ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, September 29, 2011

UMNO, bila mahu buang Zaini ?


Zaini Hasan, nama besar dalam Utusan Malaysia. Boleh dikatakan beliau ini adalah jelmaan Zainuddin Maidin(ZAM).


Seperti diketahui, ZAM adalah seorang yang amat anti PAS, DAP, Anwar dan seorang pemuja Dr Mahathir.


Kini ZAM telah lama tinggalkan Utusan. Watak dan wajahnya kini diisi oleh Zaini.


Walau bagaimanapun, kini Zaini dalam "kepanasan". Sebabnya, usahanya melalui Utusan untuk "memampuskan politik" Timbalan Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu tidak kesampaian. Tahun 2011 menyaksikan Utusan Malaysia meng"hightline" kan Mat Sabu sebanyak 2 kali.


Pertamanya, semasa Muktamar Pemilihan PAS. Zaini melalui "kertas sampah" Utusan sedaya upaya mengempen ahli PAS agar tidak mengundi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.



Siang malam Zaini "tidal lena" tidur memerah otaknya untuk "memujuk" ahli PAS agar tidak mengundi Mat Sabu. Malangnya ahli PAS tidak melayan "godaan" Zaini dan kertas sampahnya Utusan.


Zaini tidak putus asa. Dendamnya terhadap Mat Sabu semakin membara. Perah otak lagi dan tidur tidak lena, Zaini dapat modal baru. Kaitkan Mat Sabu dengan komunis. Ambil petikan ceramah Mat Sabu tentang Mat Indera.


Ketika umat Islam beraya dengan takbit dan tahmid, Zaini dan akhbar sampah UTUSAN beraya dengan Mat Sabu dan arwah Mat Indera. Bukan sekejap, 15 hari 15 malam !


Bertuahnya insan bernama Mat Sabu dan Mat Indra !

Akibatnya, sejarah perlu dikaji semula kerana negara kita "tidak pernah dijajah" !

Akibat permainan Zaini dan akhbar sampah UTUSAN terhadap Mat Sabu, nama Mat Sabu semakin gah dan gemilang.


Kini Zaini ketandusan idea dan isu. Akhirnya Zaini terpaksa ubah muncung meriam buluhnya kearah Anwar. Orang Anwar kuasai agensi kerajaan ! Pulak !

UMNO, bila hang nak buang Zaini ?

Tuesday, September 20, 2011

Hey orang politik ! Berpolitik biar cerdik.


Akhir-akhir ini, semakin ramai orang politik "tidak cerdik" berpolitik. Berpolitik macam budak tidak bersekolah. Atau macam orang mabuk. Buat politik pula macam baru hidu gam !

Tidak cerdik. Jika tidak cerdik, namanya jahil. Dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai bodoh.

Antara kenyataan untuk menunjukkan orang politik "tidak cerdik" ialah :

a) Mahu ubah bendera Malaysia.
b) Mahu ubah lagu Negaraku.
c) Mahu ubah tarikh kemerdekaan.
d) Mahu menafikan kemerdekaan.
e) Mahu menafikan tokoh kemerdekaan.

Bendera kita walaupun macam Amerika, adalah bendera kita juga. Tidak perlu ungkit sejarah asal bendera. Buang masa dan menguntung Utusan Malaysia !

Begitu juga lagu Negaraku. Walaupun asalnya dari Terang Bulan atau lagu negeri Perak ciptaan orang Peranchis, ianya adalah lagu kebangsaan kita. Lagipun liriknya tiada yang bercanggah aqidah.

Mengenai tarikh kemerdekaan pula, terimalah 31hb Ogos 1957. Itulah hari bersejarah negara. Walaupun ada yang mengatakan kita "separuh masak" merdeka dan walaupun Sultan Johor tidak hadir disaat itu, terimalah itulah hari bersejarah negara. Soal bagaimana kita capai kemerdekaan dan cara sambutan dirayakan adalah soal lain.


Kita tidak bersetuju cara kemerdekaan dirayakan sahaja iaitu seolah-olah UMNO yang berhak merayakan dan menjadi majlis rasmi UMNO. Itu kita menentang keras.


Dan yang terakhir, kita kena terima hakikat bahawa Bapa Kemerdekaan kita adalah Tunku Abdul Rahman. Tidak perlu kita menafikan gelaran tersebut. Yang kita menentang adalah cara UMNO menjulang tokoh kemerdekaan dengan menafikan tokoh-tokoh yang lain seperti Dr Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Baqir, Rosli Dhobie, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan puluhan lagi. Bukan sekadar Tunku dan Datuk Onn Jaafar. Soal Tunku dan Datuk Onn khidmat untuk penjajah, itu soal kedua.


Begitu juga adakah Shamsiah Fakeh, Mat Indera dan Rashid Maidin sebagai pejuang kemerdekaan atau komunis, ianya adalah subjektif. Ada pro dan kontra. Kita tidak boleh memaksa pendapat kita keatas orang lain. Fikir dengan hati yang telus, bersih, kajian mendalam dan terbuka.


Semuanya telah berlalu. Kita mesti pandang kehadapan untuk membina negara dan bebaskan negara dari "penjajahan" UMNO dan BN.


Akhirkata, sempena bulan kemerdekaan ini sama-sama kita sedekah Al Fatihah buat pejuang kemerdekaan termasuk arwah Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Rashid Maidin dan anggota polis yang terbunuh di Bukit Kepong.


Buang yang keruh, ambil yang jernih dan musnahkan UMNO yang menipu rakyat selama 54 tahun !

Monday, September 19, 2011

Di rebus atau di celur ?


Setelah Prof Dr Zainal Kling membuat putaran sejarah 360 darjah yang mengemparkan dan mengharu-birukan sejarah negara dengan menyatakan negara kita tidak pernah dijajah British, tiba pula giliran rakannya Dr. Kamarudin Kachar untuk berdondang sayang atas pentas PERKASA untuk membelasah Haji Muhammad Sabu.


"Mat Sabu mari sini saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar, kita rebus dia hidup-hidup dan jangan perlekeh Islam dan Melayu," Itulah antara ayat-ayat "cinta" yang dihamburkan oleh bekas orang kuat UPM, BTN dan anti Gerakan Islam.


Daripada ceramahnya, baru kita tahu bahawa Kamarudin Kachar pernah jadi Tentera Penjajah tahun 1949 sebelum Merdeka. Patutpun beliau begitu murka kepada Mat Sabu.


Nampaknya Kamaruddin Kachar "melondeh" identiti sebenar beliau kerana pernah menjadi talibarut dan tentera penjajah. Sepatutnya benda yang aib tidak payah di"glamourkan". Memalukan diri sendiri. Malulah sikit weeh!


Lebih menampakkan intelektualnya setaraf JKKK atau rendah sikit daripadah JKKK, apabila beliau mahu "rebus" Mat Sabu hidup-hidup.


Adakah Kamarudin Kachar tidak sedar dirinya adalah "kangkung" yang amat elok di "celur" dan harga kangkung di pasar tani sekitar RM1 sahaja. Itulah harga maruah Professor seperti Kamarudin Kachar, Ramlah Adam, Zainal Kling dan puluhan Prof yang mengampu UMNO.

ISA : Umno yang buat dan UMNO yang mansuh....bagus apa ?


Sekonyong-konyong PMNajib menafikan pemansuhan akta rimba ISA bukan atas desakan Pakatan Rakyat tetapi atas janji beliau semasa naik jadi PM 2009. Apa hendak dihairankan dan diajaibkan. Bukankah kerja perjuangan UMNO selama ini menafikan hak orang lain?


Jangan hairan dengan perangai buruk UMNO!


Cuba lihat sejarah kemerdekaan. UMNO dengan angkuhnya mengaku merekalah pejuang kemerdekaan dengan menafikan tokoh-tokoh sebenar seperti Dr Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Baqir dan puluhan lagi.


Jadi, samalah dengan kes ISA. Tanpa segan silu, UMNO kata merekalah yang bertanggungjawab agar ISA dimansuhkan.


Sebelum inipun, juak-juak UMNO berdegar-degar kritik dasar Kerajaan Kelantan yang memberi cuti pada Hari Sabtu dan juga idea Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September sebagai Hari Malaysia dan cuti umum. Prof Zainal Kling mengkritik idea Anwar sebagai mengurangkan produtiviti negara.


Begitu juga idea Kerajaan Kelantan memberi cuti 60 hari kepada kakitangannya.Pada mulanya juak-juak UMNO pakat kritik dan hentam. Setelah 10 tahun, Kerajaan Pusat UMNo pun turut ikut langkah Kelantan.


Apapun bagus juga PMNajib dan juak-juak UMNO bermati-matian dakwa mansuh ISA sebagai idea mereka dan tanda "dengar" suara rakyat setelah "pekak badak" hampir 54 tahun. Juga bagus juga media barua UMNO tiap-tiap hari sensasikan isu mansuh ISA.


Mengapa bagus? Bagusnya kerana anak-anak muda yang selama ini tidak tahu ISA, akan buka Goggle Web cari apa itu ISA. Sama seperti isu Mat Indera. Daripada tidak tahu kisah Mat Indera, kini ribuan anak muda menjulang Mat Indera sebagai hero.


Selepas ini, anak-anak muda pasti tahu mengapa ISA yang diwarisi dari penjajah British ditentang habis-habis hingga Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Dan selepas ini, rumah Mat Shah Satray bakal dikunjungi oleh anak-anak muda untuk menadah telinga dengar kezaliman ISA belaan UMNO.

Terima kasih..terima kasih...terima kasih UTUSAN kerana tolong "gali lubang kubur" untuk UMNO !

Friday, September 16, 2011

Adakah Najib sudah buang flip flopnya?.


Seperti yang dijangkakan, PMNajib membuat satu pengumuman besar dalam sejarah negara yang mana sebelum ini ianya tidak "berani" dibuat oleh PM sebelum ini iaitu Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Husien Onn, Dr.Mahathir dan Pak Lah.


Pengumuman itu disambut baik oleh pengampu Najib walaupun sebelum ini merekalah yang berdegar-degar menyokong ISA. Ulasan merekapun berpusing 360 darjah menyokong PMNajib.


Selain ISA, antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.


Kita menyambut baik pengumuman PMNajib itu yang disifatkan sebagai hadiah Hari Kemerdekaan(ya ke kita merdeka?...sedang British sekadar "penaung" !).


Walaubagaimanapun melihat track record percakapan PMNajib kebelakangan ini, timbul pertanyaan, " Boleh ke percaya 100% cakap Najib? ".


Ini berdasarkan sifat Najib yang turun-naik (flip-flop) semasa isu BERSIH 2.0 tempohari. Awalnya memberi kebenaran menggunakan stadium tetapi akhirnya berdolak dalih apabila BERSIH 2.0 mahu menggunakan Stadium Merdeka.


Apapun buat "sementara waktu", kita boleh lihat dan perhatikan tahap "kejujuran" PMNajib. Kita letakkan beberapa garis pandu buat PMNajib untuk melihat "kejujuran" beliau. Untuk permulaan ini, kita beri DUA sahaja untuk melihat samada liah Najib betul-betul "tidak bercabang" .

Antaranya :

1) Tutup Kem Kamunting. Bebaskan semua tahanan politik.
2) Mansuhkan sepenuhnya PPSM mulai 2012 seperti yang dijanjikan. Tiada lagi kompromi dalam hal ini. Tiada lagi pilihan untuk dwi sistem dalam isu ini. Semua sekolah KPM wajib gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam subjek Sains dan Matematik.


Apabila PMNajib lulus DUA PERKARA ujian diatas, ini bermakna PMNajib betul-betul mempunyai LIDAH YANG NORMAL dan boleh dipercayai.

Saturday, September 10, 2011

Mesir dan Turki halau Yahudi...kita ambil Yahudi jadi penasihat.


Tidak sampai dua minggu, Israel ditimpa kehinaan mendadak. Pertamanya, Dutanya di Turki dihalau dari bumi Kerajaan Uthmaniyyah akibat tidak mahu meminta maaf atas kejahatan membunuh NGO Turki diperairan Gaza tahun lepas.


Walaupun ditawarkan US 1 juta sbagi setiap keluarga yang terbunuh oleh Regim Zionis, Turki tetap memandang maruah mengatasi nilai wang.


Keduanya, yang menghina Regim Zionis ialah penyerbuan 2,000 orang rakyat Mesir keatas kedutaan Israel yang mengakibatkan Duta serta kakitangannya cabut lari meninggalkan bumi Anbiya' itu. Ini adalah kali kedua bangunan kedutaan di serbu oleh rakyat Mesir. Sebelumnya oleh seorang pemuda Mesir yang memanjat bangunan 16 tingkat itu dan menurunkan bebdera Israel dari tiangnya.

Ini semua atas kejahatan Regim Zionis itu yang membunuh 5 anggota polis Mesir di sempadan Gaza.

Itulah jatidiri dan maruah sesebuah negara. Turki halau Yahudi kerana enggan minta maaf manakala rakyat Mesir serbu kedutaan Israel kerana membunuh polis Mesir.

Malaysia...bukan sahaja anggap British sebagai "penaung" bahkan ambil APCO Zionis jadi penasihat !

Itulah beza kita dengan Turki dan Mesir.

Kepada polis PDRM, lihatlah kasih sayang rakyat Mesir kepada polis mereka. Walaupun polis Mesir pernah bunuh, penjara, pukul dan sumbat dalam penjara semasa polis berkhidmat kepada Hosni Mubarak, tetapi mereka sepakat membela polis mereka apabila Zionis membunuh anggota mereka.

Apabila Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air.... pakai pistol air


Kita ingat hanya Thailand sahaja di Asia Tenggara tidak dijajah. Rupa-rupanya satu penemuan fakta sejarah baharu ditemui iaitu Malaysia juga TIDAK PERNAH DIJAJAH !


Berdasarkan
2 kenyataan oleh ahli sejarah bertaraf Professor iaitu Khoo Kay Kim dan Zainal Kling, nampaknya tidak perlu kita rayakan Hari Kemerdekaan kita. Sebabnya kita tidak pernah dijajah. Kita sekadar "dinaungi" atau "dilindungi".


Jimatlah duit Kementerian Sang Pembakar Jambatan(Rais Yatim). Jimat bujet.


Maknanya selama 53 tahun, kita kerugian yang amat besar. Barangkali bilion ringgit kerana belanja untuk perayaan Hari Kemerdekaan.


Lebih malang lagi, selama ini (53 tahun) kita ditipu. Mati hidup kita sebagai rakyat Malaysia menyangka kita pernah dijajah British. Rupa-rupanya kita dinaungi sahaja. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.


Kasihan anak-anak Malaysia yang membaca buku Sejarah Negara. Semua fakta tentang penjajahan adalah dusta semata-semata. Kita cuma dinaungi. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.


Lepas ini, seeloknya Khoo Kay kim, Zainal Kling, Ramlah Adam duduk semeja untuk gubal semula buku teks Sejarah. Kerja pertamanya ialah buang perkataan " penjajah British ". Kerana kita tidak pernah dijajah. Cuma dinaungi sahaja! Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Siapa yang untung sekarang ? Tentunya penerbit buku teks. Dapat tender buat buku Sejarah edisi baharu !

Kepada guru Sejarah, bersedialah anda untuk menjawab soalan-soalan panas dari anak murid Generasi Y.

Kepada Utusan, kamu tersilap jolok sarang tebuan. Jika mahu serang Mat Sabu bukannya memakan masa sampai lebih 10 malam. Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air ! Seronoklah Mat Sabu main air !

Akibatnya Sejarah Malaysia perlu dinilai kembali kerana kita tidak pernah dijajah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...