Malam ini nasib mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa bakaln ditentukan oleh Majlis Syura yang bakal bersidang malam ini.
Sebarang keputusan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Ada yang mengharapkan keputusan Majlis Syura nanti memberi pukulan "KO" kepada Ustaz Nasha manakala ada yang berkecuali dan ada yang menunggu agar keputusan itu bakal memberi "peluru hidup atau bola tanggung " buat PAS.
Beberapa tindakan, faktor dan aksi Ustaz Nasha akan diambil kira oleh Majlis Syura sebelum menjatuhkan "hukuman" buat beliau.
Antaranya :
1) Tindakan beliau berjumpa PM Najib di Mekah tempoh hari. Adakah pihak PAS tahu tentang hal tersebut? Adakah Ustaz Nasha memaklumkan secara rasmi kepada PAS ?
Jika ada, hukumannya adalah
"ringan" kerana pertemuan beliau dengan PMNajib dalam makluman PAS.
Jika tidak, satu tindakan yang
"amat salah" walaupun niat yang betul. Kerana ianya menimbulkan fitnah kepada PAS sendiri. Menimbulkan kecurigaan antara sesama ahli dan antara parti gabungan PR.
Barangkali ada berhujah, Anwar jumpa Najib di Parlimen tidak apapun bahkan minum teh tarik.
Anwar bertemu Najib dalam keadaan dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah. Semua orang ada.
Semua orang dengar apa yang mereka cakapkan. Sekadar sembang-sembang.
Ustaz Nasha jumpa PMNajib dalam keadaan
"peperangan" bakal berlaku.(menjelang PRU 13).
Juga dalam keadaan
"perang saraf" rancak berlaku. Tiba-tiba keluar berita gambar beliau dengan PMNajib dan lebih
"dahsyat" keluar kenyataan agar PAS keluar PR.
Walaupun kenyataan berbentuk peribadi, tetapi ianya menzahirkan
"wajah sebenar" beliau. Bermakna beliau selaku Ahli Syura menentang keputusan Syura. Sepatutnya keputusan Syura mengenai dasar dan polisi parti wajib dipersetujui dan dipertahankan. Mana dia semangat syura beliau? Dalam mesyuarat angguk, keluar mesyuarat menentang.
Lebih
"cerdik" lagi beliau zahirkan
"wajah sebenar" beliau melalui media UMNO.
Sepatutnya beliau menyuruh Karpal Singh keluar DAP bukan suruh PAS keluar PR ! Kerana marahkan individu bernama Karpal, Ustaz Nasha mahu
"bakar kelambu" !
Lebih hebat lagi, Ustaz Nasha mahu
"bakar kelambu" dalam
"majlis" yang dihadiri Presiden "Parti Syaitan Yang Dikenali "(UMNO).
Seriusnya
"kesalahan" Ustaz Nasha kerana beliau adalah Ahli Majlis Syura. Jika sekadar mantan Timbalan Presiden atau Ahli Parlimen, tidaklah besar sangat kesalahan. Majlis Syura adalah pemandu arah perjalanan PAS.
Barangkali hukuman yang sesuai buat Ustaz Nasha ialah :
a) Amaran Keras.
b) Tidak mencalonkan semula jadi calon PRU 13.
c) Nasihat kepada beliau agar "berehat seketika" dan muhasabah diri supaya tidak alami nasib malang seperti Hasan Ali, Nakhaei dan beberapa kerat bekas "orang besar" PAS yang jadi pengemis dan penunggu kaki lima UMNO.
Mengapa Ustaz Nasha tidak dipecat macam Hasan Ali ?
Bukan kerana
"jasanya banyak" . Jasa arwah Dato' Asri lagi banyak.
Bukan kerana
" hebat ilmu dan strateginya". Ilmu dan Strategi Nakhaei lebih hebat.
Kerana atas satu sebab sahaja. Iaitu kita sayang kepada Ustaz Nasha. Kita tidak mahu Ustaz Nasha mengalami nasib Hasan Ali. Lihatlah nasib Hasan Ali.
Semakin jauh,jauh dan jauh dengan akhlak pembela Aqidah. Sudah pandai berposing-posing. Ini akibat beliau berjinak-jinak dengan suku sakat Parti Syaitan Yang Dikenali !
Kita sayang Ustaz Nasha atas dasar sayangkan iman dan akidah beliau.