ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, August 17, 2015

BILA ROKET JATUH....



Mengapa DAP begitu kurang ajar mencampuri urusan dalam PAS seperti Pemilihan dalam muktamar Jun lalu.Juga begitu beria-ria memburukkan Presiden PAS?

Sebenarnya, DAP telah menghidu lama tentang masalah UMNO dan isu 1MD.DAP melihat jika UMNO mengalami masalah,tiada lagi parti baru di tubuhkan oleh ahli UMNO.Ahli UMNO telah melihat nasib malang Ku Li dan Semangat 46.

DAP melihat peristiwa 1998 apabila Anwar di buang dari UMNO.Yang mana orang Melayu mengalihkan sokongan mereka melalui peti undi kepada PAS. Hasilnya Terengganu dapat ditawan oleh PAS dan Kedah jatuh di tangan PAS tahun 2008.

DAP tidak mahu melihat ini berlaku lagi.

Caranya pecahkan PAS.Pecahkan PAS bermakna undi Melayu juga berpecah.Keduanya,sekarang PAS sedang ligat berusaha untuk angkat akta Hudud di Parliman untuk dikuatkuasakan kepada orang islam di Kelantan.Oleh itu DAP perlu "musnahkan,burukkan dan hodohkan" kepimpinan ulamak.Sasaran utama mereka adalah Presiden PAS sendiri.

Lihatlah,siang malam DAP melalui Lim Kit Siang dan anaknyanya Lim Guan Eng menyalak tentang Presiden PAS.Bagi mereka dua beranak tiada hari yang indah melainkan kerjanya maki hamun TG Haji Hadi.

Mari kita belajar sifir DAP :
Jika UMNO di tolak orang Melayu/Islam,undi PAS bertambah,
jika undi PAS bertambah bermakna PAS akan kuasai negeri majoriti Melayu
iaitu Kelantan,Terengganu,Perlis,Kedah.
jika negeri-negeri ini jatuh ke tangan PAS bermakna hudud akan dilaksanakan
jika hudud dilaksanakan maka keindahan dan keadilan Islam akan terserlah 
ini menyebabkan ramai non Muslim sokong PAS
maka DAP dalam bahaya dan bakal  gulung tikar !

Sunday, August 16, 2015

Apabila Anwar dikencing sekencing-kencingnya oleh DAP



Akhirnya dalang tercetusnya Langkah Kajang terbongkar.Saifuddin Nasution akhirnya melutut minta maaf kepada TS Khalid Ibrahim atas tuduhan fitnahnya kepada TSKI.

Selama berminggu-minggu TSKI dan Presiden PAS TG Haji Hadi dimaki hamun,difitnah akhirnya semua rakyat tahu siapa punya angkara dalam kes MB Selangor.

Rupa-rupanya dalam PKR juga ada GHB.Dalam kes ini Wan Azizah dan DS Anwar Ibrahim telah "dikencing sekencing-kencingnya" oleh GHB PKR Saifuddin dan Rafizi.

Yang pasti DAP paling gembira.Pertama, kerana Presiden PAS dihina dan dimaki oleh ahlinya sendiri(GHB PAS) dan yang kedua,TSKI dapat diturunkan.

Cumanya,harapan DAP mahu angkat Wan Azizah sebagai MB tidak kesampaian hasil kebijaksanaan TG Haji Hadi memintas rancangan jahat DAP.

Rupanya dalam PKR pun ada GHB macam dalam PAS.Kedua GHB samada dalam PAS dan PKR dibiayai oleh DAP.

Thursday, August 13, 2015

Kesilapan besar DAP.....



Sejak kematian Karpal Singh dan TGNik Aziz,perbezaan dan penentangan PAS-DAP semakin melebar.
Semasa hidup TG Nik Aziz dan Karpal,ada juga perbezaan dan "bertikam lidah" terutama isu Hudud.Tetapi kendur semula.TG Nik Aziz bijak bermain psiko apabila duduk sepentas dengan Karpal,arwah bergurau dengan maksud tersirat,"aku melihat bulan di dada Karpal".Bahkan arwah bawa kek sempena harijadi Karpal ke rumahnya di Pulau Pinang.

Soal Karpal maupun DAP tolak hudud,itu soal kedua.Hidayah di bawah kuasa Tuhan.

Kini sejak keduanya tiada lagi di dunia ini,semuanya jauh melangit.

DAP semakin "kurang ajar" dengan PAS.Amat jarang PAS menghina pimpinan DAP.Kita melihat PAS mengambil jalan "cermat,hemat,professional" apabila menyentuh rakan-rakan dalam PR.

Selepas menyakiti PAS dalam isu meraikan ADUN PAS Hulu Kelang dan Morib kemudian menghina Presiden PAS,menghuru hara kan PAS berpecah dua,DAP terutama Lim Kit Siang dan anaknya belum puas hati lagi dengan Presiden PAS.

Terkini,Kit Siang dakwa TG Haji Hadi bela PMNajib dalam isu 1MDB.Apa motif Kit Siang dan DAP ?

Kerja jahat Kit Siang dan DAP sedang berjalan :
1) mempengaruhi orang Cina dan non Muslim agar benci TGHaji Hadi,PAS,ulamak.
2) mempengaruhi golongan liberal Melayu Islam agar benci ulamak dan PAS dengan membuat persepsi ulamak dalam PAS khianat untuk bergabung dengan UMNO.
3) membentuk "Tentera Ahzab" bersama BN untuk menyekat hudud di Kelantan.
4) memecah belahkan orang Islam dari sudut politik.Usaha mereka berjaya dengan terbentuknya GHP.

Isu 1MDB adalah satu "bonus" buat DAP untuk melihat undi umat Islam berpecah lagi.

DAP semakin gembira apabila :
i) PAS berpecah jadi 2 team iaitu PAS dan GHP.
ii) UMNO berpecah  jadi 2 team iaitu team Najib dan team Muhyiddin.
iii) PKR berpecah  jadi  2 team iaitu team Azmin dan team Saifuddin/Rafizi.

Tetapi DAP tidak sedar,wajahnya semakin lama semakin menyerlah.Dulu,sejak berkawan dengan PAS,parti Islam untuk berjaya mengubah sangkaan orang Melayu terhadap DAP.Daripada parti chauvinis dan anti Islam kepada parti sederhana.

Kini,permainan jahat DAP telah di hidu oleh umat Islam.DAP kembali kepada wajah lama.Wajah hodohnya.Tambah satu lagi,macam perangai Yahudi.Mengadu dombakan sesama Islam/Melayu.

DAP tidak sedar semakin galak menyerang PAS dan Presidennya,semakin terbongkar dan terserlah wajah sebenarnya.

DAP perlu tahu,orang Islam mempunyai sirahnya untuk memahami politik.Antara pengajaran dalam Sirah ialah satu golongan Yahudi yang suka adu domba demi kepentingan sendiri.

Jika Yahudi zaman Rasulullah suka orang Arab bergaduh sesama sendiri demi perniagaan senjatanya,apakah DAP juga suka jika umat Islam meletakkan DAP di kandang yang sama dengan Yahudi?

Lim Kit Siang cuba tanya Ustaz Ahmad Awang ?




Tuesday, August 4, 2015

RM2.6 bilion :DERMA,GADAI ATAU JUAL ?


Tanah Rezab Melayu Puncak Genting seluas 14,800ekar dahulu di jual kepada taukey judi Lim Goh Tong.Asalnya kongsi bersama datuk kepada PMNajib dengan mendiang Lim Goh Tong.Akhirnya milik mutlak Lim Goh Tong.Genting menjadi kasino pertama di bina di Malaysia hasil kerjasama antara Tunku Abdul Rahman,datuk Najib,ayah Najib dan Lim Goh Tong.

Kalau dulu boleh begitu mudah tergadai tanah rezab Melayu untuk jadikan milik taukeh judi,apatah hari ini dengan Rm2.6 billion. Tergadaikah Malaysia kita menjelang Kemerdekaan ke 58 ini?

Adakah harga bumi Malaysia ini sekadar RM2.6 billion ? Singapura pun boleh terlepas.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...