ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, July 22, 2010

Pendamaian PAS-UMNO umpama Pendamaian Israel-Palestin.


Sudah 2 minggu isu perpaduan Melayu dimainkan oleh media barua UMNO. Alhamdulillah respon dari pimpinan PAS sungguh positf terutama dari Mursyid Am, Presiden dan Naib Presiden Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.


Ulasan mereka bertiga tidak dapat di"putar belit" oleh media barua. Malangnya kenyataan "longgar"dari Ketua Pemuda PAS berebut-rebut diputar belit.


Begitu "meriah" kali ini dengan isu "bersatu PAS-UMNO". Lebih menonjol dengan penampilan Mufti Harussani. Nampak beria betul dia untuk satukan PAS dan UMNO. Juga tidak ketinggalan kenyataan "ulamak muda" UMNO, Fathul Bari.


Tiba-tiba sekonyong-konyong Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaludin (KJ) "merosakkan" pesta yang meriah ini. Beliau minta media barua Utusan agar jangan siarkan berita isu bersatu PAS-UMNO di dada akhbar. Nampak seperti UMNO terdesak. Habis "rosak lauk kenduri" UMNO yang sedang dimasak oleh Harussani untuk umpam PAS masuk perangkap UMNO.

Sekarang masanya kita menyerang. Jangan layan panggilan "pendamaian" dari UMNO. Cukuplah PAS disengat sekali dari lubang yang sama.


Pendamaian dari UMNO kepada PAS umpama ajakan pendamaian Israel kepada Palestin.Semakin banyak perdamaian semakin banyak tanah Palestin dirampas Israel.

Semakin galak UMNO ajak PAS bersatu, semakin banyak hak Islam dan Melayu digadai UMNO!



Jika HAMAS menyatakan pendamaian hanya tercapai jika Israel undur dari bumi Palestin, maka pimpinan PAS mesti nyatakan kepada UMNO, pendamaian /kesatuan hanya dapat dicapai jika UMNO serahkan kembali royalti Kelantan, Terengganu, mansuhkan ISA,kembalikan kerajaan PAS Perak, ikut semangat federalisme, kembalikan hak mangsa Memali, kembalikan bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains. Dan yang paling utama UMNO mestilah "mengucap syahadah" semula tanda kembali kepada Islam Syumul.

Jika tidak,hanya ucapan "sayonara @ adios" buat UMNO.

UMNO perlu berehat seketika. Pergilah ke Tel Aviv maupun Ulan Bator untuk pulihkan kekuatan!

Sunday, July 18, 2010

Awas! PAS di"sengat" kali kedua?



Sirah Nabawiyyah tercatat kisah seorang musyrikin Quraiys Mekah yang bernama Abu Izzah Al Jumahi yang dapat ditawan dalam Ghazwah Badar. Beliau memohon dan merayu kepada Rasulullah agar dibebaskan. Beliau berjanji tidak memerangi Islam lagi. Akhirnya beliau dibebaskan dan kembali ke Mekah.

Setahun kemudian dalam Ghazwah Uhud, beliau ditawan lagi oleh Tentera Islam. Beliau memohon dan merayu kepada Rasulullah agar dibebaskan dengan janji kali kedua.

Sabda Rasulullah," Demi Allah,nanti engkau tepuk pipimu apabila sampai di Mekah dan berkata,Aku dapat menipu Muhammad 2 kali ".

Sabda Rasulullah lagi," Orang Mukmin tidak akan disengat 2 kali dari lubang yang sama."


Akhirnya Abu 'Izzah Al Jumahi di hukum bunuh.


Dulu, selepas UMNO tewas banyak kerusi dalam PRU 1999 yang menyebabkan kehilangan Terengganu, maka timbullah suara-suara mahukan perpaduan.


Berbuih-buih mulut menyebut perpaduan. Siang malam. Di dada akhbar barua setiap hari tersiar ucapan mahukan perpaduan antara PAS-UMNO.


Ketika itu arwah Ustaz Fadzil Nor menerajui PAS. Maka pada tahun 2001, PAS meletakkan pra syarat untuk rundingan perpaduan. Antaranya permit 2 kali seminggu akhbar Harakah mesti dikembalikan dan wang royalti minyak Terengganu mesti dikembalikan setelah di"rompak" oleh Dr Mahathir atas nasihat UMNO Terengganu. Itu antara pra syarat untuk rundingan perpaduan.


Sebagai permulaan pertemuaan awal antara wakil PAS yang diwakili Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan Setiusaha Agung UMNO Khalil Yaakob diadakan. Berkelip-kelip cahaya kamera menyinari wajah mereka berdua. Esoknya di dada akhbar barua terpapar gambar dan laporan tentang pertemuan tersebut.


Itu sahaja yang berlaku. Selepas itu tiada lagi pertemuan itu. Tiada lagi ura-ura untuk perpaduan PAS-UMNO. Mengapa?


Itulah kecerdikan dan kepintaran Mahathir dan UMNO "menyengat" PAS. Selepas UMNO menang besar PRU 2004., segala usaha kearah itu sudah dilupakan. Mengapa? Kerana UMNO sudah kuat dan gagah. Kerana UMNO sudah berjaya merampas Terengganu dan kerusi-kerusi PAS dan PKR.


Soal perpaduan sudah di"campak" jauh-jauh dari benak kepala pimpinan UMNO. UMNO sudah menang besar, mengapa perlu perpaduan? Itulah realitinya wajah sebenar UMNO. Macam Abu 'Izzah !


Itulah yang perlu dimengertikan, difahami, dipelajari oleh pimpinan PAS. Cukuplah kita "disengat" entah berapa kali oleh UMNO.


Perangai UMNO samalah semasa Tentera Israel diambang kekalahan dalam Perang Ramadhan /Yom Kippur. Setelah hampir tewas, tiba-tiba timbullah istilah "pendamaian dan gencatan senjata".


Mungkin inilah pelajaran berguna buat UMNO dari penasihatnya APCO untuk hadapi PAS.


Kini, selepas PRU 2008 dan UMNO tewas banyak kerusi dan hilang banyak negeri , "lagu dan taktik" yang sama berkumandang.


UMNO sedang memasang jerat untuk memastikan musuhnya(PAS) masuk lubang buat sekian kalinya.




Friday, July 16, 2010

Anda tak malu ke?



Pernahkah nama anda menjadi sebutan di Bukit Aman? Apa perasaan anda? Bangga, gembira dan seronok? Atau sebaliknya.





Apapun perasaan anda, biasanya "busuk"lah nama anda jika menjadi bahan "wirid" pegawai atasan Bukit Aman terutama Cawangan Khas(SB).





Walau bagaimanapun, nama anda mungkin "busuk" di bumi Malaysia sahaja. Tidak di seluruh dunia. Ianya tidak memberi kesan kepada pandangan dunia dari segi politik, media, ekonomi dan pelaburan. Anda cuma umpama satu titik hitam atasbatu hitam.





Bagaimana jika nama pemimpin negara menjadi sebutan polis. Bukan polis pimpinan IGP Musa. Bukan juga polis negara Uganda maupun Togo. Tetapi polis negara maju di Eropah, Peranchis.



Ianya menjadi sebutan bukan kerana pemimpin atau isterinya "berjumpa" berlian yang tercicir dari Kerabat Diraja Kuwait. Tetapi membabitkan kes pembunuhan, penggunaan C4 dan rasuah.




Apa reaksi dari segi imej dan maruah pada kacamata media, pelabur dan pimpinan negara luar. Begitu juga jika anda sedang belajar atau melancong ke London, Paris maupun Berlin. Tak malu ke ?



Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah nama Perdana Menteri menjadi sebutan mana-mana polis di dunia. Tunku, Tun Razak, Husien Onn , Mahathir dan Pak Lah. Tetapi era Najib menjadi sebutan. Mengapa?



Benarlah kata Presiden PAS TG Haji Hadi ketika mengulas penukaran PM dari Pak Lah kepada Najib. Apa TG kata?
" Peralihan kuasa dari pemandu bas yang "sering mengantuk" kepada "SAMSENG JALANAN" .


Benarkah begitu? Patutlah jadi sebutan polis Peranchis!

Thursday, July 15, 2010

Siapa nak cipta lagu ni......weeh!



Setelah Suara Keadilan "ditutup mulut" oleh KDN, sekonyong-konyong PM Najib memperkenalkan satu istilah baru selepas 1Malaysia iaitu "PENYELARASAN".





Satu istilah untuk menggantikan kalimat "NAIK HARGA".





Barangkali cikgu-cikgu di SK dan SMK kena beritahu murid-murid tentang istilah baru ini kat sekolah.



Barangkali juga kita akan mendengar lagu baru di media barua UMNO samada RTM dan Prima selepas saban hari mendengar lagu 1Malaysia iaitu lagu "PENYELARASAN" !



Alangkah cantiknya kalau Najib dan Rosmah berduet nyanyikan lagu baru ini!



PM Najib dalam kenyataan medianya tentang "penukaran" kalimat PENYELARASAN yang menggantikan kalimat NAIK HARGA memberi 12 sebab. Sebenarnya PM Najib "tertinggal" satu lagi sebab untuk jadikan 13 sebab. Mungkin Najib percaya kepada "tahyul nombor 13".



Mungkin No 13 yang sepatutnya Najib masukkan bersama ialah , Mulai saat ini jangan sebut lagi istilah "naik harga" tetapi sebutlah kalimat " penyelarasan". Nampak "lembut" sikit.



Barangkali selepas ini sesiapa sebut perkataan NAIK HARGA akan "ditangkap". Manakala pelajar yang menulis perkataan NAIK HARGA dalam peperiksaan akan "gagal".

Tuesday, July 13, 2010

Bersabarlah Anwar dengan sebanyak sabar....


Melihat kepada Kronologi berita dan isu terkini negara, beberapa perkara boleh dirumuskan. Antaranya isu permit Suara Keadilan, Harakah dan terbaru Roket.



Dalam masa yang sama Anwar dilabelkan "agen Yahudi" berdasarkan penulisan seorang blogger di Amerika dan juga wawancara dengan CNN. Juga tidak ketinggalan dengan kisah Zaid belanja ais kacang kepada Raja Petra dan Bala dan "ketakutan" SPRM menyoal secara langsung Bala di London.



Terkini TPM Muhyiddin pelawa PAS bertemu untuk perpaduan Melayu.



Kesemua kronologi di atas saling berkait. Ini semua percaturan UMNO. Target utamanya adalah Anwar Ibrahim. Dan memecah belahkan Pakatan Rakyat terutama antara PAS dengan PKR.



Lihat, ada seperti tawar menawar dalam isu permit Harakah. Tetapi tidak kepada Suara Keadilan. Seolah UMNO melalui KDN sedang tawar menawar dengan PAS. Jika mahu permit Harakah, anda (PAS) perlu setuju berdialog dengan UMNO.



Skrip ini sama seperti isu JI di war-warkan. Akhirnya berbondong-bondong "ulamak muda" dalam "ketakutan" sujud kepada UMNO! Semuanya takut jadi warga Kamunting!



Kita melihat begitu "ganas" UMNO menyerang PKR. Dua manusia yang paling ditakuti UMNO terkini. Keduanya anak Ibrahim. Anwar dan Zaid.



Tuduhan terhadap Anwar saling bertukar label. Dulu sebagai petualang, agen asing, agen Yahudi, agen Amerika dan pengkhianat Melayu. Segala yang "jahat" hanyalah milik Anwar.



Sunday, July 11, 2010

Kenali Insan Mulia BOMBASTIK !




Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul, pernah berlaku satu peristiwa yang dikanali sebagai Perjanjian Al Fudul. Ianya berkisar tentang pembelaan terhadap seorang Badwi yang dizalimi oleh penduduk bangsawan Musyrikin Quraisy.




Rasulullah menyaksikan peristiwa tersebut. Dikala menjadi Rasul, baginda mengatakan jikalau ianya berlaku di zaman Islam baginda akan menyokong gerakan membela orang yang di zalimi walaupun ianya gerakan yang dimulakan oleh non muslim.




Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin DAP. DAP parti sekular. Yang memisahkan antara agama dan politik. Yang pastinya ianya bukan parti Islam.




Apabila beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, antara benda yang terbit dari mulutnya ialah ingin ikut jejak langkah Umar Abdul Aziz, cicit Saidina Umar al Khattab.




Antara ciri-ciri terpuji kepimpinan Umar Abdul Aziz ialah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.




Tiba-tiba beliau di serang dari semua sudut. Dari pihak UMNO, beliau digelar Anti Melayu. Manakala dari pihak GERAKAN dan MCA digelar pro Islam.




Seolah-olah Lim Guan Eng berada di dua persimpangan. Diluah mati emak ditelan mati ayah.




Melihat kepada label yang "dikurnia"kan oleh UMNO dan sekutunya Cina itu memberi satu nilai positif buat Lim Eng Guan.




Positifnya sememangnya beliau seorang yang pro Islam kerana memberi bantuan kepada sekolah agama dan madrasah Pulau Pinang, menegah judi bola dari bertapak di bumi Pulau Mutiara dan menganggap dengan kuatnya umat Islam berpegang ajaran Islam maka Pulau Pinang bakal meraut keuntungan dari sudut kurangnya jenayah, rasuah dan kemungkaran.




Positifnya belau digelar Anti Melayu ialah LGE memang Anti Melayu yang mengikut "ajaran UMNO". Beliau tidak Anti Melayu yang ikut PAS dan PKR.
Barangkali kerana "terlampau" Anti Melayulah beliau sanggup merengkok dalam penjara gara-gara membela anak gadis Melayu Melaka yang dirogol KM UMNO berbangsa Melayu.
Pernahkah kita terfikir bagaimana seorang Cina dari DAP yang apabila dilantik menjadi KM punyai cita-cita dan teruja mencontohi Umar Abdul Aziz? Hebat bukan?
Nama Umar Abdul Aziz jauh sekali menjadi sebutan dalam kalangan pimpinan UMNO. Bahkan tiada langsung dalam kamus mereka dan barangkali pimpinan UMNO tidak mengenali Umar Abdul Aziz. sehingga "diperkenalkan" oleh Lim Guan Eng.
Dalam Sirah, Rasulullah pernah mendoakan agar salah satu Umar msuk Islam.Samada Umar Al Khattab atau Abu Jahal (Amru bin Hisyam).
Apakah kita pernah mendoakan agar antara dua LIM ini mendapat hidayah Islam? Samada Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.
Kalau tak masuk Islam, paling kurang jadi Abu Talibpun sudah memadai daripada berwatakkan Abdullah bin Ubai yang menjadi kegilaan UMNO!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...