwa.

Peliknya dikala non muslim(Cina) mula memahami Islam, pengundi Melayu terutama di Felda masih dengan "ugama UMNO"nya. 95% pengundi tegar UMNO.


Biasalah, Johor Darul UMNO!

Tahniah Anwar !


Hebat! Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik paling banyak mendapat "gelaran tertinggi" dari UMNO dan suku sakatnya.


Berikut senarai "anugerah" gelaran buat Anwat yang boleh masuk Malaysian Record Award :

1) Pengkhianat bangsa - kerana sokong DAP.
2) Ejen Amerika - kerana Kerajaan Amerika tidak setuju cara pengadilan keatas beliau.
3) Ejen Yahudi - kerana beliau ada rakan berbangsa Yahudi.
4) Pluralisme - kerana ucapan beliau di Amerika ( disalah ertikan).
5) Ejen Pengganas - kerana didakwa Putera Diraja Saudi bagi bantuan dana kepada beliau.


Itulah "gelaran kehormat" buat Anwar. Selepas ini Anwar bakal di gelar seorang Wahabi kerana Saudi bagi bantuan kepadanya.


Apakah gelaran terakhir yang bakal UMNO bagi kepada Anwar?

"Banduan Penjara Kajang" !

Thursday, January 27, 2011

Tak malukah anda?


Semua agama dan bangsa tidak setuju dengan perbuatan zina atau seks tanpa nikah. Tiada diketahui selain Islam , samada agama Buddha, Hindu, Kristian bahkan Yahudi ada mempunyai hukuman ke atas penzina.


Cantiknya Islam kerana mempunyai satu sistem yang menegah sesuatu keburukan sebelum berlaku. Juga mempunyai hukuman yang adil untuk dihukumi. Ini adalah kerana undang-undang itu adalah dari Allah Taala yang mencipta makhluknya.


Pelik melihat bagaimana Chua Soi Lek masih diangkat menjadi Presiden MCA walaupun beliau mempunyai rekod moral yang buruk iaitu pernah berzina.


Adakah Soi Lek tiada merasai rasa berdosa dan bersalah? Adakah ahli MCA yang ramai berugama Buddha dan Kristian tidak rasa malu mempunyai seorang Presiden yang rendah moralnya?


Pernah terjadi dalam sejarah pertandingan meebut jawatan Presiden Amerika, seorang calonnya dilihat masuk ke dalam rumah seorang wanita cantik dan keluar dari rumah wanita itu keesokkan harinya.


Apabila media membongkarkan peristiwa tersebut, calon Presiden itu menarik diri kerana masih ada dalam dirinya nilai moral. Dan sudah tentu rakyat Amerika juga tidak akan mengundinya jika dia bertanding.


Mengapa?


Kerana mereka meletakkan nilai moral sebagai asas penting menjadi pemimpin walaupun amalan zina menjadi budaya harian mereka. Tetapi untuk menjadi pemimpin, rakyat Amerika yang majoritinya berugama Kristian tetap melihat perkara moral sebagai satu kewajipan untuk memilih pemimpin.


Sebaliknya kita melihat MCA "rela" berketuakan seorang yang rendah moralnya menjadi Presiden.


Adakah Ketua Wanita MCA dan anak buahnya suka dan redha dengan perbuatan Presidennya yang menduakan dan curang terhadap isterinya?


Atau mereka juga punya suami yang mempunyai perbuatan yang sama dengan Presidennya?


Ini semua gara-gara berguru dengan UMNO selama 50 tahun, maka nilai moral sudah dibuang dalam bakul sampah.


Bukankah UMNO penuh dengan pemimpin yang suka bermukah, perogol, perasuah, peraba bahkan pembunuh?

Tak malukah anda ahli MCA punya Presiden yang buruk akhlak?

Monday, January 24, 2011

PRK Tenang:Bersatu atas isu Islam, bertelagah atas isu bangsa.


Setelah beberapa hari isu salam berkumandang di PRK Tenang, sekonyong-konyong TPM Muhyiddin mengarah pelakon "video lucah" merangkap Presiden MCA Chua Soi Lek menutup isu itu.


Mengapa agaknya ya?


Pertama, isu itu terkena batang hidup PMNajib sendiri. Adakah Muhyiddin sengaja membiarkan isu ini berkumandang beberapa hari di Tenang untuk "kenakan" bosnya sendiri ?


Apabila isu salam ditimbulkan, secara automatik ianya berkait rapat dengan hukum hakam berkenaan hukum bersalam dan menutup aurat. Secara langsung akan timbul persoalan dikalangan Non Muslim:


1) Mana satukah antara PAS dan UMNO yang betul- betul ikut hukum Islam yang sebenar?

2) Adakah wanita Islam boleh bersalam dengan lelaki Islam dan Non Muslim?

3) Adakah menutup aurat(pakai tudung) bagi wanita Islam wajib kepada orang Islam?


Apabila persoalan ini timbul, secara automatik Non Muslim terbayangkan aksi isteri Najib, Rosmah Mansor dan isteri Rais Yatim, Maznah Rais. Adakah cara pemakaian Rosmah dan Maznah mematuhi hukum Islam?


Inikah gaya pemakaian pemimpin Negara Islam?


Begitu juga hukum bersalam. Yang mana satu betul?


Non Muslim lihat pimpinan PAS seperti TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang tidak bersalam dengan perempuan berbanding dengan PMNajib dan pimpinan utama UMNO.


Kita juga melihat UMNO begitu bersungguh-sungguh bersama MCA untuk "menyesatkan" pemikiran Non Muslim tentang Islam.


Kenyataan jahat Muhyiddin yang menyokong kempen MCA mengenai Negara Islam kepada pengundi Cina menyerlahkan lagi kemunafikan UMNO tentang Islam.


Lihatlah begitulah jahatnya UMNO. Mereka bergading tangan bersama MCA dan GERAKAN "menyesatkan" Non Muslim mengenai Negara Islam.


Lihatlah wajah sebenar UMNO! Lagak Muhyiddin yang memberi ruang kepada MCA dan GERAKAN berterusan menghina Islam!


Lebih meloya dan memualkan apabila Khir Baharom cuba "menyelamatkan" pelakon video lucah" Chua Soi Lek dengan mengalih isu kepada pencalonan wanita oleh PAS.


Kita melihat UMNO boleh bersatu dengan MCA dan GERAKAN untuk menghina Islam tetapi mereka bergaduh jika melibatkan bangsa.

Saturday, January 22, 2011

Debat: Adakah Najib kena tunggu "pekenan" Rosmah dahulu?


Hebat! Anwar memang berani. Kena sumbat dalam ISA. Kena penjara 6 tahun. Dia tetap berjiwa besar.


Kini apabila dia ajak PMNajib berdebat tentang Buku Oren 100 hari, PMNajib mengelak. Bahkan Najib mendakwa Anwar bakal "demam" jika beliau mendedahkan peribadi Anwar.


Anwar menjawab dengan menyatakan beliau sanggup telan penadol bahkan barangkali "sanggup merangkak" ke pentas debat jika PMNajib sanggup berdebat isu peribadi.


Agaknya apa pula hujah PMNajib mengelak dari berdebat dengan Anwar?


Adakah PMNajib perlu dapat "perkenan" Wanita Pertama dahulu?

Friday, January 21, 2011

Sarung Tangan lawan Rasuah



Pelik apabila Presiden "seks" MCA menyentuh tentang perkara bersalam dalam PRK Tenang. Tiada diketahui samada pelakon "video seks" itu sengaja menyentuhnya untuk mempersendakan atau sememangnya jahil akibat mendapat fahaman "ajaran Islam ala UMNO'.


Barangkali Chua Soi Lek bertujuan agar pengundi Cina seramai 5,635 di Tenang menjauhi PAS.


Kita melihat pencalonan wanita oleh PAS dalam PRK Tenang ini mempunyai banyak hikmat. Kita tahu bumi Johor adalah "gersang dan kering kontang" dengan pengaruh PAS. Untuk menang barangkali amat tipis mengikut perkiraan logik.


Tetapi PAS banyak mendapat manafaat dalam beberapa perkara di PRK Tenang. Antaranya :

1) Medan dakwah.

Kali ini dengan dengan isu bersalam antara lelaki perempuan. Dengan tercalonnya wanita sebagai calon PAS, banyak pihak terutama non Muslim mempelajari adab dan hukum Islam dalam bab bersalam. Disini berlakunya penyebaran dakwah dan ilmu Islam kepada non muslim.


Lagi penting, tidak bersalam itu tidak menjejajaskan kerja wakil rakyat berbanding boleh bersalam lelaki-perempuan(ajaran UMNO) tetapi banyak "lahap" duit rakyat!


Semakin orang lelaki Cina dan India tahu, jika calon wanita PAS tidak bersalam dengan mereka bukan penghinaan tetapi satu kepatuhan agama. Kepatuhan agamalah yang menjauhi PAS dari rasuah.

2) Satu penghormatan kepada Wanita.

Tentunya Majlis Syura tahu dengan tercalonnya wanita sebagai calon bakal mengundang fitnah. Tetapi kita boleh mempelajarinya bagaimana dapat mengelakkan, menangkis dan "menyerapkan" fitnah itu. Ini melahirkan percambahan idea dan pelbagai buah fikiran untuk memikirkannya. Bahan hasilnya nanti boleh dipratikkan dalam PRU 13 di kawasan-kawasan yang ada calon wanita PAS.

Kini, orang Cina dan India tahu oleh kerana ramai pemimpin UMNO/BN suka bersalam dengan perempuan atau sebaliknya dengan membelakangi hukum agama maka terjadinya banyak skandal seks di kalangan pimpinan BN seperti raba meraba , rogol, video seks dan sewaktu dengannya.


Betul tak Chua Soi Lek?

Wednesday, January 19, 2011

Mengapa Dhaka bukan Monte Carlo?


Bangladesh adalah bumi terakhir yang bakal dijejaki oleh "Wanita Pertama" Malaysia. Bangladesh, yang benderanya sama dengan bendera PAS cuma warna bulannya merah adalah negara Islam yang mempunyai penduduk hampir 165 juta orang.


Mengapa "Wanita Pertama" ini memilih Bangladesh sebagai destinasi lawatan rasmi beliau selepas Saudi dan Oman?


Apa faedahnya melawat negara yang dikategorikan negara miskin dan sering bergolak politiknya?


Adakah "Wanita Pertama" ini ingin menceburi industri jut? Atau ingin menjadi ajen buruh Bangla? Atau ingin mempromosikan produk PERMATA?


Kalau dari segi projek, beliau sudah ada projek PLKN. Sudah bertaraf jutawan. Itu belum lagi dicampur dengan industri kapal selam dan jet pejuang yang telah dimiliki oleh suaminya.


Inilah yang "memeningkan" pihak pembangkang hatta pihak kerajaan mengapa wanita itu memilih Bangladesh.


Sebenarnya ada satu " ilmu " yang barangkali ingin dimiliki oleh "Wanita Pertama" itu dari negara Bangladesh iaitu "menjadi Perdana Menteri". Tentunya orang yang dihajati untuk bertemu dan menadah ilmu ialah PMSheikh Hasina dan mantan PM Khaleda Zia.


Tentunya Sheikh Hasina dan Khaleda Zia mempunyai ramuan istimewa untuk dikongsikan bersama "Wanita Pertama" Malaysia itu. Mengapa tidak? Ini kerana mereka berdua dapat menjadi PM di sebuah negara yang mempunyai 164 juta penduduk berbanding Malaysia cuma 29 juta sahja.


Bayangkan bagaimana kedua wanita tersebut dapat menarik undi rakyat yang ratusan juta itu untuk memilih wanita menjadi PM. Tentunya ada ramuan istimewa dan petua khas.


Itulah yang ingin dipelajari oleh "Wanita Pertama" ini.


Jika dahulu pernah Menteri Wanita Shahrizat Jalil mahu wanita jadi MB, maka tentu "Wanita Pertama" ini lebih "bernafsu besar" ingin jadi PM !


Nampaknya "kempunan"lah Muhyiddin, Hishamuddin dan Zahid untuk mengidam kerusi PM selepas PMNajib jika abdaian ini menjadi kenyataan.


Bukankah teori RAHMAN telah tamat dan kembali kepada asal iaitu huruf "R" ?

Tuesday, January 18, 2011

Singgahlah dulu di Dubai....ambil iktibar!


Fasa lawatan First Lady memasuki fasa II, Negara Oman. Kebetulan semasa lawatan ke sana, Regim Tunisia pimpinan Zainal Abidin Ben Ali tumbang oleh revolusi jalanan rakyat.


Ben Ali mengikut jejak Idi Amin(Uganda) dan Nawaz Sharif(Pakistan) melarikan diri ke Saudi. Agak malang Ben Ali melarikan diri tanpa isterinya Laila Ben Ali. Ketika kejatuhan regim pimpinan suaminya, Laila sibuk "bershopping sakan" di Dubai.


Media Barat menyamakan Laila sama perangai dengan Imelda Marcos dari sudut nafsu membeli mewah dan "menguasai" suami.


Barangkali media Barat belum "mengesan" lagi perangai Wanita Pertama yang sama spesis dengan Laila dan Imelda.


Elok juga Wanita Pertama Malaysia singgah sejenak di Dubai untuk bertanya "khabar" dengan Laila Ben Ali. Sambil berkongsi hobi dan mempromosikan PERMATA.

Juga pada Laila Ben Ali, banyak pengajaran boleh dipelajari oleh Wanita pertama malaysia.


Jangan lupa ajak tinggal kat Malaysia kerana Laila tu bawa banyak "jongkong emas " !

Monday, January 17, 2011

Adakah "si dia" itu.....?


Tunisia mengalami "revolusi rakyat". Negara Arab yang pernah dijajah Peranchis itu terkenal sebagai Negara Arab yang kuat anti Gerakan Islam. Ramai pendukung Gerakan Islam dibunuh ,diseksa dan dipenjarakan oleh Rejim Sekular itu.


Mantan Presiden sebelum Zainal Abidin Ben Ali iaitu Habib Borgiba pernah mengeluarkan "fatwa yang menyesatkan" iaitu boleh berbuka puasa jika bekerja dalam bulan Ramadhan.


Selain Zainal Abidin yang melarikan diri ke Saudi, isterinya Laila Ben Ali diberitakan berada di Dubai, tempat kegemarannya membeli belah.


Sila baca laporan tentang isteri Presiden Tunisia yang digulingkan hasil "revolusi jalan" oleh rakyat:

TUNIS: Bekas wanita pertama Tunisia, Leila Ben Ali yang secara meluas banyak disamakan dengan Imelda Marcos dari Filipina, tidak bersama melarikan diri dengan suaminya Zein El Abidine Ben Ali ke Arab Saudi, sebaliknya dikatakan berada di Dubai, destinasi beli-belah sering dikunjunginya.

Akhbar Britain The Telegraph melaporkan semalam, Leila yang berusia 20 tahun lebih muda daripada suaminya yang berusia 74 tahun dan dikenali sebagai kuasa di sebalik takhta, dikatakan melarikan diri lebih dulu ke Dubai.


Kerajaan Arab Saudi kelmarin mengesahkan presiden Tunisia yang digulingkan oleh revolusi rakyat itu kini berada di negara berkenaan.


Sementara itu, akhbar Britain itu juga melaporkan rakyat Tunisia yang selama sebulan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran sehingga menyaksikan Ben Ali melarikan diri, turut gembira melihat Leila meninggalkan negara itu.


Bekas pendandan rambut itu yang berasal dari keluarga sederhana, dituduh menggunakan perkahwinannya dengan Ben Ali untuk mengubah nasib keluarganya Trabelsis untuk menjadi antara keluarga terkaya di Tunisia.


“Semua kuasa dan kekayaan Presiden Ben Ali jatuh kepada keluarganya, terutama isterinya,” kata seorang penganalisis politik Arab, Saad Djebbar.
“Ben Ali terlalu bongkak dan ini menyisihkan penyokongnya sendiri.”

Leila menonjolkan dirinya sebagai antara ahli politik wanita Arab paling progresif dan banyak mengetuai yayasan amal dan memperjuangkan hak wanita.



Namun di sebaliknya, penonjolan awam itu bekas wanita pertama itu mengejar agenda yang dikatakan menyamai tindak-tanduk Imelda Marcos. – Agensi


Setelah anda membacanya berita, siapakah yang sedang tergambar di fikiran anda yang wataknya ada di negara kita? Adakah "si dia" yang sedang berada di sebuah Negara Arab sekarang untuk lawatan rasmi?

Jawab...jangan tak jawab!

Sunday, January 16, 2011

Interlok bukan Al Quran!


Sudah 2 minggu isu buku sastera Interlok karya Abdullah Husein menjadi kontroversi. Masalahnya cuma perkataan PARIA yang di sebut sebanyak 2 kali dalam buku itu.


Golongan India mahu ianya diharamkan atau buang perkataan PARIA. Golongan Melayu (GAPENA) mahu ianya dikekalkan sebagai teks sekolah manakala Golongan Cina diam sahaja.


Bagaimana jalan penyelesaiannya?


Buku karya Sasterawan Negara itu sekadar karangan manusia. Tidak terlepas dari kesilapan. Ianya bukan Al Quran yang diturunkan oleh Allah Taala.


Barangkali dimata orang Melayu tiada yang menyinggung perasaan. Tetapi dimata orang India ianya menyinggung perasaan.


Bagaimana pula jika ada penulis kaum India menulis buku yang menghina budaya orang Melayu?

Sudah pasti PAKIDA dan PERKASA sudah sedia minyak tanah hendak bakar patung pengarang India itu macama mereka bakar patung peguam MCA baru-baru ini!

Masing-masing perlu menghormati perasaan orang lain.


Tindakan membakar buku, potret dan berdemostrasi adalah satu perbuatan yang tidak berakhlak.


Mengapa kita tidak berunding, berbincang, berhujah malah boleh berdebat untuk mencari penyelesaian ?


Barangkali buku sastera Interlok sesuai untuk bacaan umum bukan untuk teks sekolah. Ini kerana ianya mungkin menjadi "mainan ejekan" antara budak-budak sekolah yang tidak matang berfikir. Mula-mula sekadar ejekan, lama kelamaan jadi bahan perkauman.


Tentu orang India merasakan "berdosa" membaca Interlok dan haramkannya dalam rumah mereka agar tidak dibaca oleh anak-anak mereka sepertimana Sasterawan Negara Abdullah Husien pengarang Interlok yang rasa "berdosa" membaca SHITT karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad 12 tahun yang lalu.


Masing-masing ada hujah dan pendapat untuk kita raikan.

Saturday, January 15, 2011

Rais, adakah ini sumpahan Memali?


Dulu kes gadis Mongolia, kini gadis Indonesia pula jadi perbualan ramai. Dulu PMNajib kini Menteri RTM Rais Yatim.


Suatu "tradisi" Menteri - Menteri kita kini sering terpalit dengan gadis-gadis! Samada diraba, dibunuh maupun dirogol.


Samada ianya satu fitnah ataupun konspirasi itu soal kedua. Tetapi mengapa dengan skandal seks?

Apabila PMNajib dan Menteri RTM Rais Yatim terkena "fitnah", mengapa begitu lambat dan lembab Menteri kita bertindak menafikan.


Berbeza dengan kes fitnah" Anwar Ibrahim.
Apabila tersebar berita "fitnah" kes fitnah Anwar Ibrahim dan ianya "tersebut" dalam media, segala jentera media barua UMNO, SPRM, Peguam Negara hinggakan polis bertindak "menyerang" Anwar.

Tetapi bila giliran Najib dan Rais terkena "fitnah", cukup kenyataan mereka berdua untuk menghapuskan "fitnah" tersebut. Polis tidak perlu siasat dan Peguam Negara tidak perlu buka kertas pendakwaan.

Anwar berani untuk disiasat manakala Najib dan Rais sekadar keluar kenyataan menafikan sahaja.

Inilah yang "unik lagi hebat" nya Malaysia!

Kita juga pelik melihat reaksi rakyat Indonesia terutama puak BENDERA. Tidak pula berdemostrasi siang malam membela gadis mereka sepertimana mereka lempar najis ke Kedubes Malaysia marahkan penahanan rakyat mereka tempoh hari.

Jika melihat "kes" Najib dan Rais ianya membabitkan negara iaitu Singapura dan Indonesia. Lihat hubungan negara kita sejak era Najib dengan Singapura. Semakin berlembut dan tunduk kepada Pulau Temasik itu.


Adakah Singapura mempunyai "senjata dan fail sulit" yang membuatkan Najib terkedu? Gambar gadis Mongolia?


Begitu juga Indonesia. Adakah kebanjiran filem dan drama Indonesia dalam Tv kita ada kaitan dengan kes gadis Indonesia? Adakah Kementerian Penerangan terpaksa menerima kebanjiran filem seberang ini jika tidak mahu "kes" tersiar?

Apapun bagi kes Rais, kita melihat barangkali inilah "sumpahan Memali" keatasnya.

25 tahun dahulu, siang malam RTM membuat fitnah terhadap Assyahid Ibrahim Libya dan syuhada yang lain. Ketika itu Rais juga jadi Menteri jaga RTM.

Kini, terkena atas batang hidung sendiri! Doa orang yang dizalimi adalah mustajab walaupun memakan masa 25 tahun.

Taubat adalah sebaik-baik jalan penyelesaian.

Friday, January 14, 2011

Bakar jangan tak bakar!


Dulu Malaysia alami jerebu yang mendahsyat akibat kebakaran hutan. Kini udara kita alami tahap "jerebu" lebih dahsyat akibat pembakaran "politik" oleh orang yang tidak puas hati.


Bermula patung ADUN Sri Muda, buku Interlok dan kini tiba giliran patung peguam Cina pula di bakar.


Patung ADUN Sri Muda dibakar kerana "menghina" Raja Melayu, buku Interlok dibakar kerana "menghina" kaum India dan patung peguam Cina dibakar kerana kadar bunyi azan diperlahankan.


Bila lagi mahu bakar patung Ronnie Liu kerana arah tarik balik arahan pengharaman orang Islam kerja di disko?


Bakar jangan tak bakar. Malaysia bumi bakar membakar!


Melihat aksi Ronnie Liu tentang isu arak ini menghairankan kita. Mengapa Ronnie campurtangan dalam masalah orang Islam?


Adakah Liu mahu cari glamour dan pengaruh setelah kalah teruk dalam pimpinan DAP Selangor kepada kem Teresa Kok tempoh hari?


Kita menyedari dalam DAP ada dikalangan ahlinya yang berfikiran "jumud" macam Liu. Sepatutnya Liu belajar dari Islam dari Lim Guan Eng, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.


Isu arak di Selangor adalah hal ehwal orang Islam. Bagi Islam, arak adalah ibu kejahatan. Maka apabila MPSJ melarang orang Islam bekerja dengan majikan yang jual arak ianya membabitkan hal ehwal orang Islam dan berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah.


Mengapa Liu sibuk-sibuk? Adakah Liu sedang dipergunakan oleh Sister in Islam atau UMNO yang terkenal sebagai pihak yang menghalalkan kilang arak di bumi Selangor?


Kita melihat dahsyatnya moral dan penyakit umat Islam di Selangor. Mengapa? Kerana dengan larangan ini, maka presmis-presmis hiburan di Selangor bakal kehilangan ramai pekerja yang majoritinya orang Islam!


Maknanya, selama ini hidup dan untungnya premis hiburan adalah dari titik peluh pekerja Islam dan pengunjung Islam! Seterusnya mengakibatkan jenayah, penceraian, zina, buang anak, dadah dan sebagainya.


Itu masalah yang dialami umat Islam sekarang akibat pemerintahan UMNO selama 50 tahun di Selangor.


Kini, PAS selaku bertanggungjawab untuk menyelamatkan umat Islam berperanan untuk "membaik pulih" umat Islam.


Sepatutnya Ronnie Liu juga bersama membantu PAS dalam soal ini.


Untuk pengetahuan Liu, orang Cina juga sedang mengalami keruntuhan akhlak yang serius dengan kebanjiran pelacur dari China. Banyak institusi kekeluargaan mengalami kehancuran dan keruntuhan. Semakin parah dengan bertambahan perjudian yang diluluskan oleh Kerajaan pimpinan Najib.


Ramai pimpinan DAP menyedari hakikat ini. Malangnya Ronnie Liu masih berada dalam dunianya tersendiri!

Karpal dan Lim Kit Siang sudah berubah pemikiran terhadap Islam. Ronnie Liu bila lagi?

Thursday, January 13, 2011

Baliklah cepat Rosmah....negara memerlukanmu!


Rosmah menuju Saudi, Oman dan Bangladesh manakala Muhyiddin menuju Amerika Syarikat. Tinggal PMNajib terkapai-kapai hadapi sumpah seranah rakyat akibat kenaikkan harga barang!


Rakyat terbeban dengan harga barang, Rosmah sibuk borong barang! Cantik !


Mari kita lihat bagaimana APCO mengatur turutan dan kategori setiap isu bagi menghuru-harakan Pakatan Rakyat.


Setiap isu dikaitkan dengan Istana, bangsa dan ugama. Misalnya isu SUK dikaitkan dengan Istana. Selepas buku sastera Interlok muncul. Ianya berkait dengan kaum India. Terkini dengan isu laungan azan di Kampung Kerinchi.


Semuanya untuk mengalih isu pokok iaitu kenaikkan harga barang. Itu saja.


Jika di India, cara mengalih isu kemiskinan dan penderitaan rakyat dengan cara memperbanyakkan pengeluaran filem Bollywood. Rakyat melupakan penderitaan mereka dengan terhibur dengan aksi hero, heroin, tarian, pemandangan dan nyanyian.


Begitu juga dengan Negara Mexico dan Brazil. Cara mengalih penderitaan rakyat dengan penganjuran Piala Dunia. Rakyat terhibur seketika melihat aksi bola.


Di Malaysia, caranya dengan menghidupkan sebanyak mungkin isu sensasi samada perkauman, bahasa, agama , istana dan bangsa.


Hidupnya isu, menyebabkan rakyat "asyik" bicara tentang isu "ciptaan APCO-UMNO".


Satu lagi cara APCO-UMNO alihkan perhatian rakyat terhadap masalah negara ialah "projek musnahkan jatidiri anak muda". Dengan menghidupkan dan memperbanyakkan rancangan hiburan agar anak muda asyik dengan hiburan.


Lagi banyak anak muda mabuk arak, gila rempit, anak zina bertambah lagi "untung" APCO-UMNO !

Wednesday, January 12, 2011

Membela rakan yang diserang.


Tidak
sampai seminggu, majlis solat hajat Selamatkan Selangor berlangsung telah nampak "sedikit" percanggahan antara PAS Pusat dan PAS Selangor terutamanya mengenai kenyataan PJ Datuk Hasan Ali tentang isu Khusrin.


Tidak dapat dipastikan adakah ini berdasarkan kepada tajuk berita Malaysiakini atau dari sumber lain.

Jika berdasarkan tajuk berita Malaysiakini, Roslan SMS selaku Ketua Penerangan PAS Selangor telah menafikannya dan mengumpamakan Malaysiakini umpama Utusan Malaysia. Jika seperti Utusan Malaysia, taraf beritanya layak sebagai "pembungkus najis".


Elok pimpinan atasan kurangkan "pemberian peluru dan modal" kepada UMNO dalam situasi sekarang.


Selaraskan kenyataan. Elok hanya kenyataan dari Pejabat Agung sahaja dikeluarkan sebagai kenyataan rasmi parti.


Jika dalam Perjanjian Hudaibiyyah terdapat satu fasal yang menyatakan Kabilah yang bersekutu dengan Rasulullah (Negara Madinah), maka berhak dilindungi dan dibela jika terancam atau di serang.


Maka atas semangat Hudaibiyyah itulah, kenyataan Presiden PAS dalam majlis Selamatkan Kerajaan Selangor bahawa jika PAS dan rakan-rakanya di serang dan di hentam, maka menjadi tangggungjawab PAS untuk membelanya atas dasar persahabatan dan persefahaman selagi tidak bercanggah dengan syariat.


PAS sewajarnya membela Kerajaan PR pimpinan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PR pimpinan PKR jika diserang Kerajaan Pusat UMNO.


Sebagai "abang tua" yang penuh pengalaman manis, pahit, suka duka tentulah PAS menjadi rujukan dan ikon kepada PKR dan DAP.


Bukankah PAS bakal menggantikan UMNO kelak?

Bagi Penyapu dan Hantar Pingat


Dahulu
dia dengan ego watak MB yang memberikan penyapu kepada Pegawai PBT......

Hari ini serah kembali pangkat Datuk Sri kepada Istana sebelum Istana tarik balik .....

Esok...adakah beliau dapat kunci penjara pula dan bakal dapat penyapu untuk menyapu sel-sel...?

Pastinya, hidup kita umpama roda-roda

Adakalanya atas dan adakalanya bawah...

Monday, January 10, 2011

Hey Aduka ! Pergi belajar ilmu adab kat Batu Enam.


Bulan Januari
adalah bulan kegemaran Aduka Taruna untuk menonjolkan dirinya dalam akhbar dan media.


Tahun lepas Jan 2010, gambarnya "tersohor" dalam TV, akhbar dan media. "Sohornya" kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Al Marhum Sultan Johor yang mangkat.


Hari ini Jan 2011 sekali lagi Aduka Taruna mencari glamour dengan aksinya di Masjid Rhusila.


Apa motif sebenar beliau ?


Jika kita mahu kenal peribadi seseorang, kita tengok cara pakaiannya, tuturkatanya, adabnya, akhlaknya, cara penulisannya .


Jika kita mahu kenal Aduka Taruna, lihatlah cara penulisannya. Ini sudah cukup untuk kita kenali peribadinya.


Ayat-ayat penulisannya dalam blognya menunjukkan beliau "amat dahaga dan hauskan " ilmu adab dan kesopanan.


Kasihan beliau!


Beliau memerlukan seseorang untuk membantunya belajar ilmu adab, menghormati orang tua, belajar cara menulis dengan tata susila.


Agaknya siapakah yang layak mengajarnya ilmu-ilmu adab dan dan menghormati orang tua?


Rasanya elok Aduka berguru di Masjid Taqwa, Pekan Batu Enam. Di sana jika tidak lulus belajar ilmu adab bakal dikejar dengan "golok bong " macam FRU tempoh hari !

Friday, January 7, 2011

Adakah APCO seperti Penasihat Tentera ?


Israel terkenal sebagai Negara Pengeksport pakar-pakar dalam bidang perisikan, ketenteraan dan keselamatan. Banyak negara di dunia ini mengambil pakar- pakar daripada Negara Zionis ini untuk dijadikan penasihat dalam hal-hal perisikan, ketenteraan dan keselamatan.


Antaranya seperti Sri Lanka. Dahulu negara tersebut menghadapi ancaman peperangan gerila Tamil Elam yang menuntut negara merdeka untuk kaum Tamil. Untuk menghadapi ancaman tersebut, Colombo menggunakan penasihat tentera dari Israel. Secara automatik tentunya Israel mengaut keuntungan dengan penjualan senjata dan penggunaan tenaga pakar.


Walaupun menggunakan penasihat Israel, perang antara tentera Sri Lanka dengan Gerila Tamil Elam berpanjangan. Ini adalah tektik Israel agar semakin lama peperangan berlaku semakin banyak senjata dibeli dari Israel dan semakin panjang tempoh penggunaan penasihat Zionis itu.


Singapura juga menggunakan penasihat Israel dalam bidang ketenteraan. Ini kerana bentuk geografi negara tersebut sama seperti Israel di Timur Tengah. Israel dikelilingi oleh Arab manakala Singapura dikelilingi oleh Melayu juga persamaan dari segi saiz luas kedua negara.


Begitu juga dari segi sejarahnya. Israel asalnya milik Palestin manakala Singapura asalnya milik Kesultanan Melayu Johor.


Penasihat Zionis digunakan oleh negara yang berada dalam situasi peperangan seperti Sri Lanka dan situasi ancaman sekeliling seperti Singapura adalah Penasihat Tentera.


Bagaimana dengan negara yang aman tetapi menghadapi ancaman parti pembangkang? Tentunya Penasihat Tentera tidak sesuai digunakan. Yang sesuai adalah Penasihat Keselamatan, Perisikan dan Pengaturan Strategi.


Inilah yang digunapakai oleh UMNO sekarang. Pengambilan Syarikat APCO Zionis yang diketuai oleh bekas-bekas orang penting Zionis seperti bekas Duta dan Pegawai Tentera untuk berkhidmat dengan Kerajaan UMNO adalah sesuai untuk menghadapi ancaman pembangkang.


Lihatlah kronologi-kronologi peristiwa yang berlaku di negara kita. Begitu "cantik" ianya diatur oleh APCO.


Setiap peristiwa adalah silih berganti dan juga penukaran isu-isu. Peranan APCO bukan sahaja untuk lagakan antara sesama parti pembangkang seperti DAP dengan PAS atau PAS dengan PKR tetapi meliputi sesama ahli dalam parti yang sama. Lihatlah apa yang berlaku dalam PKR. Perkara yang sama juga bakal berlaku dalam PAS dan DAP jika tidak dibendung awal.


Kerja APCO adalah menghidupkan api perkauman, melagakan sesama parti pembangkang, ugutan, mengajar polis bertindak ganas terhadap ahli pembangkang, memanjangkan usia ISA, melagakan Raja Melayu dengan Kerajaan Negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat dan pelbagai perkara lagi.


Yang penting, agar UMNO terus berkuasa di negara ini dan APCO terus dapat ganjaran RM70 juta!

Wednesday, January 5, 2011

Mahathir di rangking teratas!


Kalau ikutkan cara hukum ala barua UMNO iaitu GAPS dan PERKASA untuk pesalah hina Raja Melayu ialah tali gantung.


Sasaran barua UMNO ini ialah ADUN Seri Muda. Malanglah nasib ADUN itu. Baru 3 tahun jadi wakil rakyat sudah mahu dihukum oleh barua UMNO.


Tetapi rasanya ADUN Seri Muda perlu bersabar dahulu. Ini kerana beliau berada di rangking yang agak akhir sikit untuk di gantung sampai mati atas kesalahan hina Raja Melayu.


Yang berada rangking teratas untuk di gantung oleh suku sakat Berahim Ali ini ialah :


1) Dr Mahathir.(kerana "londeh" Raja Melayu ketika krisi perlembagaan 1988)

2) Anuar Musa. ( kerana tabal kan Sultan Kelantan yang baru)

3) Orang yang tulis di baner perkataan "NATANG" kepada Sultan Mizan.
Agaknya bagaimana perasaan Berahim Ali bila beliau "sarung"kan tali gantung pada leher Mahathir?
Tapi mujurlah Dr Asri Zainal Abidin cepat mengulas isu ini dan memberi pandangannya. Terselamatlah Dr Mahathir dari hukuman ala barua UMNO ini.

Sekadar "makang" Nasi Dagang je?


Apa yang berlaku pada 24 Disember lalu?


Adakah Sultan Mizan ajak TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, PMNajib dan TPM Muhyidin ke Istana Terengganu sekadar makan nasi dagang Kuala Ibai?


Teringat kepada jemputan Dr Mahathir kepada arwah Ustaz Fadhil Nor ke Seri Perdana untuk bincang soal perpaduan Melayu. Satu perangkap Mahathir untuk jauhkan PAS dengan bukan Islam yang ketika itu CCC rancak berkempen PAS untuk bukan Islam.


Dr Mahathir melihat perkara itu sebagai satu ancaman kepada UMNO. Ini kerana UMNO adalah pemgemis undi dari bukan Islam.


Apabila perangkap mengena, terus Mahathir dedahkan pertemuan itu dan adakah PRU tahun 1986. PAS cuma tinggal satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa.


Tetapi keadaan 24 Disember 2010 tentunya berbeza. Ini kerana Sultan Mizan selaku YDP Agong sendiri yang menjemput. Tempat pertemuan pula bukan di Seri Perdana tetapi istana baginda sendiri.


PAS telah pelajari dari peristiwa tahun 1985 dahulu. Lebih cantik lagi bila TG Nik Aziz buat kenyataan media tentang pertemuan itu bersama TG Haji Hadi.


Tentunya mematikan spekulasi liar tentang pertemuan itu.


Yang pasti kenyataan TG Nik Aziz itu melegakan dan memuaskan hati semua penyokong PAS, DAP dan PKR.


Tinggal satu persoalan, mengapa "beriya benar" Sultan Mizan titah kepada Pak Lah jemput TG Nik Aziz yang sedang sakit di hospital ajak bersantap bersama baginda ?


Barangkali baginda bertanya TG Haji Aziz dan TG Haji Hadi, adakah PAS sudah sedia ganti UMNO? Lebih dramatik lagi pertanyaan itu dihadapan PM Najib dan Muhyiddin. Tentunya pipi, bibir dan telinga Najib bertambah "kemerahan" mendengar pertanyaan itu?

Benarkah begitu ?

Adakah Beng Hock mati kerana terlalu gembira ?


Kesudahan
kes Teo Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tempat soal siasat SPRM seperti sama dengan kesudahan kes pembunuhan Altantuya.

Mengapa sama?


Samanya atas satu tujuan. Melindungi kepentingan pihak atasan. Itu sahaja.


Sebab itulah keputusan Mahkamah Malaysia mengundang rakyat berfikir dan tertanya-tanya ,

" Ye ke, biar betul...!"

Dulu dalam kes Altantuya, dua orang polis di hukum gantung kerana membunuh gadis Mongolia itu.


Mahkamah memutuskan mereka berdua membunuh dalam keadaan tiada sebab, tiada arahan. Saja-saja nak uji C4.


Begitu juga kes Beng Hock. Tiadalah dia bunuh diri dan di bunuh.


Barangkali Mahkamah berandaian Beng Hock terlalu gembira sebab selesai di soal siasat lalu lompat terjun ke bawah tanda kegembiraan ! Maka hakim kata Beng Hock tidak bunuh diri atau dibunuh.


Ini bukan Zimbabwe pimpinan Mugabe. Rakyat di sini bukan jenis boleh diperbodoh-bodohkan. Rakyat Malaysia jenis celik IT.


Mengapa liat sangat untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...