ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, April 29, 2010

Siapakah yang paling berkuasa di Malaysia?


Adakah polis kita sudah kehabisan tempat untuk berlatih menembak? Nampaknya akhir-akhir ini rakyat menjadi "sasaran latihan " menembak polis kita.



Tragedi Aminulrasyid amat memilukan. Ianya kemuncak dari episod-episod memilukan buat rakyat marhein bermula Aswadi, Kugan, Norizan Salleh dan Tawfiq Norzan.



Tuduhan jahat polis mengulangi semula tuduhan terhadap As Syahid Ibrahim Libya. Cumanya "senjata" dalam kereta Aminulrasyid sekadar sebilah parang. Berbanding puluhan senjata dalam kes Memali. Begitu juga Asyahid Ibrahim Libya dilabel penjenayah manakala Aminulrasyid sebagai Geng Penyamun.



Lebih menjelekkan lagi imej pasukan pimpinan IGP Musa ini ialah orang yang membunuh Aminulrasyid sekadar dipindahkan bahagian kerja dari kereta peronda ke dalam pejabat. Logikkah?



Percayalah kes ini bakal "disapu ke bawah lipatan karpet". Ianya "panas" hanya seketika. Mengapa ?


Kerana manusia yang paling "berkuasa" di Malaysia kini adalah IGP Musa.
Lihatlah pada masa Pak Lah berkuasa dahulu. Cadangan Pak Lah untuk tubuhkan IPCMC ditolak mentah-mentah oleh Musa. Kini zaman Najib pula. Lagilah "menggigil" Najib pada kekuasaan Musa. Lebih-lebih lagi kes Altahtunya dalam tangan Musa.



Pepatah Cina ada mengatakan apabila buruk kepala ikan, ianya akan meliputi semua bahagian ikan itu. Begitulah imej polis kita. Jika IGP Musa pernah disabitkan dengan pelbagai salahlaku seperti rasuah, kongsi gelap, pelacuran, perebutan kuasa dalam polis sendiri sudah tentu anak buahnya mengikuti contoh "kehebatan" ketuanya.



Kita tunggu lepas ini giliran kepala siapa pula "di hinggapi peluru" polis?


Keadilan buat semua mangsa kezaliman polis.

Sunday, April 25, 2010

Zaid, kami bangga dengan anda.....!




Utusan Malaysia melepaskan geram kemarahannya dengan tajuk besar,"PKR Tumbang", manakala media barua lain tajuknya biasa sahaja seperti " BN menang".




Manakala media massa barua seperti RTM dan TV3 terus menerus mengulangi ucapan-ucapan "penyedap" hati pimpinan UMNO. Pimpinan kompenen BN lain lebih banyak memberi ulasan yang biasa.




PRK Hulu Selangor lebih kepada pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan UMNO bukan MIC. Calon MIC sekadar mencukupkan syarat calon kerana UMNO tiada berkuasa menukar calon MIC kepada calonnya sendiri.




Menakjubkan! Dengan bermodalkan lebih RM50 juta, calon MIC(baca calon UMNO) sekadar menang sekitar 1,700 undi. Jauh dari angan-angan Muhyiddin yang mendakwa UMNO mampu menang sekitar 6,000 undi majoriti.




Muhyiddin menganggarkan kemenangan bakal dicapai dengan angka tersebut berdasarkan penguasaan UMNO dan MCA dalam DUN-DUN Hulu Selangor. Kesemua DUN Hulu Selangor adalah milik BN dengan majoriti keseluruhannya sekitar 6,000 undi.




Malangnya dalam PRK ini, UMNO gagal mencapai target tersebut. Lebih malang lagi majoriti kaum Cina menolak BN. Ramai mengundi PR.




Inilah yang merisaukan UMNO. Senario ini mengundang ulasan panas dari PERKASA (sayap kiri UMNO ala Klu Klux Klan) melalui Presidennya Ibrahim Ali yang menganggap orang Cina lupa daratan dan tidak mengenang jasa. Sama seperti ulasa Muhyiddin semasa UMNO tewas di PRK Bukit Gantang.




Melihat kepada keputusan PRK Hulu Selangor bagi pihak PKR, ianya tidak membimbangkan. Mengapa?




Anda boleh lihat PRK Hulu Selangor berlangsung dalam situasi "berekor-ekor katak" keluar dari PKR. Mungkin ramai menyangka keadaan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada PKR. Tentu undi untuk PKR dalam PRK ini menjunam teruk. Tetapi itu tidak berlaku.




Rakyat masih memberi kepercayaan kepada PRK, PAS dan DAP untuk mengubah lanskap politik Malaysia. Undi untuk PKR tidak banyak berubah bahkan bertambah hampir 100 undi. Sokongan orang Cina tetap "solid".




Apa yang penting PRK Hulu Selangor ini menonjolkan kepada kerjasama yang erat antara PKR, PAS dan DAP.
Kita perlukan lebih banyak PRK untuk merapatkan dan memperkukuhkan lagi ikatan persahabatan antara PKR, PAS dan DAP.




Yang lebih penting lagi, dalam PRK Hulu Selangor ini imej dan maruah Zaid Ibrahim dapat dipulihkan dengan pengakuan ikhlas beliau tentang "arak". Pengakuan inilah yang mengembirakan dan menghiburkan hati orang -orang beriman.








Saturday, April 24, 2010

Politik "Dajjal" di Hulu Selangor.


Antara tanda-tanda besar Kiamat ialah keluarnya Dajjal. Politik Dajjal ialah sesiapa yang ikut dan taat perintahnya "selamat" dan akan mendapat "bantuan segera" seperti langit menurunkan hujan, bumi menumbuhkan tumbuhan subur dan ternakan menjadi gemuk-gemuk.


Manakala warga penduduk yang mengingkari perintah Dajjal maka "merana" dan "derita"lah jawabnya. Bumi warga itu akan kering kontang dan kemarau.


Begitulah "berkuasa"nya Dajjal pada masa itu sebelum Nabi Isa membunuhnya.


Persoalannya adakah politik ala Dajjal ini muncul di Hulu Selangor kini dan seluruh tempat dimana wujudnya Pilihanraya Kecil (PRK) atau pilihanraya kecil (PRU) ?


Hari ini, di Hulu Selangor PM Najib begitu "ringan" mulut menawarkan "juta-juta" RM untuk sesiapa yang undi BN. Bantuan RM 3 juta jika penduduk Hulu Selangor undi BN.


Itu belum campur lagi dengan "berguni-guni" janji dari mulut pemimpin BN yang lain seperti Muhyiddin dan Menteri Kabinet yang lain.


Jika BN kalah di Hulu Selangor bermakna tiadalah bantuan buat penduduknya.


Ingat warga Hulu Selangor jika BN kalah!...."Kering kontang dan kemarau" lah bumi Hulu Selangor !


Adakah suatu kebetulan dikala Dajjal diikuti oleh 70,000 Yahudi ketika itu manakala UMNO pula sedang ikat janji dengan APCO ?
Atau perkhabaran dari Hadis Rasulullah bahawa Dajjal itu punya SATU mata manakala di Hulu Selangor sedang sohor dengan SATU Malaysia . Satu kebetulan ke ?

Friday, April 2, 2010

Dulu, kini dan selamanya...UMNO bersama Zionis dan Israel



Malaysia terkenal sebagai negara yang mempunyai banyak penjajah sebelum merdeka. Bermula Portugis, Belanda, British, Jepun dan akhirnya kembali semula ketangan British sebelum merdeka.



Mungkin zaman dahulu negara kita senang dijajah kerana kekuatan pertahanan kita tidak canggih. Sekadar memiliki beberapa bilah keris, parang dan sebatang dua tombak. Manakala kenderaan canggih kita masa itu sekadar kerbau dan gajah.



Kalau kena jajahpun, tidaklah memalukan.



Selepas merdeka, ekonomi negara bertambah hasil penemuan minyak dan bahan galian serta balak. Maka pertahanan negara dipertingkatkan. Di belinya Tebuan, Skywak, Hornet, F5E dan terkini Mig 29KN. Untuk pertahanan laut pula dibelinya 2 buah Submarine.



Malangnya pertahanan kita selemah sarang labah-labah ! Enjin jet dicuri, kapal selam tidak dapat menyelam dan ahli politikus rakus rebut duit komisen hasil belian senjata pertahanan.



Terkini, keselamatan negara kita telah "ditender" kepada APCO. Satu badan yang tidak dapat dipisahkan dari rejim Zionis dan Shin Beth "anak" kepada MOSSAD, agen perisikan yang terkenal dengan kejahatannya di seluruh dunia.


Apa nak jadi Malaysiaku?



Dulu semasa pemerintahan Pak Lah, budak Tingkat 4 terkenal sebagai penasihat PM. Budak Tingkat 4 yang diketuai oleh Khairy menantu Pak Lah pula punya hubungan rapat dengan Singapura. Sebuah negara yang Mahathir amat benciikan. Itulah punca Mahathir serang berterusan pentadbiran Pak Lah.



Kini, lebih hebat lagi Israel pula ambil tempat pentadbiran Putrajaya pimpinan PMNajib. Menariknya dulu dibawah Pak Lah, Singapura yang terkenal dengan gelaran "Israel Timur" mempengaruhi pentadbiran Pak Lah kini "Real Israel" kini mengawal "remote control" PM Najib melalui Syarikat APCO yang menengahkan idea One Isrel dan 1Malaysia.



Dulu,kini dan selamanya ...UMNO bersama Zionis dan Israel.



Nak tahu macamana Zionis mempengaruhi Putrajaya, anda boleh lihat lagak polis kita "menyantuni" demostrasi anti ISA Ogos lalu. Ianya menyamai aksi polis Israel melayani rakyat Palestin ! Betul tak ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...