ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
AMERIKA YANG BERWAJAH DUA "Aku tahu kau kecewa Oba..."kata Erdogan kepada Obama... 3 Julai 2013 Obama membisu seribu bahas...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Serangan ke atas tentera Mesir di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan 15 askar Mesir terbunuh menimbulkan persoalan. Antaranya : 1...
Friday, April 18, 2014
Belasungkawa Karpal Singh
DAP kehilangan tokoh yang hebat buat kali keduanya.Yang pertama adalah P.Patto.Kini Karpal Singh mengikut jejak P.Patto.
Karpal Singh satu nama yang sinonim dengan hudud dan khidmat kepada rakyat marhein.
Khidmatnya pada rakyat marhein dapat dilihat kepada kes-kes yang membabitkan perjuangan rakyat.Tiada diketahui samada mendiang mengena bayaran rendah ataupun khidmat percuma.Yang pasti,khidmatnya begitu dirindui golongan marhein.
Seorang yang "original secular" yang tegar.Semua disanggahnya jika bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.Tidak kira samada Perdana Menteri hinggalah Sultan.
Krisis Perak menyaksikan beliau bakal kehilangan kerusi MPnya. Dengan bermaruah,beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP sehingga kesnya selesai.Ajal terlebih dahulu menjemputnya.
Pertentangan pendapat antara beliau dengan Mursyidul Am PAS amat menarik terutama isu hudud.Jika sebelum matahari terbit TG Nik Aziz menyebutnya,maka sebelum terbenam matahari Karpal akan membalas kenyataan TG Nik Aziz.Begitulah sebaliknya.
UMNO begitu beria-ia untuk "lagakan" mendiang dengan TG Nik Aziz. Mengapa? Kerana kedua susuk badan ini begitu berpengaruh terhadap hubungan PAS-DAP.
Kemuncak "Perang Hudud" antara mendiang dengan TG Nik Aziz amatlah menarik. Dalam satu majlis bersama PR,TG Nik Aziz bergurau dengan mendiang. Satu gurauan antara orang tua. Ini ungkapan gurau TG Nik Aziz terhadap mendiang,:
"Saya melihat di dada Karpal tersemat BULAN...." Satu ungkapan mantik yang tinggi.
Selepas itu TG Nik Aziz menziarahi rumah mendiang.Tanpa disangka mendiang menghulurkan Kek Selamat Hari Jadi bahkan menghantar rapat ke pintu kereta semasa kepulangan Mursyidul Am PAS itu.
Menariknya tentang ungkapan,"Langkah mayat saya dahulu sebelum hudud dilaksanakan...",mendiang mengakui kenyataan itu dan memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut Satu sifat terpuji mendiang.
Kini, Sang Harimau Jelutong sudah tiada. Siapakah bakal penggantinya sebagai peguam rakyat marhein?
Siapakah gantinya sebagai "penentang hudud yang tegar"? Dan siapakah pula bakal UMNO "lagakan" dengan PAS?
Kini masih tinggal politikus veteran yang seangkatan umur dengan Karpal seperti TG Nik Aziz,Lim Kit Siang, Syed Hussin, Ku Li dan Dr Mahathir.
Politik Malaysia masih berwarna dan ceria dengan kelab veteran ini !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jom tengok pula apa Zul Nordin mencece pasal Karpal. Tapi tajuk tulisan dia 'BELASUNGKAWA MR KARPAL SINGH' bertarikh 17 April 2014.
Tajuk tokpepijat pulak 'Belangkasuwa Karpal Singh' bertarikh 18 April 2014.
Aku takde niat apa2, cuma untuk himpunan 'tribute' untuk Karpal.
http://zul4kulim.blogspot.com/2014/04/belasungkawa-mr-karpal-singh.html
Post a Comment