ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, November 26, 2012

Morsi - Erdogan mengancam Zionis !



Setelah seminggu menyerang Gaza, tiba-tiba Israel menghentikan serangan itu atas alasan setuju gencatan senjata yang diatur Mesir.


Mengapa begitu "mudah" Israel bersetuju?

Sebelum ini, dalam Gaza War yang berlangsung selama 3 minggu pada 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 yang mengorbankan 1400 penduduk Gaza, Israel begitu "liat " untuk menghentikan serangan.

Berbanding yang terbaru ini, sekadar menyerang seminggu yang mengorbankan 163 penduduk Palestin , regim Zionis begitu mudah membuat gencatan senjata.

Beberapa analisis dibuat mengapa begitu mudah Israel berbuat demikian . Antaranya :

i) Mereka terkejut dengan keupayaan HAMAS melancarkan roket hingga ke Tel Aviv. Sebelum ini serangan roket HAMAS sekadar menyinggah ke Sderot sahaja yang hanya 850 meter dari sempadan Gaza.Dulunya penduduk Sederot sejumlah 24,000 sahaja yang takut dengan serangan roket Al Qassam ini. Kini seluruh penduduk Ibukota Israel Tel Aviv 400,000 orang berada dalam ketakutan.

ii) Semasa serangan 2008 dahulu, Mesir di bawah Hosni Mubarak sekutu Amerika. ketika itu serangan dibuat sejurus selepas pertemuan antara Menteri Luar Israel Tzipi Livni dengan Hosni Mubarak di Kaherah. Serangan ini dilihat seperti ada pakatan dan persetujuan antara Mesir dengan Israel. Israel menyerang untuk musnahkan kekuatan HAMAS manakala Mesir menyokongnya demi menjarakkan pengaruh Ikhwalnul Muslimin ke atas HAMAS.

Tetapi kini Mesir di bawah Mohammad Morsi seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin. Seperti ada kegerunan di pihak Israel apabila kenyataan Morsi ketika mengecam Israel, "Mesir hari ini berbeza Mesir semalam dan Arab hari ini berbeza dengan Arab sebelum Arab Spring...".

iii) Israel juga melihat kerjasama Mesir dengan Turki begitu erat. Israel mempunyai sejarah
 " hitam " dengan Mesir dan Turki sebelum ini. Dengan Mesir, Israel pernah berperang beberapa kali dengan Mesir. Manakala dengan Turki, Israel melihat pengaruh Reccep Erdogan umpama penjelmaan semula Sultan Abdul Hamid ataupun Sultan Muhammad Fateh !

Untuk rekod, hingga kini Presiden Morsi belum bercakap dan berjabat tangan dengan pimpinan Israel dan hingga kini hubungan Turki dan Israel masih tergantung akibat serangan ke atas kapal Turki Mavi Marmara. Turki membuat tiga tuntutan ke atas Israel yang hingga kini Israel tidak memberi respon iaitu :
a) Regim Zionis mesti memohon maaf.
b) Regim Zionis mesti membayar ganti rugi ke atas mangsa.
c) Sekatan ke atas Gaza mesti dibubarkan.

Kini, Israel tidak boleh memandang mudah ke atas Mesir dan Turki. Jika dulunya Israel melihat Mesir dan Turki umpama kambing biri-biri, kini Regim Zionis melihat Mesir dan Turki sebagai Singa yang sedang mengaum!

Penyatuan Arab-Turki atas nama dan semangat Islam bakal mengubah lanskap politik dunia. Di kala Israel bergiat pesat menanam pokok Gharkad di serata tempat, Morsi dan Erdogan sedang giat membuat penyatuan semula ummah.

Menariknya, Ikhwanul Muslimin ditubuhkan untuk mengembalikan maruah ummah selepas kejatuhan Empayar Usmaniyyah Turki. Dan kini, Turki sedang bangkit semula dengan Islam dan Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslin. Dan kedua pimpinan Mesir dan Turki mengalami pengalaman yang sama iatu pernah dipenjarakan.

Menarik bukan? Apapun Gaza adalah ujian permulaan untuk Morsi dan Erdogan untuk mengatur seribu langkah ke arah solidariti ummah..Semoga Allah memberkati usaha anda berdua.

Kini, Ummah menunggu apa tindakan Morsi dan Erdogan jika Regim Zionis melanggar gencatan senjata dan menyerang Gaza lagi.


2 comments:

I'm KopiAis23 said...

Alhamdulilah...
Semoga Syiar Islam Kembali!!
Amin..

Chair Daily said...

subhanallah..alhamdulillah..semoga kita sama2 dpt membntu..amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...