ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, February 27, 2010

MPP : Majlis Projek dan Pengampu ?


Padang Kelab Sultan Sulaiman sekali lagi jadi saksi dengan tertubuhnya Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) petang Sabtu lalu. Dulu padang inilah jadi saksi penentangan terhadap Malayan Union.


Tujuan utama penubuhan MPP ini ialah untuk mempertahankan dan melindungi hak Melayu dan Islam. Juga sebagai benteng dan pelindung hak-hak Melayu.



Melihat kepada badan-badan NGO yang ada dalam MPP ini seperti PERKASA, MUBARAK dan GPMS tidak ubah ianya sebuah badan NGO berteraskan politik ternakan UMNO! Lebih-lebih lagi pemimpinnya MP Pasir Mas.



Sepatutnya MPP ini berjuang dan mendesak Kerajaan tutup pusat hiburan, kedai judi, kilang arak dan desak UMNO mendaulatkan Islam dalam perundangan.



MPP sepatutnya melihat segala permasalahan umat Melayu dan Islam kini adalah akibat tidak mendaulatkan Islam.



Bukannya berarak dan berdemo. Peliknya mengapa MPP tidak berjuang kearah demikian ? Adakah ahli mereka kaki judi, arak, pengunjung kelab dangdut ?



Rakyat melihat aksi MPP yang diketuai MP Pasir Mas ini umpama NGO yang sedang menadah tangan minta sedekah projek dari PM Najib bukannya berjuang untuk Melayu dan Islam.



Elok Najib bagi 20 sen kat mereka dan suruh main jauh-jauh !


ROYALTI : Kelantan bakal jadi Darul Runtuh......



Nampaknya "kesungguhan" Kerajaan Pusat untuk "membantu" Kelantan semakin terserlah. Kali ini Kelantan menjadi sasaran "Projek Lanun" mereka selepas begitu puas "melanun" royalti Terengganu sejak tahun 2000 era pemerintahan PAS.








Dengan "sedekah" RM 20 juta bakal diagih-agihkan kepada "rakyat termiskin" warga Kelantan. Dilantiknya Awang Adek Husin yang pernah dicalonkan jadi MB Kelantan jika PAS tewas menjadi Ketua Agihan RM 20 juta itu. Awang Adeklah yang "membetulkan" fakta dengan menyatakan Kerajaan pimpinan Tun Razak dan Husien On melakukan kesilapan kerana memberi royalti minyak kepada Terengganu.








Barangkali untuk membalas jasa Awang Adek yang begitu bermatian mempertahankan dasar "melanun"Putrajaya walaupun dianggap pengkhianat oleh Kota Bahru, maka diangkat Awang Adek menjadi Ketua Agihan RM 20 juta.








Melihat cara Putrajaya melayan tuntutan Kota Bahru, terbayang dua gambaran iaitu :





a) Agihan wang RM 20 juta umpama agihan wang rompakan Robin Hood dan Botak Chin. Rompak kemudian agih kepada orang miskin.





b) RM 20 juta umpama "rasuah" agar rakyat Kelantan "diam dan tutup mulut" dengan rompakan Putrajaya RM 2 bilion sejak gas dijumpai di perairan Kelantan.



Selepas ini, rakyat Kelantan perlu jauhi mana-mana projek yang dibina hasil dari duit "rasuah" RM 20 juta. Ini kerana projek itu tidak berkat dan terkena sumpahan doa orang yang dizalimi. Dan lebih bahaya, ianya bakal "runtuh" seperti di Terengganu. Duit panas!


Seronoknya UMNO Kelantan dapat RM 20 juta. Kepada rakyat Kelantan RM 20 juta umpama umpan "dajal" untuk menarik sokongan bagi menumbangkan Kerajaan Islam di Kelantan.


Jangan lupa pakat kibarkan bendera Kelantan tanda "lawan" kezaliman dan kelanunan Putrajaya!

Monday, February 22, 2010

Prof Aziz Bari ! Tolong buat kajian ini!


Mengenang kembali peristiwa keluarnya Singapura dari Malaysia pada Ogos 1969. Ketika itu Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Sinapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia kerana menganggap Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew yang menjadi kerajaan di Singapura itu sebagai "duri dalam daging" kepada Kuala Lumpur. PAP ketika itu menyeru dasar menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan lebih berbaur perkauman.



PAP pimpinan Kuan Yew yang menjadi anggota Perikatan juga bertanding melawan calon Perikatan sendiri dari MCA.



Maka dengan tidak semena-mena Tunku "menendang" keluar Singapura dari Malaysia. Pengisytiharan itu dibuat di Parlimen. Tidak diketahui adakah ianya melalui undi ahli Parlimen atau mesyuarat sesama pimpinan UMNO.




Mungkin penganalis politik veteran seperti Subky Latif boleh ulas dan cerita kembali tentang peristiwa itu.




Melihat kepada senario politik sekarang, adakah peristiwa di atas boleh berulang kembali ?



Cumanya barangkali ianya berubah. Jika dulu PM yang "tendang" Singapura kerana PAP amalkan perkauman, maka adakah ada "celah" mengikut perlembagaan negara buat negeri yang di perintah Pakatan Rakyat mohon keluar dari Malaysia kerana Kerajaan Persekutuan mengamalkan cara pemerintahan diskriminasi dan membuli ?

Perit duduk bawah ketiak pemerintahan "ayah tiri" weh!

Mohon pakar undang-undang Prof Aziz Bari buat kajian kes ini!











Sunday, February 21, 2010

Royalti:Harga maruah rakyat Kelantan lebih rendah dari sebotol budu?



Hampir sebulan Ku Li naik ke pentas PAS. Awalnya riuh rendah pimpinan UMNO bising dan hentam perbuatan Ku Li. Pimpinan UMNO Kelantan paling kuat menghentam langkah Ku Li. Mereka menganggap Ku Li penderhaka.



Nada PM Najib pula agak berbeza. Beliau mahu mengkaji dahulu perbuatan Ku Li sebelum menjatuhkan hukuman. Seperti biasa Muhyiddin punya langkah yang melawan arus Najib. Kritikan beliau agak keras senada dengan pimpinan UMNO Kelantan.



Reaksi Ku Li pula agak santai. Beliau tetap dengan prinsipnya walaupun bertentangan dengan UMNO. Rela pula dipecat.



Menyedari rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri menyokong royalti, UMNO Kelantan 'kepanasan". Terpaksa import "katak" dari Pasir Mas untuk bersama mereka dan tempah ruangan iklan dalam akhbar.




Terkini UMNO tempah ruangan akhbar untuk siarkan tentang royalti minyak Kelantan. Dan Datuk Musthafa Mohammad(Tok Pa) "marah" dengan penyebaran surat layang burukkan Ku Li. Peliknya Tok Pa mengakui dan "meraikan" tentang perbezaan pendapat antara Ku Li dan pimpinan UMNO Kelantan. Pulak.



Tidak diketahui mengapa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri begitu beriya-ya membela Putrajaya sedangkan beliau adalak anak jati Kelantan. Mengapa Tok Pa begitu sedih digelar pengkhianat? Itulah gelaran yang paling "comel" buat beliau serta pimpinan UMNO Kelantan.

Tok Pa kena ingat! Harga maruah rakyat Kelantan bukan sekadar RM 20 juta.

Adakah selepas ini, Tok Pa, Adek Awang,"katak" Pasir Mas berani singgah kedai kopi kat Kelantan? Elok sesiapa sahaja jumpa pimpinan UMNO ini, bagi kat mereka 20 sen tanda tanda "simbolik" harga maruah diri sebagai pengkhianat !



Melihat kepada perkembangan terkini ini, nyatalah pengaruh UMNO di Kelantan hampir pupus. Kalau dari segi kepartian rakyat Kelantan sudah humban UMNO ke Laut Cina Selatan apatah lagi isu royalti yang membabitkan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik.




Sah! UMNO Kelantan sudah di humban oleh rakyatnya ke dalam lubang "tandas". Hinanya!

Wednesday, February 17, 2010

Najib makan ubi kayu, adiknya antara terkaya di Malaysia.


Dikala seluruh media barua UMNO "berjuang" habis-habisan untuk naikkan imej Najib sebagai pemimpin berjiwa rakyat, sekonyong-konyong tersiar di media bahawa adiknya Nazir diisytiharkan antara terkaya 40 orang di Malaysia.



Pengisytiharan Nazir di antara orang terkaya di Malaysia dalam keadaan Najib jadi PM dan sedang mengunjungi perkampungan nelayan miskin serta sempat "meratah" ubi kayu simbol makanan golongan marhein.



Walaupun PM Najib berjanji untuk bagi RM7 juta buat jeti kepada nelayan Langkawi, duit itu bukan milik Najib tetapi duit rakyat. Tentunya jauh lebih kecil nilainya berbanding Nazir yang memiliki sekitar AS 100 juta.



Rakyat tidak melihat harta Nazir itu miliknya sahaja tetapi juga milik Najib. Bayangkan kalau Nazir ada sebanyak itu, tentunya abangnya miliki lebih dari itu.



Begitu juga Mahathir. Dalam diam-diam punya anak Mokhzani antara 20 orang terkaya di Malaysia. Mokhzani punya harta sekitar RM1.075 bilion. Bertuahnya punya ayah mantan PM.



Rakyat juga tidak melihat itu harta Mokhzani. Tetapi juga milik Mahathir.



Barangkali sebab itulah Mahathir tidak begitu berminat "menyerang" Najib sepertimana beliau "ganas" menyerang Pak Lah dulu. Sebabnya sama-sama punyai citarasa dan nafsu yang sama.



Bukankah zaman mereka berdua jadi PM, Anwar "dilanyak" sehebat-hebatnya?



Teruk manapun Pak Lah, beliau lepaskan Anwar dari penjara.



Dan kita sama-sama lihat zaman Mahathir dan Najiblah, kaum kerabat mereka "bertungkus lumus " kumpul harta negara.



Adegan makan ubi kayu, duduk bersila, peluk warga tua, melawat perkampungan miskin adalah adegan retorik pemimpin kini. Sehingga bilakah mereka ingin terus beretorik dan berlakon di hadapan rakyat?


Sunday, February 14, 2010

Mengapa Kerajaan Lim Guan Eng digeruni UMNO ?


Sehari dua ini, Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng begitu hebat diserang oleh UMNO. Bermula dengan tuduhan merobohkan gerai orang Melayu hinggalah kepada tuduhan oleh MP Bayan Baru Datuk Zahrin Hashim bahawa LGE seorang chauvanis, diktaktor dan komunis.



Seterusnya berbondong-bondong orang Melayu buat demostrasi hingga bakar patung LGE.


Mengapa begitu marah dan geram UMNO Pulang Pinang terhadap LGE ?



Inilah yang perlu kita kaji.



Apabila DAP dapat tawan Pulau Pinang setelah puluhan tahun mengidam dan guna slogan keramat mereka "Tanjung 1" hinggalah "Tanjung 3" akhirnya Pulau Pinang dapat di tawan dalam PRU 12.



UMNO melihat tertawannya Pulau Pinang bermakna diayah dan propaganda mereka dengan motto perkauman sudah berkecai. Mengapa? Ini kerana berlaku perubahan pemikiran orang Melayu terhadap UMNO.


Mereka melihat UMNO sekadar boneka selama 50 tahun memerintah bersama GERAKAN.



Lebih "parah" lagi , apabila cara pemikiran Lim Guan Eng berbeza dengan cara pemikiran pimpinan DAP sebelum itu. Kita melihat pemikiran LGE berubah sejak keluar penjara Kajang akibat pembelaannya terhadap gadis Melayu yang dirogol pimpinan UMNO Melaka.



Semasa di penjara, LGE mendapat sokongan moral hasil lawatan pimpinan PAS seperti Mohammad Sabu. Begitu juga hasil bacaan tentang kisah ketelusan Khalifah Umar Abd Aziz. Difahamkan buku kisah Umar Abd Aziz adalah hadiah dari arwah Ustaz Fadhil Nor.



Di sinilah bermulanya titik tolak perubahan pemikiran Lim Eng Guan dan pimpinan DAP hatta Lim Kit Siang.


Sepertimana PAS yang sedar untuk memerintah Malaysia mereka perlukan undi bukan Islam, begitu juga DAP. Mereka menyedari perlunya dibuat anjakan paradigma pemikiran pimpinan mereka dan rakyat terhadap DAP. Jika dulunya orang Melayu melihat DAP umpama melihat komunis dan Singapura. Mereka melihat wajah Lim Kit Siang macamlah melihat wajah Lee Kuan Yew. Penuh kebencian atas dasar perkauman.



Lim Guan Eng menyedari realiti itu. Hasilnya kita lihat berlaku beberapa perubahan anjakan paradigma pimpinan DAP. Inilah yang amat menbimbangkan UMNO. Antaranya :



a) Kunjungan Kit Siang ke Rhusila.

b) Keazaman Eng Guan untuk contohi Khalifah Abd Aziz.

c) Ancaman DAP Perak untuk ingkar arahan DAP Pusat agar tidak sokong PAS jadi MB Perak.

d) DAP Pahang begitu akrab dengan PAS Pahang semasa DAP keluar dari Barisan Alternatif.

e) Pimpinan DAP begitu menghormati TG Nik Aziz.



Melihat kepada ini semualah, maka UMNO mula menghalakan "peluru pandunya" ke arah Pulau Pinang. Sasaran utamanya Lim Guan Eng.



UMNO akan mengorek-ngorek isu untuk ditimbulkan di Pulau Pinang. Modal perkauman antara yang utama. Tujuan utama agar orang Melayu balik semula kepada pemikiran dahulu iaitu, "DAP adalah untuk orang Cina, komunis dan Singapura".



Sebab itulah tuduhan MP Bayan Lepas terhadap LGE diulang-ulang oleh Utusan Malaysia dan media barua UMNO. Kini UMNO mendapat 3 "peluru pandu" baru iaitu MP Kulim, MP Bayan Lepas dan MP Pasir Mas untuk dilancarkan ke arah Pulau Pinang.



UMNO melihat rapatnya DAP dengan PAS dalam keadaan MCA masih "berperang "sesama sendri suatu yang membahayakan UMNO dan BN.




UMNO juga melihat rapatnya DAP dengan PAS bermakna DAP dan orang Cina akan mendapat gambaran sebenar Islam dan keadilannya.



Lebih membahayakan UMNO apabila Lim Guan Eng menguar-uarkan untuk ikuti contoh Khalifah Umar Abd Aziz dengan mengaplikasikan melalui CAT.


Bagi UMNO selagi LGE menguasai Pulau Pinang, harapan mendapat undi Cina semakin tipis sepertimana harapan mendapat Kelantan umpama mimpin di siang hari. Lebih-lebih lagi bila Ku Li bersama dalam perjuangan royalti minyak.

Saturday, February 13, 2010

Menteri paling SENSASI !


Menteri Pertahanan Zahid Hamidi sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan tentang pertahanan negara. Semua kenyataannya bermula dengan sensasi kemudian menafikan dan berakhir dengan "penyedap hati".





Bermula kenyataan "sensasi" dengan kehilangan 2 enjin jet berharga RM 100 juta, esoknya turun harga menjadi RM 600,00. Seterusnya Najib menamatkan "sensasi" Zahid dengan menyatakan "sekadar enjin buruk je". Tiada harga, tiada rugi dan tiada bahaya".





Seterusnya Zahid di Langkawi sempena LIMA menyatakan negara akan tukar jet MIG 29N. Katanya selenggaran jet itu pakai banyak duit. Kena tukar lain. Esoknya Mahathir "bising". Tanda tidak setuju. Suara Mahathir bermakna "suara Najib" kerana Mahathir adalah penasihat Najib secara "balik tabir".





Zahid "tarik balik" pula kenyataannya dengan mengatakan keputusan tukar MIG belum diputuskan oleh kabinet. Pulak!





Zahid "belum puas" lagi pekena Najib. Lalu dikeluarkan kenyataan maklumat sistem pertahanan negara dibocorkan kepada negara jiran. (Baca: Singapura). Esoknya senang-senang Zahid keluarkan kenyataan pihaknya telah "nasihat" pihak negara jiran agar jangan buat lagi. WoW! Macam nasihat dalam drama Melayu. Lembut dan Sopan. Senangnya selesai masalah keselamatan negara sekadar itu sahaja.





Patutlah Pulau Batu Putih begitu mudah jatuh ke tangan Singapura. Inilah cara fikir Menteri UMNO.





Terakhirnya tentang kerosakkkan submarimen KD Rahman. Baru beli sudah rosak. Zahid mengatakan submarimarine itu masih dalam jaminan dan kerajaan tidak keluarkan sesenpun duit untuk baiki. Zahid ingat beli submarine macam beli motorsikal kuasa besar? Ini membabitkan keselamatan perairan negara. Apa guna jika beli submarine harganya RM bilion tetapi sudah tidak boleh menyelam.




Nampaknya episode Skywak berulang kembali. Jika Skywak jadi besi buruk di padang pasir Arizona. KD Rahman mungkin nasibnya baik sedikit berbanding Skywak. KD Rahman boleh dijadikan tukun buat nelayan kita di Laut China Selatan!



Kita tunggu lagi "ayat-ayat sensasi" dari Zahid. Pastinya "ayat-ayat sensasi" Zahid persis seperti ucapan Zahid di Perhimpunan UMNO tahun 1998.
Ucapan Zahid semasa jadi Ketua Pemuda 1998 lebih berkisar amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan oleh Mahathir. Manakala "ayat-ayat sensasi" Zahid semasa menjadi Menteri Pertahanan lebih kepada kelemahan Kementerian Pertahanan semasa Najib jadi Menterinya.



Sudikah lagi PM Najib untuk "membela"nya lagi ?








Tuesday, February 9, 2010

Jom kita ke hutan Grik cari keadilan!




Sah! Seperti dijangkakan oleh rakyat, mahkamah sejak zaman Mahathir hinggalah era Najib tetap memihak kepada UMNO. Itulah realitinya.




Sejak runtuhnya keadilan apabila Tun Salleh Abas di"nyah"kan oleh Mahathir, Institusi Kehakiman tidak mampu lagi bangkit hinggalah kini walaupun Ketua Hakim silih berganti dan terbinanya "Istana Kehakiman" yang indah di Putrajaya.




Rakyat umumnya melihat Ketua Hakim Zaki Azmi masih memakai "baju UMNO". Jadi apa hendak dihairankan jika kes yang berkaitan kepentingan UMNO akan diberi "kemenangan yang penuh gemilang"?




Tiada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menagih sisa-sisa keadilan.
Dengan kemenangan 5-0 itu, sudah nampak bayangan kesudahan kes Anwar. Keluarga Anwar mesti siap sedia menerima kehilangan Anwar kali kedua dan PR perlu mencari Ketua PR yang baru.




Yang pastinya dengan keputusan 5-0 itu, bermakna Perak menjadi negeri pertama di Malayasia mengamalkan Sistem Raja Mutlak. Bukan lagi Sistem Raja Berperlembagaan.




Tentunya yang menarik ianya berlaku di negeri yang bersultan kan mantan Ketua Hakim Negara. Bagaimana detik hati pendengar jika mendengar mantan Ketua Hakim dan anaknya berbicara tentang undang-undang dan keadilan kelak?




Selepas ini jika rakyat Perak inginkan keadilan, mungkin mereka boleh masuk ke hutan Grik untuk berhakimkan "Hakim Beruk atau Singa". Barangkali di sana keadilan lebih "menyerlah"!




Yang pasti, mantan Ketua Hakim yang tidak berdarah raja Tun Salleh Abas tetap menjadi sebutan umum sebagai pejuang keadilan dan sejarahnya bakal dicatat dengan tinta emas sepertimana arwah Tun Sufian Hashim.




Rakyat tentunya menunggu bila agaknya Malaysia bakal bertukar sistem dari Raja Berperlembagaan kepada Raja Mutlak seperti Perak? Inilah yang membuatkan PM Najib tidak lena tidur.

Wednesday, February 3, 2010

Hantar Anwar segera ke penjara......buang masa !





Pebicaraan Anwar telah bermula. Sel di Penjara Kajang juga mungkin telah dibersihkan untuk menerima "tetamu baru".








Itulah hakikatnya. Dalam suasana Malaysia terkini, Majoriti Hakim Malaysia yang suka mengunyah cokelat "HACKS" . Undang-undang umpama peraturan rimba. Yang jahat dianggap baik. Yang rasuah dianggap hero. Pembunuh dianggap pemimpin. Pelapor rasuah di sumbat dalam penjara manakala perasuah berjoget sakan dengan hasil rasuah.




Skandal AK Lingam membuktikan "kehebatan dan ketelusan Sang Hakim " kita . Apa lagi yang boleh di harapkan dari Istana Kehakiman kita ! Sekadar "sakit hati" yang melampau..





Amat mustahil Anwar bakal bebas. Perbicaraan Anwar adalah pentas "melondeh" segala tubuh badan Anwar. Siri mengaibkan Anwar bermula kini . Dulu Mahathir kini Najib.




Jika kes Altahtunya, Razak Baginda "di hantar" ke London sebagai manusia "mulia" kini Anwar bakal di"hantar " ke bumi Kajang sebagai manusia "hina".




Permintaan Anwar untuk membawa Najib dan Rosmah sebagai sapena ke Mahkamah umpama "memasukkan unta dalam lubang jarum" !




Tidakkah Anwar tidak mengetahui jawatan PM Malaysia mempunyai 1001 kekebalan ? Kekebalan Mahathir semasa kes pertama Anwar membuktikannya. Apatah lagi PM Najib yang punyai "Sang Bini " yang menguasainya. Mustahil Najib dan Sang Bininya menjejak kaki tangga Mahkamah.




Bahkan ada orang berani mempertaruhkan jarinya agar dipotong jika sekiranya Najib dan Rosmah "mencemar duli" menuju Mahkamah !




Buat apa "buang masa dan duit rakyat" bicarakan skrip yang sudah siap ?
Anwar, bersabarlah sepertimana Nabi Yusuf bersabar........


Malangnya Najib punya Nasir !


Malang lagi buat PMNajib. Mungkin kemerahan bibir Najib bertambah "nyala" akibat perbuatan anak buahnya Nasir Safar mengucapkan kata-kata rasis di hadapan kaum Cina dan India tempohari.


Dalam kegilaan Najib dan UMNO berpropaganda 1Malaysia untuk pancing semula undi orang Cina dan India, tiba-tiba Pegawai Khasnya Nasir Safar buat "onar".


Sebenarnya ramai lagi orang-orang keliling Najib ber"otakkan" BTN. Mereka inilah yang bakal merosakkan projek 1Malaysia tajaan Najib.
Peristiwa penghinaan terhadap kaum Cina dan India oleh Pegawai PM dalam Majlis Kerajaan di negeri pemerintahan UMNO(Melaka) di hadapan penyokong MCA dan MIC menunjukkan keangkuhan dan kesombongan UMNO.
Suatu yang memelikkan mengapa seorang yang berjawatan Pegawai Khas PM sanggup mengucapkan demikian. Sepatutnya Nasir itu lebih faham konsep yang ingin di bawa oleh Najib tetapi sebaliknya. Umpama mencurah gulai kenduri kahwin. Merosakkan majlis.
Mungkin Nasir punya muslihat dan agenda lain. Beliau pernah berkhidmat untuk Muhyiddin semasa Muhyiddin jadi MB Johor dahulu.
Mungkinkah ucapan Nasir sememangnya "disengajakan" untuk malukan Najib?
Apa yang pasti, permusuhan sesama UMNO lebih dahsyat berbanding permusuhan UMNO dengan PAS! Ini adalah fakta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...