Sangat
mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa
sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah
mencuri ubi kayu.
Di ruang
mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan
kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu
bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan.
Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan
tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak
dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap
undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta
(lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus
masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu
tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka
dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya
serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas
nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir
di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana
menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga
terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum
tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5
juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar
dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan
membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus
ladang yang mendakwanya.
Kisah ini
sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak
undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan
mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
MORAL CERITA DIATAS :
Bukan senang untuk dihukum pencuri.Apatah lagi mengikut hukum hudud.Bukannya tangkap terus potong tangan.Perlu perjalanan perbicaraan yang teliti dan saksama.
MORAL CERITA DIATAS :
Bukan senang untuk dihukum pencuri.Apatah lagi mengikut hukum hudud.Bukannya tangkap terus potong tangan.Perlu perjalanan perbicaraan yang teliti dan saksama.