ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Wednesday, September 23, 2015
MUHASABAH DI PAGI 10 ZULHIJJAH
MUHASABAH DI PAGI 10 ZULHIJJAH
secara etimologi berasal dari kata bahasa Arab, yakni Qaraba, Yaqrabu, Quban wa qurbanan wa qirbananyang bermakna dekat. Jadi, qurban berarti mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan mengerjakan sebahagian perintah-Nya. Qurban dalam pengertian sebenarnya diambil dari kata udhhiyah yakni bentuk jama’ dari kata ”dhahiyyah” yaitu sembelihan pada waktu dhuha tanggal 10 hb hingga 13 Dzulhijjah.
Dari sinilah muncul istilah ”Idul Adha”. Dengan demikian yang dimaksud dengan Qurban atau udhhiyah adalah penyembelihan haiwan dengan tujuan beribadah kepada Allah pada hari raya Idul Adha dan tiga hari Tasyriq, yaitu tanggal 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.
Dalam sejarahnya, Qurban menurut firman Allah Taala dalam Q.S. Al Maidah : 27
”Ceritakanlah
kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari
salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang
lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil:
"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang
bertakwa”. (Q.S. Al Maidah [5]: 27).
Dalam
kandungan ayat ini bahwa dalam berqurban dilampirkan keikhlasan dan
persembahan kepada Allah dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Seperti,
dikisahkan pada era nabi Adam a.s.,ibadat qurban sudah diperkenalkan.
Beliau
mendapat perintah dari Allah agar kedua anaknya melakukan qurban.
Caranya dengan ”mempersembahkan” hasil bumi dan haiwan ternak. Kedua
anaknya, Qobil dan Habil segera memenuhi perintah tersebut. Habil ,
dengan sepenuh hati berqurban untuk mencari ridha Allah dengan
menyiapkan haiwan terbaiknya untuk qurban.
Sebaliknya,
Qabil, yang petani, melaksanakan perintah tersebut dengan tidak ikhlas
kerana Allah, ia merasa terpaksa. Ia berqurban dengan buah-buahan yang
busuk yang ia sendiri tidak menyukainya. Qurban Habil diterima oleh
Allah sedangkan qurban Qabil ditolak. Kisah tersebut dapat dijadikan
suri tauladan yang baik bagi kita semua.
Adapun makna qurban adalah sebagai berikut :
1. Merupakan pencerah jiwa kerana dengan berqurban berarti jiwa kita terhubung dengan ketaqwaan kepada Allah Taala;
2. Dapat memupuk keikhlasan, kejujuran dan kesabaran yang membimbing kita mencintai Allah dan akhirnya juga mencintai makhluk ciptaanNya.
3. Mempererat tali persaudaraan kepada sesama manusia serta sikap solidariti(kesatuan) yang tinggi; dan
4. Memperkuat keteguhan hati dan jiwa dalam diri kita.
2. Dapat memupuk keikhlasan, kejujuran dan kesabaran yang membimbing kita mencintai Allah dan akhirnya juga mencintai makhluk ciptaanNya.
3. Mempererat tali persaudaraan kepada sesama manusia serta sikap solidariti(kesatuan) yang tinggi; dan
4. Memperkuat keteguhan hati dan jiwa dalam diri kita.
Semua
makna qurban di atas harus dicermati dan diperhatikan baik-baik kerana
keikhlasan dan keseungguhan berqurban berarti pendekatan kita kepada
Allah SWT. Sikap iman dan taqwa juga meliputi itu semua. Kesedaran dalam
jiwa yang menumbuhkan sikap iman dan taqwa dalam diri kita dengan
makna-makna tersebut.
Hidup
di dunia merupakan rangkaian putaran kehidupan manusia yang panjang
yang bermula dari Allah (alam azali), lahir di dunia, meninggal dan
berada di alam kubur, dibangkitkan kembali dan perhitungan amal baik
serta jahat, kemudian hidup di akhirat, syurga atau neraka.
Ibadah
haji dan qurban sekali lagi mengingatkan kita terhadap kehidupan masa
lalu ( Adam, Qabil, Habil, Ibrahim, Sarah, Ismail) bagaimana mereka
berjuang dan berqurban untuk mendapatkan ridha Allah.
Ibadah
tersebut juga mengukuhkan semangat kita untuk merenungkan apa arti
qurban dan ibadah haji pada masa kini. Haji dan qurban adalah syariat
untuk pensucian jiwa, membersihkan kotoran yang ada pada hati kita,
sifat-sifat ananiyah atau egoisme dibersihkan melalui ibadah haji dan
menyembelih qurban.
Kita
tebar kepedulian sosial kita kepada sesama umat manusia melalui
pembahagian dagingqurban, dan persahabatan abadi kita jalin antara
sesama muslim sedunia melalui ibadah haji.
Juga
tujuan qurban adalah untuk menumbuhkan dan memantapkan rasa solidariti
sosial dengan sesama kaum muslimin sehingga diharapkan dapat
menjambatani kejurangan sosial antara yang mampu dengan tidak mampu,
apalagi dalam masa krisis ekonomi yang berkepanjangan seperti sekarang.
Ditambah
pula konflik yang terjadi di masyarakat seperti kezaliman di
Palestin,Gaza,Rohingya,Mesir,Pattani,Syria serta kebuluran yang menimpa
Afrika yang mana amat memerlukan bantuan kita sebagai sesama muslim.
serta untuk menguji apa dan siapa dan sebenarnya yang menjadi orientasi
atau tujuan hidup manusia, apakah harta atau kecintaan kepada anak
dibanding dengan kecintaan kepada Allah?
Tuesday, September 8, 2015
PERANG BERMULA......apabila SB cuba geletek First Lady.
Mulanya sekadar percikan api sahaja.Kini api sudah membesar.Nampaknya muncung "pistol" SB menghala ke arah isteri PMNajib.Di ungkitnya masa dan tugas mengiringi First Lady.Dulunya "muncung pistol" di hala ke arah Menteri Polis Zahid hingga Zahid mendakwa kepala mantan orang kedua SB ini sudah "masuk air".
Tidak pernah dalam sejarah dunia,SB cuba "bergocoh" dengan wanita bertaraf First Lady.Regim Marcos dulu tumbang pun bukan kerana SB tumbuk Imelda.Begitu juga bukan SB yang sepak Farah hingga tersungkur Shah Iran.Juga bukan SB yang terajang Ibu Tien hingga Suharto tewas.
Hebat juga perjuangan SB ini.Sanggup berjuang hingga "titisan darah terakhir".Sudah alami pengalaman "bertempur" dengan Tentera Solo dalam Lahad Datu War.Sanggup di kerat 16 demi pertahan Dr Mahathir.Tentunya mudah semudah "kacang" untuk "bertempur" dengan First Lady walaupun barangkali senjata ampuh First Lady adalah bomoh,dukun dan hantu puaka.
Sama-sama kita tunggu kesudahannya.Cumanya kita teringat "kisah zaman silam" hebatnya SB "berperang" dengan PAS. Ramai aktivis PAS di sumbat dalam Kem Kamunting,ramai guru PAS di eksport ke Sabah Sarawak hasil "kerja tangan" laporan SB.Ramainya aktivis PAS di ziarahi SB lewat larut malam,di takut-takut dan diugut..
Kini apabila Bos SB dan orang keduanya SB di masukkan dalam "peti sejuk" JPM,barulah berbunyi suara-suara aneh.Baru kini SB merasai betapa "enaknya" berkhidmat atas dasar politik.Apabila berkhidmat atas dasar politik maka bersedia hadapi tindakan politik.
Dulu kita seronok sakan ikut arahan orang politik untuk bertindak ke atas rakyat yang membayar gaji mereka.Tangkap,sembur air,pukul,sepak terajang bahkan sanggup tembak rakyat di Memali.Kini segalanya terkena atas batang hidung kita sendiri.Baru anda tahu betapa jahat dan kejamnya UMNO apabila anda berpaling arah !
Anda boleh beralasankan keselamatan negara atau apa sahaja 1001 hujah anda apabila terkena batang hidung sendiri. Ini adalah isu politik UMNO semata-mata.Ini adalah "peperangan lanun-lanun" semata-mata.Dulu rakyat jadi mangsa.Kini giliran SB pula.
Apabila ada sebahagian lanun-lanun tidak mendapat bahagian hasil lanunannya ke atas harta rakyat,maka berkokok dan mengamuklah mereka.Maka untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong kumpulan lanun yang tewas mengecapi hasil rompakan harta rakyat,di laungkan isu keselamatan negara.Skrip yang sama diulang-ulang.
Ketika DS Anwar dilebam-lebamkan matanya oleh IGP dan dalam masa yang sama PM Mahathir dakwa Anwar pukul kepalanya sendiri,di mana anda wahai segala mantan SB ? Adakah ketika itu anda masih bersifat "barua dan macai UMNO" dan belum "sedar" lagi permainan keparat UMNO?
Apapun,di harapkan pos kawalan kem-kem tentera diperketatkan lagi keselamatannya agar gedung senjata tiada berlaku kecurian bahan letupan C4 !
Thursday, September 3, 2015
AKSI MAUT APABILA POLITIKUS LUDAH DAN JILAT
LIHAT AKSI INI DENGAN SABAR DAN BERHEMAH : https://www.youtube.com/watch?v=t0RP6lsfYME
Ingat politikus...hari ini anda cakap itu ini begitu begini....entah esok lusa jilat kembali ludahan anda !
10 - 0 : PUNCA KEKALAHAN TEAM MALAYSIA
Inilah kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bolasepak moden.Banyak pakar-pakar bolasepak berikan fakto punca kekalahan.Semuanya salah.
Puncanya satu sahaja.
Iaitu,jangan adakan perlawanan di negara Arab terutama di Saudi dan UAE. Ini kerana pemain bola kita hanya bergerak kaki sahaja tetapi mata dan fikiran melilau-lilau mencari seseorang di tempat duduk penonton.
Pemain bola kita mencari-cari dermawan yang sudi berikan mereka duit derma RM2.6 bilion seperti saudara mereka di Malaysia.Manalah tau jika ada rezeki dapat derma dari Sheikh Arab telah yang dermakan Rm2.6 bilion kat orang Pekan tu.
Kalah 10-0 tiada malunya berbanding dapat ganjaran derma Rm2.6 bilion.Tak gitu Coach Dolah ?
Subscribe to:
Posts (Atom)