ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Sunday, October 30, 2011
Antara Gaddafi dan Ibrahim Libya
Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.
Keduanya telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meningga juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.
Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..
Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !
Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.
Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?
Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.
Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir.
Bulan Oktober bulan Penglipur Lara Negara
Bulan Oktober setiap tahun adalah bulan laporan"pembaziran,pengkhianatan,penyelewengan" duit rakyat. Pada bulan tersebut Ketua Audit Negara akan kelek buku laporan untuk dibentangkan pada Parlimen bersama Belanjawan Negara.
Walaupun agak lewat tahun ini Laporan Ketua Audit Negara(LKAN) dibentangkan bersama Belanjawan Negara, laporannya tetap sama. Lagu dan iramanya tidak berubah! Penyelewengan dan pembaziran duit rakyat !
Seperti biasa macam skrip drama, bangkitlah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) untuk bersuara bagai" ngauman Singa dan Harimau" untuk menyiasat kes ini. Fail-fail baru dibuka untuk kes ini.
Adakah "ngauman SPRM" benar-benar berlaku? Atau sekadar "ngauman harimau kertas" ? Atau sekadar memenuhi "Pengarah Drama" ?
Melihat kes-kes bongkar oleh LKAN tahun 2006 pun belum selesai oleh SPRM sehingga sekarang masih belum menyelesaikan kes-kes salahlaku yang berpunca daripada perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi (inflated price) pada tahun 2006.
Antara kepincangan yang dilaporkan pada masa itu termasuk pembelian satu set pen yang berharga RM160 dengan harga RM1146, iaitu RM986 lebih mahal daripada harga pasaran.Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan dikatakan bersalahlaku apabila kemnterian berkenaan membeli sebuah jek kereta yang berharga RM50 dengan harga yang melampung tinggi, iaitu RM1664. Mana fail itu sekarang? Letak bawah karpet?
Mengapa kes-kes ini berulang-ulang setiap tahun? Adakah SPRM wujudnya sekadar penyedap mata memandang bangunannya yang tinggi hingga dua orang telah mati akibat "terjun" ?
Adakah LKAN sekadar "Penglipur Lara" ?
Jika ini perkara penyelewengan duit rakyat berulang-ulang berlaku, bermakna rakyat tidak gerun dengan SPRM. Mengapa ? Barangkali SPRM "gerun" dengan "arahan pihak atasan" yang ada bertindak atas arahan politik.
SPRM hanya kuat ngaumannya untuk parti pembangkang dan orang yang tiada kabel politik hingga ngauman SPRM boleh menyebabkan suspek "sanggup terjun" !
Tuesday, October 25, 2011
MESTI TAHU: Itu bukan ketirisan tetapi keuntungan!
Membaca Laporan Ketua Audit Negara(LKAN) setiap tahun umpama membaca "Laporan Keuntungan UMNO " . Setiap tahun terserlah ketirisan demi ketirisan di seluruh negara.
Umum tahu, setiap projek kerajaan samada tender terbuka maupun tertutup tidak dapat tidak syarat utamanya "mesti lagi wajib" orang UMNO, kroni maupun suku sakat BN. Itu realiti.
Apabila berlaku ketirisan di mana-mana Kementerian seperti harga laptop RM3,000 menjadi RM24,00 atau skrudrive dari RM30 menjadi RM230.00. Itu belum membabitkan kem tentera, penjara, balai polis, makmal komputer sekolah.
Bayangkan kerajaan begitu "bermurah hati" memberi peluang beberapa kali kepada kontraktor yang tidak siapkan projek jutaan RM untuk siapkan projek. Hingga bertukar banyak kali kontraktor, projek tetap tidak siap. Bahkan kalau dah siap, tidak ikut piawaian sebenar. Seperti kem tentera dan penjara di Sarawak.
Sebenarnya kes ketirisan berlaku mengikut "pangkat" dalam UMNO. Kes laptop, skru driver, bekalan makanan KEMAS, itu pangkat JKKK yang sapu dan jenis "bilis-bilis UMNO" sahaja.
Jika projek jutaan RM seperti pembelian senjata, pembinaan kem tentera, balai polis dan sekolah, itu bahagian "jerung-jerung dan paus" UMNO .
Modus Operandis mereka, "Baham duit projek dan enjoy". Itulah modus operandis lanun UMNO dulu, kini dan selamanya.
Rakyat sekadar tunggu berita. Berita apa?
" Stadium runtuh, jambatan runtuh, makmal runtuh, masjid runtuh, jet rosak, kapalselam tidak dapat menyelam, Nuri terhempas dan 1001 hikayat sedih rakyat Malaysia".
Baca LKAN sama seperti baca "keuntungan juak dan barua" UMNO.
Sunday, October 23, 2011
Gaddafi sudah selesai...bila pula giliran Bashar?
Setelah berada di tampuk kekuasaan lebih 40 tahun, akhirnya Kolonel Muamar Gaddafi mati dalam keadaan hina di tangan rakyatnya sendiri.
Gaddafi mengikuti nasib rakan-rakan Arabnya yang lain. Bermula Saddam Husien(Iraq), Zainal Abidin Ben Ali(Tunisia), Hosni Mubarak(Mesir) dan Ali Soleh(Yaman). Bakal menuruti nasibnya ialah Bashar Assad( Syria).
Kesemua diktator Arab ini mempunyai banyak persamaan. Antaranya :
i) Anutan ideologi yang sesat seperti sekular, Baath, sosialis,nasionalis, Buku Hijau dan anti Hadis.
ii) Menggunakan Islam sebagai perisai untuk lindungi sesesatan mereka.
iii) Mengambil Russia(Soviet) dan Amerika sebagai rakan taulan.
iv) Membunuh ramai aktivis Islamis seperti Ikhwanul Muslimin.
v) Menganggap Israel sebagai musuh di depan mata rakyat tetapi secara diam dan rahsia menjalinkan hubungan akrab dengan Israel.
vi) Mengumpulkan harta hasil mausul negara yang jumlahnya menjangkau bilion dollar Amerika.
Gaddafi semasa hayatnya berkuasa mempunyai perangai yang memalukan nama Islam. Walaupun atas nama pemimpin Arab, Gaddafi berlagak seolah-olah anti Israel dan Amerika tetapi hakikatnya beliaulah yang memuja Knesset dan White House.
Sudah menjadi lumrah Sang Diktator Arab bahawa mereka kononnya bersatu menentang Israel tetapi hakikatnya yang sebenar mereka bersatu " membunuh aktivis pejuang Islam".
Ribuan Mujahideen Libya yang kembali ke Libya setelah jihad di Afghanistan di bunuh, dipenjara dan disiksa di penjara-penjara Libya.
Walaupun Gaddafi ada membiayai " Universiti Islam" di seluruh dunia dan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Islam di seluruh dunia untuk belajar di Libya, itu sekadar "lipstik" untuk lindungi kejahatan, kesesatan dan kezaliman beliau.
Bukti "kehebatan Islam " Sang Diktator Arab apabila ditumbangkan ialah tinggalan longgokan botol-botol arak dan skandal-skandal di Istana mereka!
Kita menunggu kehancuran Bashar Assad pula. Anak kepada Hafiz Assad yang membunuh 25,000 umat Islam di Hamma tahun 1981.
Thursday, October 20, 2011
Cikgu Mi, tolong kawal HIMPUN dari serangan katak !
Apabila Menteri di JPM Jamil Khir Baharom dan polis memberi sokongan dan lampu hijau dalam HIMPUN yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam, tentunya kita mengimbau kembali semasa BERSIH 2.0 hendak diadakan.
Bermacam-macam tohmahan, provokasi dan tuduhan jahat dilemparkan. Polis dengan kerahan ribuan anggota dan SB berkeliaran di seluruh negara untuk mencari "pemakai baju kuning".
Tentunya ada sesuatu bakal berlaku Sabtu ini. Bukan rusuhan atau keganasan tetapi peluang untuk UMNO membelasah Pakatan Rakyat. Lihatlah NGO yang menyertainya. Kecuali Teras Melayu, PUM dan GAMIS, yang lainnya adalah pro UMNO.
Kita berharap Cikgu Azmi Abdul Hamid dapat mengawal suasana HIMPUN nanti. Jangan sampai seolah-olah HIMPUN seperti satu Perhimpunan PERKASA !
Inilah masanya buat Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali, Ibrahim Abu Shah dan satu spesis dengan mereka berdua untuk melepaskan amarah di khalayak ramai.
Ini peluang untuk mereka berucap berapi-api depan orang ramai. Jika sebelum ini tiada sambutan jika spesis ini berceramah. Hanya katak dan berudu sahaja yang hadir!
Harap ramai ahli PAS hadir sama untuk mengawal HIMPUN dari "serangan katak" Pasir Mas dan barua mereka.
Wednesday, October 19, 2011
Khairy...ajarlah kami petik kelapa.
Apabila Ketua Pemuda UMNO Khary Jamaluddin menulis dalam tweeternya mengenai ulasannya tentang fitnah anak KM Lim Guan Eng :
"Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”.
Kita melihat menantu Pak Lah ini mendedahkan lagi kebodohan dan berfikiran " biru". Otak lucah!
Dulu ketika bapanya jadi PM, dengan angkuh KJ menggelar BERSIH 1.0 semakin "beruk jalanan". Akhirnya dia sendiri jilat kahak hijaunya dan jadi "lebih beruk dari beruk" apabila menyertai Patriot dalam BERSIH 2.0 Julai lalu.
Semasa bahas Bujet 2012 di Parlimen, DS Anwar Ibrahim menempelak KJ , " ...baru saya tahu mengapa PMNajib tidak lantik jadi Menteri....". Sebabnya, bodoh sombong!
Rupanya budak Tingkat 4 zaman bapanya jadi PM bukanlah cerdik dalam berpolitik. Bodoh.
Terserlahnya KJ berfikiran "biru" apabila beliau percaya dengan fitnah blogger barua dengan pantas mengulas fitnah itu dalam tweeternya. Guan Eng bakal menyamannya jika tidak meminta maaf.
Sebenarnya, bidang politik bukan bidang sesuai untuk KJ. Beliau lebih sesuai terjun dalam bidang model. Sesuai dengan otaknya yang "biru", bolehlah beliau bergelumang dengan peragawati dan model.
Jika KJ masih bodoh juga, bolehlah dia buka kelas untuk ajar beruk-beruk cara memetik kelapa!
Sunday, October 16, 2011
Apabila nyanyuk menjadi suatu kenikmatan......
Bila Dr Mahathir melabel Pakar Undang-Undang Dr Aziz Bari sebagai "kurang ajar" kerana sikapnya menegur Sultan Selangor, ini semacam satu "lawak jenaka" bagi politik Malaysia.
Pelik betul perangai Mahathir. Semua orang tidak betul. Dia sahaja betul dan bagus. Adakah ini tanda umurnya diambang sore. Mengidap sindrom kenyanyukkan?
Selama 22 tahun berkuasa, boleh dikatakan sifat dan perangai ini ada pada Mahathir. Antaranya:
Pembunuh - 14 ulamak dan orang kampung syahid di Memali.
Pendendam - 3 Timbalan Perdana Menteri dibuang. Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Pelondeh - Raja Melayu dilondeh dan diaibkannya semasa krisis Perlembagaan.
Pengugut - Kerajaan Kelantan diugut kes Hudud.
Perompak - Royalti Minyak Terengganu dirompak tahun 2000.
Nyanyuk Mahathir berbeza dengan orang biasa di Malaysia. Orang biasa nyanyuknya bercakap merapu, berak kencing merata dan ingatannya sudah pudar.
Nyanyuk Mahathir pelik. Dia bercakap umpama jilat kahak hijaunya semula.
Kita bimbangkan satu masa nanti rakyat melihat Mahathir berucap di mana-mana umpama ucapan "mahasiswa Universiti Tanjung Rambutan atau Universiti Tampoi".
Ya Allah...adakah ini kifarat untuk Mahathir atau doa arwah Ustaz Fadhil semakin menjadi kenyataan?
Thursday, October 13, 2011
Apakah Raja-Raja Melayu itu maksum?
Apabila Dr Aziz Bari seorang pakar undang-undang "menegur" Sultan Selangor dalanm isu pemeriksaan gereja di Damansara, bangkitlah juak-juak UMNO meminta polis siasat Dr Aziz di dakwa mengikut Akta Hasutan 1948.
Dalam isu "menegur" Raja Melayu, kita masih ditakuk zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Di kala dunia beriklim globalisasi, era internet dan demokrasi, masih umat Melayu berfikiran kuno dan jumud.
Kita masih keliru dengan istilah hasutan, teguran dan hinaan. Mari kta bandingkan perbezaan antara istilah-istilah itu dan contohnya.
Hasutan - mengempen dan mengajak rakyat agar menghapuskan Sistem Pemerintahan Raja -Raja Melayu.
Teguran - menegur Raja Melayu kerana minum arak, isteri tidak tutup aurat, berjudi atau berpihak kepada parti politik.
Hinaan - menggelar Raja Melayu sebagai "natang", mengajak Raja Melayu masuk politik, menabalkan Raja Melayu di bawah pokok, mengatakan Raja Melayu pembela gundik, men"londeh"kan keaiban Raja-Raja Melayu.
Kita melihat di kala Raja-Raja Melayu sudah ramai yang mula mengamalkan Islam sebenar seperti isteri menutup aurat, menukarkan kalimat Daulat kepada Allahu Akbar, sering solat berjemaah bersama rakyat dan berpuasa sunat sebaliknya juak-juak UMNO masih berfikiran jumud dan dibawah tempurung.
Perangai UMNO masih tidak ubah-ubah dulu,kini dan selamanya. Menggunakan Raja Melayu dikala lemah dan "melondehkan, mengaibkan, mengugut" dikala kuat.
Perangai UMNO sama 100% macam perangai Penjajah British semasa penjajahan keatas Tanah Melayu.
Alhmdulillah, sudah ramai Raja Melayu faham dan tahu perangai jahat UMNO.
Dan yang paling cerdik dan pakar buat kerja-kerja hina, ugut dan aibkan Raja-Raja Melayu ialah Dr Mahathir. Ini adalah fakta dan sejarah. Bolehlah Dr Ramlah Adam rekodkan untuk tatapan generasi mendatang.
Apabila nilai SATU sama dengan 1027.
Akhirnya Israel mengakui kekuatan dan kehebatan HAMAS. Setelah berkeras kepala hampir 6 tahun, regim Zionis akhirnya menyerah kalah dan mengiktiraf kehebatan dan kekuatan HAMAS.
Semuanya demi nilai seorang warga Israel yang sekadar berpangkat kopral dalam Angkatan Pertahanan Israel(IDF). Regim Zionis bersetuju untuk membebaskan 1.027 tahanan Palestin bagi pembebasan Gilad Shalit.
Gilad Shat yang ditawan oleh HAMAS pada 25 Jun 2006 di Gaza dalam satu serangan ke atas pos kawalan Zionis.
Sehari selepas penawanan Gilad, HAMAS mengeluarkan kenyataan syarat pembebasan Gilad dengan 2 syarat iaitu mengakhiri serangan Gaza yang dilancarkan tiga hari selepas penawanan Gilad dan pembebasan 1,000 tahanan Palestin di penjara Israel.
Malangnya regim Zionis tidak mahu memenuhi tuntutan HAMAS sehingga menjadi isu yang besar di Israel. Ramai rakyat Israel mendesak kerajaan mereka agar memenuhi tuntutan HAMAS.
Apabila Netanyahu menjadi Perdana Menteri Israel kali keduanya pada 2009. Usaha pembebasan Gilad diteruskan. Berlaku tawar menawar. Bahkan pihak Vatican juga pernah menjadi orang tengah untuk pembebasan Gilad tetapi gagal.
Bagi Israel, berunding dengan HAMAS bermakna mengiktiraf kekuatan dan kehebatan HAMAS. Itu antara faktor keengganan Israel untuk berunding dengan HAMAS.
Akhirnya setelah lama mendapat desakan dari rakyat sendiri dan kaum keluarga Gilad, regim Netanyahu akhirnya mengalah dan akur dengan permintaan HAMAS.
Di sini kemenangan moral dan maruah buat HAMAS. Bayangkan regim pengganas Zionis terpaksa melepaskan 1,027 orang pejuang Palestin demi nilai seorang askar yang sekadar berpangkat koperal dalam IDF.
Bagaimana jika selepas ini HAMAS dapat menawan seorang yang berpangkat Jeneral ?
Thursday, October 6, 2011
6 Oktober....Perang Badar Moden
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun dikenali dikalangan negara Islam sebagai Perang Ramadhan pada Oktober 1973.
Dalam peperangan yang berlangsung bulan Ramadhan itu, Tentera Mesir dengan bantuan sukarelawan Ikhwanul Muslimin dan ditiup dengan semangat Badar berjaya merampas kembali Terusan Suez seterusnya melepasi Semenanjung Sinai yang dijajah Israel sejauh 15km. Dan akhirnya berjaya memusnahkan Kubu Pertahanan Israel yang di kenali sebagai Bar Lev. Israel mendakwa kubunya itu terkebal di dunia ketika itu.
Hasil semangat jihad yang berinspirasikan Ghazwah Badar Al Kubra itu, Israel merasai kekalahan yang memalukan sejak Ghazwah Khaibar dalam Peperangan Yom Kippur ini yang berlangsung selama 20 hari. Seramai 3,000 orang tenteranya terbunuh,7,000 cedera, 314 jadi tawanan perang.
Manakala pesawat pejuangnya musnah sama sekali sebanyak 102 buah dan 300 buah kereta kebalnya hangus terbakar.
Akibat menanggung malu, Perdana Menteri Golda Mier, Menteri Pertahanan Moshe Dayan dan Panglima Tenteranya David Eliarzer meletak jawatan.
Inilah perang terbesar antara Tentera Islam dengan Yahudi sejak Ghazwah Khaibar. Juga pertempuran pertama secara terbuka.
Rekod Sirah merekodkan tiada berlaku peperangan secara terbuka antara Islam dengan Yahudi sejak zaman Rasulullah. Semuanya berlangsung secara kepungan ke atas Kota Yahudi. Iaitu pengepungan Kota Bani Qainuqa', Bani An Nadhir dan Bani Quraizah. Kemuncaknya adalah Ghazwah Khaibar. Juga secara pengepungan.
Ini bukti Yahudi bangsa yang amat penakut sekiranya Tentera Islam berjihad dengan obor keimanan.
Malangnya rekod kegemilangan Tentera Mesir ini dikhianati oleh Presidennya sendiri Anwar Sadat seorang pemuja Kamal Artaturk. Lima tahun selepas peristiwa gemilang itu, Sadat menjejak kaki di bumi Palestin atas undangan Perdana Menteri Israel Menachem Begin dan berucap di Parlimen Israel, Knesset pada November 1977.
Setahun kemudian, Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Yahudi dengan dikenali sebagai Perjanjian Kem David pada tahun 1978.
Ramai rakyat Mesir dan Dunia Arab marah dengan tindakan Sadat. Sadat membalas protes rakyatnya dengan operasi besar-besaran menangkap ramai pengikut Ikhwanul Muslimin untuk di sumbat dan disiksa di penjara Mesir.
Akibat pengkhianatannya terhadap Islam, Sadat menerima akibatnya pada Hari Pembarisan Mengingati Perang Yom Kippur pada 6 Oktober 1981.
Semasa asyik melihat lintasan hormat jet pejuang Angkatan Udara Mesir di angkasa, tiba-tiba satu pasukan Tentera Mesir yang diketuai Lt. Khaled Islambouli mula meledakkan tembakan dan lemparan granede ke arah sasaran pentas kenamaan. Sadat terbunuh serta merta dalam usia 63 tahun.
Semasa pengkebumian Sadat, tiada pemimpin Arab menghadirinya kecuali Sudan.
Hinanya Sadat mati di tangan tenteranya sendiri di hari kebesaran meraikan kemenangan menentang Yahudi
MESTI TAHU : 3 sebab mengapa klip ini diharamkan.
Mengapa klip video tentang kempen "UNDILAH" ditarik balik(diharamkan?) oleh kerajaan dari disiarkan oleh TV?
Melihat kepada klip video itu sepanjang 4.38minit, dapatlah kita tahu sebab-sebab utamanya.
Antaranya, pertama tentang penampilan Ku Li sebagai "pelakon" utama klip itu. Dengar betul-betul pengucapan beliau dalam klip itu.
"Malaysia negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam masalah, tak perlulah saya sebutkan, kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini.......ia memang banyak masalah...Malaysia perlukan kita semua..."
Kedua dari segi gambar pula, cuba lihat cara penampilan gambar PMNajib di siarkan. Terlalu cepat dan pantas. Ada kalanya ada "seekor" maskot bersama gambar Najib. Apa maknanya?
Dan ketiga ada foto Hospital Tung Shin. Semua maklum hospital ini pernah timbul kontroversi pada 9 Julai yang lalu akibat penembakkan gas pemedih mata dan semburan air asid keatas Hospital tersebut. Apa maknanya?
Tentunya UMNO marah kerana ianya bakal mengingatkan kembali rakyat tentang BERSIH 2.0 dan kejahatan polis menembak pemedih mata kearah hospital.
Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.
Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.
Umum tahu, Ku Li masih "bernafsu" untuk jadi PM. Dan ini ancaman kedua kepada PMNajib selepas Anwar Ibrahim.
Di kalangan pimpinan UMNO terdapat 3 kem yang mempunyai penyokong masing-masing dan mempunyai impian untuk menjadi PM selain Najib iaitu Muhyiddin dan Ku Li.
Dengan penyiaran klip video ini walaupun atas kempen UNDI, sekurang-kurangnya satu promosi buat Ku Li.
Klik ini : http://www.youtube.com/watch?v=BT8bX7cPNT8
MESTI BACA : Mengapa cincin puaka RM24juta kembali ke USA ?
Apabila Menteri Nazri Aziz mengesahkan wujudnya cincin RM24 juta mendarat di bumi Malaysia mengesahkan dakwaan 98.9% kebenaran cerita tentang cincin itu.
Antara yang pasti ialah :
1) Wujudnya cincin berharga RM24 juta.
2) Cincin RM24 juta itu masuk ke Malaysia dengan kebenaran Kastam Malaysia.
3) Cincin RM24 juta itu "bertapa" beberapa hari di Malaysia.
4) Setelah "penat bertapa", akhirnya cincin itu kembali semula ke kilangnya di Amerika.
Jadinya, timbul beberapa persoalan :
1) Siapakah yang "memanggil" cincin itu datang ke Malaysia ?
2) Siapakah yang "menziarahi" dan sempat memakainya seketika sepanjang pertapaanya di negara ini?
3) Dimanakah tempat pertapaan cincin tersebut ?
4) Mengapakah cincin itu "merajuk" kembali semula ke Amerika?
Bilakah cincin itu akan kembali semula ke Malaysia ? Dan adakah lena tidur orang yang memanggilnya tetapi terpaksa memulangkan kembali ? Kasihan.
Barangkali kedatangan Cincin RM24 juta selepas ini tanpa pemeriksaan Kastam.
Apapun, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita pakat-pakat tengok jari jemari "dia" dan periksa akaun duit PERMATA RM111 juta. Bukan apa, takut "dia" gunakan untuk beli cincin itu!
Tahniah buat PMNajib yang bertindak pantas "mendengar" keluhan rakyat dan "mengorbankan" cincin RM24 juta demi mendahulukan kepentingan rakyat!
Sunday, October 2, 2011
IJN bakal di ziarahi Mahathir lagi ?
"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.
"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.
Barangkali ramai pimpinan UMNO dan pemerhati politik menunggu-nunggu ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam Dewan Milineum sempena Kongres 60 tahun usia PAS.
Bagi PM Najib dan UMNO, ucapan LGE "penentu PRU 13 ". Ini kerana jika DAP melalui mulut LGE mengisytiharkan DAP keluar dari PR kerana menentang hudud, esoknya Parlimen bakal dibubarkan.
Media barua Utusan bakal menyiarkannya dengan tajuk besar " DAP keluar PR ". Manakala TV barua TV3 bakal mencari-cari pimpinan PAS untuk diminta ulasan.
Pokoknya, UMNO dan media barua "berjoget sakan togok todi " merayakan peristiwa besar itu !
Malangnya! LGE dan DAP masih "waras" lagi. DAP belajar daripada peristiwa tahun 2000 apabila keluar dari Barisan Alternatif kerana menentang hukum hudud.
Amat berbeza pandangan DAP berbanding UMNO tentang hukum hudud.
DAP menentang hudud kerana bagi tafsiran mereka ianya bertentangan dari segi perlembagaan.
UMNO menentang hudud atas dasar apa ? Kerana akan berkurangan batu jalan, ketinggalan zaman, boleh buat sup tangan dan sebagainya ?
DAP parti sekular yang dipimpin non Muslim. UMNO didakwa parti Islam terbesar dunia dipimpin oleh orang Melayu Islam.
Barangkali manusia yang paling kecewa dan pedih mendengar ucapan LGE adalah Dr Mahathir. Kerana dia yang pertama melontarkan "umpan" kepada PAS. Malangnya PAS dan DAP pakat "jelir" umpan Mahathir.
IJN ! Siap sedia jantung Mahathir bermasalah lagi akibat "umpan" busuknya !