ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, November 28, 2010

Jambatan Bengkok bakal dibina di KL?


Melihat kepada perangai Dr. Mahathir sejak beliau serah jawatan PM, beliau tetap akan berpolitik ,merungut, membebel macam "orang tua lama" dan akhirnya segalanya akan berakhir sunyi sepi apabila Malaikat Izrail "mengunjungi" beliau.


Terkini Dr Mahathir masih bercakap tentang jambatan bengkok. Dakwanya pembangkang dapat kerusi di Johor kerana Pak Lah tidak teruskan projeknya membuat jambatan bengkok untuk ganti Tambak Johor.


Barangkali semakin lama lanjut usia semakin fikiran bercelaru dan menghampiri peringkat nyanyuk. Inikah mungkin detik yang sedang dan akan dialami Dr Mahathir sebagai balasan Tuhan terhadap kezalimannya sepanjang 22 tahun memerintah negara?


Apakah Dr Mahathir tidak melihat keadaan sekelilingnya. Sudah ramai rakan-rakannya di"sapa" Malaikat Izrail. Terkini mendiang Lim Chong Eu.


Mengapa beriya-iya Mahathir masih menyebut tentang jambatan bengkok? Barangkali hidup diambang sore bagi Mahathir tiada makna jika jambatan bengkok tidak dibina atau roh Mahathir di pusara nanti tidak tenang tanpa terbinanya jambatan bengkok?


Pelik juga melihat perangai seorang "negarawan" yang tergila-gila sebuah jambatan bengkok.


Eloknya PMNajib membina jambatan bengkok di Kuala Lumpur. Antara Pusara Pahlawan di Masjid Negara terus menghubungkan Pusara Negara di Tugu Negara.


Persoalannya sekarang, manakah lokasi idaman Mahathir untuk disemadikan samada Pusara Pahlawan atau Pusara Negara? Pusara Negara lebih mahal lagi harganya RM144,000 sebuah. Cumanya tiada "aircond" je !


Apa yang penting, PMNajib kena bina jambatan bengkok supaya "negarawan" itu tidak kempunan di akhir hayatnya!

Wednesday, November 24, 2010

Hey Karpal! Ini bukan Jepun....


Perbicaraan Anwar menghampiri penamatnya. Hasil penamatnya boleh dilihat kepada gesaan peguambela Anwar, Karpal Singh menyuruh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin menarik diri secara sukarela.


Jarang kedengaran peguambela begitu berani membuat gesaan tersebut di dalam sesuatu kes di Mahkamah Malaysia. Adakah Karpal sudah tidak tahan sabar melihat "hodoh"nya cara pengadilan ini?


Barangkali jika kita melihat perbicaraan kes Anwar ini, bukan sahaja Karpal Singh melihat hakim berat sebelah bahkan kanak-kanak tadika KEMAS pun boleh menilai perangai dan sikap hakim.


Kita boleh melihat hasil kesudahan kes ini berdasarkan hakim yang mengadilinya. Jika hakim "keras kepala mengikut skrip Sang Penguasa" tetap dengan kekal sebagai hakim bermakna Anwar perlu "berkemas baju" menuju Penjara Kajang.


Ini juga bermakna krisis ketelusan, integriti dan keadilan Malaysia merundum teruk, pelabur semakin kurang dan Hakim-hakim kita bakal diketawakan oleh" beruk-beruk di hutan".


Adakah hakim "gula-gula Hacks" kita sudah ada penggantinya?


Kita jauh sekali dengan Jepun. Baru-baru ini Menteri Kehakiman Jepun meletak jawatan kerana cuma tersalah memberi kenyataan. Apabila dikritik, terus letak jawatan kerana ada perasaan bersalah dan tanggungjawab.

Malangnya kita mempunyai budaya "pekak badak". Bermula dari kepala sampai ke ekor.

Saturday, November 20, 2010

Akaun siapa paling banyak simpanan di UBS?


Apabila Menteri Pertahanan Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataannya tentang kurang semangat patriotik kaum Cina dan India menyertai Angkatan Tentera Malaysia(ATM), ianya mengundang kemarahan bekas pegawai tertinggi ATM yang berketurunan Cina dan India.


Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh 65, menggelar Zahid sebagai "anjing yang tersalak menyalak pokok" dan menganggap kenyataan Zahid sebagai "tidak adil, bodoh dan rasis". Bahkan beliau mahu tahu beberapa kerat anak pemimpin UMNO(Menteri) yang masuk ATM?


Manakala bekas Panglima Tentera Laut pertama negara,Laksamana (B) K Thanabalasingam 75,yang pernah memegang jawatan itu selama 9 tahun terguris dengan kenyataan Zahid bahkan beliau dengan penuh semangat berkata, “Jika kita berperang hari ini, saya akan tawar diri melakukan apa yang terdaya, walaupun saya kini berjalan menggunakan tongkat, ramai juga akan buat demikian untuk mempertahankan negara.


Melihat kepada kenyataan Zahid, itulah perangai pemimpin UMNO. Menganggap mereka sahaja sebagai patriotik. Selain UMNO, semuanya kurang patriotik(Cina/India), pengkhianat negara(Anwar Ibrahim), pengganas(PAS), pelampau(PAS),chauvinis (DAP).


Hanya UMNO bersemangat nasionalis dan pejuang kemerdekaan.


Susahnya jika lanun, perompak,penyangak, pembuli dan samseng menganggap diri mereka sebagai suci lagi kudus.


Cuba bayangkan jika peperangan berlaku, golongan pimpinan UMNO dan bangsawan ke mana arah mereka?
Adakah mereka bersiap memakai pakaian tentera untuk berjuang bersama rakyat? Atau tergopoh gapah, tergesa-ges menaiki pesawat khas menuju Amerika, Australia, UK, Switzerland maupun Monte Carlo?


Melihat kepada kes Mat Taib pikul guni duit di Australia dan kes AJK UMNO Muar miliki harta "bersepah-sepah" di Amerika Syarikat, suatu yang amat mustahil jika pimpinan UMNO hanya punya harta sekitar di negara ini sahaja.


Bayangkan jika Bank of Switzerland mendedahkan nama-nama penyimpan akaun dan jumlah duit mereka di bank berkenaan. Agaknya nama Menteri UMNO manakah yang paling banyak memiliki simpanan wangnya?

Friday, November 19, 2010

Dua Tarikh yang perlu anda ingati.




Sekonyong-konyong media barua UMNO Utusan Malaysia menimbulkan isu 13 Mei. Jika sebelum ini, lagu 13 Mei akan di dendangkan dalam kempen pilihanrayta umum, kini ianya timbulkan kembali untuk dijadikan sebagai Hari Bersejarah seperti Tarikh Kemerdekaan.



Percubaan pertama untuk "mendaulatkan" 13 Mei gagal apabila satu program yang dirancangkan pada tarikh tersebut untuk dirasmi oleh Dr Mahathir di Terengganu dibatalkan atas desakan PAS dan NGO yang lain walaupun akhirnya diadakan juga pada tarikh yang lain.



Malangnya provokasi Utusan untuk mengajak PMNajib menyokong tarikh 13 Mei dijadikan "Hari Perkauman"(mengikut perspektif perkauman UMNO) gagal menarik minat PMNajib.


Najib sekadar setuju ianya dijadikan pengajaran dan iktibar agar tidak berlaku lagi. Itu sahaja. Najib lebih sayang dengan konsep 1Malaysianya.


Jika sebelum ini Muhyiddin berjaya mengikut rentak golongan UMNO/PERKASA untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib. Muhyiddin mengumumkan dasar itu atas pentas UMNO tanpa apa-apa rundingan rasmi dengan kompenen BN.


Yang pastinya tarikh 13 Mei dan 19 November adalah satu tarikh berdarah yang mengorbankan rakyat Malaysia angkara kejahatan UMNO. 13 Mei 1969 adalah satu angkara perancangan UMNO setelah kehilangan undi majoriti dalam PRU 1969. Manakala 19 November 1985 adalah satu angkara UMNO yang bencikan golongan agama dan ulamak.



13 Mei bukti UMNO anti Cina manakala 19 November bukti UMNO anti ulamak.



Munafiknya UMNO yang kononnya membela Melayu dan Islam tetapi pada tarikh 19 November 1985 di Memali, seorang Ulamak dan orang-orang kampung terkorban angkara usul yang dibuat dalam Perhimpunan UMNO.



Pimpinan Pakatan Rakyat perlu adakan satu forum untuk bincangkan tarikh 13 Mei dan 19 November sebagai satu serangan balas terhadap perkauman UMNO.

Thursday, November 18, 2010

MEMALI : Apa khabar setelah 25 tahun ?




Esok genap 25 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.

Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.

Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar.

Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.

Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.

Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.

Kini 25 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :

a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.

b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?

c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46.

d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46)meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah.

e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api.

d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?

f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.

g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.

h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.


Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.

TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."

Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallejah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.


Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:


1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Haji 1431/2010


Semoga erti pengorbanan dihayati dengan maksud yang sebenarnya.
Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya sendiri.
Nabi Ismail sanggup dikorbankan oleh tangan ayahnya yang tercinta.
Siti Hajar sanggup ditinggalkan di padang pasir kering kontang dan sanggup kehilangan anaknya untuk disembelih
Semuanya punya satu matlamat dan tujuan
Demi taat perintah Allah Taala
Demi mendapat keridhaan Allah Taala

Selamat Menyambut Idil Adha. Semoga korban kita diterima Allah Taala.

Saya akan memyampaikan khutbah raya di Taman Ilmu dan Tarbiyyah jam 8.30 pagi.

Monday, November 15, 2010

Banjir bermakna RM masuk poket.


Tahukah anda saat manakah UMNO paling suka ? Mengapa?

Saat yang UMNO paling gembira dan berjoget sakan ialah dikala bencana berlaku seperti banjir, pilihanraya kecil (PRK) dan kehilangan kerajaan negeri.


Mengapa?


Jika banjir berlaku, itu bermakna "duit turun dari langit". Bayangkan UMNO Pusat datang membawa duit umpama Santa Claus memikul karung atau barangkali macam "Dajal" membawa bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan syarat menyokongnya.


Ingat! Duit bantuan itu bukan 100% rakyat atau penyokong akar umbinya dapat. Semestinya golongan bawahan sekadar dapat "sisa-sisa" sahaja. Bermula pemimpin atasan dapat elaun turun padang, kemudian juak-juaknya turut menghirup dengan lahapnya "RM".


Keadaan yang sama berlaku semasa PRK. Jika kerajaan negeri UMNO tumpas seperti di Terengganu 1999 maka berpuluh-puluh projek bernilai jutaan ringgit untuk penyokongnya untuk terus bernyawa.


Terkini, anda lihat semasa banjir di Kedah. Apabila TPMMuhyiddin menyelar Kerajaan Negeri, dalam masa yang sama penyokong UMNO berjoget sakan memasukkan RM dalam poket mereka hasil bantuan Kerajaan Pusat UMNO.


Boleh anda teka jika bantuan banjir untuk rakyat dari Kerajaan Pusat UMNO sebanyak RM500 satu keluarga, berapa banyakkah RM masuk dalam poket Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan JKKKP?

Baru 2 tahun....Tok Guru dah 20 tahun!


Kini giliran MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak pula diserang habis-habisan oleh UMNO. Sebelum itu KM Pulau Pinang Lim Guan Eng dan MB Selangor Datuk Khalid Ibrahim.


MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz sudah "lali dan kalih" di serang UMNO. Bayangkan selama 20 tahun "diserang, ditembak, dibom , dibedil " habis-habisan. Pemimpin UMNO Kelantan silih berganti bermula Mahathir, Anuar Musa, Mustafa Mohammed, Awang Adek. Semuanya rebah dan bergelupur macam ayam kena sembelih.


Akhirnya UMNO Kelantan kehabisan peluru dan terpaksa gunakan penghuni "kaki lima" UMNO Mat Nor Idris memaki hamun MB Kelantan.


Barangkali semua MB dan KM Pakatan Rakyat perlu "menadah kitab" mendengar petua bagaimana MB Kelantan menghadapi serangan UMNO bukan setakat 2 tahun tetapi sudah 20 tahun. Satu pencapaian yang hebat!


Melihat kepada reaksi MB Kedah Ustaz Azizan melayan RTM dan TV3 baru-baru ini, kemungkinan besar beliau mula mengubah taktik. Dari bertahan kepada menyerang. Seperti strategi Rasulullah mengubah dari bertahan seperti Ghazwah Ahzab kepada menyerang musuh. Hasilnya sungguh berkesan.


Melihat 2 tahun pertama pemerintahan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, taktik menyerang digunakan sehingga UMNO terpaksa bertukar ganti pemimpinnya. Jika asyik bertahan, memberi peluang musuh menyerang dari segenap penjuru.

Mulai tahun 2011, Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Kedah mesti ubah taktik. Masa bertahan sudah tamat. Ubah kepada menyerang pula. Buat serangan serentak. Biar UMNO/BN tiada fokus menghadapi serangan serentak timur, barat dan utara.

Monday, November 8, 2010

Ambilah pengajaran dari Lebanon.


Lebanon adalah sebuah negara Arab yang kedudukannya mengadap Laut Mediteranean. Muka bumi, pantai dan rakyatnya yang cantik itulah tanda pengenalannya Negara Lebanon. Kota Beirut adalah ibu negaranya. Beirut terkenal sebagai "Paris Timur" kerana apa yang ada di Paris Peranchis itulah yang ada di Lebanon.


Segala-galanya ada di Beirut. Kasino, disko, arak dan pelacur tersedia dan terhidang untuk warga Arab dari seluruh Negara Arab yang kaya raya mengunjungi Lebanon. Suasana kehidupan di Beirut tidak ubah seperti Paris.


Itu sebelum tahun 1971. Sebelum Perang Saudara. Dan sebelum Lebanon jadi sasaran hebat Israel.


Kini segala-galanya musnah. Beirut tidak ubah menjadi medan "permainan perang". Antara Hizbollah dengan Israel. Antara Tentera Lebanon dengan Gerila. Juga bumi untuk bermusuh seteru politik. Pembunuhan musuh politik sering terjadi. Pembunuhan Presiden Bashir Gimayel 1982 dan Perdana Menteri Hariri menghiasi suasana Lebanon kini.


Jika dahulu sebelum tahun 1971, Lebanon terkenal dengan pusat pelancongan, kasino, arak dan pelacur sebagai tarikan pelancong, kini Lebanon kehilangan segala-galanya. Siren serangan udara bila-bila masa akan kedengaran tanda jet Israel menyerang. Rakyat hidup dalam ketakutan. Derita perang.


Allah Taala tarik nikmat kemakmuran hasil kejahatan tangan-tangan manusia mencipta dosa dan maksiat.


Kini Malaysia ingin menjejaki Lebanon sebelum tahun 1971. Setelah kehadiran pelabur semakin berkurangan. Setelah nama Malaysia "busuk" dengan korupsi dan kehakiman yang menjunam. Tiba-tiba PMNajib ingin mencari sumber kewangan baru dengan menjadikan Malaysia melalui ETP sebagai hub hiburan. Bakal di bina disko berprestij tinggi dan kelonggaran peraturan hiburan untuk pelancong luar.


Apabila disko bertambah dan peraturan hiburan dilonggarkan demi pelancong asing, ini bermakna Malaysia bakal dilanda dosa arak, dadah, zina, pembunuhan, penceraian dan jenayah yang dahsyat. Lebih ditakuti bakal ditimpa bala bencana oleh Allah Taala sepertimana Lebanon yang berjiran dengan Laut Mati (bumi kaum Nabi Lut).

Mengapa kita tidak mengambil pengajaran dari Lebanon?

Saturday, November 6, 2010

PRK Galas: Bukan dinasour tetapi pontianak!


Kemenangan UMNO dalam PRK Galas yang lalu mengundang beberapa perkara yang perlu direnungi.


Bagi pihak PAS, kekalahan dengan majoriti 1,190 itu seakan memberi amaran kepada Kerajaan Kelantan yang berusia 20 tahun bahawa zaman selesa telah berlalu. Zaman "cuma majoriti satu DUN" tahun 2004 bakal berulang jika tiada langkah drastik diambil untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti.


Bagi Gerakan Islam seperti PAS, kekalahan adalah suatu proses muhasabah, penapisan diri dan membaiki kelalaian dan kealpaan diri terhadap Allah Taala. Cara menerima kekalahan bagi Gerakan Islam sudah pasti membeza dengan Gerakan Sekular.


Juga bagi Gerakan Islam, sebarang kemenangan dan kekalahan itu sepastinya dihubungkan dengan Sirah Rasulullah. Jika menang dikaitkan dengan Badar untuk dihayati. Manakala jika kalah itu dikaitkan dengan Uhud dan Hunain untuk dikoreksi.


Apabila Ku Li "mengucapkan terima kasih" kepada PAS atas kemenangan UMNO(baca:Ku Li) sudah pasti ada perkara menarik untuk ditafsirkan.


Menariknya Ku Li tidaklah terlalu gembira menyambutnya berbanding dengan kenyataan-kenyataan pimpinan UMNO seperti TPM Muhyiddin, Awang Adek dan Musthafa Mohamed yang begitu "selok" dengan kemenangan UMNO.


Terima kasihnya Ku Li kepada PAS bermakna dengan kemenangan ini "talian hayat" Ku Li untuk menjadi PM masih terbuka. Kejayaan Ku Li sebagai Pengarah PRK Galas yang membuahkan kejayaan itu sebagai tanda bukti bahawa Ku Li "masih ada" dalam politik pimpinan tertinggi UMNO.

Hasrat Najib dan Muhyiddin untuk "mentalqinkan" Ku Li di bumi Galas tidak berhasil. Ku Li membuktikan beliau bukan "jenis dinasour yang sudah pupus".


Jika sebelum ini kemaraan Ku Li untuk duduk kerusi Presiden UMNO dihalang oleh sistem kuota, kini tiada lagi yang boleh menghalang hasrat beliau. Kemenangan dalam PRK Galas membuktikkan bahawa Ku Li masih berbisa dan punyai karisma yang tersendiri.


Putrajaya kini menghadapi dua "ancaman" iaitu kemaraan Pakatan Rakyat dan Ku Li. Barangkali inilah punca PMNajib masuk hospital dua kali akibat mimpi "pontianak Gua Musang".

Bagaimana Najib hendak pertahankan Putrajaya dalam keadaan tulang belum hancur lagi tetapi perut telah buat hal?

Tuesday, November 2, 2010

Ini bukan Piala Rosmah Mansor laaa!


Piala Malaysia edisi 2001 dimenangi Terengganu semasa pemerintahan PAS. Kali ini untuk edisi 2010 ianya dimenangi Kelantan yang sudah 20 tahun diperintah PAS. Sebelum ini semasa UMNO perintah Terengganu dan Kelantan tiadalah pernah piala berprestij itu dimenangi.


Kebetulan pula Kelantan memenanginya semasa rancak kempen PRK Galas. Jika Che Mat Jusoh jadi Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu semasa menang piala itu tahun 2001, Anuar Musa pula jadi Presiden KAFA tika Kelantan jadi juara tahun ini. Persamaannya ialah mereka berdua adalah orang kuat UMNO.


Seperti biasa, UMNO tidak dapat membezakan antara politik dengan sukan. Bagi UMNO, semua benda mau dipolitikkan termasuk sukan. Itulah sebab bolasepak negara terus menerus merundum.


Setelah sekian lama Anuar Musa sepi dari politik, tiba-tiba semangat UMNOnya pulih kembali. Ini kerana dia ada "modal" untuk diumpan dan digunakan. Piala Malaysia adalah modal terkini Anuar Musa.


Barangkali nama Anuar sudah dilupai oleh pendukung UMNO di Kelantan. Yang timbul adalah nama Mustafa Mohammad, Awang Adek dan Ku Li.


Lagak Anuar membawa Piala Malaysia untuk sama-sama dikempenkan oleh UMNO adalah sesuatu yang memalukan. Adakah Piala Malaysia itu satu kejohanan seperti merebut Piala Presiden UMNO atau Piala Rosmah Mansor?


Ianya adalah berbentuk nasional. Bukan kepartian. Yang memberi sokongan adalah seluruh rakyat Kelantan. Bukan pemuda, wanita dan puteri UMNO sahaja.


Sepatutnya Anuar Musa yang sudah bergelar Tan Sri ini tidak berfikiran serendah pemikiran JKKK. Sepatutnya Anuar bijak membezakan antara kepartian dengan nasional.


Sepatutnya kemenangan Piala Malaysia inilah peluang Anuar Musa bersih dan pulih namanya yang sebelum itu sinonim dengan pertabalan Sultan dibawah pokok kelendang dan skandal PPRT.

Tak malu ke Anuar hendak membawa Piala Malaysia mengadap Sultan Kelantan yang pernah beliau mentabalkan Sultan Baru Kelantan mengantikan ayahandanya dahulu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...