ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, October 22, 2015

Welcome to BuduLand



Welcome to BuduLand

Ketika Kelantan kembali ke pangkuan Islam tahun Okt1990,aku pertama kali mengundi di bumi Terengganu.
Pertama kali daku menjejak bumi Serambi Mekah Feb 1995.Hari ini Okt 2015,telah 25 tahun bumi Tok Janggut ini di bawah pemerintahan pimpinan Islam.


Kelantan bumi perjuangan Tok Janggut menentang penjajah British.
Kelantan adalah Universiti Politik di kala rakyat Malaysia masih tertatih-tatih belajar politik kematangan.


Kelantan mulia dan diberkati selagi berpaksikan Islam sebagai paksi politik.

Tanyalah Mahathir..tanyalah Pak Lah...tanyalah Najib..tanyalah Mustafa Mohammad..tanyalah Anuar Musa dan tanyalah Ibrahim Ali......

Mengapa rakyat Kelantan menolak Keris Telanjang puluhan tahun walaupun jutaan RM ditaburkan oleh kalian semua?

Jawabnya hanya satu...kerana Kelantan miliki mahasiswa cerdik warga Universiti Politik.

Bagi gula..bancuh
Bagi kain pelikat..pakai
Bagi pitih..ambil
Bila ngundi..pangkah bulan purnama.


catatan petang sore

Kelantan bumi terakhir benteng kedaulatan Islam di Malaysia.
Dataran Tadahan Wahyu
Masjid Muhammadi jam 530ptg 17Okt 2015

Friday, October 16, 2015

UNTA DAN TRAK



Begitu takutnya Umar bin Khattab dengan amanah yang dipegang sehingga beliau pernah berkata : “ Seandainya ada seekor unta yang masuk ke suatu lubang di tengah jalan kota Baghdad , maka aku akan bertangungjawab dan akan ditanya oleh Allah Taala pada hari Kiamat nanti “. 

Bayangkan , khalifah Umar bin Khattab mengurus pemerintahannya dari kota Madinah, tetapi kekhalifahannya sampai ke kota Baghdad, dan dia merasa jika ada seekor unta yang terjatuh ke dalam lubang di jalan-jalan kota Baghdad, walaupun dia berada di Madinah, Allah juga akan mempertanyakan tugasnya dan menghukum kecuaiannya sebab tidak mengetahuii ada lubang di kota Baghdad yang telah mencederakan seekor unta.

Daku berharap di bumi Johor tiada seorangpun insan yang bertaraf fakir miskin,semua rakyatnya ada rumah,tiada yang duduk di bawah jambatan,tiada yang setinggan,tiada yang gelandangan, tiada yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah,semuanya kenyang-kenyangan tiada kebuluran,tiada yang cuma makan ubi kayu dan duit zakat tiada seorangpun yang layak menerimanya.......
Maka di saat itu,bolehlah pemimpin tidur dengan lena di dalam trak yang harganya termahal di dunia kerana rakyatnya tidur dalam kekenyangan.

Wednesday, October 14, 2015

APA YANG PELIKNYA ?



Telah menjadi kelaziman Duta negara asing akan mengunjungi Pejabat PAS untuk kunjungan hormat.Apa tandanya? Ini menunjukkan pengiktirafan sesebuah negara itu kepada PAS selaku partai yang berpengaruh dalam bidang politik di Malaysia.

Ramai Duta termasuk Amerika,Jepun,Jerman telah mengunjungi Pejabat PAS.Tentunya duta yang mewakili negara mereka membawa mesej penghormatan negara yang diwakilinya terhadap PAS.Biasanya di akhir kunjungan itu ada slot bergambar dan berjabat tangan.Biasalah.

Apabila Ketua PERKASA NGO pro UMNO Ibrahim Ali  mengunjungi Pejabat PAS dan berpelukkan dengan Presiden PAS tiadalah yang peliknya.Mereka bersetuju dalam perkara menentang kezaliman dan menegakkan keadilan iaitu TPPA,1MDB dan SOSMA.

3 perkara setuju bersama itu juga turut diperjuangkan sebagai isu oleh DAP,PAN dan PKR.Apa yang peliknya? Barangkali kerana TGHH bergambar sambil berpelukkan dengan Ibrahim Ali dan kunjungan PERKASA ke Pejabat PAS.

Sudah menjadi kelaziman TGHH meraikan tetamunya. Lihat ketika PAS mula memerintah Terengganu 1999 dimana TGHH mengunjungi Sultan Mizan di Istana Badariah dan mereka berdua berpelukkan.Begitu juga semasa Lim Kit Siang datang ke Wisma Darul Iman ketika TGHH menjadi MB.Mereka berdua juga berpelukkan.Tiada yang peliknya.

Kunjungan Ibrahim ke Pejabat PAS menunjukkan Ibrahim iktiraf peranan dan pengaruh PAS selaku kuasa  politik negara setanding UMNO.Ibrahim tahu PAS sudah tidak mempercayainya selepas kes menjadi MP Pasir Mas tempoh hari 2008-2013.Tetapi mengapa Ibrahim sanggup "melompat tangga" bangunan PAS semata-mata mahu jumpa TGHH?Jauh sekali Ibrahim mahu pijak pejabat PKR maupun PAN(PAN ada ibupejabat ke?)

Yang peliknya foto tentang Mat Sabu bersama amoi yang di anggap macam cucunya di BERSIH atau Rosmah berpelukkan dengan Lee Chong Wei selepas kejohanan badminton.

Selepas PERKASA,giliran siapa pula mengunjungi Pejabat PAS ? MCA,GERAKAN,MIC ? Semuanya tiada yang mustahil selagi namanya politik.

Tuesday, October 13, 2015

MALAYSIA: Apa sudah jadi?



Perkembangan terakhir suasana gawat negara samada politik maupun ekonomi semakin meruncing.
Kita melihat setiap kali mantan PM Dr Mahathir berbunyi,akan ada yang membalasnya semula.

Pertamanya,tentang penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Matthias Chang.Apabila Mahathir pertikai penahanannya di bawah akta SOSMA yang mana kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan kini ditahan di bawah SOSMA, yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Jawab Menteri Komunikasi dan Multimedia  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,dulunya Mahathir juga begitu bahkan lebih kejam lagi dengan ISA yang tiada ruang untuk masuk mahkamah dan bela diri. Apa Mahathir mau jawab?

Tentu kita masih ingat kes Ezam dengan kotak-kotak ajaibnya yang penuh skandal rasuah menteri-menteri Mahathir.Akhirnya Ezam di sumbat dalam penjara.

Macamana kata-kata Mahathir sekarang mahu dipercayai  dan diyakini?Mungkin betul kata-kata Mahathir.Tetapi lihatlah seperti kata Datuk Dr Salleh Keruak.

Maknanya,jika engkau boleh buat dulu,mengapa kini kami tidak boleh buat? Bukankah kita sama-sama UMNO dan BN?

Keduanya, tentang kenaikan tol sehingga 200% menjelang Khamis ini.Hujah pro kerajaan,ini semua salah Dr Mahathir.Sebabnya,di zaman Mahathir lah segala syarat konsesi perjanjian dibuat.Kerajaan selepasnya hanya meneruskan perjanjian tersebut.

Setakat ini Dr Mahathir masih membisu tentang kenaikan tol.Sebabnya mungkin bakal terkena hidungnya sendiri.

Satu sudut kita melihat bagus dan beraninya Dr.Mahathir menegur PMNajib dan kerajaannya tentang pelbagai kes skandal seperti 1MDB,RM2.6billion,GST dan SOSMA.

Sudut lain pula kita melihat Dr Mahathir juga sama sahaja 2x5 bahkan adakalanya nampak lebih teruk dan zalim daripada PMNajib seperti kes Memali,Petronas,dasar penswastaan,Hakim Negara,penarikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan krisis Perlembagaan.

Betullah kata-kata arwah Ustaz Fadhil Nor bahawa Dr Mahathir dipanjangkan umur oleh Tuhan untuk melihat kesan-kesan yang terjadi hasil pemerintahannya selama 22 tahun.Ada yang terkena batang hidungnya sendiri dan paling banyak kesan buruknya ditanggung oleh rakyat yang tiada kepentingan pollitik.

Samada Mahathir tegur atau tidak,rakyatlah menanggung akibat azabnya sekarang.

PMNajib,Muhyiddin,Mahathir,Ku Li,Sanusi masih boleh main golf berhari-hari,berjam-jam tetapi rakyat tetap menanggung azab akibat perbuatan mereka semua samada yang masih pegang kekuasaan politik maupun yang sudah pencen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...