ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Sunday, May 22, 2011
Ada "permainan baru " untuk Anwar....
Menjelang PRU 13, bertalu-talu UMNO menyerang Pakatan Rakyat. Kerabat UMNO yang lain agak kendur sedikit kecuali Chua Soi Lek yang kadang kala menyerang PR terutama membawa isu menghina Islam.
UMNO kini menyerang bertubi-tubi, bertali arus dan berterusan.
Pertama, UMNO menyerang PKR dengan menggunakan mahkamah, ROS, media dan polis. Sasaran utama adalah Anwar Ibrahim. Menyerang Anwar, UMNO menggunakan Mahkamah. Perbanyakkan kes yang dicipta untuk Anwar. Kini ada 2 kes "tersangkut" iaitu (Saiful dan video ). Kes ini berserampang dua mata. Iaitu untuk humbankan Anwar dalam penjara dan menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.
Serangan ini sudah masuk fasa terakhir. UMNO kini melihat samada hendak terus humbankan Anwar ke Sungai Buloh atau meneruskan "permainan baru".
Jika UMNO melihat kesan Anwar dipenjarakan tidak begitu menjadi makan "permainan baru" dicipta. Iaitu bebaskan Anwar dari kes Saiful dan mengajak Anwar turun naik mahkamah untuk kes video Datuk T.
Matlamatnya untuk memalukan Anwar dan keluarganya.
Kedua, UMNO menyerang DAP dengan menimbulkan isu perkauman dan agama. Banyak kes yang bakal "menjelma" di Utusan, media barua UMNO.
Kes Kristian baru sahaja timbul tetapi malangnya ianya tidak " melekat " . Cepat-cepat PMNajib jumpa paderi.
Selepas ini isu DAP mahu jadi Menteri Besar. Zahid Hamidi sudah mula melontarkannya. PERKASA tunggu masa untuk buat demostrasi.
Umum mengetahui, kini UMNO dan kerabatnya MCA dan GERAKAN kini kehilangan undi dan sokongan kaum Cina.
UMNO sudah putus harapan menarik undi dan sokongan orang Cina. Maka kini UMNO sedaya upaya bermain api dengan menarik sokongan orang Melayu. Cara bermain api UMNO ialah menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap DAP dan orang Cina.
Pelbagai isu ditimbulkan. Antaranya isu Kristian kerana majoriti Kristian adalah orang Cina dan isu jawatan MB dari DAP.
UMNO akan pastikan suasana harmoni antara kaum Melayu dan Cina melalui Pakatan Rakyat akan terlerai dengan meniupkan api perkauman. Lagu 13 Mei akan terus berkumandang di media barua UMNO seperti Utusan, NST, TV3 dan RTM.
Ketiga, serangan UMNO terhadap PAS berkisar kepada 2 perkara. Pertamanya isu pemilihan PAS bulan depan. Sehari dua ini media barua UMNO begitu senang keluar berita tentang pemilihan pimpinan PAS.
Tujuannya agar ada seorang dua pimpinan dapat di"jerat" untuk ditemubual dan seterusnya mencipta isu baru untuk PAS. UMNO akan menyerang PAS dengan cara mengadu domba pimpinan dan ahli tentang pemilihan. Ditimbulkan isu kem Erdagon dan Kerajaan Perpaduan, imej TG Nik Aziz buruk manakala imej TG Haji Hadi " disolekkan dengan cantik".
Keduanya, UMNO menyerang PAS dengan membuat provokasi isu Negara Islam. Tujuannya melagakan PAS dengan DAP. Provokasi ini pernah berhasil selepas PRU 1999 dengan DAP menarik diri dari Barisan Alternatif.
Maka perlunya pimpinan PR membuat beberapa perkara untuk mendepani serangan UMNO. Antaranya :
i) Setiap kali timbul isu perkauman dan agama oleh UMNO/BN maka PR mesti membuat sidang media yang turut sama pimpinan tertinggi.
Cuba anda bayang jika UMO timbulkan isu Negara Islam, PR membuat sidang media yang dihadiri oleh TG Nik Aziz dan Karpal Singh untuk menjawab balik isu tersebut.
Begitu juga jika UMNO timbulkan isu nasib orang Melayu di Pulau Pinang, sidang media PR bakal dihadiri oleh TG Haji Hadi dan KMLim Guan Eng .
ii) Mulai sekarang, setiap program PR mestilah dihadiri secara bersama oleh pimpinan tertinggi PR. Hatta jika ada program Solat Hajat atau Munajat, pimpinan DAP perlu hadir sama untuk menunjukkan solidariti antara PR.
Sunday, May 15, 2011
MEMPERINGATI PERISTIWA NAKHBAH 15 MEI
Cuba bayangkan satu hari rumah anda di serang sekumpulan perompak yang zalim dan kejam. Mereka membunuh ibubapa anda. Mereka juga merogol kakak dan adik perempuan anda. Seterusnya menduduki rumah anda.
Anda ketika itu masih kecil ditangkap oleh perompak itu. Mereka arahkan anda tinggalkan rumah tempat kelahiran anda.
Setelah 63 tahun peristiwa hitam itu berlaku, anda kembali semula ke rumah anda dan menuntut hak kepada anak-anak perompak.
Anak-anak perompak bersetuju dengan tuntutan anda tetapi dengan bersyarat. Anda cuma boleh duduk di dalam sebuah bilik kecil yang terdapat dalam rumah itu. Anda juga mesti mendapat kebenaran dari mereka jika mahu keluar dari bilik tersebut.
Anda hanya dibenarkan memiliki senjata sekadar sepucuk pistol air dan sebilah pisau plastik. Manakala kenderaan yang dibenarkan untuk anda hanyalah seekor kuda kepang.
Ramai penduduk kampung itu termasuk ketua kampung mengiktiraf anak perompak itu adalah pemilik rumah itu dan anda sekadar penumpang atau penyewa sahaja.
Hinakah anda? Wajar dan patutkah begitu layanan untuk anda?
Petunjuk:
Anda - rakyat Palestin.
Rumah anda - Bumi Palestin.
Sekumpulan perompak - Pengganas Zionis Irgun, Stern dan Haganah.
63 tahun - Peristiwa Nakhbah.
Anak-anak perompak - Pemimpin Israel kini.
Sebuah bilik kecil - Gaza dan Tebing Barat.
Pistol Plastik - Kalashnikov AK 47.
Penduduk Kampung - Negara di dunia.
Ketua Kampung - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Thursday, May 12, 2011
Bersedia hadapi PELAN KEDUA Umno
Pandai PMNajib berlakon!. Setelah isu Kristian mengundang kemarahan rakyat termasuk sekutu UMNO, sekonyong-konyong PMNajib panggil paderi-paderi.
Kononnya telah janji dua minggu lepas. Boleh percaya ke?
Melihat kepada kenyataan Hata Wahari, bahawa setiap minggu PMNajib bermesyuarat dengan Ketua Pengarang Utusan untuk tentukan agenda dan isu yang akan disiarkan oleh Utusan.
Ini membawa makna segala isu yang disiarkan oleh Utusan dibawah pengetahuan PMNajib.
Sebenarnya semua skrip ini adalah diatur oleh UMNO untuk melemahkan PAS, PKR dan DAP.
Isu video ditujukan kepada Anwar dan PKR.
Kemudian isu ajak PAS bersama UMNO bertujuan agar timbul kesangsian dan keraguan PKR dan DAP terhadap kesetian PAS dalam Pakatan.
Akhirnya ditimbulkan isu Kristian yang ditujukan kepada DAP agar orang Melayu benci kepada DAP dan benci kepada PAS kerana bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Sekarang lengkaplah "serangan perang saraf " terhadap PKR, DAP dan PAS.
Tentunya UMNO ada pelan kedua jika semua perang saraf itu menemui kegagalan.
Adakah pelan kedua akan lebih agresif dan ganas?
Adakah kerosakkan brek kereta Anwar antara pelan kedua itu?
Tuesday, May 10, 2011
Siapakah yang paling gembira di Malaysia kini?
Apabila isu video lucah ciptaan trio Datuk T disebarkan, Anwar Ibrahim jadi mangsa. Media begitu rakus dan jahat memainkan dan sensasikannya. Bahkan disiarkan gambar-gambar lucah didalamnya.
Polis sekadar keluarkan kenyataan mahu siasat. IGP kata tulen. Peliknya sampai kini ianya tidak selesai. Malah disiarkan dalam You Tube, sedang hanya polis memilikinya. Dalam keadaan ianya disiasat, tiba-tiba timbul di Kelantan, seorang pegawai atasan Polis dari SB Bukit Aman membuat perjumpaan dengan guru-guru untuk menghentam Anwar Ibrahim.
Sampai kini IGP membisu dengan perangai jahat pegawainya itu.
Kini, timbul pula isu Kristian. Ianya disensasikan oleh Utusan Malaysia untuk lariskan jualan akhbarnya yang semakin merundum.
Sekonyong-konyong Menteri KDN Hisham keluarkan kenyataan mahu siasat. Ayat dan skrip yang sama digunakan oleh mana-mana menteri dan IGP jika melibatkan kepentingan UMNO.
Isu video belum selesai, timbul isu Kristian...selepas apa pula ?
Yang pasti, kita yakin isu video dan Kristian tidak akan selesai di"siasat" dan akan pasti timbul isu lain pula yang bakal dimainkan oleh UMNO melalui Utusan dan yang sejenis jahat dengannya.
Kita melihat ini semua permainan UMNO belaka. Polis jadi perkakasnya. Lihatlah bagaiman polis dan KDN bertindak. Semuanya macam kura-kura.
Siapakah yang paling gembira sekali di Malaysia di waktu ini?
Tentunya Datuk Eskay dan gengnya serta Utusan Malaysia.
Mengapa? Kerana tiada siapapun di Malaysia berani sentuh mereka hatta bulu roma!
Friday, May 6, 2011
MESTI BACA : Kita mesti percaya "versi kedua" Usamah.
Pelbagai spekulasi timbul di seluruh dunia mengenai insan yang bernama Usamah bin Laden. Ada yang positif ada yang negatif. Ada anggap beliau sebagai Mujahid ada juga labelkan sebagai pengganas.
Ada percaya Usamah bin Laden wujud dan juga tidak percaya kewujudannya. Terpulang kepada diri masing-masing. Ianya tidak babitkan akidah!
Nama Usamah bin Laden timbul setelah berlaku penaklukkan Soviet Union (kini;Russia) keatas Afghanistan. Namanya sinonim dengan nama Assyahid Abdullah bin Azzam. Keduanya orang Arab.Cumanya Usamah dari Hijaz manakala Abdullah Azzam dari Palestin.
Dilaporkan asalnya Usamah dan Abdullah adalah rakan baik yang mempunyai matlamat yang sama iaitu membantu Mujahidin Afghanistan menghalau Soviet dari buminya. Usamah mempunyai kelebihan dari segi kewangan, Abdullah pula mempunyai kelebihan dari segi pengalaman berjuang di Palestin dan tarbiyyah.
Gabungan keduanya inilah mengumpulkan ramai mujahid-mujahid dari segenap bumi Arab berkumpul di Pakistan dan Afghanistan untuk berjihad. Antara markaz terkenal tempat berkumpulnya mujahid-mujahid Arab ialah Baitul Ansar di Peshawar, Pakistan.
Markaz Baitul Ansar dipercayai diasaskan oleh kedua orang ini. Tidak lama kemudian, Usamah dan Abdullah berpecah. Tidak diketahui punca mereka berdua berpecah. Assyahid Abdullah bin Azzam syahid pada tahun 1988 angkara pengeboman.
Adakah Usamah seorang agen CIA ? Ramai orang mempercayai termasuk Gerakan Islam. Ini berdasarkan aktivitinya yang membuat serangan berani mati. Yang mana ianya merosakkan imej Islam sebagai agama pendamaian.
Adakah Usamah dan Al Qaedah melakukannya? Atau Amerika sengaja menjadikannya sebagai "scapegoat" ?
Peliknya Usamah dan Al Qaedah ada dimana sahaja di dunia kecuali Palestin. Mengapa tiada aktiviti Usama dan Al Qaedah tiada di Palestin? Adakah kerana sudah ada HAMAS?
Mungkinkah kisah dan perjalanan perjuangan Usamah dan Al Qaedah sama seperti Chin Peng dan PKM dari segi perjalanan perjuangan bukan dari segi akidah. Dari segi akidah tentunya 100% berbeza. Usamah dengan Islam dan Jihad manakala Chin Peng dengan komunis dan tukulsabit besinya.
Cuba lihat kronologi perjuangan Chin Peng. Mula asalnya British menolong dan membekalkan senjata kepada Chin dan PKMnya untuk menghalau Jepun dari bumi Malaya. Akhirnya apabila Jepun kalah. Chin Peng dan PKM tidak pulangkan semula senjatanya kepada British bahkan melawan balik British.
Disini, adakah kita melihat British sebagai pihak yang membekalkan senjata kepada PKM sebagai menyokong idealogi komunis? Tentunya tidak. British sekadar gunakan Chin Peng dan PKM untuk menghalau Jepun.
Begitulah yang berlaku kepada Usamah dan Al Qaedah. Amerika melalui CIAnya melatih, membekalkan senjata kepada Usamah dan Al Qaedah atas dasar untuk menghalau Russia dari bumi Afghanistan. Bukannya Amerika sokong idealogi yang dianut oleh Usamah dan Al Qaedah.
Apabila Chin Peng dan PKM mula "lawan taukeh", Britishpun jadikan Chin Peng dan PKM sebagai "scapegoat"(kambing hitam). British lakukan sabotaj dan tuduh PKM melakukannya.
Sama seperti kes Usamah dan Al Qaedah. Apabila Russia berundur dari bumi Afghanistan, Usamah dan mujahid-mujahid Arabpun balik ke negara masing-masing untuk gulingkan kerajaan mereka.
Begitu juga apabila Usamah mula menentang penempatan tentera Amerika di Saudi, maka disitulah bermulanya "peperangan" antara Amerika dan Usamah.
Seperti biasa sama seperti taktik British terhadap Chin Peng dan PKM, apabila Amerika lakukan sabotaj di WTC dalam Peristiwa 9/11 maka Usamah dan Al Qaedah dijadikan kambinghitam.
Yang pasti Usamah wujud. Perjuangannya suci bersih untuk penentang kejahatan Amerika dan mustakbirin. Tetapi "nama glamournya" dijaja oleh Amerika setiap kali sabotaj dilakukan oleh Amerika.
Barangkali Usamah sudah syahid ketika Amerika serang Afghanistan 2002 di Bora-Bora. Tetapi Amerika perlu "hidupkan" wataknya demi kelangsungan sabotaj-sabotaj oleh Amerika.
Kini setelah Amerika telah "letih", maka watak Usamah perlu "dikuburkan" di laut!
Peliknya PMNajib dan sepupunya seronok sakan dengan "kematian" Usamah. Lagi seronok ialah Amerika kerana dapat menjajah pemikiran dan menipu pemerintah Islam serata dunia termasuk Malaysia dengan "hikayat Usamah"!
Seperti sejarah kemerdekaan negara kita yang perlu kita percaya "versi kedua" bukan versi UMNO, begitu juga kisah Usamah yang perlu kita percaya mengikut "versi kedua" bukan versi Amerika.
Tuesday, May 3, 2011
Mung orang Ganu ke? Hei orang Ganu tolong bace nii!
Apa beza antara mantan MB Derih Jusoh dengan MB Terengganu Mat Said? Keduanya dari UMNO. Daerah yang berbeza. Derih dari Besut manakala Mat Said dari Kemaman.
Dulunya mereka berdua amat akrab. Bak kuku dengan isi.Tebing dengan aurnya. Dalam Sidang DUN misalnya zaman Derih Jusoh jadi MB, Mat Saidlah jadi panglima untuk Derih Jusoh.
Dibelanya Derih jika ada serangan dari PAS. Bahkan ADUN Wakaf Mempelam diajaknya bergocoh demi sayang dan ampunya kepada Derih Jusoh.
Begitu juga kes Masjid Bujal yang terletak dalam DUN Kijal kawasan Mat Said, keduanya saling "bergotong royong" meruntuhkan Rumah Allah.
( Gandingan Yahudi Aaron Sharon dan Netanyahu tidak berani runtuhkan Masjid di Palestin tetapi gandingan Melayu ini begitu berani berbuat demikian keatas Masjid Bujal )
PRU 12 mengubah segala-galanya. Bermula Mat Said terima "pinangan" Istana untuk jadi MB, disitulah bermula segala-galanya. Derih Jusoh yang terkenal kurang ajarnya dengan Sultan Mizan mula membaca rentak silat Mat Said.
Sampai kini Mat Said tidak "berani" masuk daerah Besut. Tetapi Derih Jusoh bebas memasuki Kemaman atas kapasiti Pengerusi MARA yang jaga sekolah MRSM.
PRU 13 bakal sekali lagi melihat pencaturan Derih Jusoh dalam usaha memasuki Wisma DarulIman kali kedua manakala Mat Said sedang perkemaskan kubunya untuk beertahan hingga titisan "royalti" untuk pertahanankan Wisma DarulIman.
Hakikatnya, rakyat Terengganu melihat Derih Jusoh dan Mat Said mempunyai rekod buruk terhadap Negeri Terengganu. Derih Jusoh manusia yang bertanggungjawab menghasut Pusat merampas royalti minyak Terengganu manakala Mat Said pula manusia yang "hebat" mendapat kembali royalti minyak dengan sekadar dapat "replika cek tendang" dari Pusat.
Keduanya mempunyai "trademark" masing-masing. Derih dengan "natang" manakala Mat Said dengan "replika cek tendang".
Yang pasti, keduanya adalah "Cap Ayam" keluaran dari Ganu Kite!
Banggakah mung orang Ganu?
Monday, May 2, 2011
Jauhi mikrofon ini.....agar tidak tertipu !
Setelah gagal dengan video lucah, UMNO ubah pula strategi mereka. Kali ini fokuskan kepada isu ajak PAS dan DAP masuk BN.
Peliknya, mereka tidak ajak pula PKR turut sertai BN.
UMNO ajak DAP masuk BN dalam situasi MCA dan GERAKAN semakin terpinggir dari hati orang Cina. Dalam masa yang sama kedua parti kompenen BN itu meluahkan kebencian terhadap perangai rasis UMNO.
Dulu PAS dianggap UMNO sebagai pelampau manakala DAP sebagai chauvanis Cina.
Hakikatnya saham PAS semakin melonjak. UMNO melihat PAS dikaca mata orang bukan Melayu semakin mendapat sokongan. DAP pula semakin rakan dengan PAS.
Ini membahayakan UMNO.
UMNO mengajak DAP masuk BN sebagai isyarat kepada MCA dan GERAKAN bahawa kedua parti tersebut sebagai liabiliti (biawak hidup) kepada UMNO. Jelasnya isyarat itu ialah UMNO boleh hidup dan memerintah Malaysia tanpa MCA dan GERAKAN.
Dalam masa yang sama UMNO ajak PAS masuk BN dan tinggalkan berjuang bersama DAP kerana DAP tidak bawa misi Islam. Ini adalah untuk lagakan PAS dengan DAP dan PKR.
Sedaya upaya UMNO mahu PAS tinggalkan Anwar Ibrahim. Sebab itulah kes video ini, mereka cuba lagakan pimpinan PAS sesama sendiri dan juga dengan pimpinan PKR.
Lihat tajuk berita dalam media barua mereka. Semuanya berbaur adu domba.
Selepas ini, UMNO akan lagakan pimpinanan PAS pula . Lebih-lebih lagi menjelang Muktamar yang diadakan pemilihan. Harap pimpinan PAS "jauhi" mikrofon media UMNO.
Pimpinan PAS kena sedar dan ingat, Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Metro, Kosmo, TV3, TV9 semuanya media barua UMNO.
Buat apa kita mahu layan mereka? Bukankah mereka ini versi moden " Abdullah bin Ubai bin Salul" ?
Subscribe to:
Posts (Atom)